Isu lompat parti bukan isu baru. Sejak dari Pilihanraya Umum pertama sehingga PRU 12 ada sahaja Wakil Rakyat yang melompat parti.
Kerajaan Negeri Terengganu dan Kelantan pernah tumbang angkara Wakil Rakyat menjual kerusi dan melompat parti. Semuanya gara-gara umpan dan habuan yang di'offer' kepada wakil-wakil rakyat berkenaan.
Bagi saya bagi Wakil Rakyat yang melompat parti kerana prinsip dan bukannya kerana umpan dan habuan ianya boleh diterima. Namun bagi yang melompat kerana habuan jutaan ringgit, jawatan dan projek maka terbukti orang itu adalah tidak bermaruah dan mesti disiasat serta di bawa ke muka pengadilan.
Kita tidak mahu politik negara kita diwarnai dengan tindakan tidak bermaruah seperti ini yang akan menghancurkan tamadun, bangsa dan negara. Bayangkan apa yang terjadi jika wakil rakyat dan pemimpin kita boleh dibeli dengan wang ringgit dan pangkat, sudah tentu negara juga boleh dijual dan dibeli oleh negara luar.

Comments
lompat kijang...
lompat tinggi...
lompat tikam...
tahun lompat...
LOMPAT PARTI.........
Jenis Lompat
Lompat kijang ialah orang yang banyak kali lompat atau lompat selepas buat pertukaran kaki masa larian tengah laju ,saya rasa sesuai untuk Pak Braim.Sebab itu dia rasa bangga!Tunjuk muka dimana saja.
Lompat katak ialah untuk orang yang lompat takut-takut sebab itu masa sidang media dia baca skrip atau pun terketar-ketar yang jenis ni banyak.
Manakala orang yang tidak lompat tetapi dibuang namanya Katak Kena Sepak atau Katak Jadi-Jadian sebab dia kena sumpah.Walaupun ingatan ke lain kadang-kadang dia masih rindu tempat asal.Seperti YB No.1 perjuangkan Islam (katanya).
Tutuplah saja nama mereka dalam kamus lipatan sejarah parti. Anggaplah mereka sudah tiada dan tidak memberi kesan apa-apapun.
Tapi awas pada yang lompat galah . Jenis ini yang sedang mengintai-intai peluang kalau-kalau boleh lompat lagi tinggi atau lebih jauh dengan mempergunakan SESUATU demi mencapai cita-cita (up lagi sikit)
(sudirumusibarat)