4 KERUSI DALAM BAHAYA KEAPADA BN

Presiden PRS,James Masing benar-benar khuatir terhadap 4 kerusi yang ditandingi partinya iaitu Dun Ngemah, Pelagus, Belaga dan Balai Ringin.

Masing berkata isu tanah NCR dan isu kepimpinan kerajaan negeri menjadi isu hebat yang menjadi senjata PR.

Menurut correspondence blog ini di Sarawak, BN sedang menghadapi asakan hebat dari PR berkaitan isu tanah adat dan isu kekayaan Taib Mahmud. BN setakat ini diligat gagal untuk menjawab isu ini yang menyebabkan rakyat semakin marah dan berkemungkinan besar akan melakukan undi protest terhadap BN.


Rakyat semakin marah dengan sikap kerajaan dan kepimpinannya yang sengaja membiarkan isu ini berlarutan puluhan tahun. Selain itu rakyat mula sedar betapa kayanya Ketua Menteri Sarawak tetapi pada masa yang sama rakyat merempat, tiada rumah, kais pagi makan pagi kais petang makan petang, tidak bersekolah, tiada bekalan elektrik dan air.

Comments