.

.

08 February 2014

HANYA GAMBAR BERBICARA ........


LETAK KM DAPAT JADI TYT?

Mesyuarat majlis tertinggi PBB yang ditunggu-tunggu hari ini mengesahkan bahawa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan dicadangkan menjadi yang dipertua negeri.

Pengerusi Tetap PBB, Mohamad Asfia Awang Nassar (kanan) mengumumkan bahawa majlis tertinggi  bersetuju untuk mencadangkan Taib mengisi jawatan tersebut.

Katanya, ia sebagai menghargai sumbangan besar oleh Taib sebagai ketua menteri, bukan sahaja kepada Sarawak tetapi juga kepada negara.

Bagaimanapun, Mohamad Asfia enggan menyatakan tempoh masa bila Taib akan melepaskan jawatan ketua menteri, dan hanya menyatakan "dalam tempoh masa yang munasabah".

Namun begitu, Mohamad Asfia berkata ketua menteri baru akan mengetuai BN dalam pilihan raya Sarawak yang akan datang - yang membawa maksud Taib akan berundur sebelum pilihan raya negeri yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada 2016.

Pencen KM dapat jadi TYT ....Ha3 ......

07 February 2014

NALA-KURAP-PAN CALON BN PRK KAJANG?

BN nampaknya terkial-kial mencari calon sesuai untuk bertanding pada PRK Kajang Mac ini. Ini kerana mereka tidak yakin bakal-bakal calon yang ada mampu memberikan saingan sengit kepada calon PKR Anwar Ibrahim yang awal-awal lagi dinamakan oleh PKR. 

Kalau susah sangat untuk mencari calon sesuai maka biarkan lah Anwar menang percuma. Sekurang-kurang jutaan ringgit duit rakyat dapat diselamatkan kerana SPR tidak perlu mengeluarkan belanja untuke menguruskan PRK ini. Masa kita semua pun tidak terbuang.

Blog ini ingin mengingatkan BN bahawa ada calon yang paling hebat dan sesuai untuk menentang Anwar . Beliau ialah Nala-KURAP-pan rakan lama Anwar. Beliau mungkin dapat mengalahkan Anwar, belum cuba belum tahu. Beliau ini hebat sehingga berjaya memperdayakan Najib dan  Umno/BN  dan akhirnya dilantik menjadi Senator, hebat kan.

Kelmarin, Nallakaruppan yang juga Ahli Dewan Negara menawarkan diri bertanding menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi menentang Anwar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Bagi membolehkan kedua-dua belah pihak memberikan tumpuan kepada pertarungan di DUN Kajang, Nallakaruppan menyatakan kesediaannya melepaskan kedudukan sebagai Ahli Dewan Negara manakala Anwar dicabar meletakkan jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh.



06 February 2014

JABATAN PELAJARAN JADI KUDA KAYU UMNO???

Memang tidak beradab dan tidak tahu malu. Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) diperkudakan oleh Umno sehingga berani mengeluarkan surat memaklumkan tentang program Umno.

Jelas sekali pihak Pejabat Pendidkan Daerah Hulu Langat terus diperkudakan oleh Umno. Ini adalah pusingan pertama sempena PRK Kajang ini. akan banyak lagi program-program yang melibatkan guru akan diadakan sebagai sebahagian dari siri kempen Umno/BN di Kajang.

Kita ingin memberi amaran kepada pihak Jabatan Pendidikan, kamu adalah Pegawai Kerajaan dan dibayar gaji oleh rakyat jangan kamu bersekongkol dengan Umno dalam kerja-kerja politik parti.  Umno adalah parti statusnya sama seperti parti-parti lain iaitu PAS, DAP dan PKR.

Jika kamu boleh bekerjasama dengan Umno mengapa kamu dengan boleh bekerjasama dengan parti-parti lain jika benar kamu buka kuda tunggangan Umno/BN.

~ fb Azfia Haris

TERIMA KASIH BN MENIPU RAKYAT LAGI

Terima kasih kerajaan BN dan 'tahniah' kepada rakyat Malaysia kerana sekali lagi kena tipu.

Cuba amati gambar di sebelah ini berkaitan pemberian BR1M kepada rakyat yang layak. Sepatutnya selepas PRU 13 jumlah BR1M untuk keluarga adalah RM1200 dan untuk individu bujang berjumlah RM600.

Tetapi hakikat BR1M yang diberi kepada keluarga sekarang hanya RM650 dan kepada individu bujang RM300. Ini maknanya BN menipu kita semua .....!!!!

Tetapi kemungkinan besar dengan adanya PRK Kajang BN akan menunaikan janji mereka. Rakyat kena bijak jangan jadi katak bawah tempurung tidak mahu berfikir dengan tidak mengambil apa-apa tindakan walaupun ditipu untuk kesekian kalinya. Kali ini pengundi Dun Kajang mempunyai peluang untuk menekan kerajaan kangkung murah ini. Tolak BN di Kajang, pastikan calonnya hilang deposit seperti 2 kerusi Dun di Pulau Pinang di mana BN hilang deposit.

~ Omakkau.

TOL TAK NAIK GIMIK KAJANG?

Tidak semena-mena semalam Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa tiada kenaikan kadar tol tahun ini. Sebelum ini semua orang tau kadar akan dinaikkan dan pengumuman akan dibuat bila-bila masa sahaja.

Tetapi semalam, Timbalan Perdana mengumumkan bahawa tiada kenaikan kadar tol tahun ini. Memang blog ini sudah menjangkakan perkara ini kerana PRK Kajang akan diadakan Mac ini. Sudah menjadi resam BN bila tiba musim PRK maka macam-macam janji dan habuan akan dibuat.

Pengumuman semalam adalah rentetan-rentetan habuan sementara yang dibuat oleh kerajaan BN. Selepas ini sudah tentu banyak habuan yang kadang-kadang pelik dan ajaib yang akan diumumkan oleh Ah Jib dan Ah Din.

Kita hendak mengingatkan Ah Jib dan Ah Din bahawa rakyat tidak mudah akan penyelewengan, rasuah, ketirisan, keborosan, kezaliman dan penyalahgunaan kuasa BN selama ini,

04 February 2014

PRK KAJANG : ANWAR MENGAKU KALAH

Bakal calon PKR bagi PRK Kajang, Anwar Ibrahim mengaku kalah siang-siang lagi kalau MCA meletakkan Lee Chong Wei sebagai calon mereka. 


Dalam ceramah ringkas di Kajang semalam, Anwar mengambil kesempatan berjenaka tentang cadangan agar jaguh bulu tangkis negara, Datuk Lee Chong Wei (kiri), dicalonkan BN di Kajang untuk menyaingi popularitinya.

Menurut Anwar, beliau peminat tegar personaliti sukan itu dan sentiasa mendoakan kejayaannya dalam setiap perlawanan, tetapi beliau akan 'mengaku kalah' seandainya perlu berhadapan dengan Chong Wei.

"Kalau dia nak datang sini saya mengaku kalah... (tetapi) mengaku kalah dalam badminton.

"Setiap kali dia bertanding, saya akan doakan kemenangan dia. Saya yakin jika saya bertanding (di Kajang), dia pun akan doakan kejayaan saya," kata Anwar mengundang ketawa sebahagian hadirin.

NAJIB JANGAN LETAK JAWATAN, KAMI TAK RELA

Kita semua berharap Perdana Menteri, Ah Jib Gor tidak meletakkan jawatan beliau dengan mudah walaupun dilaporkan sedang menerima asakan bertubi-tubi dari mantan Memanda Menteri Perdana Apa Nama. Sebagai rakyat kita tidak rela beliau berundur sebelum masa yang ditetapkan iaitu selepas PRU 14 nanti. Jangan tiru macam Memanda Menteri Perdana Apa Nama dan Memanda Menteri Perdana Tingkat 4. PR mahu mengambilalih tampuk pemerintahan dari Menteri Perdana yang menang pilihanraya bukan yang dapat Free macam Memanda Perdana Menteri Ah Jib Gor dapat dari Tingkat 4 dahulu.

Memanda Menteri Perdana mesti tabah dan cekal untuk bertahan dari serangan hendap dan serangan anak jantan dari Apa Nama. Kak RM sudah tentu akan pertahan Ah Jib sampai ke sanggul yang terakhir. Jangan bimbang. Pemuka-pemuka Ah Jib pun mesti kuatkan semangat jangan mudah putus asa dan rebah. Kamu semua ada jentera, ada wang dan yang paling hebat ada Kak RM sumber inspirasi rakyat Malaysia dan wanita seluruh dunia lagiiiiiiiiii.

Datanglah sesiapa pun yang mengkritik samada Kadiaq ka, Daim ka, Ku Li ka, Apa Nama ka siapa-siapa pun jangan takut dan gelabah...........

BERDIRI TEGUH DI BELAKANG PAS PUSAT DAN KECAM BANGLADESH

KENYATAAN MEDIA YANG DIPERTUA PAS KAWASAN BUKIT KATIL

Perkara 1

PAS Kawasan Bukit Katil merakamkan ucapan tahniah kepada Presiden PAS dan PAS Pusat di atas keputusan matang yang dibuat pada Mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihanraya PAS Pusat malam tadi. Keputusan yang jelas dan tegas menyatakan bahawa PAS akan turun membantu kempen PRK Kajang sebagaimana PRK lain sebelum ini. Malah PAS Pusat meletakkan Ketua Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat Dr Mohd Hatta Ramli mengetuai jentera PAS di Kajang.

Pendirian ini jelas dan tidak harus dipersoalkan oleh mana-mana pihak dalam parti kerana ianya sudah tentu diperinci dan dikaji dengan mendalam oleh pihak pimpinan. Oleh kerana itu PAS Kawasan Bukit Katil akan turun 'all out' di Kajang bagi memastikan calon PR akan memberikan pukulan maut kepada calon BN.

PAS Kawasan Bukit Katil juga menggesa BN supaya tidak meletakkan calon mereka pada PRK Kajang kerana jelas dari nada kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam media hari ini, bahawa BN telah mengaku kalah awal-awal lagi kerana Muhyiddin bahawa BN tidak akan memberikan kemenangan mudah kepada PKR. Kenyataan ini menjelaskan bahawa BN memang tidak yakin akan menang di Kajang.  Jika benar BN tidak mahu membazirkan duit rakyat maka wajib bagi BN untuk menarik diri dari bertanding pada PRK Kajang ini.

Perkara 2

PAS Kawasan Bukit Katil mengulangi buat kesekian kalinya supaya sistem pendaftaran pengundi secara automatik dilaksanakan di negara kita bagi menyelesaikan beberapa masalah antaranya :

a) Bagi memastikan semua rakyat diberi peluang untuk mendaftar dan mengundi pada setiap pilihanraya. Sudah tentu isu rakyat tidak serius untuk mendaftarkan diri mereka sebaga pengundi tidak lagi berbangkit

b) Menjimatkan wang rakyat yang akan dibelanjakan oleh SPR untuk proses pendaftaran manual yang diamalkan sekarang. SPR terpaksa melantik ejen-ejen Pendaftar Pemilih persendirian, Pos Malaysia dan sebagainya bagi urusan pendaftaran dan ini sudah tentu melibatkan kos yang agak tinggi.

c) Menjimatkan masa dan wang rakyat yang terpaksa pergi ke pejabat Pos atau SPR mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi.

d) Tidak membazirkan masa pegawai-pegawai kerajaan untuk menjadi ejen mencari pengundi baru seperti arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Menteri Melaka yang mewajibkan setiap pegawai PBT di Melaka mencari 100 pengundi baru untuk didaftarkan sebagai pengundi. Arahan ini sebenarnya sudah terkeluar dari skop tugas dan tanggungjawab mereka.

Perkara 3

PAS Kawasan juga merakamkan rasa kesal dan mengecam kerajaan Bangladesh terhadap hukuman gantung sampai mati yang diputuskan oleh Tribunal Jenayah Perang di Bangladesh terhadap mantan Menteri Pertanian (2001 - 2003) dan Menteri Industri (2003 - 2006) Bangladesh yang juga merupakan Ameer Jamaat Islami Bangladesh, Maulana Matiur Rahman Nizami. Hukuman ini jelas bersifat politik dan tidak adil terhadap beliau. Kita mendapat maklumat bahawa Maulana Matiur Rahman Nizami tidak mendapat keadilan saksama sewaktu proses perbicaraan.

PAS Kawasan menggesa masyarakat antarabangsa melalui badan-badan yang berkaitan mengambil langkah-langkah segera bagi menasihati dan menekan Bangladesh dari terus mengambil tindakan zalim terhadap musuh-musuh politik kerajaan mereka. Tindakan ini jelas tidak menghormati hak-hak rakyat dari segi Islam dan hak asasi manusia yang diamalkan di seluruh dunia.

Mohd Sofi Abdul Wahab
Yang Dipertua PAS Kawasan BUKIT KATIL
4 Feb 2014

03 February 2014

UMNO DAN PORNO BERPISAH TIADA

Siang-siang lagi Ketua Penerangan Umno, Mat Maslan, penoreh getah jadian menyatakan bahawa Umno akan memainkan isu porno Anwar Ibrahim. Memang jenis kaki porno maka berpisah tiadalah Umnuuuu dengan pornuuuu.

Mereka masih tida serik-serik sudah beberapa kali mereka tewas dengan mainan isu porno ini, antaranya pilihanraya kecil Permatang Pauh, Penanti dan lain-lain.

Memang mereka ini jenis muka tembok dan muka tiada maruah, tidak kira halal haram. Mereka menganut fahaman matlamat menghalalkan cara.............

GUBAL UNDANG-UNDANG PENDAFTARAN PENGUNDI SECARA AUTOMATIK - DMP BUKIT KATIL

Bukit Katil : Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, Mahani Othman Basir menggesa kerajaan menggubal undang-undang untuk membolehkan semua rakyat yang mencapai umur 21 tahun automatik menjadi pengundi.

"PAS dan PR sudah lama mencadangkan supaya pihak SPR dan Jabatan Pendaftaran negara menyelesaikan isu pendaftaran pengundi baru ini secara online dengan berkongsi pangakalan data",

"Kerajaan boleh menggubal undang-undang pilihanraya dengan menjadikan semua rakyat yang mencapai umur 21 tahun secara automatik menjadi pengundi berdaftar, semua itu boleh dilakukan jika kerajaan serius dalam hal ini" ujar Mahani yang juga merupakan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Bukit Katil.

Beliau menyatakan demikian sebagai maklumbalas terhadap kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron yang mewajibkan setiap ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)mendaftar sebanyak 100 pemilih baharu setahun berkuat kuasa hari ini seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

Idris dalam laporan itu berkata langkah itu bertujuan menambah bilangan pengundi baharu untuk persediaan pilihan raya umum ke-14.

Mahani berkata langkah dan undang-undang baru yang membolehkan semua rakyat didaftarkan secara automatik sebagai pengundi berdaftar dapat menjimatkan kos operasi SPR dan menjimatkan masa rakyat yang terpaksa pergi ke Pejabat Pos dan Pejabat SPR mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi.

"SPR juga terpaksa mengeluarkan belanja dengan membayar elaun kepada pendaftar-pendaftar pemilih sambilan di samping membayar kos operasi lain. Ahli-ahli majis PBT pula tidak perlu membahagikan masa mereka untuk tugas-tugas mencari pengundi baru kerana mereka ada tugas hakiki lain".

"Sudah lama kerajaan melaung-laungkan slogan ke arah e-government dan sebagainya tetapi dalam isu pendaftaran pengundi ini jelas sekali ianya seperti omongan kosong, apakah anda agenda tersembunyi dalam hal ini" tegas Mahani.

Menurutnya jika pendaftaran automatik ini dilakukan masalah rakyat tidak mendaftar dapat diatasi 100 peratus.

ISU SWEDEN : SUKAR UNTUK PASANGAN MALAYSIA DIBEBASKAN

Nasib pasangan Malaysia, Shalwati Norshal dan suaminya Azizul Raheem Awaluddin yang ditahan reman di Sweden untuk dilepaskan tanpa didapati bersalah adalah sangat tipis.

Demikian menurut Ketua Hakim dan peguam yang ditemui oleh Editor Majalah Astro AWANI, Zan Azlee ketika membuat liputan di sana.

“Mengikut perbincangan saya bersama Ketua Hakim dan peguam di sana, setiap tahun 10,000 kes sebegini berlaku dan hanya 10 peratus daripadanya yang berjaya kembali kepada anak-anak mereka” katanya dalam buletin AWANI745 Ahad.

Menurut Zan lagi,  undang-undang di Sweden memberikan hak yang sangat tinggi kepada setiap kanak-kanak.

“Kerajaan di sana merasakan mereka mempunyai hak lebih daripada ibubapa itu sendiri” katanya lagi.

Tahanan reman Azizul dan Shalwatisebelum ini telah dilanjutkan sebanyak tiga kali sejak ditahan dan Sweden tidak mempunyai had penahanan reman.

Kempat-empat anak merekatelah selamat pulang ke Kota Bharu, Kelantan dan akan meneruskan persekolahan di sana.

Sumber : astrowani

PERAGUT DITANGKAP DIIKAT PADA TIANG

Seorang peragut berjaya ditangkap oleh orang ramai dalam satu kejadian di Bercham, Ipoh baru-baru ini. Selepas ditangkap peragut tersebut diikat pada sebatang tiang sementara menunggu pihak berkuasa tiba untuk tindakan selanjutnya.

Semoga kejadian ini memberi pengajaran kepada peragut tersebut dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya.

Sumber : Fb Tumpang lalu.

AYUH KITA SEMUA KE KAJANG - MOHAMMAD SABU

Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu menyeru seluruh anggota Pakatan Rakyat untuk turun membantu PKR pada kempen pilihanraya kecil Kajang yang akan berlangsung tidak lama lagi.

"Ayuh kita semua turun ke Kajang bantu rakan kita PKR pada PRK Kajang tidak lama lagi, ini bukan soal PKR ini semua tanggungjawab kita untuk memastikan PR menang"

"Memang kita semua sedar ada masalah kecil di Kajang, tetapi kita mesti selesaikan masalah ini dengan memenangkan PKR di Kajang dan kita pastikan BN kecundang" ujar Mohamad.

Beliau berkata demikian pada ceramah anjuran Pas Kawasan Kota Melaka di Taman Seri Telok Mas dekat sini malam tadi.

Menyentuh soal politik semasa, Mohamad menggesa BN khususnya Umno supaya tidak mencampuraduk isu ekonomi dengan perkauman sempit.

"Isu kangkung adalah isu ekonomi tidak ada kaitan langsung dengan  isu perkauman, mengapa Umno mengaitkan isu ini dengan isu perkauman"

"Ada di kalangan Pemuda Umno yang memberi amaran dengan berkata apakah Cina mau peristiwa 13 Mei, mereka mengaitkan himpunan kangkung di Pulau Pinang dengan 13 Mei" ujar Mohamad.

Menurutnya, Umno jangan mengulangi kesilapan lama menggunakan isu perkauman untuk menarik kembali sokongan rakyat khususnya orang Melayu.

"Siapa yang meletakkan kepala babi dalam masjid, siapa yang membakar gereja dan terbaru menggantung sepanduk 'Jesus Son of God' di Pulau Pinang, sampai sekarang mereka yang melakukan perkara ini tidak ditangkap"

"Semua orang tahu Special Branch Malaysia antara yang terbaik di dunia, tetapi mengapa mereka yang terlibat ini sampai ke sudah tidak di tangkap, ini sudah tentu ada udang di sebalik mee" tambah Mohamad  sinis.

Beliau menyokong kenyataan Polis untuk  membenteras dan menangkap sesiapa yang terlibat mencetuskan ketegangan kaum di negara kita.

"Saya menyokong penuh kenyataan Polis untuk membenteras dan menangkap mereka-mereka yang terlibat dengan isu perkauman sempit ini".

"Perkara ini amat merbahaya kerana ia akan membangkit semangat perkauman dan kita bimbang ketegangan akan berlaku" tambah beliua.

Turut berceramah pada program tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari, Penolong Setiausaha PKR Melaka Wahab Ibrahim  dan Yang Dipertua PAS Kota Melaka, Harun Mohammed.

02 February 2014

BETULKAH MALAYSIA AMAN DAN RAKYATNYA SENANG

Pemimpin Umnuuuu sering mendakwa Malaysia masih aman dan rakyatnya senang. Tetapi betulkah fakta itu. Hari-hari bunuh sana, rompak sini, rogol sana, ragut sini. Fakta terbaru pula menunjukkan 60 orang muflis setiap hari, ada yang mengamuk kerana murung, ada yang terpaksa tidur di kaki lima kerana tiada rumah dan tidak mampu sewa rumah.

Buktinya didedahkan oleh Bloggerwati Omakkau dalam blognya yang tersebar di alam maya (gambar).

Kalau anda semua simpati khususnya orang KL jenguklah keluarga ini dan hulurkan apa yang patut. Berita penuh klik di SINI .

Syukur Malaysia masih aman dan rakyat senang!!!!!

KENALKAH ANDA KPD ORANG INI, TAK MALU MASIH NAK BERSUARA!!!!

Sekonyong-konyong maka 'berngomong' orang dalam gambar di sebelah ini. Menasihatkan BN supaya tidak masuk bertanding pada PRK Kajang.

Mungkin dia tak perasan bahawa pen'ngomong'an beliau sudah tidak laku. Orang Umnuuu pun tidak mahu dengar, sementelah lagi orang PAS dan PR.

Jadi tidak perlulah beliau 'ngomong' lagi sebab menghabiskan 'karan dan beras' sahaja.

Kasihan beliau mungkin gian untuk 'ngomong'. Sekali ngomong semua 'wong' tidak mahu dengar pula. Tapi ada benarnya apa yang dia ngomong itu. Kalau betul Umnuuu tidak mahu membazir jangan masuk bertanding untuk menang memang sukar bagi Umnuuu/BN. Mana tidaknya zaman kangkung murah ini rakyat semua marah. Mungkin zaman kangkung mahal dahulu BN boleh menang tetapi tidak sekarang.

Tukang ngomong itu sudah tentu tidak mahu melihat Umnuuu/BN kalah lagi apatah musim orang marah sebab kangkung turun harga ................

Sekali lagi apa salahnya dia hendak ngomong bagi 'can' dia sekali sekala ngomong.

HEBATNYA MAIS DAN JAIS, SUDAH TAK ADA KERJA LAIN KE?

Program kempen Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kajang mendapat halangan sejak hari pertama lagi daripada pihak berkuasa agama negeri iaitu Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Halangan ini membayangkan kesukaran untuk Anwar bergerak ke kerusi menteri besar Selangor.
Ia dilakukan dengan cara menyekat Anwar menemui penduduk Kajang menggunakan masjid yang terletak di bawah pentadbiran Mais.

Mais didakwa mengugut akan menangkap Anwar jika dia memberikan tazkirah di sebuah masjid di Selangor pada hari pertama kempen.
Ia berlaku apabila pasukan kempen Anwar merancang untuk membolehkan Anwar menyampaikan tazkirah sebelum solat Jumaat di Masjid Batu 10, Cheras pada Jumaat lalu.
"Pada pagi Jumaat kami mendapat panggilan bahawa Mais dan Jais akan menangkap Anwar dan Dr Muhd Nur Manuty sekiranya membaca khutbah dengan alasan tidak ada tauliah," kata sumber daripada pasukan kempen Anwar melalui Facebooknya.
Anwar dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nur Manuty dijadualkan bertemu penduduk Kajang di Masjid Batu 10 pada Jumaat lalu.
Berdasarkan perbincangan dengan pengurusan masjid, Anwar dijadualkan memberikan tazkirah di situ manakala Muhd Nur menyampaikan khutbah Jumaat.
Akibat halangan itu, Anwar tidak boleh memberikan tazkirah dan Muhd Nur juga tidak boleh membaca khutbah di masjid berkenaan.
Sebelum itu, pasukan kempen Anwar merancang untuk berbuat demikian di Masjid Impian Saujana, Kajang namun dihalang oleh Mais.
"Awalnya masjid bersetuju namun selepas subuh 30 Januari, pihak nazir memberitahu mereka menerima tekanan daripada Mais. Mereka tidak berani melaksanakan program kami. Kami lantas mencari masjid lain," kata sumber itu.
Kerusi DUN Kajang kosong susulan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lee Chin Cheah daripada PKR. Sehubungan itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan PKR memilih Anwar sebagai calonnya di situ.
Pengumuman itu turut disertai oleh pemimpin PAS dan DAP yang menyokong keputusan itu.
Mengikut perancangannya, Anwar dijangka dilantik menjadi menteri besar Selangor bagi menggantikan Abdul Khalid.
Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah sebelum ini berkata Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan pelantikan individu yang layak menjadi menteri besar negeri itu.
Beliau berkata, kuasa itu diperuntukkan dalam Artikel 51, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.
"Sultan Selangor mempunyai kuasa mutlak dalam dua perkara dan boleh membuat keputusan tanpa perlu nasihat iaitu yang pertama dalam hal pemilihan menteri besar dan kedua, pembubaran Dewan Undangan Negeri.
"Dalam membuat keputusan menyentuh kedua-dua perkara itu, sultan tidak perlu bertindak atas nasihat sesiapa," katanya. – 2 Februari, 2014.
~ Penganut ajaran sesat, orang buat maksiat, tak tutup aurat dan tak solat MAIS dan JAIS tak serius pun bertindak. ????

PAS TERUS BERKEMBANG DI KAWASAN BUKIT KATIL

PAS terus berkembang di kawasan Bukit Katil apabila sebuah lagi Bangunan PAS Cawangan dirasmikan petang ini.

Bangunan PAS Cawangan Bukit Bayan dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam majlis yang meriah petang ini.

Mohamad Sabu dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada PAS Cawangan Bukit Bayan atas kejayaan membina Bangunan Cawangan.

"Cawangan PAS mesti berusaha gigih untuk meramaikan ahli dan mempunyai bangunan sendiri" ujar Mohamad.

Turut hadir memeriahkan perasmian ialah Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari, Timbalan Pesuruhjaya Ashraf Mukhlis Minghat, Setiausaha Perhubungan, Yuhaizad Abdullah, Adun Bukit Baru Dr Khalid Kassim dan Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Mohd Sofi Abdul Wahab dan pimpinan PAS semua peringkat.

MENGAPA NOH OMAR KECUT PERUT?

Sudah 2 kali Noh Omar kecundang tidak berani tampil untuk berdebat dan berdiskusi dengan pemimpin-pemimpin PAS. Pertama dengan Ajk Pas Pusat Khalid Samad atas pentas Sinar Harian dan kedua pada program Landskap anjuran RTM bersama-sama dengan Ketua Pemuda Pas Suhaizan Kaiat dan pemerhati politik Rais Zainuddin.

Jelas sekali Noh bukanlah seorang anak jantan sebaliknya beliau adalah ayam jantan tua yang pengecut dan tiada te£¥r. Kokoknya berderai-derai tetapi ekor penuh dengan tahi.

Semua orang kenal siapa Noh Omar. Kalau beliau hebat sudah tentu Najib akan mengekalkan beliau sebagai menteri. Tetapi sebaliknya beliau dipencenkan lebih awal oleh Najib. Kini menjadi ahli Parlimen tua melalak ke sana macam tin kosong. Bila ajak berdebat tak cukup tanah dia lari.

Noh sudah tentu takut kerana beliau tidak mempunyai hujah yang kuat ditambah pula dengan keadaan beliau yang tidak sehebat mana untuk berdebat dan berdiskusi. Dengan Ketua Cawangan Pas pun belum tentu Noh berani.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter