PRN SARAWAK : GAMBAR-GAMBAR CALON MUSLIMAT BERKEMPEN DI DUN TG DATU

Calon PAS Dun Tanjung Datu Puan Nani Sahari membuktikan bahawa muslimat mampu menggalas cabaran menjadi Wakil Rakyat sekiranya dipilih pada 16 April ini. Bermula dari awal pagi lagi beliau turun padang menemui pengundi di kawasan kampung dan juga pekan. Tidak kira bangsa, jantina, umur dan latarbelakang beliau tanpa rasa kekok dan segan menegur setiap rakyat yang ditemui.



Penerimaan rakyat kepada beliau amat memberangsangkan lebih-lebih lagi beliau memang dikenali penduduk tempatan kerana beliau memang berasal dari kawasan Tanjung Datu sendiri.



Tidak syak lagi bahawa pemilihan 2 orang calon muslimat untuk Pilihanraya Sarawak ini amat tepat kerana karisma, pengalaman dan karakter mereka yang memenuhi ciri-ciri seorang pemimpin berjiwa rakyat. Apatah lagi kedua-dua termasuk calon Dun Muara Tuang Noraini Hamzah mereka memang sudah berpengalaman dalam dunia politik sebelum ini.



Beberapa penduduk yang ditemui melahirkan rasa gembira dan berbesar hati dengan kesudian calon PAS menziarahi mereka dan mendengar permasalahan yang sudah lama membelenggu rakyat. Kini tugas calon dan juru kempen PAS ialah untuk meyakinkan pengundi supaya mengundi PAS. Rasa takut dan segan di kalangan pengundi kepada calon dan PAS memang sudah tidak ada cuma apakah mereka akan menterjemahkannya ke dalam peti undi?



Gambar-gambar sekitar kempen Puan Nani Sahari boleh dilayari disini (Klik disini)

Comments