MAKIN BANYAK MODAL DIPERLUKAN UNTUK JADI PEMIMPIN UMNO

Keputusan Umno meminda perlembagaannya bagi membolehkan 146,000 ahlinya memilih kepimpinan Umno sudah tentu menyebabkan calon-calon yang bertanding akan mengeluarkan modal yang lebih untuk menang. Kalau sebelum ini mereka terpaksa menyuap kira-kira 2,500 perwakilan bahagian untuk menang kini lebih ramai pelahap yang perlu mereka sogok.
Langkah meminda perlembagaan ini sebenarnya tidak akan mengurangkan rasuah tetapi ianya menggalakkan lebih banyak wang digunakan untuk sogokan bagi memastikan seseorang calon itu menang.
Kalau dulu mungkin calon-calon berbelanja sebanyak RM1 juta ringgit kini mereka terpaksa mengeluarkan belanja puluhan juta ringgit. Ianya tidak menjadi masalah bagi pimpinan Umno kerana bagi mereka jutaan ringgit itu perkara mainan sahaja. Rumah merekapun berharga jutaan ringgit, semua tidak menimbulkan masalah.
Maka sangkaan Najib bahawa rasuah akan terhapus dengan pindaan adalah meleset.
Langkah yang sepatutnya dibuat oleh menerapkan kefahaman Islam di sanubari ahli Umno bahawa rasuah adalah haram dan memberikan didikan agama kepada seluruh ahli dan pimpinan Umno supaya takut kepada Allah.
Langkah dua ialah mendakwa perasuah-perasuah ini dibawah akta rasuah dan SPRM mesti bertindak tegas tanpa memilih pangkat dan kedudukan.
Sebagai langkah awal SPRM mesti mendakwa ADUN Bagan Pinang, Isa Samad dan Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam yang jelas dibuktikan bersalah melakukan rasuah semasa pemilihan Umno. Begitu ahli dan pimpinan Umno lain juga mesti didakwa serta merta. Maka barulah ahli Umno takut untuk terlibat dengan rasuah. Sekurang-kurangnya tindakan ini akan mengurangkan rasuah dalam Umno.

Comments

Tak harus tumbuk umno bertubi tubi tanpa henti dan tanpa alasan yang kukuh.Kita haros jaga sendiri sebelum jaga tepi kain orang lain
1dunia dan 1malaysia dah tau umno memang mahir dalam rasuah politik.
Balun malauon malauon umno memang syiok.
Saya baca pon dengan seronok...tapi

Harus pandang sendiri jugak.
Pas ada problem.Dap ada problem dan PKR lagi banyak problem.
Terutama PR sabah dan sarawak.
Sama-sama lah selesaikan problem PR sebelum kita boleh jaga rakyat.
Anonymous said…
Ana sokong Khun Pana aka johanssm bahwa PR kita kena juga jaga tepi kain kita sambil-sambil kita selak tepi kain UMNO. Kalau tak silap budaya Politik Wang dah pun meresap dalam PAS , buktinya dalam Muktamar Pemilihan pimpinan lalu, perwakilan PAS telah diterbangkan ke Negeri bawah Bayu atas tajaan beberapa individu yang bertanding dan Rasuah Politik tersebut di sembunyikan atas nama Perhimpunan Pengerak-Pengerak PASTI seMalaysia...
toksagor said…
Anony, kau masuk Pas dulu, tengok macammana ahli-ahlinya bergerak dalam satu jamaah. Bagaimana ahli-ahlinya mementingkan ketelulusan, keihlasan dalam berjuang, kebijaksaan dan ketakwaan seseorang pemimpin sebelum dapat dipilih dan diangkat sebagai pemimpin. Bukan seperti UMNO yang terang-terang mengangkat pemimpin rasuah seperti di Bagan Pinang baru-baru ini, tapi masih menyangkal dan menegakkan benang basah..