Semalam Perdana Menteri Najib Razak membuat kenyataan bahawa isu klip video seks dengan pelacur dari China yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang di Malaysia perlu dinilai sendiri oleh rakyat
Sehubungan itu, beliau dilaporkan enggan mengulas lanjut berhubung penayangan video tersebut di Internet sejak beberapa hari lalu.
"Saya tak nak komen (isu video seks ini) sebab saya dari mula lagi berkata, perkara ini adalah sesuatu yang perlu dinilai sendiri oleh rakyat," tegas beliau ketika ditanya oleh wartawan Malaysia di Seoul semalam.
Jelas sekali beliau merupakan pemimpin yang tidak bertanggungjawab dengan sengaja membiarkan rakyat dihidangkan dengan video porno seperti ini. Jawapannya Najib itu seolah-olah menggalakkan rakyat menonton video porno tersebut dan selepas menontonnya rakyat hendaklah membuat penilaian.
Sebagai seorang Perdana Menteri Najib sepatutnya mengarahkan semua video klip itu dirampas, dihalang dan dipastikan tidak tersebar keseluruh negara dan dunia sehingga semua lapisan rakyat tidak kira tua, muda dan remaja dapat melihatnya. Polis mesti diarahkan supaya bertindak menangkap dan menyiasat jika sekiranya ada pihak yang mengedar dan menayangkan video itu di merata tempat. Malangnya beliau seolah-olah menggalakkan rakyat menontonnya.
Jawapannya ini benar-benar membuat kita sangsi kerana ianya menyebabkan rakyat ragu seolah-olah BN dan kerajaan ada 'share' dalam pembikinan dan penyebaran video tersebut.
Sebagai rakyat Malaysia kita malu dengan jawapannya Perdana Menteri ini yang seolah-olah tidak ada maruah dan harga diri sehingga membiarkan video porno menjadi budaya baru dalam politik tanah air.
Comments