KRISIS UMNO KELANTAN MAKIN PARAH?

Ahli Parlimen Gua Musang yang juga Ketua Umno Bahagian, Tengku Razaleigh Hamzah diminta supaya tidak bertanding pada PRU 13 nanti. Gesaan ini dibuat oleh Ahli Jawatankuasa Bahagian Umno Gua Musang sendiri.

Malaysiakini melaporkan beberapa AJK Umno Gua Musang mengkritik Ku Li kerana dikatakan banyak berpihak kepada pembangkang dalam isu royalti, Felada dan lain-lain.

Mengapa begitu berani mereka menyuruh Ku Li berhenti. Sudah tentu ada orang lain di belakang mereka yang menyebabkan mereka berani. Ramai pemerhati politik menyifatkan bahawa Ku Li memang dimusuhi oleh Badan Perhubungan Umno Kelantan, malah Ku Li sendiri dilihat amat jarang menghadiri mesyuarat Umno Negeri Kelantan walaupun beliau merupakan Ahli mesyuarat yang automatik selaku Ketua Bahagian.

Tidak syak lagi perkembangan ini merupakan cetusan kepada pergeseran Umno Kelantan dengan lebih parah ..... nampaknya Ku Li hanya dipakai dan dihargai pada ketika Umno terdesak umpama Pilihanraya Kecil Galas tidak lama dahulu. Selepas itu Ku Li ditinggal begitu sahaja.

Comments

Anonymous said…
masuk PAS Ku Li, bertanding atas tiket PAS,,,biar padan muko puok2 UMGOK tuh...