KEMELUT MCA SEMAKIN KUSUT MASAI

Walaupun Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA telah diadakan baru-baru ini, kemelut politik dalaman MCA masih belum selesai. Kini ianya semakin kusut apabila ahli MCA menolak kepimpinan kedua-dua Presiden dan Bekas Timbalan Presiden Ong Tee Keat dan Chua Soi Lek.
Manakala jawatankuasa pusat yang bermesyuarat semalam memutuskan untuk mengekalkan Ong sebagai Presiden dan melantik Liow Tiong Lai sebagai Timbalan Presiden. Walaubagaimanapun Jawatankuasa Pusat MCA sekali lagi melakukan kejutan semalam apabila Ong bercadang memanggil satu lagi mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi memutuskan sama ada perlu satu pemilihan baru kepimpinan parti.
Selepas tiga jam bertolak ansur dan berunding, satu gambaran jelas terpapar iaitu jawatankuasa itu kini berpecah kepada tiga kumpulan - penyokong setia Ong, penyokong Datuk Seri Liow Tiong Lai dan penyokong Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Kini MCA berpecah kepada 3 dan situasi ini menjadi bertambah rumit. Saya secara peribadi menyokong tindakan Ong yang mahu memberikan mandat kepada ahli MCA untuk memilih Presiden dan Timbalan Presiden baru atau mengekalkan yang lama.

Comments