PUAKA SIASATAN SPRM

Hati-hati sesiapa yang disiasat oleh SPRM kerana sudah 2 orang yang disiasat badan itu mati di bangunan SPRM.


Kalau sebelum itu Pegawai Khas kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Mendiang Teoh Beng Hock ditemui mati di Pejabat SPRM hari ini Penolong Pengarah Kastam Diraja Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56 ditemui mati di Tingkat 1 Bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebab kematian Ahmad belum diumumkan.


Apa yang ingin ditegaskan di sini sesiapa yang disiasat oleh SPRM mesti berhati-hati kerana sudah 2 kes orang yang disiasat meninggal dunia setelah disiasat oleh SPRM.


Kes Teoh Beng Hock belum selesai kini timbul pula kes Ahmad Sarbani.

Comments