RAKYAT SARAWAK TERTAWAKAN MANIFESTO BN

Daripada antara negeri termiskin, BN Sarawak berjanji dalam manifesto pilihan raya kali ini bagi menjadikan bumi kenyalang sebagai negeri terkaya di Malaysia.


Pada majlis pengumuman manisfesto BN semalam, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata kerajaan negeri juga akan menjamin “hak rakyat ke atas tanah mereka dipelihara.”


Dari manifesto BN ini jelas sekali BN baru sedar bahawa selama ini isu tanah rakyat masih belum selesai.


Selain itu hasrat BN untuk menjadikan Sarawak negeri terkaya di Malaysia ditertawakan rakyat. Ini kerana apa yang Taib buat selama ini sehingga Sarawak menjadi negeri termiskin di Malaysia. Apakah rakyat akan tertipu dengan cadangan BN ini? Jawabnya rakyat sekarang sudah sedar bahawa bukan negeri dan rakyat yang kaya tetapi Taib dan anak-anaknya lah yang kaya raya dan boleh dikategorikan sebagai billionaire.

Comments

Anonymous said…
Kalau tak silap, sekarang sarawak, bukan negeri termiskin di malaysia...sarawak adalah antara negeri yang terkaya....walaupun bukan ditangga yang teratas...so kenyataan perenggan pertama tu , tak betul rasanya....