BEKAS PENGARAH KASTAM ADA RM2 JUTA DALAM AKAUN?

SPRM melaporkan terdapat seorang bekas Pengarah Kastam yang mempunyai wang sejumlah RM2 juta dalam akaunnya.

Selain itu SPRM juga memberitahu bahawa mereka berjaya mengesan wang jutaan ringgit di dalam akaun Pegawai-Pegawai Kastam dalam operasi 3B baru-baru ini.


Perkara ini didedahkan oleh laman Malaysiainsider hari ini.


Dari mana Pegawai-Pegawai Kastam ini memperolehi wang sebanyak itu. Kalau setakat gaji dan elaun bulanan sahaja mati balik hidup pun mereka tidak dapat mengumpul wang sebanyak itu walaupun mereka makan nasi sekali sehari berlaukkan garam sekalipun.

Jadi dari mana wang sebanyak itu mereka perolehi. Mungkin mereka berniaga.? Takkan semua berniaga.....habis itu dari mana wang itu datang? Dari langitkah atau dari perut bumi.....harta qarun????


Kita mengharapkan SPRM dapat menyiasat perkara ini secara menyeluruh dan mungkinkah ia ada kaitan dengan kematian Allahyarham Ahmad Sarbani.?


Memang semua orang tahu Kastam ini 'track record' mereka 'sangat baik'. Sama macam Polis, JPJ semua mempunyai track record yang sangat malah terlampau baik.


Pokok pangkalnya agensi kerajaan ini semuanya mengikut tauladan dari pemimpin politik juga. Sebab kita tahu rakyat mengikut agama pemerintah. Kalau pemerintahnya baik maka baiklah rakyat. Kalau pemerintah rasuah rakyat dan agensinya kerajaannya juga rasuah.


Laporan penuh Malaysiainsider di sini.

Comments

Yong said…
Adakah nak tunggu polis pulak jatuh bangunan baru nak bersungguh siasat keroje jahat SPRM?
bujang said…
macam ni lah saya pembantu tadbir dengan gaji gred 17 pembantu kastam pu gred 17 kereta saya perodua kancil jak dia toyota wish u
Putra IJ80 said…
Siapa Bekas Pengarah tur yer.

Gua ada ramai kawan dari kalangan mereka.

Sekadar Kawan aje.

Lebe lebe x der ler.