Banyak pihak sibuk menggesa sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat Video Porno yang diasaskan oleh Trio Umno. Ada berselindung di sebalik NGO dan sebagai mendesak video itu disiasat. Gesaan itu disambut oleh Nazri Aziz Menteri DiJabatan Perdana Menteri yang dilaporkan bersetuju dengan cadangan itu dan akan membawanya ke mesyuarat kabinet.
Besar sungguh dan serius benar menteri dan puak-puak yang mendesak suruhanjaya itu ditubuhkan. Biasanya bila gesaan seperti ini dilakukan sudah tentu ianya memberikan kesan besar kepada politik Umno/BN. Sebab itu sepantas kilat menteri pengampu itu menyetujui cadangan dan gesaan itu. Sedangkan ramai yang berpendapat suruhanjaya itu tidak perlu ditubuhkan, cukup dengan siasatan pihak Polis dan bagi menyelesaikannya. Malah dengan mata kasar pun kita dapat membuat pengukuran samada lelaki porno itu Anwar atau bukan Anwar!!!
Malangnya satu kes yang amat besar dan menjejaskan nama Malaysia dengan teruk di mata dunia iaitu kes pembunuhan Altantuya tiada pula yang mendesak Suruhanjaya Diraja ditubuhkan. NGO sepi membisu, rakyat kelu dan pihak berkuasa lesu. Sehingga perbicaraan kes Altantuya selesai, orang yang dituduhkan telah disabitkan kesalahan, orang yang dirasakan bersalah bebas, isu siapa pembunuh dan siapa yang menyuruh wanita Mongolia itu dibunuh tidak diketahui hingga ke hari ini. Namun Suruhanjaya Diraja yang sewajibnya ditubuhkan untuk menyiasat kes ini juga tidak menjadi kenyataan.
Blog ini setuju sangat dengan pendapat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengketepikan cadangan sesetengah pihak khususnya BN dan perdana menteri yang mahu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan pembabitannya dalam sebuah video seks.
Katanya, tindakan itu hanya membazirkan masa.
"Kalau nak ada, adakan lah. Tetapi sebelum itu, adakan juga RCI (Suruhanjaya Diraja) menyiasat mengenai Altantuya, Port Dickson, Teoh Beng Hock dan kes Kastam,” katanya dalam satu wawancara tergesa-gesa sebelum bergegas ke mesyuarat lain di Shah Alam semalam.
Rakyat Malaysia dan masyarakat dunia sebenarnya sedang menunggu bertahun-tahun lamanya bila Suruhanjaya Pembunuhan Altantuya ini ditubuhkan.
Comments