HUSAM TAK LAWAN ABG MAT

Naib Presiden PAS, Dato Husam Musa menyatakan bahawa beliau tidak akan menentang Timbalan Presiden PAS, Mohd Sabu untuk jawatan Timbalan Presiden pada Muktamar PAS Pusat November ini.

Kenyataan Husam ini menolak spekulasi sesetengah pihak yang mendakwa Husam akan bersama-sama untuk menawarkan diri untuk melakukan kerja-kerja kebaikan melalui posisi nombor dua tersebut.

Ini jelas menunjukkan sikap jiwa besar beliau walaupun awal-awal lagi beliau sudah memperolehi pencalonan yang cukup dari kawasan-kawasan. Di fahamkan jumlah pencalonan beliau semakin meningkat untuk jawatan Timbalan dan Naib Presiden. Jika beliau tidak bertanding untuk jawatan nombor dua mungkin beliau akan mempertahankan jawatannnya sekarang ataupun beliau mencuba untuk jawatan nombor satu.

Comments

Anonymous said…
sy cdgkan mat sabu mula pakai serban besar skit utk ambil hati pro ularmak pas.

utk pas, jgn ambil org sakit kronik sbg calon sg limau.