.

.

09 April 2011

TERKINI DARI SARAWAK : KEADAAN TERKINI DI SETIAP CERAMAH PR

6pm: DAP Serdang MP Teo Nie Ching admits that the situation is rather precarious for DAP Meradong candidate Ting Tze Fui."SPDP is going all out in Meradong. Buaya (crocodiles) from Bintulu are swimming here too. Our situation is not good. So Tze Fui fans, please act!" she tweeted.The post was a response to a 'fan' on Twitter complimenting a billboard of Ting recently erected there.On the billboard, the sweet-faced incumbent candidate is photographed cuddling DAP's Sarawak polls mascot Ubah.She is one of DAP's four young female candidates nicknamed the 'beauty assassins'.


7pm: Along the one-hour road from Sri Aman to Betong, PKR candidates' posters are still nowhere to be seen. Only PKR flags are flying along the road. On the contrary, BN candidates' posters are seen at every bus stop and on billboards at every junction.According to PKR vice-president Fuziah Salleh yesterday, the posters were being delivered statewide from Kuching since yesterday afternoon.


7.45pm: In Kuching, an estimated crowd of 1,000 has gathered at a vacant lot near the roundabout with the famous cat statue for a DAP ceramah despite the absence of top national opposition leaders.A total of four opposition ceramah are being held in the Kuching area - three by DAP and one by PKR.The Pakatan Rakyat candidates for five seats - Padungan, Pending, Batu Lintang, Kota Sentosa and Batu Kawah - are scheduled to circulate through all five venues tonight.Meanwhile BN's five Kuching contenders are at a forum to discuss Pakatan Rakyat's policies.


8pm: DAP's Teo Nie Ching has tweeted that the police has suddenly revoked one of DAP's ceramah permits in Kuching.“The police are on the way to disperse people now. Ubah is angry!” read her tweet.


8.02pm: In Kuching, incumbent Pending state assemblyperson Violet Yong gets the crowd of about 1,000 to sing her modified version of Grasshopper's "Bao Bei Dui Bu Qi", in which the chorus goes "If Pai Mao (Taib) doesn't dao (fall), the people will eat cao (grass)".


8.06pm: In Sibu, the DAP ceramah in Kg Dato sees a strong crowd of 600. The ceramah kicks off with a rendition of the Sarawak state anthem. This is followed by Selangor senior exco Teresa Kok making a fiery speech against the wrongdoings of Sarawak chief minister Abdul Taib Mahmud. Kg Dato is a Malay area located under Bawang Assan state constituency. It is a SUPP stronghold where the incumbent state minister Wong Soon Koh is contesting his fifth term. DAP Penang chief minister Lim Guan Eng is to be the main speaker tonight.


8.10pm: It begins to drizzle in Sibu. However, the crowd appears well-prepared and many people came with umbrellas.Teresa Kok has just finished her speech. She rushes off to Sarikei, which is an hour drive from Sibu town.DAP is contesting Meradong and Repok state seats, both under the Sarikei parliamentary seat.


8.15pm: In another part of Sibu, SUPP ceramah at Jalan Pedada attracted around 250 people.Expected speakers include Dudong candidate Tiong Thai King, Bukit Assek candidate Chieng Buong Toon and Sibu Municipal Council deputy chairman Daniel Ngieng.Between the speakers, the emcee also showed an advertisement billboard in Jawi in Kelantan and Kedah, and warned the crowd about the danger of Islamic state.As Sibu starts drizzle, some of those in the crowd seek shelter in the 'kaki lima' (sidewalks) of shophouses nearby.


8.20pm: In Layar, Selangor Mentri Besar Khalid Ibrahim arrives at Kampung Baru Ulu Betong to campaign for PKR's candidate Stanny Embat. He is the star speaker at tonight's ceramah but there are only around 100 people, mostly PKR members, present.Layar is the stronghold of deputy chief minister Alfred Jabu, who is seeking his eighth consecutive term in this state election. Stanny says he is confident of becoming the 'giant killer'. "The past candidates were weak but I had visited 82 longhouses since I joined PKR in 2009. I visited some of the longhouses five to six times already," said the debutant.


8.30pm: In Kuching, despite the slight drizzle, the crowd is growing at the 'Car Roundabout' in the city. It is difficult to give a estimatebecause the vacant land is large.


8.50pm: In Sibu, the crowd continue to arrive at the ceramah held at Kg Dato, which is under the Bawang Assan state area. The crowd size is now estimated at 2,500.


9pm: Kuching - Despite no star speakers and the slight drizzle since 8pm, the crowd size at the DAP ceramah in Trivillion Commercial Centre has slowly climbed up to about 2,000.There is no sign of police. The speakers scheduled to speak included four DAP candidates in the Kuching area.


9.05pm: Kuching - The crowd in PKR Batu Lintang ceramah has grown to 300 people. PKR is using the opportunity to collect signatures of protest against price hikes. Like the DAP ceramah across town, there is no prominent speakers tonight. The crowd applauds when PKR Batu Lintang candidate See Chee How tells them that Pakatan Rakyat promises to set up a commission to investigate Chief Minister Abdul Taib Mahmud's wealth if it takes over government on April 16. "In the rural areas, he is taking land in tens and thousands hectares. That's why we estimate more than 1.5 million hectares belonging to him, BN and his cronies," said the lawyer, who is known for his work to defend native customary right land.


9.45pm: In Sibu, the crowd at the DAP ceramah has grown to around 5,000 people, many stand on the roadside to hear the speakers.DAP national vice-chairperson Tan Kok Wai urges the voters to reject Taib Mahmud and BN."Although he is not the richest in the world, but I think he is therichest in Asia. Even the Brunei sultan is envious of him."


9.53pm: In Batu Lintang, Kuching - Gopeng MP Dr Lee Boon Chye says: "I got a message, leaked from internal sources in BN, saying that BN will lose 26 seats in election."I still think they are overstating BN's strength. I am confident that in the interiors we can get an extra 25 seats and change the government in Sarawak."The cardiologist said that he knows SUPP Pending candidate Dr Sim Kui Hian, who is a fellow cardiologist."They say he's a good man, but good men don't do evil things," he said.


10.05pm: In Miri, thousands of people attended the DAP ceramah at the town centre, all waiting for party supremo Lim Kit Siang to speak, who is expected to be the last leader to take the podium.DAP Rasah MP Anthony Loke claimed that the crowd has reached 10,000-strong.This is the second night in a row that DAP leaders have claimed they have drawn an unprecedented crowd size of 10,000. Yesterday, Opposition Leader Anwar Ibrahim and Penang Chief Minister and DAP secretary-general Lim Guan Eng spoke at the mammoth rally.However, observers have put the last night's crowd at around 4,000.


10.10pm: In Kuching, Pakatan is now actively campaigning against its former assemblyperson and now Independent candidate Dominique Ng in Padungan.At the ceramah in Batu Lintang, Gopeng MP Dr Lee Boon Chye called to constituents of Padungan (about 15 minutes drive away) who are in the audience to look beyond individuals and vote for Pakatan coalition member DAP."It is not about individuals but the future of the people of Sarawak," he said. PKR has so far managed to collect RM3,200 in donations from tonight's ceramah.


Sumber : Malaysiakini

TERKINI DARI SARAWAK : CERAMAH PR TERUS DIBANJIRI PULUHAN RIBU RAKYAT

Twitter dari YAB Lim Guan Eng - Ceramah DAP di Miri malam ini dihadiri lebih dari 10,000 rakyat lebih ramai dari semalam.


Twitter dari YB Lau Weng San - Ceramah PR/DAP di Travillion dihadiri oleh kira-kira 8.000 rakyat.


Twitter dari YB Azmin Ali - Ceramah PR di Kg Jepak diganggu oleh program BN/PBB yang diketuai sendiri oleh calon BN. Sungguh tidak bertamadun.

PRN SARAWAK : BN TUNJUK SAMSENG PETUGAS PAS DIHALAU DAN DIUGUT


BN mula berlagak samseng pada kempen Pilihanraya Negeri Sarawak. Petugas PAS dari Johor dihalau 2 kali dari rumah yang mereka sewa. (Gambar kiri).


Seorang petugas PAS Johor, Hod Abu Siraj berkata BN Dun Tanjung Datu mula tergugat dengan sambutan yang diberikan oleh penduduk setempat apabila ceramah PAS mendapat sambutan yang hebat.


"Pada malam hari penamaan calon petugas Unit Peti Undi Kampung Tanah Hitam menganjurkan ceramah kelompak dirumah sewa petugas Johor."

"Ceramah yang disampaikan Dr Hata Ramli dan calon sendiri mendapat sambutan dari penduduk kampung, mereka ingin mendengar penerangan daripada pemimpin Pas." kata Hod


Hod berkata keesokan harinya azab bermula dimana petugas Johor dimaklumkan oleh tuan rumah bahawa beliau mendapat ugutan melampau daripada pihak tetentu membuatkan beliau terpaksa meminta kami berpindah pada petang itu juga.


"Akhirnya kami terpaksa ikut kehendak tuan rumah kerana kasihan kepada tuan rumah terpaksa akur dengan ugutan BN"


"Kami seterusnya berpindah ke sebuah rumah baru (gambar kanan) yang kami sewa, rupa-rupanya kami menerima nasib yang sama dihalau oleh tuan rumah juga atas alasan yang sama dia diugut oleh BN" kata Hod.


Menurutnya sekarang ini mereka menyewa sebuah lagi rumah (gambar bawah) di dalam Peti Undi yang sama. Beliau berharap mereka dapat menyewa rumah ini sehingga pilihanraya ini berakhir.



Sementara itu petugas PAS Negeri Pahang yang bertugas di Peti Undi Negeri Pahang terletak di Pekan Lundu telah didatangi oleh sekumpulan 'Gangster' Cina yang meminta wang perlindungan.


Polis yang sampai selepas dihubungi tidak dapat berbuat apa-apa terhadap samseng tersebut di mana samseng masih berada disitu dan tidak berganjak dan tidak langsung takut kepada Polis. Mereka tetap minta wang perlindungan dan Polis tidak dapat berbuat apa-apa.

BEKAS PENGARAH KASTAM ADA RM2 JUTA DALAM AKAUN?

SPRM melaporkan terdapat seorang bekas Pengarah Kastam yang mempunyai wang sejumlah RM2 juta dalam akaunnya.

Selain itu SPRM juga memberitahu bahawa mereka berjaya mengesan wang jutaan ringgit di dalam akaun Pegawai-Pegawai Kastam dalam operasi 3B baru-baru ini.


Perkara ini didedahkan oleh laman Malaysiainsider hari ini.


Dari mana Pegawai-Pegawai Kastam ini memperolehi wang sebanyak itu. Kalau setakat gaji dan elaun bulanan sahaja mati balik hidup pun mereka tidak dapat mengumpul wang sebanyak itu walaupun mereka makan nasi sekali sehari berlaukkan garam sekalipun.

Jadi dari mana wang sebanyak itu mereka perolehi. Mungkin mereka berniaga.? Takkan semua berniaga.....habis itu dari mana wang itu datang? Dari langitkah atau dari perut bumi.....harta qarun????


Kita mengharapkan SPRM dapat menyiasat perkara ini secara menyeluruh dan mungkinkah ia ada kaitan dengan kematian Allahyarham Ahmad Sarbani.?


Memang semua orang tahu Kastam ini 'track record' mereka 'sangat baik'. Sama macam Polis, JPJ semua mempunyai track record yang sangat malah terlampau baik.


Pokok pangkalnya agensi kerajaan ini semuanya mengikut tauladan dari pemimpin politik juga. Sebab kita tahu rakyat mengikut agama pemerintah. Kalau pemerintahnya baik maka baiklah rakyat. Kalau pemerintah rasuah rakyat dan agensinya kerajaannya juga rasuah.


Laporan penuh Malaysiainsider di sini.

PRN SARAWAK : PKR MENANG 21, DAP 14 PAS 1

Ramai pemerhati politik menjangkakan jika PR menang di Sarawak 16 April ini komposisi kerusi adalah seperti di bawah : DAP 14 PKR 21 PAS 1 Selebihnya BN dan Bebas? Persoalan seterus siapa Ketua Menteri Sarawak. BN akan main strategi ini untuk kelirukan rakyat Sarawak terutama pengundi Melayu/Melanau Islam.



Dari sifir di atas sudah tentu calon PKR akan dilantik menjadi Ketua Menteri.



Pemimpin PR sila fikirkan??????????

Namun sebelum berangan-angan sejauh itu sila pastikan dulu, tipu muslihat, rasuah, ugutan dan pembohongan BN dikekang supaya rakyat bebas memilih calon yang mereka berkenan.

PRN SARAWAK : KAMIK MAOK PERUBAHAN

Masyarakat Iban di Kampung Siru Dun Tanjung Datu rata-rata mahukan perubahan. Ramai di antara mereka menyatakan 'Kamik Maok Perubahan'.

Mereka kesal dengan Adun Tanjung Datu iaitu Adenan Satem yang tidak pernah menjenguk ke rumah panjang yang didiami mereka sejak dari Pilihanraya negeri 2006. Lebih malang lagi rumah panjang yang dibina atas bantuan kerajaan negeri juga tidak disiapkan atas alasan tiada bajet.


Wakil blog ini MIAKBAIT melaporkan bahawa kempen calon PAS Puan Nani Sahari di rumah panjang tersebut mendapat sambutan yang hebat. Klik disini untuk laporan lengkap dan gambar-gambar sekitar kempen.

TAIB MUBARAK VS BARU BIAN SIAPA LEBIH BAIK?

Blog ini dihujani dengan pelbagai komen ada yang positif dan ada yang negatif tentang cadangan PR untuk melanti Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian sebagai Ketua Menteri jika PR menang di Sarawak. Tujuan blog ini hanyalah tidak lain untuk memberi peringatan kepada PR supaya bersedia dengan strategi dan jawapan kepada serangan yang akan dilemparkan oleh BN atas cadangan PR untuk melantik Baru Bian sebagai Ketua Menteri.


Memang siapa pun yang dicadangkan sudah tentu ada pro dan kontranya. Memang tidak ada orang yang maksum seperti Nabi Mohamad S.A.W.


Taib Mahmud - Kaya Raya. Baru Bian - pemimpin berjiwa rakyat tangani masalah rakyat

Taib Mahmud - Kayakan kroni. Baru Bian - Hidup sederhana

Taib Mahmud - Dah ganyut. Baru Bian - Masih muda belum 60 tahun

Taib Mahmud - Biarkan rakyat Sarawak miskin. Baru Bian - akan bela rakyat


Siapa lebih baik Taib Mahmud atau Baru Bian.????? Jawapannya semua kita sudah tahu. Jangan orang yang ada kepentingan dan tidak berfikir panjang sahaja mahu mengekalkan BN memerintah.


Anda fikirkan sendiri.

APAKAH BARU BIAN CALON SESUAI UNTUK JAWATAN KETUA MENTERI?

Blog ini menukilkan luahan dan pendapat seorang tetamu untuk dikongsi bersama oleh tetamu lain. Pencalonan Baru Bian sebagai calon Ketua Menteri jika PR menang di Sarawak pada dasarnya tidak mempunyai apa-apa masalah. Namun kita pasti ianya akan dimanipulasi oleh BN kerana sudah sekian lama Ketua Menteri Sarawak adalah dari kalangan Melayu/Melanau beragama Islam. BN sudah pasti akan memainkan sentimen kaum dan agama mungkin tidak secara terang-terang tetapi secara senyap-senyap. PR mesti memikirkan hal ini secepat mungkin bagi merangka strategi menangkis serangan BN.


Di bawah ini disiarkan komen tetamu blog ini tentang kebimbangan beliau terhadap pencalonan Baru Bian:


assalamualaikum.. boleh komen sikit tentang strategi Pakatan Rakyat Sarawak. disini saya menyatakan sedikit rasa kesal berkenaan strategi mengumumkan calon ketua menteri sarawak dengan terlalu awal. berikutan pengumuman ini keluar awal, telah wujud isu terbaru iaitu "sentimen kristianisasi Sarawak".


Setelah 30 tahun lebih sarawak dipimpin oleh bumiputera Islam, sekiranya Pakatan Rakyat memerintah, jawatan tersebut terpaksa diserahkan kepada calon bukan Islam (bumiputera). Ini sesuatu yang amat dikesali. Perkara utama yang dikuatiri berlaku ialah sepertimana Negeri Sabah (satu ketika dahulu).


Setelah Joseph Pairin Kitingan dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah, proses kristianisasi giat dijalankan disabah. Untuk pengetahuan semua, ketika Pairin Kitingan menjadi ketua menteri (kristian) sabah. beliau telah menjalankan misi khas, iaitu menghantar seberapa banyak pemuda-pemuda kristian ke luar negara untuk menuntut ilmu melalui biasiswa negeri.


Tindakan beliau dilihat "sedikit menganaktirikan" kaum-kaum bumiputera selain "beragama kristian". Dan akibatnya. Sehingga kini. Ramai cerdik pandai dikalangan "pemuda kristian terdapat di Sabah" berbanding cerdik pandai "pemuda Muslim". Ini semuanya adalah sebahagian daripada kejayaan misi pairin kitingan.


Saya berharap agar, pakatan rakyat mencalonkan semua "calon ketua menteri sarawak" dikalangan bumiputera Islam samada daripada KEADILAN Sarawak ataupun PAS Sarawak. Ini bagi menjamin survival bumiputera Islam dan agam Islam di bumi Sarawak agar tragedi Sabah (Pairin Kitingan tidak berulang semula di Sarawak).


Saya lebih rela Pakatan Rakyat tewas di Sarawak berbanding mendapat ketua menteri yang merupakan penganut kristian. wallahualam

PRN SARAWAK : BN GUNA SIHIR UNTUK MENANG?

BN akan menggunakan apa sahaja untuk menang di Sarawak. Prinsip matlamat menghalalkan cara memang sudah lama menjadi anutan dan pegangan BN walaupun ianya bertentangan dengan Islam, undang-undang dan tata susila manusia.


Ugutan, rasuah dan habuan kepada pengundi memang menjadi taktik tradisional BN untuk mencapai nafsu besar mereka bagi mencapai kemenangan. Namun ada satu lagi taktik mereka yang jarang disebut tetapi sering juga digunakan iaitu penggunaan ILMU SIHIR untuk menundukkan pengundi dan juga melemahkan lawan mereka.


Oleh kerana kepada calon-calon PAS, para petugas dan penyokong berhati-hatilah dengan penggunaan ILMU SIHIR ini kerana dikhuatiri ianya akan menjejaskan peluang kita untuk menang.


Kita tidak hairan jika BN akan menggila menggunakan ILMU SIHIR ini kerana bekas pemimpin BN sendiri iaitu calon bebas DUN Balingian Salleh Jaffaruddin sendiri mendakwa bahawa Taib Mahmud menggunakan beberapa orang bomoh dari luar negeri untuk memastikan nafsu besar beliau tercapai.


Kepada semua mari kita berdoa agar kita semua dihindari dari ILMU SIHIR BN yang sudah pasti akan menggila digunakan jika BN dalam keadaan tenat.

SPRM VS KASTAM : DUA-DUA TAK BOLEH PAKAI?

Sehari dua ini heboh pasal kematian Pegawai Kastam Ahmad Sarbani yang ditemui meninggal dunia di kawasan Pejabat SPRM. Semua orang tahu ini adalah kali kedua kes kematian orang yang disiasat di Pejabat SPRM. Kalau Teoh Beng Hock dituduh membunuh diri oleh pihak tertentu sehingga inques pun tidak dapat jawapan kepada kematiannya Beng Hock kini kes Sarbani pun mungkin berakhir dengan perkara yang sama.


Kita juga tahu antara agensi kerajaan yang banyak melakukan rasuah selain dari Polis, JPJ dan lain-lain termasuk Kastam. Di sini (agensi-agensi ini) lubuk pengamal rasuah kerana kerajaan yang agensi ini bernaung juga bapak rasuah. Bapak borek anak rintik.


Jadi kalau kedua-dua agensi ini 'berbalah' dalam hal ini memang patut 'berbalah' kerana ianya melibatkan kematian. Mana mungkin kita boleh duduk diam jika anggota kita mati yang sebab kematian amat meragukan.


Namun bagi blog ini kedua-dua agensi tersebut sebenarnya sudah lama diragui ketelusan dan integritinya oleh rakyat. Dua-dua tak boleh pakai??????

08 April 2011

PRN SARAWAK : GAMBAR-GAMBAR CALON MUSLIMAT BERKEMPEN DI DUN TG DATU

Calon PAS Dun Tanjung Datu Puan Nani Sahari membuktikan bahawa muslimat mampu menggalas cabaran menjadi Wakil Rakyat sekiranya dipilih pada 16 April ini. Bermula dari awal pagi lagi beliau turun padang menemui pengundi di kawasan kampung dan juga pekan. Tidak kira bangsa, jantina, umur dan latarbelakang beliau tanpa rasa kekok dan segan menegur setiap rakyat yang ditemui.



Penerimaan rakyat kepada beliau amat memberangsangkan lebih-lebih lagi beliau memang dikenali penduduk tempatan kerana beliau memang berasal dari kawasan Tanjung Datu sendiri.



Tidak syak lagi bahawa pemilihan 2 orang calon muslimat untuk Pilihanraya Sarawak ini amat tepat kerana karisma, pengalaman dan karakter mereka yang memenuhi ciri-ciri seorang pemimpin berjiwa rakyat. Apatah lagi kedua-dua termasuk calon Dun Muara Tuang Noraini Hamzah mereka memang sudah berpengalaman dalam dunia politik sebelum ini.



Beberapa penduduk yang ditemui melahirkan rasa gembira dan berbesar hati dengan kesudian calon PAS menziarahi mereka dan mendengar permasalahan yang sudah lama membelenggu rakyat. Kini tugas calon dan juru kempen PAS ialah untuk meyakinkan pengundi supaya mengundi PAS. Rasa takut dan segan di kalangan pengundi kepada calon dan PAS memang sudah tidak ada cuma apakah mereka akan menterjemahkannya ke dalam peti undi?



Gambar-gambar sekitar kempen Puan Nani Sahari boleh dilayari disini (Klik disini)

PRN SARAWAK : NEGERI BERKEBAJIKAN TAWARAN PR PADA RAKYAT

PR konsisten untuk menubuhkan sebuah negeri berkebajikan jika PR berjaya menubuhkan kerajaan baru di Sarawak pasca 16 April ini. Berdasarkan situasi semasa tidak mustahil negeri Sarawak akan jatuh ke tangan PR sebagaimana jatuhnya Selangor, Perak, Selangor dan Kedah pada PRU 2008 lalu. Siapa sangka perkara yang dianggap mustahil itu berlaku dengan kehendak Allah. Jadi apakah perkara ini akan berlaku di Sarawak pula? Sama-sama kita doakan agar pintu hati rakyat Sarawak terbuka untuk PR.



Berikut antara intipati manifesto yang bertemakan 'Kami Menjulang Kedaulatan Rakyat, Ketuanan Rakyat.'


Pentadbiran yang baik berdasarkan prinsip antarabangsa – cekap, Akauntabel, Telus atau CAT dengan mengagih kekayaan hasil bumi terus kepada rakyat; di samping menolak amalan nepotisme dan rasuah sebagaimana yang diamalkankan BN Sarawak sebelum ini.


Menubuhkan Dana Pembasmian Kemiskini sebanyak RM1 bilion untuk menangani keluarga rakyat di bawah paras kemiskinan.


Menjamin hubungan baik antara persekutuan dan negeri Sarawak dengan meningkatkan pemberian royalti dari 5 peratus ke 20 peratus.


Membela Sarawak yang lebih hijau dengan menghentikan pembinaan empangan yang berlebihan serta melarang sama sekali pembinaan loji nuklear di Sarawak.


Mempertahan identiti kebudayaan etnik-etnik di Sarawak dengan menggalakkan pembelajaran bahasa ibunda serta memberikan peruntukan sistematik kepada anak Sarawak tanpa mengira kaum sebagaimana yang telahpun diamalkan oleh di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.


Membela hak wanita dengan keserataan jantina di samping membina prasarana bagi membela nasib wanita dan kanak-kanak yang mengalami keganasan rumah tangga dan lain-lain.


Melabur untuk masa depan dalam modal insan, infrastruktur termasuk membangunkan prasarana jalur lebar (WiFi) dalam masa 2 tahun.

SAJAK UNTUK DOKTOR DALAM RUMAH

Doktor Dalam Rumah
Hatinya resah

Konon.. nak tunjuk gagah

Lantas.. menulis sejarah

Tapi sayang ..Banyak yang tak semenggah


Doktor Dalam Rumah

Dah tak tentu arahJiwanya gelisah

Kezalimannya terdedah

Pembohongannya terserlah

Doktor Dalam Rumah

Sudah termengah-mengah..

Usia semakin bertambah

Kubur semakin menerjah...

Tapi sayang.. Terus- terusan menabur fitnah

Tanpa sedikit rasa bersalah....

Dipetik dari Blog Dewan Muslimat PAS Kawasan Bukit Katil

PRN SARAWAK : NAJIB DAN TAIB MULA KHUATIR, PR AKAN NAFIKAN 2/3 MAJORITI BN

Dua pemimpin tertinggi BN di pusat dan negeri iaitu Najib (Razak) dan Taib Mahmud mula khuatir tentang peluang BN untuk mempertahankan majoriti 2/3 BN Sarawak pada Pilihanraya Negeri (PRN) 16 April ini.


Kekhuatiran kedua-dua pemimpin tersebut ada asasnya dengan melihat kepada penerimaan rakyat terhadap kempen PR di seluruh negeri yang masuk hari tiga hari ini. Ceramah-ceramah PR mendapat sambutan luar biasa malah rakyat bukan sahaja datang mendengar ceramah tetapi sanggup menyumbangkan dana untuk membiayai kempen PR.


Selain itu kempen rumah ke rumah dan program ziarah calon dan pemimpin PR ke serata tempat juga menampakkan sesuatu yang luar biasa sejak 3 hari lalu.


Hari ini PR membuat satu kenyataan berani apabila menamakan Pengerusi PKR Sarawak , Baru Bian sebagai Ketua Menteri jika PR menang pada 16 April ini. Tindakan ini dilihat mampu menarik lebih ramai pengundi Cina dan Iban, Dayak dan bangsa bumiputera lain menyokong PR. Namun di kalangan pengundi Melayu dijangkakan pengumuman ini tidak memberikan impak yang besar malah undi mereka makin merosot dengan manipulasi dan fitnah BN yang sudah tentu akan memainkan sentimen agama dan kaum.


BN sudah pasti akan menghentam PR kerana melantik bakal Ketua Menteri bukan dikalangan Melayu/Melanau dan bukan beragama Islam. Kemungkinan besar BN akan memainkan isu ini. Namun begitu dijangkakan isu ini tidak memberikan impak besar kepada pengundi kerana Sarawak sebelum pernah mempunyai Ketua Menteri di kalangan kaum bumiputera bukan Melayu dan bukan beragama Islam iaitu Stephen Kalong Ningkan.


Tidak syak strategi PR menamakan Baru Bian sebagai calon Ketua Menteri adalah satu tindakan yang berani tepat pada masanya.

MENGAPA PENGUNDI SARAWAK WAJIB UNDI PR?

Di bawah ini dinyatakan mengapa pengundi Sarawak wajib mengundi PR:-


1) BN telah gagal membuat perubahan kepada rakyat Sarawak di mana masih banyak tempat yang belum mempunyai kemudahan asas seperti elektrik dan air bersih. Lebih dari 70% rumah panjang tidak mendapat bekalan elektrik dan banyak pula yang tidak mempunyai air paip bersih yang dirawat. Masih banyak kampung-kampung pedalaman Sarawak tidak mempunyai jalanraya bertar.


2) Isu tanah terus menghantui rakyat Sarawak. Ramai rakyat Sarawak telah menjadi penghuni kawasan setinggan di tanah sendiri. Banyak pemilik tanah di Sarawak kini mengalami masalah besar dalam memperbaharui pajakan tanah kerana kerajaan negeri boleh menolak mana-mana permohonan tanpa sebarang sebab. Jika kerajaan negeri enggan memperbaharui pajakan, tiada sebarang pampasan akan diberikan kepada pemilik tanah. Sebaliknya jika pajakan diperbaharui, pemilik tanah terpaksa membayar premium yang tinggi.


3) Bagi kaum Bumiputera Sarawak, tanah mereka adalah jati diri mereka. Di bawah “politik pembangunan” BN, tanah hak adat Bumiputera (NCR) telah menjadi aset ekonomi untuk dijual atau dipajak kepada syarikat-syarikat balak dan perladangan serta pihak swasta yang lain. Malah, pemilik tanah NCR tidak diberi peluang pekerjaan di kawasan-kawasan “projek pembangunan” ini kerana pihak syarikat lebih suka menggajikan buruh asing yang murah


4) Sarawak menjadi antara negeri paling miskin di Malaysia walaupun hasil buminya banyak seperti minyak, kayu kayan dan sebagainya


5) Pemimpin negeri Sarawak mengumpul kekayaan untuk diri sendiri dan kaum keluarganya. Mereka bukan lagi millionaire tetapi sudah mencapai taraf bilionaire


6) Terdapat jurang yang sangat luas antara rakyat yang kaya dan yang miskin


7) Pemimpin yang kaya raya melalui salahguna kuasa dan rasuah.


8) Kekayaan negeri Sarawak dinikmati oleh pemimpin dan kroni-kroni mereka manakala rakyat menderita dengan kos hidup dan harga barangan yang semakin meningkat.


9) Rakyat Sarawak adalah antara mereka yang paling miskin di Malaysia kerana gaji yang rendah, tidak banyak peluang pekerjaan dan peluang perniagaan pula dibolot oleh segelintir individu. Ada lebih 300,000 anak muda Sarawak yang terpaksa bekerja di Semenanjung dan Singapura kerana tiada peluang pekerjaan di negeri sendiri.


10) Politik pembangunan” BN selama 47 tahun telah gagal teruk, bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi lebih penting lagi, dari segi politik. Sarawak adalah satu-satunya negeri di Malaysia di mana hanya satu keluarga sahaja yang menguasai kegiatan ekonomi dan politik negeri.


11) Ketua Menteri Abdul Taib bin Mahmud sudah memegang jawatan selama lebih 30 tahun. Masanya sudah tiba untuk kita mengambil alih mandat dari Taib dan keluarganya, serta kita mulakan era baru reformasi dan pemulihan semula.


12) Rekod pemerintahan Taib Mahmud dan BN menunjukkan pentadbiran buruk. Keluarga pemimpin tertentu Sarawak menguasai kebanyakan kontrak dan perniagaan yang menghasilkan keuntungan lumayan manakala rakyat terus dibebankan dengan kemiskinan dan peniaga kecil menghadapi kehidupan yang sukar.


13) Sarawak adalah negeri yang sangat kaya. Dengan mengamalkan sistem tender terbuka untuk semua kontrak kerajaan dan dengan menuntut kadar royalti yang lebih tinggi dari Petronas, semua rakyat Sarawak akan hidup lebih senang, sekurang-kurangnya bertambah separuh daripada apa yang ada sekarang. Tender majoritinya dibuat secara rundingan. Manakala dalam isu royalti minyak kerajaan BN Negeri Sarawak TIDAK menuntutnya dari kerajaan pusat.


Oleh kerana itu rakyat negeri Sarawak mestilah memilih kerajaan baru iaitu kerajaan Pakatan Rakyat yang terbukti memerintah dengan telus, adil dan berjaya menjaga kebajikan rakyat seperti kerajaan negeri-negeri PR di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor.

RAKYAT SARAWAK TERTAWAKAN MANIFESTO BN

Daripada antara negeri termiskin, BN Sarawak berjanji dalam manifesto pilihan raya kali ini bagi menjadikan bumi kenyalang sebagai negeri terkaya di Malaysia.


Pada majlis pengumuman manisfesto BN semalam, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata kerajaan negeri juga akan menjamin “hak rakyat ke atas tanah mereka dipelihara.”


Dari manifesto BN ini jelas sekali BN baru sedar bahawa selama ini isu tanah rakyat masih belum selesai.


Selain itu hasrat BN untuk menjadikan Sarawak negeri terkaya di Malaysia ditertawakan rakyat. Ini kerana apa yang Taib buat selama ini sehingga Sarawak menjadi negeri termiskin di Malaysia. Apakah rakyat akan tertipu dengan cadangan BN ini? Jawabnya rakyat sekarang sudah sedar bahawa bukan negeri dan rakyat yang kaya tetapi Taib dan anak-anaknya lah yang kaya raya dan boleh dikategorikan sebagai billionaire.

4 KERUSI DALAM BAHAYA KEAPADA BN

Presiden PRS,James Masing benar-benar khuatir terhadap 4 kerusi yang ditandingi partinya iaitu Dun Ngemah, Pelagus, Belaga dan Balai Ringin.

Masing berkata isu tanah NCR dan isu kepimpinan kerajaan negeri menjadi isu hebat yang menjadi senjata PR.

Menurut correspondence blog ini di Sarawak, BN sedang menghadapi asakan hebat dari PR berkaitan isu tanah adat dan isu kekayaan Taib Mahmud. BN setakat ini diligat gagal untuk menjawab isu ini yang menyebabkan rakyat semakin marah dan berkemungkinan besar akan melakukan undi protest terhadap BN.


Rakyat semakin marah dengan sikap kerajaan dan kepimpinannya yang sengaja membiarkan isu ini berlarutan puluhan tahun. Selain itu rakyat mula sedar betapa kayanya Ketua Menteri Sarawak tetapi pada masa yang sama rakyat merempat, tiada rumah, kais pagi makan pagi kais petang makan petang, tidak bersekolah, tiada bekalan elektrik dan air.

SELOKA PILIHANRAYA SARAWAK

Beting Maro, Sadong Jaya Muara Tuang, Sebuyau dan Tanjung Datu Kerja kuat hingga berjaya Insya Allah Tuhan akan restu Abang Handsome, Kak Ani Kak Nani, Hj Adam Abang Eddy berseri-seri Taib kecut merah padam Alfred Jabu Taib Mahmud Tua Ganyut tak sedar diri Pemimpin BN angkuh dan jumud Kumpul kekayaan anak bini George Chan SUPP kecut perut Melihat sokongan Kaum Tionghua Sudah tua umur lanjut Gila harta tamak kuasa Pakai bomoh rambut perang Salleh Jafaruddin naik berang Rakyat Sarawak sudah matang BN ditolak dan diterajang Adenan Satem Tanjung Datu Negeri Sarawak banyak suku Otak beku kepala batu Sudah tua masih bernafsu Badan busuk banyak kurap Panau penuh umpama peta Elektrik tiada jalan tak turap Air bersih jarang dijumpa Abang Handsome calon PAS Disukai ramai pengundi desa BN risau takut melepas Hilang pangkat hilang kuasa Taib Mahmud bini muda Minum pula kopi janda Tak mau turun mengada-ngada Sayang pangkat dan juga kuasa Kais pagi makan pagi Kais petang makan petang Rakyat sengsara pemimpin tak pedui Kumpul kekayaan malam dan siang Beting Maro Muara Tuang Sebuyau juga ada peluang Rakyat Sarawak makin matang 16 April BN kecundang Sadong Jaya Tangjung Datu Tentang hebat BN risau Pemimpin BN kepala batu Kalah nanti jadi sasau Seloka ini seloka rakyat Untuk tatapan semua pengundi BN takut kecut semakin gayat Tiap malam mimpi ngeri

SURUHANJAYA SIASAT PEMBUNUHAN ALTANTUYA DITUBUHKAN??

Banyak pihak sibuk menggesa sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat Video Porno yang diasaskan oleh Trio Umno. Ada berselindung di sebalik NGO dan sebagai mendesak video itu disiasat. Gesaan itu disambut oleh Nazri Aziz Menteri DiJabatan Perdana Menteri yang dilaporkan bersetuju dengan cadangan itu dan akan membawanya ke mesyuarat kabinet.


Besar sungguh dan serius benar menteri dan puak-puak yang mendesak suruhanjaya itu ditubuhkan. Biasanya bila gesaan seperti ini dilakukan sudah tentu ianya memberikan kesan besar kepada politik Umno/BN. Sebab itu sepantas kilat menteri pengampu itu menyetujui cadangan dan gesaan itu. Sedangkan ramai yang berpendapat suruhanjaya itu tidak perlu ditubuhkan, cukup dengan siasatan pihak Polis dan bagi menyelesaikannya. Malah dengan mata kasar pun kita dapat membuat pengukuran samada lelaki porno itu Anwar atau bukan Anwar!!!


Malangnya satu kes yang amat besar dan menjejaskan nama Malaysia dengan teruk di mata dunia iaitu kes pembunuhan Altantuya tiada pula yang mendesak Suruhanjaya Diraja ditubuhkan. NGO sepi membisu, rakyat kelu dan pihak berkuasa lesu. Sehingga perbicaraan kes Altantuya selesai, orang yang dituduhkan telah disabitkan kesalahan, orang yang dirasakan bersalah bebas, isu siapa pembunuh dan siapa yang menyuruh wanita Mongolia itu dibunuh tidak diketahui hingga ke hari ini. Namun Suruhanjaya Diraja yang sewajibnya ditubuhkan untuk menyiasat kes ini juga tidak menjadi kenyataan.


Blog ini setuju sangat dengan pendapat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengketepikan cadangan sesetengah pihak khususnya BN dan perdana menteri yang mahu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan pembabitannya dalam sebuah video seks.


Katanya, tindakan itu hanya membazirkan masa.


"Kalau nak ada, adakan lah. Tetapi sebelum itu, adakan juga RCI (Suruhanjaya Diraja) menyiasat mengenai Altantuya, Port Dickson, Teoh Beng Hock dan kes Kastam,” katanya dalam satu wawancara tergesa-gesa sebelum bergegas ke mesyuarat lain di Shah Alam semalam.


Rakyat Malaysia dan masyarakat dunia sebenarnya sedang menunggu bertahun-tahun lamanya bila Suruhanjaya Pembunuhan Altantuya ini ditubuhkan.

PRN SARAWAK : NAJIB BIMBANG SOKONGAN PENGUNDI CINA

Pengerusi BN, Najib Razak benar-benar risau dengan sokongan pengundi berbangsa Cina. Kerisauan Najib terbukti apabila semalam beliau meluangkan masa kira-kira 40 minit bersama masyarakat berketurunan Cina di Padungan, Kuching.


Jalan Padungan merupakan destinasi pertama kunjungan Najib yang berjalan sejauh satu kilometer (km) menyusuri deretan kedai untuk bertemu para peniaga.

Mengiringi beliau ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak, Datuk Fadillah Yusof.


Sumber dalaman BN yang boleh dipercayai berkata semua kawasan majoriti pengundi Cina disifatkan sebagai kawasan hitam dan kelabu oleh BN. (Hitam kawasan tegar PR, Kelabu kawasan kuat PR).


Kesanggupan Najib turun padang di kawasan Cina sebagai destinasi pertama kunjungan beliau di Sarawak membuktikan kerisauan Najib dan ianya tidak boleh disangkal lagi.

DESAK LETAK JAWATAN SEBAB BINA EMPAYAR KEKAYAAN

Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal menempelak manifesto pembangkang yang mahu kepimpinan Sarawak diubah sedangkan kepimpinan parti itu juga masih tidak berubah.

Mohd. Shafie berkata, pemimpin utama DAP dan Pas masih tidak berubah sehingga kini walaupun ada pemimpinnya telah berada di jawatan tertinggi melebihi 20 tahun seperti Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Program Mesra Rakyat di Kampung Jaie dekat Sadong Jaya, Samarahan semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai manifesto PR yang mula diedarkan semalam.
Shafie sebenar sengaja buat-buat tidak faham. Gesaan PR supaya pemimpin Sarawak berundur bukanlah atas fakta umur atau kerana lamanya seseorang pemimpin memerintah tetapi ianya disebabkan sikap pemimpin terbabit membina kekayaan dan empayar keluarganya yang menjadi 'bilionaire'. Lama memerintah dan umur tidak menjadi soal jika seorang pemimpin itu bersih, berakhlaq, bertaqwa dan sihat.


Masalah Sarawak ialah pemimpin yang ada jelas menggunakan kuasanya untuk membinar empayar kekayaan di mana terbukti di depan mata pemimpin itu, anak-anaknya dan saudara maranya semuanya kaya raya. Pada masa yang sama negeri Sarawak dan rakyatnya terus miskin dan menderita.

07 April 2011

APA PUNCA SARBANI MENINGGAL?

Apa punca Penolong Pengarah Kastam, Ahmad Sarbani meninggal? Mungkin puncanya ialah :-


1) Bunuh diri?? (ini tuduhan biasa yang dilemparkan oleh BN dan kerajaan seperti tuduhan Mahathir terhadap Anwar tumbuk muka sendiri sehingga lebam, tuduhan terhadap Teoh Beng Hock)


2) Dibunuh oleh pihak SPRM??


3) Dibunuh oleh musuh peribadi??


4) Dibunuh oleh rakan sendiri kerana sebab yang tidak diketahui???


5) Dibunuh oleh orang yang tidak dikenali??


6) Dibunuh tanpa niat??


Hanya Allah yang tahu. Pihak berkuasa mungkin sudah tahu punca kematian dari bedah siasat yang dilakukan semalam tetapi sehingga kini terus berahsia. Memang sudah menjadi resam dan lumrah di Malaysia semua perkara hendak dirahsia supaya senang pihak tertentu melakukan kerja-kerja yang tidak sepatutnya ............................Al Fatihah buat Allahyarham.

PRN SARAWAK : PERMULAAN YANG BAIK, RIBUAN HADIRI PROGRAM PR

Kempen PR pada Pilihanraya Negeri Sarawak (PRN) mencatatkan permulaan yang amat baik berbanding dengan PRN Sarawak 2006.


Di Kuching Premier 101 Commercial Centre, kira0kira 5,000 rakyat membanjiri kawasan perniagaan mendengar ceramah pimpinan PR termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng.


Di Miri bertempat Boulevard Commercial Centre, berdekatan Pusat Pakar Perubatan Miri dan Sibu kira-kira 1,000 rakyat membanjiri venue ceramah di kedua-dua tempat tersebut.


Guan Eng berkata keadaan amat berbeza dengan 'mood' rakyat pada PRN Sarawak 2006.


Pada ceramah tersebut Guan Eng membidas Ketua Menteri dan Timbalan Ketua Menteri iaitu Taib Mahmud dan George Chan yang terus bertanding pada PRN kali ini sedangkan mereka sudah berkali-kali menyatakan untuk berundur.


"Walaupun SUPP menurunkan beberapa orang muka baru tetapi isunya ialah kepimpinan mereka masih orang lama (merujuk kepada Taib dan George Chan, ini sama seperti meletakkan wain di dalam botol yang baru, wain lama itu beracun kepada rakyat" kata Guan Eng.


Ketua DAPSY, YB Anthony Loke pula berkata pada ceramahnya di Miri, di dalam Dun Piasau, di mana George sudah 6 kali bertanding di sini, kira-kira RM10,200 berjaya dikutip untuk tabung Pilihanraya.


"Respon sangat baik kita berjaya kutip RM10,200" kata Loke.

VIDEO PORNO : JAWAPAN NAJIB BUKTIKAN BELIAU TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

Semalam Perdana Menteri Najib Razak membuat kenyataan bahawa isu klip video seks dengan pelacur dari China yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang di Malaysia perlu dinilai sendiri oleh rakyat

Sehubungan itu, beliau dilaporkan enggan mengulas lanjut berhubung penayangan video tersebut di Internet sejak beberapa hari lalu.

"Saya tak nak komen (isu video seks ini) sebab saya dari mula lagi berkata, perkara ini adalah sesuatu yang perlu dinilai sendiri oleh rakyat," tegas beliau ketika ditanya oleh wartawan Malaysia di Seoul semalam.

Jelas sekali beliau merupakan pemimpin yang tidak bertanggungjawab dengan sengaja membiarkan rakyat dihidangkan dengan video porno seperti ini. Jawapannya Najib itu seolah-olah menggalakkan rakyat menonton video porno tersebut dan selepas menontonnya rakyat hendaklah membuat penilaian.

Sebagai seorang Perdana Menteri Najib sepatutnya mengarahkan semua video klip itu dirampas, dihalang dan dipastikan tidak tersebar keseluruh negara dan dunia sehingga semua lapisan rakyat tidak kira tua, muda dan remaja dapat melihatnya. Polis mesti diarahkan supaya bertindak menangkap dan menyiasat jika sekiranya ada pihak yang mengedar dan menayangkan video itu di merata tempat. Malangnya beliau seolah-olah menggalakkan rakyat menontonnya.

Jawapannya ini benar-benar membuat kita sangsi kerana ianya menyebabkan rakyat ragu seolah-olah BN dan kerajaan ada 'share' dalam pembikinan dan penyebaran video tersebut.

Sebagai rakyat Malaysia kita malu dengan jawapannya Perdana Menteri ini yang seolah-olah tidak ada maruah dan harga diri sehingga membiarkan video porno menjadi budaya baru dalam politik tanah air.

KEPUTUSAN PRN SARAWAK JADI INDIKATOR KEPADA PRU 13

16 April ini merupakan tarikh yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia khususnya peminat-peminat politik tanahair. Pada hari tersebut keputusan Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak akan diketahui. Parti mana yang mendapat mandat dipilih rakyat akan terjawab.


Selain itu keputusan itu juga akan menjadi indikator penting kepada Perdana Menteri samada untuk mengadakan PRU 13 dalam masa terdekat atau menangguhkannya sehingga tamat 'edah'nya iaitu pada 2013. Banyak pihak tidak yakin ianya akan diadakan pada pertengahan tahun ini antara Mei-Ogos namun ada juga pihak yang berpandangan sebaliknya dengan menjangkakan ia akan diadakan pada Mei atau Jun ini juga.


Apapun keputusa PRN Sarawak, BN sudah pasti akan mengambilnya sebagai indikator penting kepada persepsi rakyat terhadap kerajaan BN.


Blog ini berpendapat BN sebenarnya sudah hampir bersedia untuk 'mengganyang' PR dengan segala strategi licik yang sudah pasti berunsur penipuan, penyalahgunaan kuasa, penyalahgunaan agensi-agensi kerajaan seoerti SPR, Jabatan Pendaftarana Negara dan sebagainya.


Banyak pendedahan telah dibuat oleh media alternatif antaranya pemberian kad pengenalan kepada Pendatang Tanpa Izin, Penukaran Status Keluarga Anggota Tentera dan Polis dari Pengundi Awam kepada Pengundi Pos, Penukaran tempat mengundi tanpa pengetahuan pengundi, pertambahan bilangan pengundi yang luarbiasa dan sebagainya.


Selain itu serangan bertubi-tubi kepada pemimpim utama PR seperti Anwar dan Tok-Tok Guru juga menunjukkan bahawa BN sudah bersedia untuk membubarkan Parlimen. Namun mereka kena sedar bahawa Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang boleh memilih untuk tidak membubarkan DUN masing-masing sebagaimana Sarawak dan Sabah yang mengadakan pilihanraya negeri berasingan dengan pilihanraya umum. Ianya tidak bercanggah dengan perlembagaan.

VIDEO PORNO : BENCANA MORAL NEGARA

Negara sedang dilanda 'bencana moral' apabila klip video lucah yang berada dalam simpanan Polis dan Trio Umno disebarkan kepada umum melalui pelbagai media. SIAPA SEBENARNYA PENYEBAR VIDEO ITU. HANYA DUA SAHAJA SAMADA POLIS ATAU TRIO UMNO.???


Ini menandakan negara berada dalam 'bencana moral' yang sangat parah. Sepatutnya ia dibawa kepada penghakiman mahkamah bukan kepada media. Namun ia seolah-olah sengaja dibiarkan bagi menaburkan fitnah dan memalukan orang yang dituduh.


Penafian dan pengakuan Dr Wan Azizah yang sudah pasti mengenali Anwar tidak diendahkan oleh pembesar negara. Apa kena mengena pembesar negara dengan Video ini sehingga mereka mempertahankan video porno itu malah menuduh Wan Azizah tidak layak untuk menentukan samada Anwar atau bukan Anwar yang 'berlakon' dalam video tersebut.


Tidak ada tangkapan dibuat terhadap penyimpan dan jurutayang video itu walaupun undang-undang negara dengan jelas menyebut bahawa penyimpan dan jurutayang video porno telah melakukan kesalahan di bawah undang-undang negara. Salah satu jenayah siber yang jelas disebutkan di bawah akta jenayah siber ialah Pornografi iaitu unsur-unsur lucah yang boleh didapati melalui internet. Penyebaran vedio-vedio berunsur porno boleh menyebabkan peningkatan masalah keruntuhkan akhlak dalam kalangan masyarakat.


Video ini seolah-olah digalak supaya disebarkan tidak sebagaimana video Chua Soi Lek di mana semua pihak diberi amaran supaya tidak menyebarluaskan video itu.

06 April 2011

APA ITU QAZAF?

PENGERTIAN QAZAF Pengertiannya ialah melimparkan tuduhan zina kepada orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya. PEMBAHAGIAN QAZAF 1.) Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman hudud, seperti seseorang menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan empat saksi lelaki yang adil. 2.) Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman takzirseperti seseorang menuduh seseorang yang lain kufur, mencuri, minumarakatau murtad dan sebagainya, termasuk mencaci, memaki danlain-lainnya yang boleh menjatuhkah marwah seseorang dan menghinanya. Menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakanempat orang saksi lelaki yang adil hukumnya adalahharam dan termasukdalam dosa besardan wajib dikenakan hukuman had Qazaf (sebat) sebanyak 80 kali sebat, dan tidak boleh diterima penyaksiannya selama-lamanyakerana dia adalah orang fasiq. Sebagaimana Firman Allah Taala yangbermaksud: "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepadaperempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian merekatidak membawa empat orang saksi. Maka sebatlah mereka 80 kali sebat,dan janganlah kamu terima persaksian mereka itu selama-lamanya keranamereka itu adalah orang yang fasiq". (Surah An- Nur ayat 4) PENUDUH YANG BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN QAZAF 1. Berakal 2. Baligh 3. Kemahuan sendiri tidak dipaksa 4. Mengetahui haramnya Qazaf 5. Bukan ibu bapa dan datuk ke atas kepada orang yang dituduh. Jika orang yang menuduh itu gila atau kanak-kanak yang belumbaligh, tidak boleh dikenakan hukuman had Qazaf keatas mereka. Inisebagaimana berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w. yangdiriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud: "Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia, iaitu kanak-kanak sehingga ia baligh, orang yang tidur sehingga ia bangun dari tidurnya dan orang yang gila sehingga ia sembuh dari gilanya". (Riwayat Bukhari Fi Muslim) CARA-CARA MELAKUKAN QAZAF Dalam Qanun Jenayah Sayr'iyyah cara melakukan Qazaf terdapat tiga cara: i) Tuduhan yang dibuat secara sarih (terang dan jelas), iaitutuduhan yang menggunakan perkataan-perkataan yang jelas dan tepat yangtidak boleh ditafsirkan kepada maksud yang lain selain daripada zinadan penafian nasab (keturunan) ii) Tuduhan yang dibuat secara kinayah (kiyasan), iaitu tuduhanyang menggunakan perkataan yang tidak jelas dan tidak tepat yang bolehmembawa erti zina atau selainnya. iii) Tuduhan yang dibuat secara ta'ridh (sindiran), iaitu tuduhanyang menggunakan perkataan yang tidak jelas dan tidak tepat juga yangboleh memberi pengertian yang lain daripadazina sebagaimana dilakukandalam perkataan kinayah. BUKTI-BUKTI YANG MENSABITKAN KESALAHAN QAZAF Kesalahan Qazaf boleh disabitkan dengan salah satu dari bukti –bukti yang berikut:- 1. Syahadah (penyaksian) 2. Ikrar (pengakuan) 3. Yamin (sumpah)

PETANDA AWAL BN SARAWAK NAZAK

Proses penamaan calon Pilihanraya Negeri Sarawak selesai tengahari tadi. Tidak seperti sebelum ini setiap kali Pilihanraya sudah tentu akan ada calon BN yang menang tanpa bertanding kerana tiada calon yang menentang mereka atau kertas pencalonan calon lawan BN ditolak. Namun hari ini semua 71 calon BN akan ditentang habis-habisan samada secara sattu lawan satu atau pertanding lebih dari 2 penjuru. Ini membuktikan keazaman parti selain BN mahu menumbangkan BN yang telah bermaharajalela di Sarawak sejak sekian lama.


Namun penamaan calon hari ini sekali dicemari dengan sikap berat sebelah BN yang menolak bantahan PAS di DUN Muara Tuang dan bantahan PKR di DUN Telang Asan. Sepatutnya calon BN di DUN Muara Tuang Mohd Ali Mahmud tidak layak bertanding kerana beliau tidak mengemukakan penyata kewangan pilihanrayanya untuk Pilihanraya Negeri 2006. Beliau hanya berjaya menyerahkan penyata tersebut selepas masa bantahan ditutup. Jika calon PR yang melakukan demikian sudah tentu calon BN akan diumumkan menang tanpa bertanding.
Jelas sekali calon BN diselamatkan oleh SPR untuk kesekian kalinya.

PUAKA SIASATAN SPRM

Hati-hati sesiapa yang disiasat oleh SPRM kerana sudah 2 orang yang disiasat badan itu mati di bangunan SPRM.


Kalau sebelum itu Pegawai Khas kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Mendiang Teoh Beng Hock ditemui mati di Pejabat SPRM hari ini Penolong Pengarah Kastam Diraja Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56 ditemui mati di Tingkat 1 Bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebab kematian Ahmad belum diumumkan.


Apa yang ingin ditegaskan di sini sesiapa yang disiasat oleh SPRM mesti berhati-hati kerana sudah 2 kes orang yang disiasat meninggal dunia setelah disiasat oleh SPRM.


Kes Teoh Beng Hock belum selesai kini timbul pula kes Ahmad Sarbani.

PRN S'WAK : PAS MENANG TANPA BERTANDING DI MUARA TUANG?

Bantahan PAS terhadap calon BN, masih diteliti Pegawai Pengurus Pilihanraya Dun Muara Tuang. PAS membuat bantahan kerana calon BN, Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud gagal mengemukakan penyata kewangannya ketika bertanding pada Pilihanraya negeri pada 2006.


Harakahdaily melaporkan keputusan penamaan calon masih belum diumumkan kerana SPR masih meneliti bantahan PAS tersebut.

SENARAI MEDIA LUCAH DI MALAYSIA

Media di bawah ini diklasifikasikan sebagai media lucah oleh PAS Johor :- 1) Utusan Meloya 2) Kosmo 3) TV3 Jadi berhati-hati bila anda membacanya. Yang pasti anda digalakkan supaya tidak membeli, membaca dan menonton media-media lucah tersebut. Malam tadi PAS Johor menginytiharkan media tersebut sebagai media lucah kerana mensensasikan cerita-cerita porno yang menjijikkan.

05 April 2011

VIDEO PORNO : APA KATA WAN AZIZAH?

"Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang." kenyataan Wan Azizah yang disiarkan oleh Harakahdaily.


Maka sahlah pengarah, produser dan pelakon serta sesiapa juga yang terlibat menipu dan memfitnah. Blog ini menasihat mereka supaya memohon maaf kepada Anwar, keluarganya, penyokongnya serta seluruh rakyat Malaysia kerana mereka menipu dan memfitnah. Pohon maaf dan ampun secepat mungkin sebelum diri kita dipanggil mengadap Allah untuk menerima hukuman setimpal.

PAS MELAKA BANTAH PENAHANAN KADIR HASHIM

PAS Melaka megutuk tindakan kerajaan menahan Kadir Hashim di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).


Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Haji Adly Zahari berkata penahanan itu tidak wajar di mana ISA digunakan untuk menahan mana-mana rakayat Malaysia apatah lagi beliau adalah Orang Kurang Upaya (OKU).


"PAS Melaka berasa simpati kepada beliau dan keluarga beliau, ISA adalah lambang kezaliman BN."


"Saudara Kadir Hashim adalah mangsa ISA yang zalim" tegas Adly yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah.


Adly berkata rakyat Malaysia wajar memberikan kutukan kepada kerajaan diatas tindakan zalim tersebut.

"Bebaskan Kadir Hashim, atau BN terima padahnya menjelang Pilihanraya Umum ke 13 nanti" tambah Adly yang menulis dalam blog peribadinya adlyzahari,blogspot.com.

VIDEO PORNO BERJAYA ALIHKAN ISU SEBENAR

Ternyata ramai rakyat yang terperangkap dengan strategi jahat Umno/BN untuk mengalihkan isu kesengsaraan rakyat, kezaliman, penyelewengan, pengumpulan kekayaan dan sebagainya. 'Kejayaan' spinner mengalihkan tumpuan rakyat dari isu sebenar kepada menumpukan kepada isu video porno membuat pihak terbabit gembira dan kemungkinan akan menggandakan lagi kerja-kerja terkutuk ini tanpa rasa bersalah dan takut.


Mereka ini sudah pasti mengatur strategi lebih licik untuk mencapai objektif dan niat mereka. Di samping memburuk-burukkan imej Anwar dan PR mereka juga berjaya membawa minda rakyat, penumpuan rakyat kepada dan perbualan rakyat kepada isu video porno.


Di samping itu mereka juga membuatkan rakyat terus terbuai dengan cerita-cerita sensasi dan menunggu-nunggu cerita-cerita sensasi berikutnya.


Apatah lagi mereka tersangat risau dengan penerimaan rakyat terhadap PR. Jadi bagi mengurangkan tekanan dan kerisauan mereka maka video porno ini sudah tentu diyakini mampu mengubat hati mereka.


Oleh itu blog ini mengharapkan rakyat dan para pejuang rakyat tidak terus dibuai dengan fitnah, tohmah, cerita tahyul dan karut marut ini. Tumpukan kepada usaha-usaha untuk membebaskan negara ini dari penzalim, jutawan-jutawan rasuah, penyeleweng, kaki rasuah, pengarah dan procuser filem porno dan lain-lain.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter