RAKYAT SARAWAK TOLAK KENYATAAN PERKASA

KENYATAAN PERKASA TIDAK DITERIMA RAKYAT ISLAM SARAWAK PAS Sarawak menyelar amaran melampau Pertubuhan Pribumi perkasa Malaysia (Perkasa) memancung kepala mana-mana pihak yang masih enggan menghormati kedaulatan Islam dan mengkhianati kedudukan Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri. Kenyataan yang amat ketelaluan dan tidak bertanggungjawap ini boleh mencerminkan kesan buruk bukan sahaja kepada keharmonian pelbagai bangsa di Malaysia bahkan memberi persepsi negatif terhadap agama Islam itu sendiri. Islam adalah agama yang mengajarkan kasih sayang, persaudaraan bukan mengajarkan kekerasan. Islam juga menitikberatkan keadilan, keharmonian, saling hormat menghormati dan kesederhanaan. Kenyataan Perkasa mencerminkan pemikiran tidak bertamadun dan sikap extream mereka yang perlu ditolak oleh semua rakyat Malaysia terutama masyarakat Islam. Sekiranya mereka benar-benar ingin memerlihara dan mempertahankan kesucian islam itu,kenapa apabila pemimpin BN dan UMNO sendiri menghina ISLAM terang-terangan mereka diam seribu bahasa?Kenapa program berunsur maksiat dianjurkan oleh kerajaan dan pihak swasta tidak bangun membantah?Adakah isu terpilih yang mendatangkan keuntungan politik sahaja perkasa ingin menjuarai agar dapat memberi impak politik kepada mereka? Pas Sarawak beranggapan kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin PERKASA adalah amat Berbahaya dan boleh mengancam hubungan baik yang telah terbina berkurun lamanya dengan penganut kristian terutama di negeri Sarawak.kenyataan PERKASA juga boleh menimbulkan kebencian dan rasa tidak puashati di kalangan masyarakat. Pas Sarawak mencadangkan PDRM agar segera menyiasat kenyataan Perkasa ini kerana kenyataan tersebut berunsur hasutan dan boleh mengugat kestabilan dan keamanan negara yang mempunyai berbilang bangsa dan agama. Andri Zulkarnaen bin Hamden @abusiraj Almuner Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS

Comments