PENGERTIAN QAZAF Pengertiannya ialah melimparkan tuduhan zina kepada orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya. PEMBAHAGIAN QAZAF 1.) Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman hudud, seperti seseorang menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan empat saksi lelaki yang adil. 2.) Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman takzirseperti seseorang menuduh seseorang yang lain kufur, mencuri, minumarakatau murtad dan sebagainya, termasuk mencaci, memaki danlain-lainnya yang boleh menjatuhkah marwah seseorang dan menghinanya. Menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakanempat orang saksi lelaki yang adil hukumnya adalahharam dan termasukdalam dosa besardan wajib dikenakan hukuman had Qazaf (sebat) sebanyak 80 kali sebat, dan tidak boleh diterima penyaksiannya selama-lamanyakerana dia adalah orang fasiq. Sebagaimana Firman Allah Taala yangbermaksud: "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepadaperempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian merekatidak membawa empat orang saksi. Maka sebatlah mereka 80 kali sebat,dan janganlah kamu terima persaksian mereka itu selama-lamanya keranamereka itu adalah orang yang fasiq". (Surah An- Nur ayat 4) PENUDUH YANG BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN QAZAF 1. Berakal 2. Baligh 3. Kemahuan sendiri tidak dipaksa 4. Mengetahui haramnya Qazaf 5. Bukan ibu bapa dan datuk ke atas kepada orang yang dituduh. Jika orang yang menuduh itu gila atau kanak-kanak yang belumbaligh, tidak boleh dikenakan hukuman had Qazaf keatas mereka. Inisebagaimana berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w. yangdiriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud: "Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia, iaitu kanak-kanak sehingga ia baligh, orang yang tidur sehingga ia bangun dari tidurnya dan orang yang gila sehingga ia sembuh dari gilanya". (Riwayat Bukhari Fi Muslim) CARA-CARA MELAKUKAN QAZAF Dalam Qanun Jenayah Sayr'iyyah cara melakukan Qazaf terdapat tiga cara: i) Tuduhan yang dibuat secara sarih (terang dan jelas), iaitutuduhan yang menggunakan perkataan-perkataan yang jelas dan tepat yangtidak boleh ditafsirkan kepada maksud yang lain selain daripada zinadan penafian nasab (keturunan) ii) Tuduhan yang dibuat secara kinayah (kiyasan), iaitu tuduhanyang menggunakan perkataan yang tidak jelas dan tidak tepat yang bolehmembawa erti zina atau selainnya. iii) Tuduhan yang dibuat secara ta'ridh (sindiran), iaitu tuduhanyang menggunakan perkataan yang tidak jelas dan tidak tepat juga yangboleh memberi pengertian yang lain daripadazina sebagaimana dilakukandalam perkataan kinayah. BUKTI-BUKTI YANG MENSABITKAN KESALAHAN QAZAF Kesalahan Qazaf boleh disabitkan dengan salah satu dari bukti –bukti yang berikut:- 1. Syahadah (penyaksian) 2. Ikrar (pengakuan) 3. Yamin (sumpah)
Comments