PAS Melaka megutuk tindakan kerajaan menahan Kadir Hashim di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Haji Adly Zahari berkata penahanan itu tidak wajar di mana ISA digunakan untuk menahan mana-mana rakayat Malaysia apatah lagi beliau adalah Orang Kurang Upaya (OKU).
"PAS Melaka berasa simpati kepada beliau dan keluarga beliau, ISA adalah lambang kezaliman BN."
"Saudara Kadir Hashim adalah mangsa ISA yang zalim" tegas Adly yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah.
Adly berkata rakyat Malaysia wajar memberikan kutukan kepada kerajaan diatas tindakan zalim tersebut.
"Bebaskan Kadir Hashim, atau BN terima padahnya menjelang Pilihanraya Umum ke 13 nanti" tambah Adly yang menulis dalam blog peribadinya adlyzahari,blogspot.com.
Comments