SOKONG UMUMKAN TARIKH PILIHANRAYA AWAL

Blog ini menyokong cadangan AJK PAS Pusat Datuk Husam Musa supaya semua 4 kerajaan Negeri PR mengumumkan tarikh Pilihanraya negeri masing-masing lebih awal berbeza dengan BN yang sentiasa merahsiakan tarikh Pilihanraya Umum.

Pengumuman awal tarikh pilihanraya ini penting bagi mengingatkan BN bahawa bukan Perdana Menteri dan BN sahaja yang ada kuasa mengumumkan pembubaran parlimen sebaliknya kerajaan PR berkuasa menentukan bila pilihanraya negeri masing-masing.

Dalam kenyataannya, Datuk Husam berkata dalam blognya bahawa langkah ini dibuat untuk memastikan semua keputusan bila pilihan raya hendak dibuat di negara ini dibincang dengan Pakatan Rakyat dan bukan hak eksklusif BN sahaja.

Apabila tarikh pilihan raya empat negeri Pakatan ditetapkan lebih awal, pihak kerajaan Pusat terpaksa membuat pilihan sama ada untuk membuat pilihan raya peringkat pusat berasingan atau berunding dengan Pakatan.

Beliau mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang memberitahu, tarikh pilihan raya hanya berada di tangan beliau.

Comments