.

.

10 March 2012

BUKAN SHAHRIZAT SEORANG SAJA YANG SALAH

Ada desas-desus yang menyatakan Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil aka Taukeh Lembu akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Kabinet dan Ketua Wanita Umno dalam masa terdekat. Bagi kita tindakan Shahrizat itu tidak tepat dan tidak adil. Mengapa?

Jawapannya kerana bukan Shahrizat seorang sahaja yang terpalit dengan kesalahan seumpama penyalahgunaan kuasa, rasuah dan penyelewengan dalam Umno. Ramai lagi pemimpin Umno yang salah tetapi mengapa Shahrizat seorang sahaja yang di'paksa' letak jawatan. Kalau betul Umno mahu membersihkan pimpinan mereka, mengapa pemimpin lain yang juga bersalah malah sudah disabitkan dengan kesalahan tidak diminta untuk letak jawatan. Antaranya Ali Rustam, Isa Samad dan lain-lain. Kedua-dua mereka jelas melakukan rasuah tetapi sehingga kini masih dijulang menjadi pemimpin Umno dan memegang jawatan dalam kerajaan dan agensi kerajaan.

Jika Shahrizat seorang yang letak jawatan maka jelaskan Umno bukan parti yang adil dan saksama kerana mereka menghukum ahli tidak secara menyeluruh ....................

Hari ini media melaporkan bahawa Perdana Menteri Ah Jib Gor berkata beliau akan mengumumkan tentang kedudukan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada waktu yang sesuai.

"Pelbagai khabar angin...kita akan membuat pengumuman (pada waktu) yang bersesuaian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Sayang 1Malaysia di Stadium Perbandaran Pasir Gudang di Pasir Gudang hari ini yang turut dihadiri Shahrizat.
    
Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas desas-desus yang mengatakan Sharizat akan mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai menteri  dan Ketua Pergerakan Wanita Umno dalam majlis yang dihadiri lebih 20,000 anggota Wanita Umno serta sayap parti dari seluruh negara itu.

PRU 13 : NAJIB MUKTAMADKAN SENARAI CALON KRONINYA DALAM MASA TERDEKAT

Najib diberitakan akan menamatkan senarai calon BN kroninya dalam masa terdekat. Kononnya calon-calon itu boleh menang tetapi sebenarnya ia adalah calon kroni Najib yang dilabelkan beliau sebagai calon boleh menang.

Akan banyak kejutan dibuat. Yang selamat adalah kroni Najib. Yang tak selamat ialah mereka yang bukan kroni anak Tun Razak tersebut. Untuk terus bernyawa mereka yang bukan kroni Najib mesti cium tangan Rosmah dan bodek "mem' Najib ini. Kalau Mem Najib suka sudah tentu mereka selamat. Tak kira calon boleh menang atau tidak janji Rosmah suka sudah tentu akan dipilih.

Ibrahim Ali awal-awal lagi cium tangan Rosmah semasa Mem Najib itu merasmikan satu program anjuran Perkasam Ibrahim tidak lama dahulu. Selepas ini Rosmah sudah tentu dapat banyak hadiah dan habuan pembodekan dari pemimpim Umno.

Shahrizat, Rais Yatim dan sesiapa sahaja yang merasakan diri tidak selamat cepat-cepat bodek Rosmah...bodek Najib belum tentu jalan ..........

Anwar GEMPUR MELAKA ESOK

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sekali lagi turun menggempur Melaka esok. Tidak lama dahulu Anwar turun ke Melaka dan diganggu oleh pemuda yang tidak bertamadun tajaan sebuah parti yang tidak bertamadun.

Esok Anwar dijadualkan berceramah di Sebatu dan Solok Baroh, Bachang.

Seluruh rakyat negeri Melaka dijemput hadir.

09 March 2012

SIAPA KATA NAJIB TAKUT BERDEBAT?


Siapa kata Najib takut hendak berdebat. Beliau adalah seorang pemimpin yang berani dan tidak takut hendak berhadapan dengan sesiapa juga, apatah lagi dengan Anwar.
Oleh kerana terlampau berani sehingga ke hari ini beliau masih kecut dan pucat gigi bila diajak berdebat. Malah kalau berdebat dengan Ketua Cawangan PAS pun belum tentu beliau berani.
PKR telah berkali-kali membuat gesaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar menerima tawaran debat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepertimana kesanggupan Najib untuk berdebat dalam kerangka wacana demokrasi sebagaimana dinyatakan di dalam blognya.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution , berkata, pihaknya berharap kesanggupan Najib kali ini benar-benar jujur kerana tawaran Anwar yang dibuat pada Januari 2011 untuk berdebat berkenaan kedudukan ekonomi, fakta-fakta yang terkandung di dalam Buku Jingga dan penyelewengan negara masih lagi terbuka.
“PKR sekali lagi menggesa agar Najib menerima tawaran debat ini sesuai dengan semangat demokrasi yang diluahkan beliau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
“Melainkan Najib tidak merasakan isu ekonomi, tawaran dasar Buku Jingga, tatakelola kerajaan yang baik, kenaikan kenaikan kos hidup dan penyelewengan negara merupakan isu-isu penting untuk dibahaskan.”
Menurut Saifuddin, Najib turut meluahkan kebimbangannya tentang keupayaan lawannya di dalam perdebatan untuk bercakap berdasarkan fakta dan mengawal emosi.
“Sebenarnya kebimbangan ini tidak patut wujud sekiranya beliau yakin dengan keupayaan rakyat Malaysia untuk membuat perhitungan yang tepat.
“Keputusan di tangan perdana menteri sama ada beliau jujur mahu membolehkan rakyat Malaysia mendengar secara langsung dasar-dasar Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) didebatkan dalam kerangka demokrasi dan membuat keputusan yang sewajarnya,” tegasnya.
Justeru, Saifuddin menambah, pihaknya masih lagi menantikan jawapan beliau untuk berdebat dengan Anwar yang sehingga kini masih lagi tidak berbalas.
“Malangnya, kami belum menerima sebarang jawapan daripada Perdana Menteri tentang tawaran tersebut,” katanya lagi.
Di dalam blognya semalam, perdana menteri menjelaskan kesediannya untuk berdebat namun menegaskan lawannya harus “bertimbang rasa” dan tidak membangkitkan teori konspirasi untuk memenangi perdebatan.
Beliau memberi peringatan bahawa negara akan akan menjadi lemah sekiranya pemimpin politik memilih untuk hanya melakukan provokasi berbanding menunaikan tanggungjawab mereka.
Pemimpin pembangkang berulang kali telah menyuarakan desakan supaya Najib menerima cabaran Anwar dan menjelaskan ia merupakan platform terbaik untuk mereka berhujah berkenaan pendapat dan idea mereka, serta polisi untuk membantu rakyat memilih parti untuk diundi.
Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh Merdeka Centre, majoriti pengundi di Semenanjung Malaysia mahukan debat berkenaan berlangsung kerana ia mampu membuatkan keputusan untuk mereka mengundi mana-mana parti.

'RATING' NAJIB MENINGKAT, PRU 13 BILA-BILA MASA

Sebuah badan pengkaji persepsi melaporkan bahawa rating Haji Ah Jib Gor meningkat kepada 69 % selepas beliau 'memberi' sedekah BR1M baru-baru ini. Fakta ini menurut pengkaji menyebabkan Najib lebih yakin untuk menang besar pada PRU13 ini ditambah lagi dengan pengumuman pembatalan SBPA. Tidak mustahil Najib juga akan membatalkan projek Lynas dan penyenaraian Felda di BSKL.

Najib sudah tentu bertambah yakin dengan situasi semasa.

Media melaporkan hari ini bahawa satu kajiselidik di kalangan pengundi Semenanjung Malaysia mendapati rating populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak meningkat kepada 69 peratus - sebahagian besarnya disebabkan oleh pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) serta peningkatan mood terhadap ekonomi.

Rating populariti Najib semakin merosot sejak Jun 2010, selepas mencapai rekod tertinggi 72 peratus dan merosot kepada 59 peratus pada Ogos 2011.

Sokongan kepada Perdana Menteri adalah tertinggi di kalangan isi rumah yang berpendapatan rendah daripada RM1,500 sebulan pada 78 peratus, responden kaum India pada 80 peratus dan responden Melayu pada 74 peratus.

Kaji selidik oleh badan kajiselidik pendapat awam bebas - Merdeka Centre - juga mendapati bahawa kepuasan dengan perdana menteri adalah tertinggi di kalangan responden berumur 50 tahun ke atas.

Kumpulan ini telah mencatat lebih 73 peratus, berbanding dengan responden yang lebih muda, pada kadar 64 peratus di kalangan responden berusia 21 hingga 30 tahun.

06 March 2012

KRISIS UMNO KELANTAN MAKIN PARAH?

Ahli Parlimen Gua Musang yang juga Ketua Umno Bahagian, Tengku Razaleigh Hamzah diminta supaya tidak bertanding pada PRU 13 nanti. Gesaan ini dibuat oleh Ahli Jawatankuasa Bahagian Umno Gua Musang sendiri.

Malaysiakini melaporkan beberapa AJK Umno Gua Musang mengkritik Ku Li kerana dikatakan banyak berpihak kepada pembangkang dalam isu royalti, Felada dan lain-lain.

Mengapa begitu berani mereka menyuruh Ku Li berhenti. Sudah tentu ada orang lain di belakang mereka yang menyebabkan mereka berani. Ramai pemerhati politik menyifatkan bahawa Ku Li memang dimusuhi oleh Badan Perhubungan Umno Kelantan, malah Ku Li sendiri dilihat amat jarang menghadiri mesyuarat Umno Negeri Kelantan walaupun beliau merupakan Ahli mesyuarat yang automatik selaku Ketua Bahagian.

Tidak syak lagi perkembangan ini merupakan cetusan kepada pergeseran Umno Kelantan dengan lebih parah ..... nampaknya Ku Li hanya dipakai dan dihargai pada ketika Umno terdesak umpama Pilihanraya Kecil Galas tidak lama dahulu. Selepas itu Ku Li ditinggal begitu sahaja.

NAJIB PEMIMPIN PALING LEMBEK?

Najib ata Ah Jib Gor pemimpin paling lembek dalam sejarah politik tanahair. Manakan tidak dia menang semua  jawatan dalam Umno secara belas kasihan dan menumpanh tuah orang lain bukan atas kekuatan diri sendiri.

Dia memimpin Umno Pekan dengan mewarisi dari ayahnya. Menang Ketua Pemuda Umno kerana belas ihsan Anwar bila Anwar menjadi Naib Presiden Umno, Najib ambilalih jawatan tersebut dengan tidak dicabar, kalau di cabar belum tentu Najib menang.

Menjawat jawatan Timbalan Presiden dan Presiden Umno juga atas belas kasihan orang.....

PENYALAHGUNAAN KUASA, YAYASAN MELAKA BELI WATERCITY LEBIH DARI HARGA PASARAN?


Yayasan Melaka baru-baru ini telah membida untuk hartanah Melaka Watercity Resort yang telah dilelong kerana masalah hutang bank. Menurut ADUN Air Keroh, Khoo Paoy Tiong, projek hartanah tersebut hanya mempunyai nilai pasaran RM38 juta tetapi Yayasan Melaka telah membida pada harga yang lebih tinggi iaitu RM47 juta.
Khoo juga membangkit persoalan, kenapa Yayasan Melaka tidak menunggu sehingga bidaan pusing kedua, di mana harga akan diturunkan 10%.
Ini satu penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh Yayasan Melaka iaitu agensi kerajaan negeri Melaka.
Khoo mempersoalkan mengapa Yayasan Melaka tidak mahu menunggu bidaan lain sehingga terus bersetuju dengan bidaan yang tinggi iaitu RM47juta iaitu lebih RM9juta dari harga pasaran sebenar.
Sumber : Malaysiakini.TV..CJ.my

05 March 2012

KEMELUT KEDAH ANGKARA MUSUH DALAM SELIMUT


Isu pergolakan kerajaan negeri Kedah selesai apabila Timbalan Pesuruhajaya PAS Kedah, Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh  akan menyertai semula barisan Exco kerajaan negeri.

Dr Ismail Salleh pula ketika dihubungi berkata, beliau juga menerima baik keputusan PAS Pusat dan akan menyertai semula exco sebagaimana yang diarahkan.

Beliau memberi jaminan akan bekerja bersungguh-sungguh untuk memperkuatkan PAS dan menjatuhkan Umno di negara ini.

"Kami tidak ada niat lain melainkan untuk kepentingan jamaah. Kami bukan nak jadi Hasan Ali. Tok Guru Haji Hadi  tok guru kami, ustaz kami. Kami hormati mereka," kata Dr Ismail yang bersama Phahrolrazi tidak mengangkat sumpah exco baru-baru ini.

Kedua-dua mereka mengulas keputusan PAS Pusat yang menubuhkan Jawatankuasa Pemandu untuk memantau semua kerajaan negeri yang ditadbir dan disertai PAS.
Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Alor Setar awal pagi semalam.

Mesyuarat itu diadakan selepas pertemuan muhibbah PAS Pusat dan PAS Kedah yang diadakan sebelum itu iaitu mulai jam 10 malam Sabtu hingga jam 3.00 pagi semalam.

Pagi ini, di Kuala Lumpur, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengumumkan keputusan mesyuarat JK Pusat di Alor Setar semalam.

Mungkinkah segala masalah yang berlaku di Kedah ini adalah angkara musuh dalam selimut yang menyusup masuk ke dalam kerajaan negeri Kedan dan PAS Kedah. Semua ini tidak mustahil kerana musuh memang sentiasa mencari peluang untuk meranapkan mahligai yang dibina oleh PAS dan rakan-rakan PR yang lain. 

Jika tersilap langkah dan termakan dengan strategi dan perang saraf musuh maka akibatnya kita sendiri bercerai berai. Sebab itu kita menyarankan kepada PAS supaya berhati-hati dengan segala senjata musuh yang mencari apa sahaja peluang untuk memporak perandakan kita.

KU LI AKAN TANDING TIKET PAS DI GUA MUSANG?

Ku Li akan mengikut jejak langkah Ibrahim Ali bertanding atas tiket pada PRU 13 nanti. Kalau Ibrahim boleh menang di Pasir Mas pada PRU 12, Ku Li hampir pasti juga akan menang di Gua Musang. Malah ada yang berpendapat jika Ku Li bertanding tiket bebas sekalipun anak raja tersebut akan menang.

Kini terpulang kepada PR untuk memberi laluan kepada Ku Li di Gua Musang. Kerusi Parlimen di Hulu Kelantan tersebut adalah kerusi PAS pada PRU 12 di mana calon PAS Dr Zulkiflli Mohamad tewas kepada  Ku Li dengan majoriti yang agak besar di Parlimen tersebut.

Jika Ku Li tidak dicalonkan oleh BN, dan PAS tidak memberikan laluan kepada Ku Li maka besar kemumngkinan Ku Li akan menang kerana beliau sudah tentu akan mendapat sokongan padu dari penyokong Umno dan orang Asal.

Namun begitu bagi blog ini PAS boleh mencuba nasib untuk bertembung 3 penjuru jika Ku Li bertanding bebas kerana penyokong BN akan berpecah dua dan penyokong PAS akan solid mengundi PAS. Insya Allah PAS menang.

AZIZAN KEKAL, PAHROLRAZI DAN ISMAIL TERIMA SEMULA JADI EXCO

Azizan akan kekal sebagai Menteri Besar sementara Ismail dan Pahrolrazi menerima semula sebagai Exco kerajaan negeri Kedah.

Semua kemelut telah selesai. Alhamdulillah

04 March 2012

KEMELUT KEDAH : AZIZAN BERHENTI?

Kemelut kerajaan Kedah bakal berakhir dengan penyelesaian secara harmoni dan baik selepas PAS Pusat bertemu dengan semua pihak yang tidak dapat menyelesaikan masalah dalaman mereka sendiri.

Semalam PAS Pusat telah bertemu dengan semua pimpinan PAS Kedah di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Seri Mentalon, Alor Setar. Formula penyelesaian telah dicapai di mana masing-masing telah berjanji untuk akur dengan keputusan PAS Pusat. Antara perkara yang dibincangkan ialah soal mengapa mereka tidak dapat bekerjasama antara satu sama lain.

Namun begitu apa yang penting PAS Pusat mesti mencari punca sebenar perkara ini berlaku kerana selagi punca tersebut tidak dikenalpasti maka selagi itulah perkara seumpama itu akan berulang. Kita mesti mengenalpasti dalang kepada berlakunya perkara ini. Kita ada unsur-unsur luar yang menyusup masuk dan memporak perandakan kerajaan negeri Kedah yang dilihat cukup kukuh sebelum ini. Tiba-tiba sahaja ianya meletup. Siapa punya angkara?

BN bertepuk tangan dan mula pasang angan-angan untuk rampas Kedah.

Tidakkah ada kemungkinan musuh dalam selimut memainkan peranan menyucuk di sana sini supaya kita berpecah dan menghalakan senjata sesama sendiri. Alangkah ruginya kita menghabiskan masa, idea, tenaga dan wang ringgit hanya untuk menyelesaikan masalah dalaman sedangkan sepatutnya kita menghalakan senjata kepada pihak musuh disaat gendang perang hampir dipalu.

Mengapa semua ini berlaku? Pihak PAS mesti menyiasat dan mengenalpasti dalang dan petualang?????

Apa jalan penyelesaian yang dipersetujui malam tadi?

Mungkin Pahrolrazi dan Dr Ismail setuju untuk meneruskan khidmat depa?
Atau mugnkinkah Ustaz Azizan akan berhentr dan digantikan dengan orang lain?
Atau mungkin juga kerajaan negeri Kedah akan kekal dengan 8 orang Exco dan Menteri Besarnya tetap Ustaz Azizan dan 2 orang TPJ yang tidak mahu dilantik menjadi Exco terus duduk di luar kerajaan dan tidak akan buat kacau lagi?
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter