ADUN DAP KELUAR, ADUN PAS TAK KELUAR DEWAN

Adun PAS, Dr Khalid Kassim tidak menuruti jejak 5 Adun DAP yang keluar Dewan selepas seorang Adun DAP iaitu Lai Keun Ban diperintah keluar Dewan.

Ini suatu fenomena yang jelas menunjukkan PAS dan DAP bersikap terbuka dalam hal-hal berkaitan politik. Tidak semestinya semua perkara kita berpendirian sama. Tetapi dalam hal-hal prinsip seperti kezaliman, penindasan dan sebagainya PAS dan DAP akan tetap teguh dalam keputusan bersama. Inilah hebatnya PR tidak seperti Umno dan BN jika ketua kata A maka anak buah pun kata A menjadi Yes Man.

Tindakan Dr Khalid dilihat memelikkan KM, Exco-exco dan Adun BN kerana pada sangkaan mereka Adun PAS hanya menjadi Pak Turut.

Comments