PRN SARAWAK : NAJIB BIMBANG SOKONGAN PENGUNDI CINA

Pengerusi BN, Najib Razak benar-benar risau dengan sokongan pengundi berbangsa Cina. Kerisauan Najib terbukti apabila semalam beliau meluangkan masa kira-kira 40 minit bersama masyarakat berketurunan Cina di Padungan, Kuching.


Jalan Padungan merupakan destinasi pertama kunjungan Najib yang berjalan sejauh satu kilometer (km) menyusuri deretan kedai untuk bertemu para peniaga.

Mengiringi beliau ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak, Datuk Fadillah Yusof.


Sumber dalaman BN yang boleh dipercayai berkata semua kawasan majoriti pengundi Cina disifatkan sebagai kawasan hitam dan kelabu oleh BN. (Hitam kawasan tegar PR, Kelabu kawasan kuat PR).


Kesanggupan Najib turun padang di kawasan Cina sebagai destinasi pertama kunjungan beliau di Sarawak membuktikan kerisauan Najib dan ianya tidak boleh disangkal lagi.

Comments