BUKAN SHAHRIZAT SEORANG SAJA YANG SALAH

Ada desas-desus yang menyatakan Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil aka Taukeh Lembu akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Kabinet dan Ketua Wanita Umno dalam masa terdekat. Bagi kita tindakan Shahrizat itu tidak tepat dan tidak adil. Mengapa?

Jawapannya kerana bukan Shahrizat seorang sahaja yang terpalit dengan kesalahan seumpama penyalahgunaan kuasa, rasuah dan penyelewengan dalam Umno. Ramai lagi pemimpin Umno yang salah tetapi mengapa Shahrizat seorang sahaja yang di'paksa' letak jawatan. Kalau betul Umno mahu membersihkan pimpinan mereka, mengapa pemimpin lain yang juga bersalah malah sudah disabitkan dengan kesalahan tidak diminta untuk letak jawatan. Antaranya Ali Rustam, Isa Samad dan lain-lain. Kedua-dua mereka jelas melakukan rasuah tetapi sehingga kini masih dijulang menjadi pemimpin Umno dan memegang jawatan dalam kerajaan dan agensi kerajaan.

Jika Shahrizat seorang yang letak jawatan maka jelaskan Umno bukan parti yang adil dan saksama kerana mereka menghukum ahli tidak secara menyeluruh ....................

Hari ini media melaporkan bahawa Perdana Menteri Ah Jib Gor berkata beliau akan mengumumkan tentang kedudukan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada waktu yang sesuai.

"Pelbagai khabar angin...kita akan membuat pengumuman (pada waktu) yang bersesuaian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Sayang 1Malaysia di Stadium Perbandaran Pasir Gudang di Pasir Gudang hari ini yang turut dihadiri Shahrizat.
    
Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas desas-desus yang mengatakan Sharizat akan mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai menteri  dan Ketua Pergerakan Wanita Umno dalam majlis yang dihadiri lebih 20,000 anggota Wanita Umno serta sayap parti dari seluruh negara itu.

Comments