Blog ini dihujani dengan pelbagai komen ada yang positif dan ada yang negatif tentang cadangan PR untuk melanti Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian sebagai Ketua Menteri jika PR menang di Sarawak. Tujuan blog ini hanyalah tidak lain untuk memberi peringatan kepada PR supaya bersedia dengan strategi dan jawapan kepada serangan yang akan dilemparkan oleh BN atas cadangan PR untuk melantik Baru Bian sebagai Ketua Menteri.
Memang siapa pun yang dicadangkan sudah tentu ada pro dan kontranya. Memang tidak ada orang yang maksum seperti Nabi Mohamad S.A.W.
Taib Mahmud - Kaya Raya. Baru Bian - pemimpin berjiwa rakyat tangani masalah rakyat
Taib Mahmud - Kayakan kroni. Baru Bian - Hidup sederhana
Taib Mahmud - Dah ganyut. Baru Bian - Masih muda belum 60 tahun
Taib Mahmud - Biarkan rakyat Sarawak miskin. Baru Bian - akan bela rakyat
Siapa lebih baik Taib Mahmud atau Baru Bian.????? Jawapannya semua kita sudah tahu. Jangan orang yang ada kepentingan dan tidak berfikir panjang sahaja mahu mengekalkan BN memerintah.
Anda fikirkan sendiri.
Comments