PRN SARAWAK : NAJIB DAN TAIB MULA KHUATIR, PR AKAN NAFIKAN 2/3 MAJORITI BN

Dua pemimpin tertinggi BN di pusat dan negeri iaitu Najib (Razak) dan Taib Mahmud mula khuatir tentang peluang BN untuk mempertahankan majoriti 2/3 BN Sarawak pada Pilihanraya Negeri (PRN) 16 April ini.


Kekhuatiran kedua-dua pemimpin tersebut ada asasnya dengan melihat kepada penerimaan rakyat terhadap kempen PR di seluruh negeri yang masuk hari tiga hari ini. Ceramah-ceramah PR mendapat sambutan luar biasa malah rakyat bukan sahaja datang mendengar ceramah tetapi sanggup menyumbangkan dana untuk membiayai kempen PR.


Selain itu kempen rumah ke rumah dan program ziarah calon dan pemimpin PR ke serata tempat juga menampakkan sesuatu yang luar biasa sejak 3 hari lalu.


Hari ini PR membuat satu kenyataan berani apabila menamakan Pengerusi PKR Sarawak , Baru Bian sebagai Ketua Menteri jika PR menang pada 16 April ini. Tindakan ini dilihat mampu menarik lebih ramai pengundi Cina dan Iban, Dayak dan bangsa bumiputera lain menyokong PR. Namun di kalangan pengundi Melayu dijangkakan pengumuman ini tidak memberikan impak yang besar malah undi mereka makin merosot dengan manipulasi dan fitnah BN yang sudah tentu akan memainkan sentimen agama dan kaum.


BN sudah pasti akan menghentam PR kerana melantik bakal Ketua Menteri bukan dikalangan Melayu/Melanau dan bukan beragama Islam. Kemungkinan besar BN akan memainkan isu ini. Namun begitu dijangkakan isu ini tidak memberikan impak besar kepada pengundi kerana Sarawak sebelum pernah mempunyai Ketua Menteri di kalangan kaum bumiputera bukan Melayu dan bukan beragama Islam iaitu Stephen Kalong Ningkan.


Tidak syak strategi PR menamakan Baru Bian sebagai calon Ketua Menteri adalah satu tindakan yang berani tepat pada masanya.

Comments

Anonymous said…
Bagi la pula KN Serawak kat bangsa lain pula.
Mat Salleh said…
Tidak ada salah jika ketua menteri dilantik dari bangsa lain yg penting mereka amanah, jujur, beretika dan di terima rakyat.Kita kan "1 Malaysia" ..uhuk..uhuk.. oleh itu, sokong lah PR..