Negara sedang dilanda 'bencana moral' apabila klip video lucah yang berada dalam simpanan Polis dan Trio Umno disebarkan kepada umum melalui pelbagai media. SIAPA SEBENARNYA PENYEBAR VIDEO ITU. HANYA DUA SAHAJA SAMADA POLIS ATAU TRIO UMNO.???
Ini menandakan negara berada dalam 'bencana moral' yang sangat parah. Sepatutnya ia dibawa kepada penghakiman mahkamah bukan kepada media. Namun ia seolah-olah sengaja dibiarkan bagi menaburkan fitnah dan memalukan orang yang dituduh.
Penafian dan pengakuan Dr Wan Azizah yang sudah pasti mengenali Anwar tidak diendahkan oleh pembesar negara. Apa kena mengena pembesar negara dengan Video ini sehingga mereka mempertahankan video porno itu malah menuduh Wan Azizah tidak layak untuk menentukan samada Anwar atau bukan Anwar yang 'berlakon' dalam video tersebut.
Tidak ada tangkapan dibuat terhadap penyimpan dan jurutayang video itu walaupun undang-undang negara dengan jelas menyebut bahawa penyimpan dan jurutayang video porno telah melakukan kesalahan di bawah undang-undang negara. Salah satu jenayah siber yang jelas disebutkan di bawah akta jenayah siber ialah Pornografi iaitu unsur-unsur lucah yang boleh didapati melalui internet. Penyebaran vedio-vedio berunsur porno boleh menyebabkan peningkatan masalah keruntuhkan akhlak dalam kalangan masyarakat.
Video ini seolah-olah digalak supaya disebarkan tidak sebagaimana video Chua Soi Lek di mana semua pihak diberi amaran supaya tidak menyebarluaskan video itu.
Comments