HERET NAJIB KE JAWATANKUASA HAK DAN KEBEBASAN PARLIMEN?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak boleh diheret ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen jika beliau tidak memberi gambaran yang sebenar berhubung pemberian lesen judi sukan.

Sehingga kini Najib dikatakan gagal memberikan gambaran sebenar tentang isu judi ini.

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata kenyataan bercanggah antara Kementerian Kewangan dan BERJAYA Corporation Bhd menimbulkan kontroversi mengenai siapa yang sebenarnya berbohong.

Pada notis kepada Bursa Malaysia 12 Mei lalu, BERJAYA berkata: 'Kementerian Kewangan telah memberikan kelulusan berhubung pemberian semula lesen kepada Ascot untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan.'

Sesalinan notis itu kemudiannya diedarkan oleh Pua kepada wartawan pada sidang medianya di lobi parlimen, pagi ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan dalam jawapan bertulisnya di parlimen semalam berkata lesen berkenaan belum dikeluarkan kerana masih menunggu maklum balas orang ramai dan beberapa syarat masih dirangka.

Malaysiakini

Comments

Anonymous said…
mengheret najib ke jawatankuasa hak & kebebasan parlimen samalah umpama warga tikus ingin meletakkan loceng keleher kucing.dengan kenaikan popularity najib melambong 75% siapa agaknya yang ada keberanian berpancak silat dengan kucing yang sentiasa lapar dan dahaga kuasa.
Abd Halim Said said…
Takziah daripada kami warga kerja Kelab Sahabat Siti Khadijah , Pasti Sahabat Siti Khadijah dan seluruh warga kerja MTD Bemban. Muga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Amin...teruskan perjuangan.
teratailiar said…
hak betul tetap betul...
salah tetap salah...
melawan arus pun tak per...
berani berkata benar.