MENGAPA PENGUNDI SARAWAK WAJIB UNDI PR?

Di bawah ini dinyatakan mengapa pengundi Sarawak wajib mengundi PR:-


1) BN telah gagal membuat perubahan kepada rakyat Sarawak di mana masih banyak tempat yang belum mempunyai kemudahan asas seperti elektrik dan air bersih. Lebih dari 70% rumah panjang tidak mendapat bekalan elektrik dan banyak pula yang tidak mempunyai air paip bersih yang dirawat. Masih banyak kampung-kampung pedalaman Sarawak tidak mempunyai jalanraya bertar.


2) Isu tanah terus menghantui rakyat Sarawak. Ramai rakyat Sarawak telah menjadi penghuni kawasan setinggan di tanah sendiri. Banyak pemilik tanah di Sarawak kini mengalami masalah besar dalam memperbaharui pajakan tanah kerana kerajaan negeri boleh menolak mana-mana permohonan tanpa sebarang sebab. Jika kerajaan negeri enggan memperbaharui pajakan, tiada sebarang pampasan akan diberikan kepada pemilik tanah. Sebaliknya jika pajakan diperbaharui, pemilik tanah terpaksa membayar premium yang tinggi.


3) Bagi kaum Bumiputera Sarawak, tanah mereka adalah jati diri mereka. Di bawah “politik pembangunan” BN, tanah hak adat Bumiputera (NCR) telah menjadi aset ekonomi untuk dijual atau dipajak kepada syarikat-syarikat balak dan perladangan serta pihak swasta yang lain. Malah, pemilik tanah NCR tidak diberi peluang pekerjaan di kawasan-kawasan “projek pembangunan” ini kerana pihak syarikat lebih suka menggajikan buruh asing yang murah


4) Sarawak menjadi antara negeri paling miskin di Malaysia walaupun hasil buminya banyak seperti minyak, kayu kayan dan sebagainya


5) Pemimpin negeri Sarawak mengumpul kekayaan untuk diri sendiri dan kaum keluarganya. Mereka bukan lagi millionaire tetapi sudah mencapai taraf bilionaire


6) Terdapat jurang yang sangat luas antara rakyat yang kaya dan yang miskin


7) Pemimpin yang kaya raya melalui salahguna kuasa dan rasuah.


8) Kekayaan negeri Sarawak dinikmati oleh pemimpin dan kroni-kroni mereka manakala rakyat menderita dengan kos hidup dan harga barangan yang semakin meningkat.


9) Rakyat Sarawak adalah antara mereka yang paling miskin di Malaysia kerana gaji yang rendah, tidak banyak peluang pekerjaan dan peluang perniagaan pula dibolot oleh segelintir individu. Ada lebih 300,000 anak muda Sarawak yang terpaksa bekerja di Semenanjung dan Singapura kerana tiada peluang pekerjaan di negeri sendiri.


10) Politik pembangunan” BN selama 47 tahun telah gagal teruk, bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi lebih penting lagi, dari segi politik. Sarawak adalah satu-satunya negeri di Malaysia di mana hanya satu keluarga sahaja yang menguasai kegiatan ekonomi dan politik negeri.


11) Ketua Menteri Abdul Taib bin Mahmud sudah memegang jawatan selama lebih 30 tahun. Masanya sudah tiba untuk kita mengambil alih mandat dari Taib dan keluarganya, serta kita mulakan era baru reformasi dan pemulihan semula.


12) Rekod pemerintahan Taib Mahmud dan BN menunjukkan pentadbiran buruk. Keluarga pemimpin tertentu Sarawak menguasai kebanyakan kontrak dan perniagaan yang menghasilkan keuntungan lumayan manakala rakyat terus dibebankan dengan kemiskinan dan peniaga kecil menghadapi kehidupan yang sukar.


13) Sarawak adalah negeri yang sangat kaya. Dengan mengamalkan sistem tender terbuka untuk semua kontrak kerajaan dan dengan menuntut kadar royalti yang lebih tinggi dari Petronas, semua rakyat Sarawak akan hidup lebih senang, sekurang-kurangnya bertambah separuh daripada apa yang ada sekarang. Tender majoritinya dibuat secara rundingan. Manakala dalam isu royalti minyak kerajaan BN Negeri Sarawak TIDAK menuntutnya dari kerajaan pusat.


Oleh kerana itu rakyat negeri Sarawak mestilah memilih kerajaan baru iaitu kerajaan Pakatan Rakyat yang terbukti memerintah dengan telus, adil dan berjaya menjaga kebajikan rakyat seperti kerajaan negeri-negeri PR di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor.

Comments