.

.

22 February 2014

TAHAN MAZLAN DAN UGUT TUAI RUMAH PANJANG TINDAKAN PENGECUT

Sibu : Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak kesal dengan penahanan Pengerusi Lajnah Tanah PAS Pusat, Mazlan Aliman di Lapangan Terbang Sibu kira-kira jam 11.25 pagi tadi.

Ketua Penerangannya, Andri Zulkarnaen Hamden berkata penangkapan ini amat tidak wajar kerana tidak ada asas kukuh mengapa Mazlan ditahan. 

"Beliau tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan jenayah  di seluruh Malaysia khususnya di Sarawak. Alasan yang diberi oleh pihak Imigresen yang menyatakan bahawa pihak Pejabat Ketua Menteri tidak membenarkan Mazlan memasuki Sarawak adalah jelas suatu pencabulan kepada sistem undang-undang di negara kita khususnya Sarawak."

"Sudah menjadi amalan di mana-mana juga di dunia ini, seseorang yang ditahan atau dihalang dari memasuki sesuatu negara atau negeri mestilah dibuktikan bersalah dan fakta-fakta kukuh dan konkrit." ujar Andri.

Beliau berkata jelas sekali penahanan Mazlan ini adalah bersifat politik dan ia adalah ulangan kepada penahanan yang dikenakan terhadap beliau pada 6 Julai 2011 di Lapangan Terbang Miri.

"Pihak-pihak tertentu jelas takut dengan pendedahan demi pendedahan tentang penyelewengan dan skandal tanah melibatkan pemimpin-pemimpin BN di seluruh negara khususnya Sarawak." 

"Mazlan melalui NGO Anak dilihat menjadi duri dalam daging kepada penyangak-penyangak tanaj yang menjadikan tanah rakyat sebagai habuan mereka mengumpul kekayaan." tambah Andri Zulkarnaen.

Menurutnya Badan Perhubungan PAS Sarawak menggesa Pihak Imigresen supaya tidak tunduk kepada desakan politik dalam menjalankan tugas mereka. 

"Amat merbahaya jika Jabatan Penguatkuasa seperti Imigresen tunduk kepada tekanan politik seperti kes Mazlan ini. Kami menggesa Mazlan segera dibenarkan memasuki Sarawak untuk meneruskan program Himpunan Tanah Sarawak yang dijadualkan berlangsung esok di Dun Beting Maro. Ianya dianjurkan dengan kerjasama Lajnah Tanah dan Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak."

Dalam perkembangan berkaitan, Andri juga melahirkan kekesalannya dengan beberapa kes ugutan yang dilakukan oleh pihak tertentu kepada Ahli Jawatankuasa Program dan peserta-peserta program esok. 

"Salah seorang AJK kami diugut akan ditangkap jika datang ke kawasan beberapa Rumah Panjang di Beting Maro untuk mengajak penghuni Rumah Panjang hadir ke program esok."

"Selain itu kami juga percaya Tuai beberapa Rumah Panjang di kawasan tersebut juga telah diugut sehingga mereka tidak berani untuk memberikan kerjasama kepada program kami sedangkan semalam mereka begitu bersemangat untuk bersama-sama menjayakan program tersebut." ujar beliau.

Andri berkata ugutan itu adalah suatu tindakan primitif, pengecut dan tidak professional pihak tertentu yang jelas takut kepada bayang-bayang sendiri. 

"Mereka takut penghuni di Rumah Panjang seperti Manggu Manggeris, Mutton Jawi dan lain-lain terus memberikan sokongan kepada usaha-usaha PAS untuk mengembalikan hak kepada rakyat Sarawak dari segi pemilikan tanah." tambah beliau.

Sementara itu Mazlan Aliman menulis FB menyatakan bahawa beliau sudah kembali ke Johor dan baru sahaja mendarat di Lapangan Terbang Senai sebentar tadi.

Gambar : Andri bersama penghuni rumah panjang Manggu Manggeris dan Mutton Jawi semalam.

MAZLAN ALIMAN DITAHAN DI SIBU

Pengerusi Lajnah Tanah PAS, Mazlan Aliman sekali lagi ditahan dari memasuki Sarawak. Kali ini beliau ditahan Lapangan Terbang Sibu. Beliau dijadualkan bersama-sama Presiden PAS dalam program Lajnah Tanah di Beting Maro esok.

Alasan yang diberi ialah pihak berkuasa tidak membenarkan Mazlan memasuki Sarawak.

Dalam FB peribadinya Mazlan menulis bahawa

"Saya di tahan oleh Pihak Imigresen setibanya di Airport Sibu jam 11.25 pagi ini. Alasan, arahan Pejabat Ketua Menteri Sarawak."

"Saya tidak dikehendaki oleh Kerajaan Sarawak, kata pegawai Imigresen.

Saya yakin ia ada kaitan dengan Himpunan Tanah Sarawak yang dirasmikan, Presiden PAS di Beting Maro esok.
Sebelum ini beliua telah ditahan atas alasan yang sama.'

21 February 2014

ANAK SIAPA ANTARA YANG PALING KAYA DI MALAYSIA???


ULAMA PAS DEMO BANTAH HINA NABI, PERKASA, JATI DAN UMNO DIAM SERIBU BAHASA????

Demo pertahankan Nabi dan Islam dari golongan sesat seperti Kassim Ahmad dan mantan PM yang menyokongnya.

Perkasa, Jati, Pemuda Umno, PPIM, Askar Goyang dll tak nampak muka pun.

Demo ini berlangsung di Perak sebentar tadi.

20 February 2014

HINA NAJIB TAK BOLEH HINA RASULULLAH HARUS?

Menarik untuk disebarkan..

Bila Teresa Kok "menghina" PM Najib, serentak segerombolan NGO UMNO mencari ayam untuk disembelih atas foto Teresa, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

Mengapa mereka bertiga dilumur darah? Kerana mereka Cina dan DAP.

Tetapi bila Kasim Ahmad membawa pemikiran sesatnya di pejabat Mahathir dan Mahathir rasmikannya, tiada seekor pun ayam disembelih dan tiada setitikpun darah ayam atas foto Kasim dan Mahathir.

Mengapa mereka berdua terselamat dari darah ayam? Kerana mereka UMNO dan Melayu.

Teresa, LKS dan LGE tidak hina Islam, tidak hina ulamak tetapi "menghentam dan kritik" kerajaan dan PMNajib.

Kasim Ahmad menghina Islam, Rasulullah dan ulamak serta Mahathir tukang promosi dan dokong.

Bagi NGO UMNO seperti Persatuan Pengguna Islam, PERKASA, PEKIDA menghina Najib lebih "besar dosa" dari menghina Islam dan Rasulullah.

Tiada "seekor" pun pimpinan NGO ini bersuara tentang kesesatan Kasim.

Semua menikus takut "kemurkaan" Mahathir!

Tiada setitik darah gugur di...... " mari kita tegakkan kebenaran atas landasan Islam, bukan yg lain.

17 February 2014

AYUH BANTAH PERSEMPADANAN BARU KAWASAN PILIHANRAYA JIKA IANYA TIDAK MUNASABAH

Pengasas Tindak Malaysia, PY Wong semasa pembentangannya di forum Majlis Peguam tentang Sistem Pilihan Raya, ke arah pilihan raya adil '1 Person, 1 Vote, 1 Value' di Dewan Sivik MBPJ semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, Februari 17, 2014. Saya menyokong cadangan tindakan NGO Tindak Malaysia yang berusaha untuk memastikan persempadanan baru kawasan pilihanraya akan datang berjalan dengan telus, adil dan professional.
Mari sama-sama kita bantu dan sokong usaha Tindak Malaysia ini.
~ YDP PAS Kawasan Bukit Katil, Sofi Wahab

Baca Artikel di bawah 
Hanya 100,000 rakyat Malaysia. Ini angka yang diperlukan untuk melawan pertempuran seterusnya bagi masa depan politik Malaysia bulan hadapan.

Dalam sesi Parlimen akan datang, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membentangkan deraf persempadanan pilihan raya yang baru.
Jika diluluskan, ia akan menentukan nasib semua pilihan raya untuk tempoh 10 tahun akan datang.

Pengasas Tindak Malaysia, PY Wong semasa pembentangannya di forum Majlis Peguam tentang Sistem Pilihan Raya, ke arah pilihan raya adil '1 Person, 1 Vote, 1 Value' di Dewan Sivik MBPJ semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, Februari 17, 2014.Daripada turun ke jalan raya dan disembur gas beracun, pertempuran bagi reformasi pilihan raya ini memerlukan 100,000 orang untuk memberikan nama dan kekal di kawasan mengundi mereka, seperti dijelaskan PY Wong daripada Tindak Malaysia hujung minggu lalu.

Katanya, tandatangan mereka akan digunakan dalam borang bantahan kempen Tindak Malaysia yang mahu SPR melukis kawasan pilihan raya menepati kemahuan rakyat Malaysia dalam pilihan raya umum.

“100 orang ini dan peta kami adalah senjata berkuasa,” kata Wong apabila ditemui selepas forum hujung minggu lalu mengenai reformasi pilihan raya yang dianjurkan kumpulannya bersama Majlis Peguam.

Jika tiada sesiapa mencabar SPR bulan depan (dan Tindak Malaysia percaya mereka mempunyai pendekatan unik dan tidak pernah dilakukan), rakyat Malaysia hanya perlu berpuas hati dengan fakta ini – seperti yang lepas, Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan menghasilkan kerajaan tidak menepati kehendak rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Pilihan raya yang bebas tetapi tidak adil

Sebab mengapa gabungan parti pemerintah dapat membentuk kerajaan walaupun dengan hanya kurang separuh undi majoriti (47%) dijelaskan oleh Tindak Malaysia dan kumpulan lain di forum berkenaan.

Seperti yang aktivis mereka dan ahli akademik jelaskan dalam forum tersebut, ia kerana 'malapportionment' – merujuk kepada saiz kawasan pilihan raya yang berbeza di semua 222 kerusi Parlimen.

Contohnya, kerusi seperti Putrajaya hanya mempunyai 15,000 pengundi berbanding Kapar yang mempunyai lebih 144,000 pengundi.
Secara automatiknya undi di Kapar lebih 'murah' kerana satu undi di Putrajaya bersamaan dengan sembilan undi di Kapar.

Ini bukanlah kes terpencil. Ia berlaku di antara kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) semua negeri seperti Kelantan, Kedah, Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Ia turut berlaku di Sabah dan Sarawak.

Jadi, apa yang perlu dilakukan parti politik adalah memenangi sebanyak mungkin kerusi yang kurang penduduk untuk mendapatkan 112 majoriti di Parlimen bagi membentuk kerajaan.

Ini bertentangan dengan prinsip asas demokrasi di mana setiap orang mempunyai satu undi, dan undi tersebut sama nilai dengan undi pihak lain.

Untuk memberikan keseimbangan, SPR perlu mengkaji semula dan melukis semula persempadanan di antara kerusi setiap lapan tahun, kerana perubahan populasi pengundi dalam aktiviti yang digelar persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Tindak Malaysia mengharapkan dapat memainkan peranan dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya yang bakal dilakukan SPR bulan hadapan.

Cadangan yang SPR tidak boleh tolak

Ini sebabnya mengapa 100,000 rakyat Malaysia diperlukan.

Peguam dan anggota Majlis Peguam, Syahredzan Johan mengatakan apabila SPR mempamerkan persempadanan baru kawasan pilihan raya, sebarang bantahan boleh dilakukan oleh 100 orang di sesuatu kawasan pilihan raya itu.

“Dalam undang-undang, apabila mereka menerima bantahan, mereka perlu mengadakan pendengaran tentang persempadanan baru kawasan pilihan raya tersebut,” kata Syahredzan.

Namun Tindak Malaysia tidak berhenti di situ. Kumpulan tersebut sudah menghabiskan masa dua tahun untuk melukis peta cadangan kawasan pilihan raya baru.

Tidak seperti kerusi pilihan raya sekarang yang tidak adil, 222 kerusi Parlimen yang dideraf Tindak Malaysia mempunyai keseimbangan jumlah pengundi dan menjadikan setiap undi mempunyai nilai sama.

Wong mengatakan, kumpulan tersebut melukis peta kawasan pilihan raya baru tanpa mengira kaum dan kerusi selamat Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR).

“Kami sudah bersedia jika SPR mengatakan jika kamu bantah, apakah cadangan kamu. Kami akan katakan, ini dia. Kami sudah lakukan untuk anda,” kata Wong.
Bantahan lalu tidak dipedulikan kerana tiada cadangan disediakan kepada SPR.

Tindak Malaysia akan menggunakan sesi pendengaran untuk membentangkan cadangan mereka kepada SPR.

“Kami menyediakan penyelesaian masalah kepada SPR. Saya percaya mereka juga mahu bekerja secara profesional. Kami mahu membantu mereka,” kata Wong.

Mendapatkan 100,000 rakyat Malaysia untuk bersama gerakan ini merupakan satu cabaran, dan Tindak Malaysia akan menjelajah seluruh negara bagi menghimpunkan mereka.

Melihat bagaimana mereka akan bekerja bersama kumpulan lain dan parti politik, mendapatkan 100 tandatangan di setiap kawasan pilihan raya bukanlah sesuatu perkara yang mustahil.

Cabaran lain adalah jika SPR akan melayan mereka secara serius.
Pelatih senior Tindak Malaysia, SV Singam semasa pembentangannya di forum Majlis Peguam tentang Sistem Pilihan Raya, ke arah pilihan raya adil '1 Person, 1 Vote, 1 Value' di Dewan Sivik MBPJ semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, Februari 17, 2014. Pelatih senior Tindak Malaysia, SV Singam semasa pembentangannya di forum Majlis Peguam tentang Sistem Pilihan Raya, ke arah pilihan raya adil '1 Person, 1 Vote, 1 Value' di Dewan Sivik MBPJ semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, Februari 17, 2014.Ini merupakan cabaran yang bakal mereka hadapi, kata seorang lagi aktivis kumpulan berkenaan, SV Singam.

Dengan memastikan SPR mengadakan pendegaran awam, Tindak Malaysia berharap akan dapat menarik ahli politik terkemuka untuk menyokong kempen mereka.

Akan tetapi, Singam mengatakan pemacu kepada kempen ini seharusnya terdiri daripada rakyat Malaysia biasa yang terlibat dalam proses demokratik tersebut.

“Sama ada anda terlibat dalam proses getir ini atau biarkan orang lain tentukan masa depan anda.” – 17 Februari, 2014.

~ The Malaysiainsider

GEMPAR : UMNO KECUT PERUT DIHERDIK TAIB MAHMUD

Puluhan tahun dahulu Umno berjaya memperdaya pemimpin Politik Sabah sehingga Umno menapak di Sabah. Itu semua disebabkan perpecahan dan perebutan kuasa di Sabah. Umno cuba sekali lagi menggunakan formula yang sama untuk menakluk Sarawak. Namun Umno tidak sedikitpun menggerunkan Taib Mahmud, malah Umno diherdik dan di'halau' oleh Ketua Menteri Sarawak tersebut seperti dalam ucapan beliau pada Mesyuarat Majlis Tertinggi BN Sarawak baru-baru ini.

Ternyata Najib kecut perut dan tidak berani bertindak kepada Taib. Malah kenyataan Taib bahawa Umno parti RASUS dan suka memainkan ISU AGAMA amat tepat sekali.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter