.

.

05 October 2013

Rakyat makin tertekan

Rakyat Malaysia semakin tertekan dengan kenaikan harga barang dan caj perkhidmatan. Bayangkan bagaimana sanak saudara kita yang pendapatan mereka RM1000 ke bawah. Anak sekolah, sewa rumah  dan lain-lain macamana mereka menjalani kehidupan.

Teringat kepada tawaran PR semasa PRU 13, harga minyak turun, pendidikan percuma, harga  barang diturunkan atau dikawal, namun sebahagian rakyat khususnya di Malaysia Timur menolaknya. Kini juga semua yang merana.

04 October 2013

ADUN DAP KELUAR, ADUN PAS TAK KELUAR DEWAN

Adun PAS, Dr Khalid Kassim tidak menuruti jejak 5 Adun DAP yang keluar Dewan selepas seorang Adun DAP iaitu Lai Keun Ban diperintah keluar Dewan.

Ini suatu fenomena yang jelas menunjukkan PAS dan DAP bersikap terbuka dalam hal-hal berkaitan politik. Tidak semestinya semua perkara kita berpendirian sama. Tetapi dalam hal-hal prinsip seperti kezaliman, penindasan dan sebagainya PAS dan DAP akan tetap teguh dalam keputusan bersama. Inilah hebatnya PR tidak seperti Umno dan BN jika ketua kata A maka anak buah pun kata A menjadi Yes Man.

Tindakan Dr Khalid dilihat memelikkan KM, Exco-exco dan Adun BN kerana pada sangkaan mereka Adun PAS hanya menjadi Pak Turut.

HUSAM TURUN MELAKA 6 OKTOBER

Naib Presiden PAS, Dato Husam Musa akan hadir dalam 2 program di Melaka pada 6 Oktober. Program pertama akan berlangsung pada jam 3.00 petang iaitu pertemuan dengan pimpinan PAS Negeri dan Kawasan-Kawasan. Manakala pada sebelah malamnya iaitu pada jam 9.00 malam beliau akan berceramah bersama pimpinan PAS Melaka.

Kedua-dua program tersebut akan diadakan di Kompleks PAS Bukit Katil/Bukit Bayan. Program anjuran PAS Kawasan Bukit Katil dilihat penting bagi memberikan peluang kepada pimpinan PAS untuk menerangkan misi dan visi masing-masing jika terus diberi amanah mendepani perjuangan PAS dan PR.

Husam dilihat antara pimpinan PAS yang diterima ramai baik dari kalangan dalaman PAS maupun dari rakan-rakan Pakatan Rakyat.

03 October 2013

PRK SG LIMAU : PENAMAAN 23 OKT, MENGUNDI 4 NOV

Pilihan raya sg limau 
Penamaan calon 23.10.2013 
Pilihan raya 4.11.2013 ... 

Siap sedia untk di kerah ke negeri jelapang padi kedah darul aman

HUSAM TAK LAWAN ABG MAT

Naib Presiden PAS, Dato Husam Musa menyatakan bahawa beliau tidak akan menentang Timbalan Presiden PAS, Mohd Sabu untuk jawatan Timbalan Presiden pada Muktamar PAS Pusat November ini.

Kenyataan Husam ini menolak spekulasi sesetengah pihak yang mendakwa Husam akan bersama-sama untuk menawarkan diri untuk melakukan kerja-kerja kebaikan melalui posisi nombor dua tersebut.

Ini jelas menunjukkan sikap jiwa besar beliau walaupun awal-awal lagi beliau sudah memperolehi pencalonan yang cukup dari kawasan-kawasan. Di fahamkan jumlah pencalonan beliau semakin meningkat untuk jawatan Timbalan dan Naib Presiden. Jika beliau tidak bertanding untuk jawatan nombor dua mungkin beliau akan mempertahankan jawatannnya sekarang ataupun beliau mencuba untuk jawatan nombor satu.

02 October 2013

Laporan audit sekadar rutin tiada tindakan

Laporan ketua audit yang dikeluarkan saban tahun hanya sekadar rutin sahaja kerana tiada tindakan diambil keatas sesiapa pun walaupun banyak penyelewengan direkodkan

30 September 2013

MELAYU JUARA BERHUTANG PTPTN NAK BAGI FREE PENDIDIKAN TAK NAK PULAK


TS Muhyidin memberi tahu di Parlimen - Seramai 412,245 peminjam tidak membuat bayaran balik kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga 31 Ogos 13

Beliau berkata daripada jumlah itu, kaum Melayu mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu seramai 328,550 diikuti Cina (55,445) dan India (28,250). MELAYU JUARA TAK BAYAR.TAPI MELAYULAH TOLAK PR HDK HAPUS PTPTN DLM PRU 13


fb YB Ust Idris Ahmad

MESYUARAT AGUNG PAS : 4 YDP KEKAL 1 YDP BARU

Lima Kawasan telah selesai mengadakan Mesyuarat Agung masing-masing cuma tinggal satu kawasan sahaja lagi di Melaka yang belum menyelesaikan tanggungjawab tersebut. Kawasan-kawasan telah mengadakan mesyuarata agung ialah Bukit Katil, Kota Melaka, Jasin, Masjid Tanah dan Tangga Batu. Manakala kawasan Alor Gajah akan mengadakan mesyauratnya pada 5 Oktober depan.

Dari 5 Kawasan yang mengadakan mesyuarat tersebut, 4 orang Yang Dipertua(YDP) kekal manakala seorang sahaja YDP baru yang dilantik. Timbalan Pesuruhjaya 1, 2 dan 3 PAS Melaka iaitu Ustaz Kamaruddin Sidek, Ustaz Mohd Nor Omar dan Mohd Sofi Abdul Wahab kekal di kawasan-kawasan masing-masing iaitu Jasin, Tangga Batu dan Bukit Katil. Manakala Harun Mohammed juga mengekalkan jawatannya di Kota Melaka.

PAS Kawasan Masjid Tanah mendapat Yang Dipertua baru apabila Ustaz Imran Abdul Imran yang dilantik menggantikan Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman yang uzur. Beliau merupakan Timbalan Yang Dipertua sebelum ini.

Di Jasin Ustaz Kamaruddin mengekalkan jawatannya bersama-sama dengan Timbalan Yang Dipertua, Yuhaizad Abdullah dan Naib Yang Dipertua Azrin Majid. Ketiga-tiga mereka dipilih pada mesyuarat agung PAS Kawasan Jasin Ahad lalu di mana mereka mengenepikan calon-calon dalam pertandingan satu lawan satu. Ketua Urusan lama disandang oleh Ustaz Faizol Ahmad, Ketua Dewan Pemuda Yuzi Azhar dan Ketua Dewan Muslimat pula diamanahkan kepada Hajah Shopiah Ahmad.

Kawasan Tangga Batu menyaksikan semua jawatan utama kecuali Ketua Urusan Ulama dipilih tanpa bertanding. Timbalan YDP diamanahkan sekali lagi kepada Rafie Ahmad dan Naib YDP disandang oleh Husni Balis Ali. Ketua Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat diamanahkan kepada Mohd Hanim Haron dan Anida Haron. Ustaz Musa Mohamed pula dipilih sebagai Ketua Urusan Ulama.

Bagi Kawasan Masjid Tanah semua jawatan utama juga dimenangi tanpa bertanding di mana Naib Yang Dipertua PAS Kawasan sessi lalu, Ustaz Julasapiyah Kassim diamanahkan sebagai Timbalan YDP dan Ibrahim Daud dilantik sebagai Naib YDP manakala Ustaz Hilmi Harun dilantik sebagai Ketua Urusan Ulama.


Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter