.

.

19 June 2010

SUKMA : RAMAI DAPAT PROJEK ATAS ANGIN?

Ada pihak mendakwa ramai individu yang mendapat keuntungan atas angin sempena Sukan Malaysia di Melaka yang berakhir hari ini. Mana tidaknya cuba bayangkan berapa banyak projek segera yang dijalankan bagi menyediakan prasarana untuk Sukma. Siapa yang dapat projek itu kita pun boleh agak.

Sudah tentu ramai yang mendapat durian runtuh dan menjadi kaya raya dalam masa yang singkat.

Oleh itu blog ini mengucapkan "tahniah" kepada kontraktor dan business yang menjadi kaya sempena Sukma. Semoga harta dan projek yang diperolehi menjadi penyelamat kita semua di Hari Kiamat nanti.

NAJIB TAKKAN BERANI BUBAR PARLIMEN SEKARANG

Walaupun Najib mendakwa dirinya mendapatkan sokongan kira-kira 70 % rakyat Malaysia namun blog ini yakin belaiu tidak berani untuk membubarkan Parlimen dalam masa terdekat ini.

Angka 70 % untuk hanyalah penyedap kepada hati yang gundah akibat kalah di Sibu dan menang tipis di Hulu Selangor (kerana undi pos). Malah beliau sebenarnya berada dalam keadaan yang gementar dengan isu judi bola, APCO dan lain-lain.

Sebab itulah ramai di kalangan pemerhati politik merasakan angka 70 % itu bukannya angka yang tepat dan meyakinkan Najib sendiri. Ini kerana maklumat sebenar yang boleh dipercayai ialah Najib masih gagal mendapatkan sokongan dari pengundi bermaklumat terutama pengundi yang tinggal di bandar dan pinggir bandar.

Selain itu pengundi Cina juga terus yakin akan kemampuan PR mentadbir dan akan tetap memberikan sokongan padu kepada PR. Atas sebab itulah Najib tidak berani untuk menetapkan tarikh pembubaran parlimen.

18 June 2010

SOKONG UMUMKAN TARIKH PILIHANRAYA AWAL

Blog ini menyokong cadangan AJK PAS Pusat Datuk Husam Musa supaya semua 4 kerajaan Negeri PR mengumumkan tarikh Pilihanraya negeri masing-masing lebih awal berbeza dengan BN yang sentiasa merahsiakan tarikh Pilihanraya Umum.

Pengumuman awal tarikh pilihanraya ini penting bagi mengingatkan BN bahawa bukan Perdana Menteri dan BN sahaja yang ada kuasa mengumumkan pembubaran parlimen sebaliknya kerajaan PR berkuasa menentukan bila pilihanraya negeri masing-masing.

Dalam kenyataannya, Datuk Husam berkata dalam blognya bahawa langkah ini dibuat untuk memastikan semua keputusan bila pilihan raya hendak dibuat di negara ini dibincang dengan Pakatan Rakyat dan bukan hak eksklusif BN sahaja.

Apabila tarikh pilihan raya empat negeri Pakatan ditetapkan lebih awal, pihak kerajaan Pusat terpaksa membuat pilihan sama ada untuk membuat pilihan raya peringkat pusat berasingan atau berunding dengan Pakatan.

Beliau mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang memberitahu, tarikh pilihan raya hanya berada di tangan beliau.

PAS SEDIA HADAPI PILIHANRAYA UMUM MENGEJUT

PAS pelbagai peringkat sebenarnya sudah lama bersedia menghadapi Pilihanraya Umum pada bila-bila masa. Tidak apa yang PAS gusarkan kerana jentera Pilihanraya PAS sudah lama bersedia dengan kelengkapan, skill, prasarana dan sebagainya.

Masalahnya sekarang ialah beranikah BN membubarkan parlimen bagi memberikan laluan kepada Pilihanraya Umum.

KALAU BERANI BUBAR PARLIMEN SEKARANG!!!!

Kalau benar Najib dan BN berada dalam keadaan terbaik dan mendapat 70% sokongan rakyat, blog ini mencabar Najib membubarkan parlimen sekarang juga. Apa yang hendak beliau takutkan jika kerana jika sokongan begitu sudah tentu BN akan mengalahkan PR dengam pukulan 'knock out'. Sudah tentu BN akan dapat merampas semua negeri yang dimenangi oleh PR termasuk Kelantan.

Apa yang hendak ditakutkan, rakyat sudah tentu bersama BN dan PR sudah pasti akan menerima pukulan maut.

Jadi apa tunggu lagi Najib sila BUBARKAN SEKARANG.

PENGGANAS : APA TUJUAN KERAJAAN WAR-WARKAN ISU INI

Apa sebenarnya tujuan kerajaan mewar-warkan kewujudan kegiatan Pengganas me’recruit’ anggota baru termasuk di Institut Pengajian Tinggi (IPT).?

Bukankah tindakan ini akan menyebabkan tanggapan negatif orang luar termasuk pelabur kepada Malaysia.

Apakah benar fakta yang menyatakan bahawa ujud pengganas di negara kita atau ianya sekadar untuk menunjukkan bahawa negara kita serius menangani keganasan.

Atau apakah isu ini diwar-warkan sekadar untuk mengalihkan tumpuan rakyat kepada isu yang sedang melanda negara iaitu APCO, ekonomi, judi bola dan lain-lain.

17 June 2010

TANGAN GHAIB SELAMATKAN TIAN CHUA??

Mahkamah rayuan hari ini ‘menyelamatkan’ Ahli Parlimen Batu dari terlepas kedudukan sebagai Wakil Rakyat apabila mengurangkan denda kepada RM2,000 atas kesalahan menghalang tugas polis dan mengigit telinga polis pada jam 10.45 pagi 11 Disember 2007.

Pada 22 Oktober lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas Tian Chua, selepas mendapatinya bersalah.

Jika hukuman itu dikekalkan sudah tentu Tian Chua jawatannya akan terlucut secara automatic. Persoalannya sekarang apakah keputusan Mahkamah Rayuan ini dipengaruhi pihak tertentu atau tidak. Jarang sekali keputusan melibatkan Ahli politik bukan BN akan menyebelahi mereka. Keputusan mengurangkan denda ini sehingga menyebabkan Tian Chua kekal sebagai Ahli Parlimen Batu menimbulkan kesangsian beberapa pihak.

Ada pihak yang mendakwa keputusan tersebut ‘ada udang di sebalik mee’ kerana andaikata Tian Chua terlucut jawatannya sudah tentu Pilihanraya Kecil akan dilangsungkan. Masalahnya menurut pihak terbabit jika Pilihanraya Kecil dilakukan kemungkinan besar BN akan kalah dan ini akan mencalarkan imej BN yang dikatakan sedang meningkat sekarang.

Batu bukanlah kawasan selamat bagi BN kerana ianya adalah kawasan Bandar dan peratusan pengundi Cina (yang kemungkinan besar masih menyokong BN) yang tinggi juga sudah pasti menggusarkan BN. Atas sebab itulah menurut pihak terbabit ada golongan tertentu cuba menghalang dari pilihanraya kecil ini dijalankan.
Jika benar dakwaan ini maka satu lagi peristiwa malang dalam negara kita kerana mahkamah dipengaruhi oleh pihak tertentu atas kepentingan politik pihak terbabit.

TAKUTNYA MEREKA PADA TOK GURU NIK AZIZ

Perasmian Kelantan Fiesta 2010 malam semalam hanya dilaksanakan oleh Mustapha Mohamad walaupun pada asalnya Perdana Menteri, Najib Razak dijadualkan menyempurnakan acara tersebut.

Mengapa Najib tidak sudi hadir merasmikannya? Apakah Najib takut tidak ramai yang akan hadir, bimbang kalau-kalaunya ianya menjejaskan imej beliau yang dikatakan sedang hebat sekarang ini.

Tok Guru Nik Aziz dan anggota Exco kerajaan negeri Kelantan telah memulaukan program tersebut kerana dikatakan ianya melanggarkan persetujuan asal antara kerajaan negeri dan penganjur.

Diberitakan bahawa ada di kalangan tangan-tangan ghaib tidak mahu ucapan Tok Guru Nik Aziz disiarkan secara langsung melalui RTM seperti yang dijadualkan asalnya.

Akhirnya program menerima padah apabila hanya 300 orang sahaja yang hadir pada acara perasmiannya.

ZIARAH MAK CIK SEBELAH MARKAS MTD BUKIT BARU

Sebentar tadi wakil blog ini bersama pimpinan PAS Bukit Katil termasuk Ketua Penerangan Kawasan Cikgu Yusof Wahab dan Ketua Lajnah Kebajikan Kawasan Bukit Katil, Puan Masturah Hassan sempat menziarahi jenazah Allahyarhamah Mak Cik (nama tidak ingat nak tanya) sebelah Markaz PAS Cawangan Bukit Baru.

Allahyarhamah semasa hayatnya sering memberikan sokongan moral kepada perjuangan PAS Cawangan Bukit Baru dan kawasan Bukit Katil dengan mengizinkan halaman rumahnya dijadikan tapak program dan juga tempat rakyat mendengar ceramah.

Jasa Allahyarhamah terhadap perjuangan Islam diharapkan dikira oleh Allah sebagai amal jariah dan amalan soleh.

Semoga roh Allahyarhamah di tempat bersama para anbia, syuhada, solihin dan muttaqin. Amin. Al Fatihah.

BERSEDIALAH HADAPI PILIHANRAYA MENGEJUT

Kenyataan Perdana Menteri Najib Razak bahawa pilihanraya umum mengejut mungkin diumumkan oleh beliau menguatkan lagi ramalan bahawa PRU ke 13 akan dijalankan pada masa terdekat.

Ramai pihak menjangkakan ianya akan dilaksanakan sebelum April 2011 maknanya kita hanya ada lebih kurang 10 bulan sahaja lagi. Masanya amat singkat, pejam celik pejam celik dah sampai.

Oleh itu seluruh jentera PAS pelbagai peringkat mesti digerakkan dari saat ini. Paling penting daftarkan seramai mungkin pengundi muda dan pastikan semua kita membuat semakan di mana kita tempat kita mengundi, takut-takut nanti nama kita hilang dari Daftar Pemilih.

Jentera penerangan mesti digerakkan, pengundi sasaran dikenalpasti, dekati mereka. Program mendekati rakyat mesti dilipatgandakan. Promosi dan publisiti untuk PAS dan pimpinan kita mesti digandakan supaya rakyat kenal siapa PAS dan pimpinan setempat.

16 June 2010

LOMPAT BERMARUAH DAN TIDAK BERMARUAH

Isu lompat parti bukan isu baru. Sejak dari Pilihanraya Umum pertama sehingga PRU 12 ada sahaja Wakil Rakyat yang melompat parti.

Kerajaan Negeri Terengganu dan Kelantan pernah tumbang angkara Wakil Rakyat menjual kerusi dan melompat parti. Semuanya gara-gara umpan dan habuan yang di'offer' kepada wakil-wakil rakyat berkenaan.

Bagi saya bagi Wakil Rakyat yang melompat parti kerana prinsip dan bukannya kerana umpan dan habuan ianya boleh diterima. Namun bagi yang melompat kerana habuan jutaan ringgit, jawatan dan projek maka terbukti orang itu adalah tidak bermaruah dan mesti disiasat serta di bawa ke muka pengadilan.

Kita tidak mahu politik negara kita diwarnai dengan tindakan tidak bermaruah seperti ini yang akan menghancurkan tamadun, bangsa dan negara. Bayangkan apa yang terjadi jika wakil rakyat dan pemimpin kita boleh dibeli dengan wang ringgit dan pangkat, sudah tentu negara juga boleh dijual dan dibeli oleh negara luar.

LOMPAT PARTI : KERJA JUAL DIRI AKAN TERUS BERLAKU

Semalam seorang lagi Yang Berhormat menjual maruah diri apabila mengisytiharkan diri melompat parti dan menyokong BN.

Yang Berhormat ini tidak lagi wajar digelar Yang Berhormat tetapi elok dipanggil Yang Menjual Maruah (YMM) kerana tindakannya yang jelas memalukan diri, keluarga, rakyat dan negara. Beberapa bulan lalu beliau mendakwa ada pihak menawarkan RM20 juta kepadanya jika beliau melompat parti dan menyokong BN. Tetapi semalam dalam kenyataan akhbarnya beliau menyatakan bahawa beliau tidak menerima apa-apa tawaran. Tindakan beliau adalah kerana ’kesedaran dan keinsafan’ diri sendiri.

Begitu hebat beliau berperi dan bermadah menyatakan beliau teruja dengan kepimpinan Najib yang memimpin negara sekarang.

Blog ini yakin bahawa tindakan menjual diri dan maruah ini akan terus berlaku dulu, kini dan selamanya selagi manusia yang bergelar YB ini tidak takut kepada Allah dan tidak tahu menghargai maruah diri serta tidak malu kepada rakyat yang mengundinya. Agen-agen yang sentiasa menunggu dan mencari mangsa untuk dibeli dan dibayar senantiasa berkeliaran mencari mangsa. Sudah tentulah jika berkali-kali seseorang itu ditawar dan di’offer’ dengan pelbagai kemewahan dan janji manis akhirnya manusia yang tidak kuat iman dan tidak tahu menjaga maruah ini akhirnya akan tumbang.

Apa yang pasti Yang Berhormat PAS tetap patuh dan takut kepada Allah.

Allahu Akhbar

15 June 2010

ADUN MALIM NAWAR : WANG KASI KA!

Seorang lagi ADUN PR dari DAP melompat keluar dari PR dan menyokong BN. Apa sudah jadi? Wang kasi ka!? Sebelum ADUN tersebut Keshvinder Singh mendakwa ditawarkan dengan wang berjumlah RM20juta dan membuat laporan polis terhadap tawaran yang didakwanya, kini ADUN tersebut tewas dan tersungkur apabila bertindak keluar dari DAP.

Dalam keadaan digembar-gemburkan bahawa ada 2 atau 3 orang ADUN BN akan keluar dari BN rupa-rupanya bukan ADUN BN yang lompat tetapi ADUN DAP yang bertindak demikian.

Inilah akibatnya jika maruah diri dan kehormatan diri boleh ditukar gantikan dengan keduniaan. Episod ini tidak akan berakhir di sini kerana musuh senantiasa mencari peluang untuk 'membaham' ADUN atau Ahli Parlimen seumpama ini. Hanya orang yang takut kepada Allah S.W.T sahaja yang mampu bertahan.

JUDI BOLA : USAHA DITERUSKAN UNTUK HALALKANNYA

Sejak judi bola diluluskan oleh kerajaan BN, rakyat bersama-sama PR menentangnya secara konsisten tanpa menoleh kebelakang.

Bermula dengan bangkangan di Parlimen pada Sidang yang lalu sehinggalah demonstrasi aman di seluruh negara, rakyat pelbagai kaum dan agama sepakat menentang judi. Malangnya pemimpin BN yang beragama Islam dan bertaraf ustaz tetap mempertahankan judi bola ini bermati-matian. Lebih teruk lagi mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad pula mempertahankan tindakan kerajaan BN ini.

Alasan Mahathir sama dengan alasan yang diberikan oleh Awang Adek Hussien iaitu untuk mengawal judi haram (disisi BN - pada hal semua judi haram di sisi Allah).

CERAMAH YB MAHFUZ 22 JUN

Naib Presiden PAS, YB Datok Haji Mahfuz Omar akan menyampaikan ceramah isu semasa di Pejabat PAS Paya Dalam, Ayer Molek 22 Jun.

Ceramah ini dijangka menarik perhatian ramai berikutan isu semasa yang hangat diperkatakan sekarang antaranya isu Gaza, Judi Bola dan lain-lain.

Semua rakyat dijemput hadir.

14 June 2010

MAHATHIR SOKONG JUDI BOLA

Malaysikini melaporkan bahawa mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan bantahan pembangkang terhadap usaha meluluskan lesen judi sukan di negara ini bukanlah disebabkan ajaran agama, tetapi demi kepentingan politik semata-mata.

"Saya berpendapat bahawa ada lesen ataupun tidak, judi memang ada di negara kita ini kerana orang Cina memang suka berjudi.

"Tetapi kalau dia berjudi tanpa lesen, tidak ada cara untuk kita menentukan perjudian itu tidak berleluasa," katanya menyokong cadangan kerajaan itu.

Apa jenis orang Islam agaknya Mahathir ini? Tanpa berselindung beliau menyokong pengHALALan judi bola oleh Najib dan kerajaan BN.

USTAZ HASSAN DALAM KENANGAN

Perjuangan beliau mendaulatkan Islam bermula dari zaman muda hinggalah ke akhir hayat. Program besar terakhir yang beliau hadiri ialah Muktamar PAS Pusat kali ke 56yang berakhir Ahad lalu. Komitmen beliau tidak usah ditanya. Samada beliau berjawatan atau tidak beliau tetap komited bersama perjuangan Islam.

Perlembagaan PAS ada dalam kepala beliau. Pelan Markaz Tarbiah ada dalam kepala beliau. Bila PAS mahu membuat pindaan perlembagaan, beliaulah yang akan dirujuk dan mengepalai jawatankuasa meminda perlembagaan tersebut.

Terlalu banyak sejarah jasa dan pengorbanan beliau kepada Islam di Malaysia.

Beliau pernah menceritakan pengalaman beliau berceramah kepada 2 orang pendengar sahaja pada era tahun 50-an dan 60-an dahulu. Beliaulah yang membawa pembesar suara, memasangnya dan menjadi penceramah, itu antara pengalaman manis dan pahit sepanjang perjuangan beliau. Caci maki umpat nista menjadi perkara biasa bagi seorang pejuang, kata beliau.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan ditempatkan bersama para anbia, syuhada, solihin. Amin. Al Fatihah.

PASCA MUKTAMAR : MASA UNTUK BEKERJA

Muktamar PAS Pusat kali ke-56 berlangsung dengan jayanya di Putik Kelantan bermula Jumaat dan berakhir semalam. Muktamar ini telah mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila buat pertama kalinya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menghadiri muktamar atas status sebagai sayap parti dan diberikan hak untuk bercakap dan membahaskan ucapan dasar Presiden.

Sesungguhnya muktamar PAS kali ini benar-benar membuktikan PAS amat matang dan bersedia menghadapi apa juga cabaran pada masa depan.

Tidak syak lagi PAS sedang berada di kedudukan terbaik untuk mengharungi Pilihanraya Umum ke 13 dalam masa terdekat ini.

Kini masanya untuk pemimpin, petugas dan penyokong PAS menggiatkan lagi kegiatan Parti mendekati dan mendepani masalah rakyat. Mari kita gemblengkan tenaga kita sepenuhnya untuk membebaskan negara dan rakyat dari belenggu 'penjajahan' BN selama lebih dari 50 tahun.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter