.

.

26 June 2014

RAKYAT SARAWAK TOLAK KENYATAAN PERKASA

KENYATAAN PERKASA TIDAK DITERIMA RAKYAT ISLAM SARAWAK PAS Sarawak menyelar amaran melampau Pertubuhan Pribumi perkasa Malaysia (Perkasa) memancung kepala mana-mana pihak yang masih enggan menghormati kedaulatan Islam dan mengkhianati kedudukan Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri. Kenyataan yang amat ketelaluan dan tidak bertanggungjawap ini boleh mencerminkan kesan buruk bukan sahaja kepada keharmonian pelbagai bangsa di Malaysia bahkan memberi persepsi negatif terhadap agama Islam itu sendiri. Islam adalah agama yang mengajarkan kasih sayang, persaudaraan bukan mengajarkan kekerasan. Islam juga menitikberatkan keadilan, keharmonian, saling hormat menghormati dan kesederhanaan. Kenyataan Perkasa mencerminkan pemikiran tidak bertamadun dan sikap extream mereka yang perlu ditolak oleh semua rakyat Malaysia terutama masyarakat Islam. Sekiranya mereka benar-benar ingin memerlihara dan mempertahankan kesucian islam itu,kenapa apabila pemimpin BN dan UMNO sendiri menghina ISLAM terang-terangan mereka diam seribu bahasa?Kenapa program berunsur maksiat dianjurkan oleh kerajaan dan pihak swasta tidak bangun membantah?Adakah isu terpilih yang mendatangkan keuntungan politik sahaja perkasa ingin menjuarai agar dapat memberi impak politik kepada mereka? Pas Sarawak beranggapan kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin PERKASA adalah amat Berbahaya dan boleh mengancam hubungan baik yang telah terbina berkurun lamanya dengan penganut kristian terutama di negeri Sarawak.kenyataan PERKASA juga boleh menimbulkan kebencian dan rasa tidak puashati di kalangan masyarakat. Pas Sarawak mencadangkan PDRM agar segera menyiasat kenyataan Perkasa ini kerana kenyataan tersebut berunsur hasutan dan boleh mengugat kestabilan dan keamanan negara yang mempunyai berbilang bangsa dan agama. Andri Zulkarnaen bin Hamden @abusiraj Almuner Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS

24 June 2014

CATATAN UNTUK SEORANG MURABBI UMMAH

ALMARHUM USTAZ ABU BAKAR CHIK: DIA MURABBI, PEMIMPIN, TEMAN YANG BAIK
Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor
Pagi yang indah ini , aku terasa longlai tak bermaya dengan berita yang menyentap tangkai hati, kepulangan ke alam abadi sosok pejuang kental dari negeri Tok Ku Paloh, almarhum Ustaz Dato Abu Bakar Chik. Terbayang lebih dua dekad menjadi anak didiknya semenjak zaman kampus , memasuki Dewan Pemuda, saya sempat dua kali menghadiri mesyuarat pemuda Pusat ketika beliau memimpin Dewan itu, seterusnya bersama almarhum dalam Pas Pusat. Berusrah bersama almarhum semenjak zaman 'anak muda kail sejengkal' saya sehingga melepaskan zaman pemuda yang serba indah. Terbayang renungan matanya yang tajam dan kesungguhan almarhum bila berbicara, dakapan tubuhnya setiap kali bersua termasuk arahan demi arahan untuk memastikan jamaah ini tidak kontang daripada amal tarbawi.
Tokoh ini bukan kepalang iltizamnya dengan perjuangan Islam semenjak zaman remaja, menjadi nukleus awal ABIM di Terengganu dalam dekad 70an bersama Dr Abu Bakar Abdullah, Hj Husien Ismail, Cikgu Sapinah Jusoh, dan lain-lain anak muda berjiwa Islam yang sedang dibius semangaat kebangkitan Islam. Beliau dan teman-temannya telah menubuhkan Institut Berakan, sebuah sekolah tajnid yang menawarkan pendidikan kepada anak-anak remaja di pinggir bandar Kuala Terengganu. Pusat kaderisasi dakwah itu akhirnya dirobohkan oleh regim BN pada tahun 1991. Beliau dan teman-temannya dengan pantas mendirikan semula wadah pendidikan ummah ini, kini kompleks MTT Tok Jiring yang bersebelahan dengan kediamannya adalah salah satu mercu tanda pendidikan Islam di Terengganu.
Almarhum menjadi pemimpin PMUKM semasa mencicip ilmu di kampus Bangi itu, bergraduat dengan Ijazah Kepujian Kelas Pertama dalam bidang Pengajian Islam. Pernah juga bermukim ilmu di Universiti Islam di Sudan dalam bidang Bahasa Arab (1995-1996) dan juga sebuah Universiti di Amerika Syarikat dalam Bahasa Inggeris pada tahun 1987 sehingga 1988kegigihannya menuntut ilmu tidak pernah berhenti, termasuk mengarang banyak kertas kerja pembinaan jamaah dan juga buku-buku untuk mencerahkan ahli tentang tasawwur perjuangan Islam.
Beliau menyertai PAS dalam tahun 1981, seterusnya bertanding dalam PRU 1982 dan memenangi DUN Jeram. Ikon anak muda Malaysia ini, yang juga ketua Pemuda Pas Terengganu itu ditahan di khemah politik ISA, mendekam di Kamunting selama dua tahun pada tahun 1984. Sekali lagi namanya mencuat untuk ditahan dalam operasi Lalang pada tahun 1987. Almarhum menjadi Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat yang ke 13, mengasaskan banyak institusi semasa membahterai pemuda termasuk Jabatan Pelajar, PASTI, JKS, SRIP dan pelbagai lagi.
Ustaz menang kali kedua dalam PRU tahun 1999 di DUN Batu Rakit, seterusnya dilantik sebagai Exco Kerajaan Terengganu dan memegang Potfolio Pertanian. Beliau tak kering idea, bak sumur jernih yang sentiasa mengalir, mendamaikan sukma. Saya teringat almarhum menemankan saya makan tengahari usai,program Seminar Gejala Sosial di MTT Tok Jiring, anjuran Itqanul Muluk, sebuah badan pemikir yang almarhum sendiri asaskan. Lontaran idea beliau untuk menjadikan parti Islam sebagai wadah intelektual ummah,membaca unjuran strategik perjuangan Islam di negara ini seolah-olah beliau masih memimpin Dewan Pemuda Pusat. Usia 64 tahun bukanlah alasan untuk bermalasan dan memberikan alasan, itulah kekanda saya, ustaz ABC. Saya tertampar malu jika berada bersamanya, dalam apa jua kondisi, tak mampu menandingi semangat juang yang tersepuh puluhan tahun.
Ustaz Abu Bakar Chik adalah antara pengasas Maahad Darul Quran Rusila pada tahun 1985, bersama Tuan Guru Haji Hadi, Ustaz Harun Taib, Ustaz Awang Nasruddin Abj Bakar, Ustaz Hussein Awang dan menjadi sebuah sekolah kader terbesar PAS. Beliau juga terlibat mengasaskan Darul Taqwa kuala Nerus, sekolah rendah Islam di bawah Dewan Ulama Terengganu. Kecintaan almarhum kepada dunia pendidikan menyebabkan jamaah memberikan amanah beberapa penggal kepadanya untuk mempengerusikan Lujnah Pendidikan PAS Pusat.
Almarhum begitu sinonim dengan demonstrasi kebangkitan rakyat, bermandi tembakan air kimia FRU dan disiram gas pemedih mata, beliau tak lelah menyemangati anak -anak muda, bahkan program terakhirnya ialah bersama ARC, sebelum menghembuskan nafas terakhir iaitu bersama anak muda Islam di Selangor. Generasi pemuda PAS di era beliau ialah yang paling cemerlang , menjuarai isu ummah, menjadi pendesak yang berkesan, mencetak kader-kader dakwah PAS dalam dan luar negara, membina jaringan sivil sebagai jambatan PAS dengan masyarakat serta meletakkan pendidikan sebagai tunjang utama gerakan.
Terlalu banyak yang perlu saya coretkan untuk sosok pejuang yang merupakan murabbi, kekanda, teman baik saya ini, namun saya mengejar masa untuk menziarahi jenazah almarhum di Terengganu. Sejujurnya , Dato Abu Bakar adalah sumber inspirasi yang tak pernah malap, sehingga kami generasi pemuda Islam dekad 90an, menggelarkannya secara diam "alfatihah",kerana almarhum pantang berkumpul lebih tiga orang, akan terus membuka majlis dengan ummul kitab. Maknanya kami akan terus bermesyuarat untuk merancang pelbagai program jamaah Islam tercinta ini. Alfatihah buat maestro perjuangan , kami akan terus menyambung legasi perjuangan Islam ini sehingga nafas terakhir.

22 June 2014

POLIS KEMBALI 'MENGGANAS', TAHAN 16 ANGGOTA BANTAH LYNAS

Sudah lama Polis tidak menahan rakyat yang mengadakan bantahan aman. Beberapa himpunan mega sebelum ini seperti Bersih 3, Himpunan 501 1 Mei dan sebagainya berlangsung dengan aman tanpa sebarang provokasi dan tangkapan.

Tiba-tiba hari ini Polis kembali kepada perangai lama dan menunjukkan belang mereka menangkap sekurang-kurangnya 16 peserta protes anti-Lynas kerana enggan berganjak dari pintu masuk loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan.

Mereka yang ditahan ialah  ketua Himpunan Hijau Wong Tack, ahli jawatankuasa pemandu Dr Phua Kia Yaw dan Hew Kuan Yau dari DAP, yang dikenali dengan nama 'Superman'.

Turut ditahan ialah aktivis Australia Natalie Lowrey yang mewakili Friends of the Earth untuk menyokong protes tersebut.


Mungkin Polis tidak serik atau sengaja menutup bahawa dengan beberapa kes mahkamah yang jelas menyebelahi para peserta bantahan di mana mereka dibebaskan oleh mahkamah. 

Kira-kira 1,000 orang berhimpun di pintu masuk kilang dengan kira-kira 300 kenderaan seawal tengah hari untuk menuntut penutupannya.

Semalam, Polis telah mendapat perintah injuksi semalam yang menghalang sesiapa berkumpul dalam lingkungan 20 meter loji kilang tersebut.
Bagaimanapun kira-kira 50 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang dilengkapi trak meriam air membuat sekatan kira-kira 300 meter dari pintu masuk loji Lynas itu.

Mereka turut diperkuat dengan kehadiran 100 anggota polis
beruniform.

Polis telah mengarahkan peserta protes itu supaya bersurai tetapi tidak dipersetujui walaupun Wong Tack berbincang dengan polis selama 30 minit pada jam 3 petang supaya dibenarkan berkumpul di depan loji itu.

K
eadaan menjadi bertambah tegang apabila kedua pihak tidak mahu beralah, dengan peserta protes tidak mahu berganjak dan duduk di jalan tar itu.

Kira-kira jam 4.30 petang, Ketua Polis Kuantan Abdul Aziz Salleh memberi tempoh 10 minit kepada mereka untuk bersurai.

Bagaimanapun Wong Tack dengan tegas berkata: "Kami tidak akan berganjak."
Suasana menjadi bertambah panas apabila berlaku tolak menolak antara peserta protes dan anggota polis yang membentuk halangan, menyebabkan dua orang ditangkap.

Selepas itu Abdul Aziz mengumumkan masa untuk bersurai telah tamat.


~ Mkini 

GUGUR DIN : SIAPA PERCAYA CAKAP NAJIB 100%?

Najib kata Muhyiddin akan kekal tidak berbangkit beliau akan dipencenkan. Muhyiddin juga berkata begitu. Beliau akan tetap menyokong dan berdiri teguh di belakang Najib.

Namun rakyat tetap ingat bahawa apa sahaja yang diperkatakan oleh pemimpin Umno tidak boleh dipercayai bulat-bulat. Semalam cakap lain hari ini kelengtong lain.

Ingat dulu gandingan 2M Mahathir-Musa dikatakan paling hebat dan mantap. Tup-tup Musa diberhentikan tanpa sebab yang konkrit.

Ini juga berlaku kepada timbalannya yang lain semuanya digugurkan kecuali Pak Lah. Tidak mustahil Den ini juga digugurkan oleh Ah Jib GOr secara tiba-tiba.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter