AYUH KITA SEMUA KE KAJANG - MOHAMMAD SABU

Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu menyeru seluruh anggota Pakatan Rakyat untuk turun membantu PKR pada kempen pilihanraya kecil Kajang yang akan berlangsung tidak lama lagi.

"Ayuh kita semua turun ke Kajang bantu rakan kita PKR pada PRK Kajang tidak lama lagi, ini bukan soal PKR ini semua tanggungjawab kita untuk memastikan PR menang"

"Memang kita semua sedar ada masalah kecil di Kajang, tetapi kita mesti selesaikan masalah ini dengan memenangkan PKR di Kajang dan kita pastikan BN kecundang" ujar Mohamad.

Beliau berkata demikian pada ceramah anjuran Pas Kawasan Kota Melaka di Taman Seri Telok Mas dekat sini malam tadi.

Menyentuh soal politik semasa, Mohamad menggesa BN khususnya Umno supaya tidak mencampuraduk isu ekonomi dengan perkauman sempit.

"Isu kangkung adalah isu ekonomi tidak ada kaitan langsung dengan  isu perkauman, mengapa Umno mengaitkan isu ini dengan isu perkauman"

"Ada di kalangan Pemuda Umno yang memberi amaran dengan berkata apakah Cina mau peristiwa 13 Mei, mereka mengaitkan himpunan kangkung di Pulau Pinang dengan 13 Mei" ujar Mohamad.

Menurutnya, Umno jangan mengulangi kesilapan lama menggunakan isu perkauman untuk menarik kembali sokongan rakyat khususnya orang Melayu.

"Siapa yang meletakkan kepala babi dalam masjid, siapa yang membakar gereja dan terbaru menggantung sepanduk 'Jesus Son of God' di Pulau Pinang, sampai sekarang mereka yang melakukan perkara ini tidak ditangkap"

"Semua orang tahu Special Branch Malaysia antara yang terbaik di dunia, tetapi mengapa mereka yang terlibat ini sampai ke sudah tidak di tangkap, ini sudah tentu ada udang di sebalik mee" tambah Mohamad  sinis.

Beliau menyokong kenyataan Polis untuk  membenteras dan menangkap sesiapa yang terlibat mencetuskan ketegangan kaum di negara kita.

"Saya menyokong penuh kenyataan Polis untuk membenteras dan menangkap mereka-mereka yang terlibat dengan isu perkauman sempit ini".

"Perkara ini amat merbahaya kerana ia akan membangkit semangat perkauman dan kita bimbang ketegangan akan berlaku" tambah beliua.

Turut berceramah pada program tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari, Penolong Setiausaha PKR Melaka Wahab Ibrahim  dan Yang Dipertua PAS Kota Melaka, Harun Mohammed.

Comments