KEPUTUSAN PRN SARAWAK JADI INDIKATOR KEPADA PRU 13

16 April ini merupakan tarikh yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia khususnya peminat-peminat politik tanahair. Pada hari tersebut keputusan Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak akan diketahui. Parti mana yang mendapat mandat dipilih rakyat akan terjawab.


Selain itu keputusan itu juga akan menjadi indikator penting kepada Perdana Menteri samada untuk mengadakan PRU 13 dalam masa terdekat atau menangguhkannya sehingga tamat 'edah'nya iaitu pada 2013. Banyak pihak tidak yakin ianya akan diadakan pada pertengahan tahun ini antara Mei-Ogos namun ada juga pihak yang berpandangan sebaliknya dengan menjangkakan ia akan diadakan pada Mei atau Jun ini juga.


Apapun keputusa PRN Sarawak, BN sudah pasti akan mengambilnya sebagai indikator penting kepada persepsi rakyat terhadap kerajaan BN.


Blog ini berpendapat BN sebenarnya sudah hampir bersedia untuk 'mengganyang' PR dengan segala strategi licik yang sudah pasti berunsur penipuan, penyalahgunaan kuasa, penyalahgunaan agensi-agensi kerajaan seoerti SPR, Jabatan Pendaftarana Negara dan sebagainya.


Banyak pendedahan telah dibuat oleh media alternatif antaranya pemberian kad pengenalan kepada Pendatang Tanpa Izin, Penukaran Status Keluarga Anggota Tentera dan Polis dari Pengundi Awam kepada Pengundi Pos, Penukaran tempat mengundi tanpa pengetahuan pengundi, pertambahan bilangan pengundi yang luarbiasa dan sebagainya.


Selain itu serangan bertubi-tubi kepada pemimpim utama PR seperti Anwar dan Tok-Tok Guru juga menunjukkan bahawa BN sudah bersedia untuk membubarkan Parlimen. Namun mereka kena sedar bahawa Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang boleh memilih untuk tidak membubarkan DUN masing-masing sebagaimana Sarawak dan Sabah yang mengadakan pilihanraya negeri berasingan dengan pilihanraya umum. Ianya tidak bercanggah dengan perlembagaan.

Comments