.

.

17 February 2014

AYUH BANTAH PERSEMPADANAN BARU KAWASAN PILIHANRAYA JIKA IANYA TIDAK MUNASABAH

Pengasas Tindak Malaysia, PY Wong semasa pembentangannya di forum Majlis Peguam tentang Sistem Pilihan Raya, ke arah pilihan raya adil '1 Person, 1 Vote, 1 Value' di Dewan Sivik MBPJ semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, Februari 17, 2014. Saya menyokong cadangan tindakan NGO Tindak Malaysia yang berusaha untuk memastikan persempadanan baru kawasan pilihanraya akan datang berjalan dengan telus, adil dan professional.
Mari sama-sama kita bantu dan sokong usaha Tindak Malaysia ini.
~ YDP PAS Kawasan Bukit Katil, Sofi Wahab

Baca Artikel di bawah 
Hanya 100,000 rakyat Malaysia. Ini angka yang diperlukan untuk melawan pertempuran seterusnya bagi masa depan politik Malaysia bulan hadapan.

Dalam sesi Parlimen akan datang, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membentangkan deraf persempadanan pilihan raya yang baru.
Jika diluluskan, ia akan menentukan nasib semua pilihan raya untuk tempoh 10 tahun akan datang.

Pengasas Tindak Malaysia, PY Wong semasa pembentangannya di forum Majlis Peguam tentang Sistem Pilihan Raya, ke arah pilihan raya adil '1 Person, 1 Vote, 1 Value' di Dewan Sivik MBPJ semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, Februari 17, 2014.Daripada turun ke jalan raya dan disembur gas beracun, pertempuran bagi reformasi pilihan raya ini memerlukan 100,000 orang untuk memberikan nama dan kekal di kawasan mengundi mereka, seperti dijelaskan PY Wong daripada Tindak Malaysia hujung minggu lalu.

Katanya, tandatangan mereka akan digunakan dalam borang bantahan kempen Tindak Malaysia yang mahu SPR melukis kawasan pilihan raya menepati kemahuan rakyat Malaysia dalam pilihan raya umum.

“100 orang ini dan peta kami adalah senjata berkuasa,” kata Wong apabila ditemui selepas forum hujung minggu lalu mengenai reformasi pilihan raya yang dianjurkan kumpulannya bersama Majlis Peguam.

Jika tiada sesiapa mencabar SPR bulan depan (dan Tindak Malaysia percaya mereka mempunyai pendekatan unik dan tidak pernah dilakukan), rakyat Malaysia hanya perlu berpuas hati dengan fakta ini – seperti yang lepas, Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan menghasilkan kerajaan tidak menepati kehendak rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Pilihan raya yang bebas tetapi tidak adil

Sebab mengapa gabungan parti pemerintah dapat membentuk kerajaan walaupun dengan hanya kurang separuh undi majoriti (47%) dijelaskan oleh Tindak Malaysia dan kumpulan lain di forum berkenaan.

Seperti yang aktivis mereka dan ahli akademik jelaskan dalam forum tersebut, ia kerana 'malapportionment' – merujuk kepada saiz kawasan pilihan raya yang berbeza di semua 222 kerusi Parlimen.

Contohnya, kerusi seperti Putrajaya hanya mempunyai 15,000 pengundi berbanding Kapar yang mempunyai lebih 144,000 pengundi.
Secara automatiknya undi di Kapar lebih 'murah' kerana satu undi di Putrajaya bersamaan dengan sembilan undi di Kapar.

Ini bukanlah kes terpencil. Ia berlaku di antara kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) semua negeri seperti Kelantan, Kedah, Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Ia turut berlaku di Sabah dan Sarawak.

Jadi, apa yang perlu dilakukan parti politik adalah memenangi sebanyak mungkin kerusi yang kurang penduduk untuk mendapatkan 112 majoriti di Parlimen bagi membentuk kerajaan.

Ini bertentangan dengan prinsip asas demokrasi di mana setiap orang mempunyai satu undi, dan undi tersebut sama nilai dengan undi pihak lain.

Untuk memberikan keseimbangan, SPR perlu mengkaji semula dan melukis semula persempadanan di antara kerusi setiap lapan tahun, kerana perubahan populasi pengundi dalam aktiviti yang digelar persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Tindak Malaysia mengharapkan dapat memainkan peranan dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya yang bakal dilakukan SPR bulan hadapan.

Cadangan yang SPR tidak boleh tolak

Ini sebabnya mengapa 100,000 rakyat Malaysia diperlukan.

Peguam dan anggota Majlis Peguam, Syahredzan Johan mengatakan apabila SPR mempamerkan persempadanan baru kawasan pilihan raya, sebarang bantahan boleh dilakukan oleh 100 orang di sesuatu kawasan pilihan raya itu.

“Dalam undang-undang, apabila mereka menerima bantahan, mereka perlu mengadakan pendengaran tentang persempadanan baru kawasan pilihan raya tersebut,” kata Syahredzan.

Namun Tindak Malaysia tidak berhenti di situ. Kumpulan tersebut sudah menghabiskan masa dua tahun untuk melukis peta cadangan kawasan pilihan raya baru.

Tidak seperti kerusi pilihan raya sekarang yang tidak adil, 222 kerusi Parlimen yang dideraf Tindak Malaysia mempunyai keseimbangan jumlah pengundi dan menjadikan setiap undi mempunyai nilai sama.

Wong mengatakan, kumpulan tersebut melukis peta kawasan pilihan raya baru tanpa mengira kaum dan kerusi selamat Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR).

“Kami sudah bersedia jika SPR mengatakan jika kamu bantah, apakah cadangan kamu. Kami akan katakan, ini dia. Kami sudah lakukan untuk anda,” kata Wong.
Bantahan lalu tidak dipedulikan kerana tiada cadangan disediakan kepada SPR.

Tindak Malaysia akan menggunakan sesi pendengaran untuk membentangkan cadangan mereka kepada SPR.

“Kami menyediakan penyelesaian masalah kepada SPR. Saya percaya mereka juga mahu bekerja secara profesional. Kami mahu membantu mereka,” kata Wong.

Mendapatkan 100,000 rakyat Malaysia untuk bersama gerakan ini merupakan satu cabaran, dan Tindak Malaysia akan menjelajah seluruh negara bagi menghimpunkan mereka.

Melihat bagaimana mereka akan bekerja bersama kumpulan lain dan parti politik, mendapatkan 100 tandatangan di setiap kawasan pilihan raya bukanlah sesuatu perkara yang mustahil.

Cabaran lain adalah jika SPR akan melayan mereka secara serius.
Pelatih senior Tindak Malaysia, SV Singam semasa pembentangannya di forum Majlis Peguam tentang Sistem Pilihan Raya, ke arah pilihan raya adil '1 Person, 1 Vote, 1 Value' di Dewan Sivik MBPJ semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, Februari 17, 2014. Pelatih senior Tindak Malaysia, SV Singam semasa pembentangannya di forum Majlis Peguam tentang Sistem Pilihan Raya, ke arah pilihan raya adil '1 Person, 1 Vote, 1 Value' di Dewan Sivik MBPJ semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, Februari 17, 2014.Ini merupakan cabaran yang bakal mereka hadapi, kata seorang lagi aktivis kumpulan berkenaan, SV Singam.

Dengan memastikan SPR mengadakan pendegaran awam, Tindak Malaysia berharap akan dapat menarik ahli politik terkemuka untuk menyokong kempen mereka.

Akan tetapi, Singam mengatakan pemacu kepada kempen ini seharusnya terdiri daripada rakyat Malaysia biasa yang terlibat dalam proses demokratik tersebut.

“Sama ada anda terlibat dalam proses getir ini atau biarkan orang lain tentukan masa depan anda.” – 17 Februari, 2014.

~ The Malaysiainsider

No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter