.

.

11 June 2010

CALON BUKAN ISLAM : PAS BUKTIKAN BUKAN PARTI PERKAUMAN

Selepas penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS baru-baru ini, PAS terus melangkah ke hadapan dengan membenarkan penyokong bukan Islamnnya bertanding menggunakan lambang parti itu dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Presidennya Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata keputusan itu dibuat hasil keputusan mesyuarat majlis syura - badan tertinggi dalam parti itu - kelmarin.

Terbukti bahawa PAS adalah sebuah parti universal merentasi sempadan agama, bangsa dan budaya tidak seperti parti-parti komponen BN yang masih mengamalkan semangat perkauman yang tebal dan sempit.

JUDI BOLA : SIDANG MEDIA BATAL, KERAJAAN TAKUT?

Satu sidang media khas yang dijadualkan hari ini bagi menjelaskan isu pemberian lesen judi sukan dibatalkan di saat terakhir.

Malaysiakini difahamkan, sidang media oleh menteri hal ehwal agama Datuk Jamil Khir Baharom itu dibatalkan atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kira-kira 40 orang petugas media menuggu di ruang mesyuarat Masjid Sultan Zainal Abidin, Putrajaya selama satu jam sejam pagi ini untuk sidang media berkenaan.

"Perdana menteri sendiri akan buat penjelasan tersebut," menurut sumber.

Adakah kerajaan takut untuk berhadapan dengan rakyat dan media sehingga terpaksa membatalkan sidang media tersebut. Apa jelas ialah Umno/BN MENGHALALKAN judi yang jelas DIHARAMKAN OLEH ISLAM.

PARTI 'ISLAM' HALAL JUDI PARTI BUKAN ISLAM HARAM JUDI

Presiden PAS dalam ucapan dasarnya berkata Umno akan terus memberikan lesen untuk perjudian bukan setakat judi bola sahaja. Yang menariknya, parti yang bukan Islam dalam Pakatan menentang lesen judi ini tetapi sebaliknya Umno menyokong judi ini.

Tak ke pelik tu, yang solat 'tunggang tunggik' HALAL dan SOKONG judi, yang BUKAN ISLAM HARAM dan TAK SOKONG JUDI.

MUKTAMAR PAS : 'ISLAM ADIL UNTUK SEMUA'

Setelah menggagaskan PAS FOR ALL (PAS UNTUK SEMUA) Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tampil dengan gagasan ISLAM ADIL UNTUK SEMUA yang menjadi tema ucapan dasar Muktamar PAS Ke 56 yang sedang berlangsung di Kota Baharu sekarang.

PAS membuktikan ISLAM ADIL UNTUK SEMUA apabila berjaya mentadbir negeri Kelantan dan Kedah dengan adil tanpa membelakangkan kaum minoriti yang berlainan bangsa dan agama.

Itulah ISLAM sebenar yang MAHA ADIL DAN SAKSAMA.

10 June 2010

SETIAP RAKYAT BERHUTANG SEBANYAK RM15,576?

Jumlah hutang kerajaan Persekutuan dijangka berjumlah RM405.1 bilion atau 52. 9 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2010.

Kira-kira 96 peratus daripada jumlah hutang berkenaan dibiayai melalui sumber dalam negeri.

Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri berkata kerajaan mensasarkan untuk mengurangkan defisit fiskal kepada 5.3 peratus pada 2010 berbanding tujuh peratus pada 2009.

Ini bermakna setiap rakyat akan berhutang sebanyak RM15,576 seorang.

09 June 2010

MUKTAMAR OH MUKTAMAR

Tahun ini saya tidak berkesempatan untuk hadir pada Muktamar PAS di Kota Bharu. Sememangnya dari awal lagi saya tidak bercadang untuk ke muktamar tahun ini kerana keadaan Allahyarham Bapa Mertua saya yang sakit.

Namun rupa-rupa Allah lebih sayangkan beliau apabila Allahyarham di panggil mengadapNya Sabtu lalu 5 Jun 2010.

Pun begitu saya telah memutuskan untuk tidak ke muktamar tahun ini kerana sebab-sebab lain walaupun Abah telah pergi terlebih dahulu.

Sedih dan pilu kerana sekali lagi terpaksa tidak hadir ke muktamar sedangkan kehadiran saya adalah wajib atas kapasiti sebagai YDP Kawasan. Saya telah wakilkan TYDP saya untuk menggantikan saya sebagai Ketua Kontinjen PAS Kawasan.

Insya Allah tahun depan kalau umur panjang saya akan menghadirinya.

HERET NAJIB KE JAWATANKUASA HAK DAN KEBEBASAN PARLIMEN?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak boleh diheret ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen jika beliau tidak memberi gambaran yang sebenar berhubung pemberian lesen judi sukan.

Sehingga kini Najib dikatakan gagal memberikan gambaran sebenar tentang isu judi ini.

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata kenyataan bercanggah antara Kementerian Kewangan dan BERJAYA Corporation Bhd menimbulkan kontroversi mengenai siapa yang sebenarnya berbohong.

Pada notis kepada Bursa Malaysia 12 Mei lalu, BERJAYA berkata: 'Kementerian Kewangan telah memberikan kelulusan berhubung pemberian semula lesen kepada Ascot untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan.'

Sesalinan notis itu kemudiannya diedarkan oleh Pua kepada wartawan pada sidang medianya di lobi parlimen, pagi ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan dalam jawapan bertulisnya di parlimen semalam berkata lesen berkenaan belum dikeluarkan kerana masih menunggu maklum balas orang ramai dan beberapa syarat masih dirangka.

Malaysiakini

AL FATIHAH BUAT ABAH

Jam 8.15 pagi, Sabtu 5 Jun 2010 meninggalkan kenangan yang tidak mungkin dilupakan oleh keluarga saya apabila insan tersayang, Ayahanda Othman Basir Mat Teh meninggalkan kita buat selama-lamanya.

Bukan mudah untuk melupakan semua itu, kerana beliau terlantar mengidap sakit kanser prostat kira-kira 3 bulan di mana sebahagian besar masa dari masa tersebut dihabiskan di rumah kami. Pada hari beliau meninggalkan kami, saya dikejutkan apabila adik memberitahu bahawa abah tercungap-cungap seolah-olah sedang nazak. Memang saya dan isteri serta adik-adik tidak mempunyai pengalaman berhadapan dengan situasi sebegini. Semakin lama semakin kuat cungapan abah. Tetapi ianya hanya mengambil masa yang singkat sebelum beliau pergi mengadap Allah. Mudah sungguh beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Dalam keadaan tersenyum dan dengan sedikit airmata di mata beliau, abah pergi dengan aman.

Semasa hayatnya beliau menghabiskan sebahagian besar dari umurnya berjuang di dalam perjuangan Islam. Abah pernah menjadi sahabat setia Allahyarham Ustaz Buniyamin Yaakub, bekas Ahli Parlimen Bachok. Kalau Ustaz Buniyamin datang ke Pahang sudah tentu beliau akan singgah mencari abah dan mengajak beliau ke tempat program. Abah akan memandu kereta beliau ke mana sahaja.

Begitu dengan Haji Suhaimi Said seorang lagi teman lama abah. Semasa Hj Suhaimi Said menjadi pimpinan PAS Temerloh, Abah adalah pemandu setia Haji Suhaimi kemana sahaja Haji Suhaimi pergi ke seluruh pelusuk tanah air.

Seorang sahabat baik Abah ialah bekas ADUN Guai, Mejar (B) Haji Abdul Aziz Yaakub. Sebagai rakan semasa bersekolah, persahabatan mereka kekal sehingga bersama dalam perjuangan Parti Islam SeMalaysia.

Abah juga pernah memimpin 2 cawangan PAS iaitu Cawangan PAS Kg Pengkalan Jaya dan cawangan Kampung asalnya iaitu Kg Batu Papan.

Abah memang cukup dikenali oleh pemimpin dan ahli PAS khasnya di kawasan Temerloh kerana beliau adalah pengedar akhbar HARAKAH yang sejak dari awal penubuhannya media tersebut.

Abah dilahirkan pada tahun 1947 di Batu Papan. Mendapat pendidikan di Sekolah Batu Papan dan seterusnya ke Abu Bakar School Temerloh. Beliau menyertai Angkatan Tentera Malaysia selama 10 tahun. Selepas beliau berniaga. Perniagaan terakhir beliau ialah sebagai Pengedar akhbar Harakah di seluruh Daerah Temerloh.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh abah dan ditempatkan bersama para anbia, syuhada dan muttaqin.

Anak cucu akan sentiasa mengingati abah kerana jasa dan kasih sayang yang tidak mampu kami balas.

Al Fatihah.

Catatan : Abu Haziq
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter