.

.

16 August 2008

MUKTAMAR : PEMUDA MAHU PAS PERKUKUHKAN TARBIAH - Ref Malaysiakini

Perbahasan Muktamar PAS kali ke 54 dimulakan pagi ini. Perwakilan Perak, Zulkifli Ahmad yang membahaskan ucapan Presiden berjanji untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat Perak sedaya upaya.

Perwakilan Pahang, Dr Hamzah Jaafar mengharapkan PAS tidak menggunakan pendekatan menghukum tetapi lebih menekankan kepada pendekatan dakwah supaya rakyat tidak takut kepada PAS.

"Jangan kita suka menghukum, yang ini tak boleh dan yang itu tak boleh, nanti orang akan takut kepada PAS" kata beliau.

Wakil Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi mengharapkan PAS kembali membudayakan tarbiyyah sebagai program utama bagi memastikan bahawa ahli-ahli PAS memahani perjuangan dengan sebenar-benarnya.

Dewan Pemuda mencadangkan supaya semua perwakilan bertekad selepas pulang dari muktamar untuk kita sama-sama menjalankan program-program usrah, muqayyam dan tamrin.

PAS AKAN BINA KOMPLEKS SELUAS 10 EKAR ~ Ref Malaysiakini

Naib Presiden PAS, Dato' Hj Husam Musa menyatakan PAS akan membina sebuah Kompleks PAS seluas 10 ekar di sebuah tempat yang akan dikenalpasti dalam masa terdekat.
Husam yang juga Ketua Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat berkata, pihaknya sudah melawat beberapa tempat yang dicadangkan. Selepas Kompleks ini siap ianya menjadi Pusat pentadbiran dan pentarbiyahan serta lain-lain.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan beberapa orang perwakilan Muktamar PAS Pusat tentang isu ekonomi.
Husam juga berkata, PAS bercadang memperkenalkan program insurans di kalangan armalah (ibu tunggal) di seluruh negara apabila model pertama yang diperkenalkan di Perlis berjaya mencapai sasarannya.

Beliau juga berkata percubaan pertama program baru itu sedang dijalankan di Perlis sekarang.

"Kita cuba laksanakan program tanpa melibatkan kerajaan dan ia diurus oleh parti sendiri. Sekarang diurus oleh Badan Perhubungan PAS Perlis.

"Sedangkan sebelum ini program itu telah berjaya di Kelantan yang dikendalikan di bawah kerajaan negeri.

"Kalau model baru ini kita berjaya perkenalkan di Perlis yang diurus parti ia akan perluaskan ke seluruh negara," katanya sebagai menjawab persoalan dibangkit perwakilan pada muktamar petang ini.

MANA SATU BETUL, PAKSA ATAU SUKA SAMA SUKA ~ Ref Malaysiakini

Semalam Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Anwar kononnya bersumpah di Masjid Wilayah. Mana satu betul ini? Mengikut tuduhan liwat di mahkamah, Anwar meliwat Saiful secara sukarela, tetapi di dalam 'sumpah'nya Saiful berkata dipaksa pula.

Dakwaan itu diumumkan di sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur selepas mengangkat sumpah mengikut syariat Islam untuk membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada jam 6.30 petang tadi.


Majlis itu disaksikan beberapa pegawai masjid berkenaan dan ahli keluarga Mohd Saiful serta pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Antara yang hadir ialah Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali. Mohd Saiful mengangkat sumpah di Dewan Solat Utama dengan menghadap kiblat dan mengucap dua kalimah syahadah.

"Saya Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan nama Allah saya bersumpah saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 dan pada hari tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya."Jika saya berdusta dengan perkara ini, saya berdusta dengan Allah SWT dan akan dilaknat oleh Allah SWT sehingga hari kiamat."

'Sumpah'nya dilakukan sehari sebelum hari penamaan calon Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh. Asyik kebetulannya.

15 August 2008

ISU UiTM : SIAPA YANG BUKA KEMASUKAN PELAJAR BUKAN MELAYU DI MRSM ~ Ref Malaysiakini

Sehari dua ini riuh rendah pelajar-pelajar UiTM mengadakan demonstrasi membantah cadangan Menteri Besar Selangor untuk UiTM membuka kemasukan kepada pelajar bukan Melayu seramai 10 %.
Saya hairan mengapa isu ini dipolitikkan, sedangkan Khalid hanya mencadangkan sahaja. Malah Khalid juga mengatakan isu ini sepatutnya tidak dijadikan isu perkauman. Saya tidak mahu mengulas lanjut tentang tindakan pelajar-pelajar UiTM mengadakan demonstrasi di Shah Alam, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang dan lain-lain.
Saya hanya ingin bertanya kepada seluruh rakyat Malaysia terutama Orang Melayu siapa yang sebelum ini membuka kemasukan pelajar MRSM kepada pelajar Bukan Melayu. Tidakkan ianya sama dengan cadangan Khalid. Mengapa dalam hal MRSM tidak ada sesiapa membantah tetapi dalam hal ini mereka bukan main sensitifnya.

Saya bukannya ingin memainkan isu perkauman sekadar ingin membuat perbandingan bagaimana Umno cuba mempolitik isu ini untuk kepentingan mereka lebih-lebih lagi kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh sedang hangat sekarang.
Saya melihat bahawa isu ini telah dijadikan isu politik murahan oleh Naib Canselor UiTM, Ibrahim Abu Shah dan juga Umno sendiri.
Lebih memelikkan lagi mengapa pelajar-pelajar UiTM ini tidak dihalang oleh pihak HEP Universiti dan Kementerian Pengajia Tinggi (penganut AUKU). Sedangkan dalam isu-isu lain pelajar-pelajar sering digertak dan diberi amaran untuk diambil tindakan jika menyertai sebarang perhimpunan.
Saya mencadangkan kepada Umno supaya menghentikan isu politik murahan ini. Kepada Ibrahim Abu Shah saya menggesa beliau meletakkan jawatan dan menyertai Umno serta merta.

'PAS MELAKA' HANYA PANDAI POLIGAMI - Ref Malaysiakini

Pengerusi Tetap PAS Pusat, Ustaz Abu Kassim Lebai Abdullah secara berseloroh berkata PAS Melaka hanya pandai poligami tetapi tidak ada sebarang kerusi (yang dimenangi samada DUN atau Parlimen).

Sebelum itu semasa memulakan muktamar beliau berkata Melaka sahajalah satu-satunya negeri di Semenanjung Malaysia yang tidak memenangi sebarang kerusi.

Jiran Melaka, Johor berjaya memenangi 2 kerusi iaitu Sg Abong dan Maharani. Begitu juga dengan Negeri Sembilan berjaya mencipta rekod apabila menang di DUN Paroi.

Sindiran beliau secara berpantun ini membuatkan saya dan sahabat dari Melaka berdesing telinga. Terasa malu betul saya dan sahabat semua berada di dewan muktamar, Stadium Indera Mulia pagi tadi. Sehingga kadang-kadang terasa malu untuk mengaku bahawa kami adalah perwakilan dari Melaka.

Dalam hatiku berbisik, itulah semasa kempen pilihanraya dahulu tak mahu kerja-kerja kuat-kuat. Buat kerja pilihanraya pun 'last minute'. Orang lain dah memulakan kerja-kerja berfokus selama bertahun-tahun lamanya.

Saya yakin rakan-rakan dari kawasan lain juga turut sama 'berdesing' telinga mendengar sindiran Ustaz Abu Kassim yang terkenal pandai berseloka dan bermadah. Celotehnya memang terkenal membuatkan peserta muktamar dan pimpinan PAS tidak kering gusi.

Kepada perwakilan Melaka ambil iktibar dari sindiran tajam Pengerusi Tetap ini.

PAS SETIA DENGAN PERSEFAHAMAN DALAM PAKATAN RAKYAT - Ref Malaysiakini

Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang berkata PAS akan tetap setia kepada persefahaman di dalam Pakatan Rakyat. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar PAS kali ke 54 di Stadium Indera Mulia, Ipoh pagi tadi.

"PAS tidak akan sekali-kali bersama parti yang terkapai-kapai sekarang" tegas Tuan Guru Haji Abdul Hadi.


Beliau juga menegaskan bahawa PAS adalah parti yang paling kemas jentera dan paling ramai jentera parti. Jadi, kata beliau, PAS tidak sepatutnya di pinggirkan oleh parti-parti komponen Pakatan Rakyat.

"Jangan sangka PAS hanya penting semasa kempen pilihanraya, tetapi bila fajar kemenangan menyinsing PAS diketepikan" kata beliau.

Tuan Guru mengingatkan seluruh jentera parti supaya mempertingkatkan gerakerja mendekati rakyat dan mengajak mereka menyertai PAS.

"Usaha Lajnah Penerangan menjalankan kempen Jom Masuk PAS semestinya disebarkan ke seluruh negara" kata beliau.

Ucapan dasar beliau yang bertemakan PAS untuk semua disifatkan suatu ucapan yang tegas, berani dan mencakupi semua isu-isu dalaman parti, isu nasional dan antarabangsa.

Majlis perasmian Muktamar Agung PAS ini dihadiri oleh Penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR, Dato Seri Wan Azizah Ismail, Pengerusi DAP Perak Dato' Ngeh Koo Ham dan 25 orang pimpinan Gerakan Islam seluruh dunia.

MUKTAMAR PAS PUSAT BERMULA ~ Ref Malaysiakini

Muktamar PAS Pusat kali ke 54 bermula jam 8.30 pagi ini dengan dimulakan oleh Ucapan Dasar Presiden, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Saya bersama Abang Ram, Haji Salamat Aman Makmur, Hj Mohd Ali Sharif dan Haji Ab Rahim akan membawa bendera PAS Kawasan Bukit Katil pada muktamar yang di adakan di Ipoh, Perak.

Insya Allah besok para perwakilan akan membahaskan ucapan Presiden dan membentangkan usul-usul.

Sementara itu hajat rakyat negeri Perak untuk mendengar khutbah 2 orang ulama' tersohor di rantau ini tidak kesampaian apabila Sultan Perak tidak memperkenankannya.


14 August 2008

PEMUDA MELAKA KEPALAI ANTI-MUQABALAH - Ref Malaysiakini

Hebat nampaknya Pemuda Melaka sehingga dikatakan mengepalai 'pasukan' anti-Muqabalah dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat siang tadi. Negeri-negeri lain yang tidak setuju dengan muqabalah lain ialah Kelantan dan Negeri Sembilan.

Bagi saya isu muqabalah maupun muzakarah ini sudah selesai tidak perlu diungkit-ungkit lagi kerana pimpinan tertinggi juga sudah membuat keputusan bahawa tiada muzakarah yang telah, sedang dan akan dilakukan pada masa akan datang. Jadi saya rasa semua perwakilan sudah memahaminya. Tidak usahlah kita terikut-ikut dengan mainan media yang sentiasa mengintai peluang untuk 'menembak' kita.

Saya mengharapkan perbahasan perwakilan pada Muktamar Agung PAS Pusat yang bermula esok tidak lagi menyentuh isu ini dengan panjang lebar. Lebih baik rasanya perwakilan memberikan pandangan bagaimana untuk mempertahankan kerajaan negeri-negeri Pakatan Rakyat; pengisian program untuk kerajaan-kerajaan tersebut; usaha memperkuatkan lagi peranan PAS di dalam kerajaan negeri-negeri Pakatan Rakyat serta persediaan PAS jika benar Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan pusat yang baru.

Para perwakilan juga kena sedar bahawa Pakatan Rakyat(PR) sudah memerintah 5 negeri. Kegagalan atau kejayaan PR memerintah dengan baik di 5 buah negeri ini akan menjadi penentu samada PR akan dipilih semula di 5 buah negeri tersebut. Jika berjaya Insya Allah kita akan dapat menyapu bersih semua negeri pada pilihanraya umum akan datang.

Di harapkan perwakilan akan berbahas dengan matang dan sedar bahawa kita sekarang adalah sebahagian dari kerajaan bukan pembangkang lagi.

Selamat Bermuktamar

PERJALANAN KE IPOH & PERMATANG PAUH ~ Ref Malaysiakini

Saya sekarang dalam perjalanan ke Ipoh & Permatang Pauh untuk menghadiri muktamar PAS Pusat dan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Pelbagai 'benda' bermain di dalam otak memikirkan tentang kedua-dua 'event' besar tersebut.

Serangan demi serangan yang di'hunjam' oleh media arus perdana kepada Pakatan Rakyat memerlukan ahli dan penyokong PAS matang berfikir jika tidak sudah kita pening kepala memikirkannya.
Begitu juga saya terkenang apa kesudahan dengan pilihanraya Kecil Permatang Pauh, apakah Anwar berjaya memenangi kerusi tersebut dengan majoriti yang lebih besar.

Sampai di Ipoh sekitar 6.30 petang terus ke hotel penginapan di kawasan sekitar Fair Park cuma 1km dari Stadium Indera Mulia.

Selesai solat maghrib dan Isyak, bergerak ke tapak muktamar bertemu beberapa orang sahabat antaranya Arsadik, Wzmokh, At J.

Esok Insya Allah Tuan Guru Presiden akan menyampaikan ucapan dasar yang saya kira akan menggariskan beberapa perkara penting antaranya kerjasama politik Pakatan Rakyat, isu keterbukaan PAS berbincang dengan sesiapa sahaja, pemerintahan di beberapa negeri dan juga isu-isu lain.

Selamat Bermuktamar


TUNGGU APA LAGI PEMUDA ! AYUH KE PERMATANG PAUH ~ Ref Malaysiakini

Ayuh ke Permatang Pauh kita 'kuburkan' BN. Tunggu apa lagi wahai Pemuda, sahutlah seruan Ketua Dewan Pemuda PAS yang mengeluarkan arahan terbuka untuk semua pemuda menggempurkan BN di Permatang Pauh. YB Salahuddin berkata demikian sewaktu membentangkan ucap utama pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat semalam.
Kalau sebelum ini mungkin ada pemuda yang tidak bersemangat untuk ke Permatang Pauh, kini sepatutnya ia tidak berbangkit lagi. Ketua kita sudah mengarahkannya.
Maka, yang tepok datang mengesut, yang buta dituntun tangannya, yang kurap mengusur angin (betul ke), yang pekak ???? pendek kata semua golongan mesti turun membantu calon Pakatan Rakyat tidak kira yang muda, tua, sakit, demam, agama, keturunan dan ideologi. Yang penting kezaliman dan keangkuhan BN mesti dileburkan.
Media melaporkan bahawa Ketua Pemuda PAS mengarahkan anggota-anggota dewan itu "menggempur" BN bagi memastikan kemenangan tokoh utama PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.
Membentangkan ucapan utamanya di perasminan muktamar Dewan Pemuda PAS malam ini, Salahuddin Ayub berkata pembabitan serius parti itu dalam pilihanraya ini sangat penting untuk membuktikan ia masih setia bersama Pakatan Rakyat. Penglibatan itu penting, tambahnya, setelah PAS diberikan imej ingin bekerjasama dengan Umno dan BN dalam isu rundingan tertutup dengan presidennya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini.
"Pilihanraya ini amat penting bagi kita setelah minda rakyat terperangkap dalam permainan kotor BN dalam isu muzakarah baru-baru ini. "Setelah PAS membuat keputusan tegas untuk menolak sebarang bentuk kerjasama politik dengan BN, inilah peluang terbaik untuk PAS membuktikan bahawa kita masih setia dengan Pakatan Rakyat," kata Salahuddin di penghujung ucapannya di majlis itu yang diadakan di stadium tertutup Indera Mulia, Ipoh.
"Saya dengan ini mengarahkan seluruh jentera Pemuda PAS di semua peringkat supaya turun menggempur Permatang Pauh bagi melenyapkan keangkuhan BN." Tambahnya, Pemuda PAS akan membuka markas besar untuk menggerakkan jentera pilihanrayanya dan menggesa pergerakan itu "bekerja sepenuh hati untuk memastikan Anwar mencatatkan kemenangan besar" dan sekali gus merapatkan semula jentera Pakatan dalam menghadapi BN.Salahuddin, yang juga ahli parlimen Kubang Kerian, mencadangkan kepemimpinan ulama yang diperkenalkan sejak 1982 dinilai semula agar kumpulan itu tidak "berada dalam zon selesa", "lebih relevan dalam dunia kontemporari" dan "lebih proaktif dalam meneliti fenomena masa kini, menangani kerencaman isu dan masalah moden."
"Dewan Pemuda PAS tidak mahu melihat ulama berada dalam zon selesa dalam gagasan kepimpinan ulama, sehingga sebahagian ulama mengambil sikap reaktif kepada isu atau fenomena yang berlaku dan tidak membuat persediaan lebih rapi untuk menangani perkara mendatang," katanya. Beliau berkata Pemuda PAS merancang satu Seminar Kepimpinan Ulama: Satu Penilaian Semula yang, antara lain, bertujuan meneliti keberkesanan gagasan kepemimpinan ulama sepanjang 25 tahun lalu.
Selain pertemuan ini, beliau juga mencadangkan Seminar Pendekatan Siyasah Syar’iyyah untuk merumuskan pendekatan Islam yang serasi dengan konteks Malaysia. Untuk mencapai hasrat itu, tambah Salahuddin, golongan ulama dalam PAS harus bersifat lebih terbuka meneroka rumusan-rumusan baru agama yang sejajar dengan pendekatan ala Malaysia.
"Para ulama kita perlu berfikiran terbuka untuk memberikan tafsiran-tafsiran hukum berasaskan manhaj Malizi (pendekatan Malaysia) yang kontemporari, tetapi tidak lari dari orbit al-Quran dan al-Sunnah sebagai piawaiannya," katanya.Beliau bagaimanapun menyedari kelemahan pemikiran golongan agama dalam PAS, termasuk dalam pergerakan Pemuda. "Ahli-ahli Pemuda mesti sentiasa memperdalami ilmu dalam pelbagai bidang, tidak terhenti dengan kemahiran agama yang menjadi fardu ain sahaja, sebaliknya kemahiran keduniaan yang menjadi fardu kifayah juga dipertingkatkan," katanya lagi.
"Pada hari ini, ahli-ahli PAS diperakui kerana kecemerlangan akhlak dan kebolehan agamanya, tetapi kita tidak diyakini dalam aspek keupayaan menguruskan negara." Ketua Pemuda PAS juga berikrar untuk terus mengkritik termasuk mengambil pendekatan berkonfrontasi dengan kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat jika dilihat mengambil mudah isu-isu Islam"Kita bersedia untuk menegur secara diplomatik dan kita juga sanggup untuk mengambil pendekatan konfran (berkonfrontasi) jika teguran-teguran kita tidak dilayan," katanya.
Beliau mengambil contoh sikap Dewan Pemuda PAS Selangor yang berani membantah penganjuran konsert Ella dan Mas Idayu bersempena sambutan 100 hari Pakatan Rakyat di negeri itu, dan juga isu penyalahgunaan kuasa pegawai kanan menteri besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.Salahuddin juga mahu melaksanakan konsep "parti menguasai kerajaan" dan keputusan PAS harus dihormati oleh barisan kepemimpinan exco negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat."Kita tidak mahu pimpinan negeri diberikan kebebasan penuh atau autonomi dalam menentukan dasar-dasar pentadbiran, sehingga pimpinan Pusat tidak dihormati keputusan mereka," katanya.Majlis perasmian persidangan dewan itu ke-49 disempurnakan oleh timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa.
Dalam ucapannya, beliau mempertahankan tindakannya mengadakan rundingan dengan Umno dan menyifatkan bantahan ahli-ahli PAS terhadap pertemuan PAS-Umno sebagai perlanggaran disiplin parti.Isu ini dijangka memanaskan perbahasan perwakilan Pemuda PAS sepanjang hari esok sebelum penggulungan Salahuddin di sebelah petang.

PMTG PAUH : 'SANTA KLAUS' PILIHANRAYA KECIL MULA TABUR JANJI ~ Ref Malaysiakini

'Santa Klaus' Pilihanraya Kecil, AlNajib Razak mula menaburkan janji untuk memancing undi di Permatang Pauh sebagaimana yang dilakukan pada setiap kali pilihanraya kecil.
Malam tadi, 'Santa Klaus' itu berkata, kerajaan menjanjikan 'buah tangan' untuk rakyat dalam pembentangan Bajet 2009 pada 29 Ogos ini.
"Ada buah tangan untuk rakyat. Kita faham rakyat tertekan dengan keadaan sekarang. Kerajaan Barisan Nasional (BN) dengar masalah rakyat," katanya dengan bangga.
Berucap di najlis pelancaran jentera pilihanraya BN bagi Parlimen Permatang Pauh, malam tadi, beliau berkata, kerajaan sedang menimbang mekanisme yang sesuai bagi mengurangkan beban rakyat berikutan kenaikan harga bahan api.
Apa mekanisme lagi wahai 'Santa Klaus'. Bukan susah sangat turunkan sahaja harga minyak menurut formula yang digariskan oleh Anwar. Tidak perlu susah-susah hendak memikirkan mekanisme lain. Janganlah ego sangat sehingga keegoan itu menyusahkan rakyat. Seperti kata Anwar jika kerajaan mengikut saranan dan cadangannya kerajaan tidak akan rugi apa-apa pun. Malah ianya akan meningkatkan lagi kepercayaan rakyat kepada kerajaan.
Malangnya Imam Hadhari dan AlNajib serta kuncu-kuncunya jelas tidak mahu menurut cadangan tersebut. Mungkin takut dikatakan meniru idea orang lain.

Bagi saya ini bukan isu meniru atau 'copy cat' ini masalah rakyat. Rakyat tidak kisah cadangan sesiapa pun yang penting kesejahteraan mereka dibela.
Selepas ini saya yakin akan banyak lagi 'buah tangan' dalam bentuk janji, projek segera, wang ringgit dan hadiah-hadiah akan ditaburkan oleh 'Santa Klaus' yang cukup baik hati semasa pilihanraya kecil ini.
Saya mengharapkan pengundi-pengundi Permatan Pauh matang dan cerdik. Apa sahaja yang diberi kepada mereka, boleh mereka ambil tetapi keputusan untuk mengundi sesiapa adalah hak mereka. Jangan nanti janji, wang ringgit, projek segera tersebut menyebabkan mereka lupa kepada kezaliman dan penindasan Kerajaan BN terhadap mereka. Minyak naik, barang naik dan sebagainya jangan dilupakan, siapa punya angkara.

PMTG PAUH : PENCALONAN ARIF SHAH KUBURKAN HARAPAN BN ~ Ref Malaysiakini

Ramai beranggapan pencalonan ADUN Seberang Jaya, Arif Shah Omar Shah akan mengecilkan lagi peluang BN untuk merampas kerusi Parlimen Permatan Pauh.
Sebahagian besar ahli Umno akar umbi merasakan Ketua Umno Bahagian, Abdul Jalil Majid dan Bekas Timbalan Ketua Bahagian, Ahmad Saad lebih layak kerana kedua-dua mempunyai sokongan ahli akar umbi Umno. Malah bagi mereka Bendahari Umno Negeri, Dato' Zainal Abidin Osman juga lebih baik dari Arif Shah kerana beliau lebih disukai oleh pengundi bukan Melayu.
Sejauh mana anggapan ini benar akan dapat dibuktikan pada 26 Ogos ini di mana pengundi akan menjadi hakim kepada kedua-dua calon PKR dan BN ini. Di atas kerta calon PKR merupakan calon 'favourite' manakala Arif disifatkan 'underdog'.
Tinjauan sahabat-sahabat saya di sekitar Parlimen Permatang Pauh mendapati kedua-dua parti telah mula menggerakkan jentera masing-masing di mana lambang dan bendera PKR dan BN sudah mula dinaikkan di serata tempat seolah-olah penamaan calon telah selesai.
Markas-markas dan pejabat-pejabat serta bilik operasi parti-parti komponen Pakatan Rakyat dan BN juga kelihatan mula meriah dengan hiasan dan lampu terang benderang sehingga ke pagi.
Salah seorang sahabat saya, Mzah sudah 2 kali berkunjung ke Permatang Pauh untuk meninjau kerja-kerja PKR dan PAS. Menurutnya PAS sendiri sudah mula menggerakkan jentera parti sejak hari perletakkan jawatan Wan Aziziah lagi.
Beliau sempat bertemu ADUN PAS Permatang Pasir, Hj Hamdan Abdul Rahman dalam kunjungannya ke sana. Menurut YB Hamdan yang sudah 3 penggal mewakili DUN Permatang Pasir pihaknya sendiri sudah turun lebih awal menemui pengundi-pengundi di kawasan beliau. Bagi YB Hamdan beliu tidak mempunyai sebarang masalah untuk mendapat sokongan penyokongnya lebih-lebih lagi YB Hamdan sendiri amat disenangi pengundi DUN Permatang Pasir. Malah bukan sahaja DUN Permatang Pasir pengundi-pengundi di Seberang Jaya, Penanti dan DUN-DUN lain memang mengenali kerana sering membantu mereka dalam apa juga urusan.
Penamaan calon Pilihanraya Kecil Permatang Pauh ini akan diadakan pada 16 Ogos dan pengundian akan dijalankan pada 26 Ogos.

PEMUDA PAS : JANGAN PINGGIR ISLAM ~ Ref Malaysiakini

Sesuai dengan sifat kemudaan mereka, Dewan Pemuda PAS semalam menegaskan bahawa ia akan bertindak terhadap mana-mana kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang didapati mengambil mudah tentang peranan Islam dalam pentadbirannya.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub berkata pergerakan itu mahu pimpinan di negeri-negeri terbabit iaitu Kelantan, Perak, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang supaya memperjuangkan hak, nilai dan prinsip Islam yang termaktub dalam undang-undang tubuh negeri masing-masing.

"Kita (Dewan Pemuda) akan menjalankan tugas-tugas kepemudaan untuk melakukan check and balance terhadap kerajaan ke arah urus tadbir baik.
"Kita bersedia untuk menegur secara diplomatik dan kita juga sanggup untuk mengambil pendekatan konfran jika teguran-teguran itu tidak dilayan," katanya dalam ucapan dasar Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Ke-49 di Stadium Indera Mulia di Ipoh malam tadi.

Beliau memuji Dewan Pemuda PAS Selangor yang disifatkan berani menegur beberapa kepincangan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam beberapa perkara melibatkan soal hukum agama mahupun pentadbiran.

Bagi saya ketegasan Dewan Pemuda ini memang sesuai dengan sifat kepemudaan yang sepatutnya lantang dan berani menegus kepimpinan parti dan kerajaan negeri. Tidak seperi Pemuda Umno yang hanya bersifat 'Yes man' terhadap apa juga tindakan ketua mereka.
Saya juga berpendapat Pemuda sepatutnya diberikan ruang yang lebih luas dalam pentadbiran kerajaan negeri Perak, Kedah dan Selangor sebagai latihan untuk mereka mengambilalih kerajaan pada masa hadapan. Saya tidak tahu fakta yang tepat tentang keterlibatan pemuda dalam jawatan-jawatan lantikan kerajaan negeri namun jika ianya kurang memuaskan, saya cadangkan ia dipertingkatkan.

PEKERJA KILANG CUBIC DAN QIMONDA DAPAT VSS

Saya mendapat berita bahawa 2 buah kilang iaitu Cubic dan Qimonda akan memberikan VSS kepada pekerjanya dalam jangka masa terdekat.
Cubic dilaporkan mengambil langkah tersebut untuk mengecilkan operasinya sementara Qimonda akan berpindah ke Senai, Johor.
Saya akan cuba mendapatkan fakta dan maklumat secara detail dari para pekerja yang terlibat untuk memastikan kebajikan pekerja-pekerja terbabit dijaga dan tiada diskriminasi dilakukan keatas mereka.
Saya juga mengharapkan kerajaan negeri dapat membantu pekerja yang terlibat untuk mendapatkan pekerjaan baru atau mungkin membantu mereka mendapat pinjaman untuk memulakan perniagaan dan sebagainya.

PMTG PAUH : ANWAR VS ARIF, RAMAI KECEWA, PERTARUNGAN BUKU DGN RUAS? ~ Ref Malaysiakini

Ada media yang cuba menyamakan ketokohan Anwar dengan Arif apabila menyatakan pertembungan tersebut adalah buku dengan ruas? Pada pandangan peribadi saya BN sebenarnya ketiadaan calon yang benar-benar setanding dengan Anwar sehingga terpaksa mengambil Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Seberang Jaya untuk bertanding kerusi parlimen ini.

Jarang sekali BN akan menamakan ADUN yang sedang masih menyandang jawatan tersebut untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen. Ini membuktikan bahawa BN memang ketandusan calon yang sesuai.

Siapa Arif Shah jika hendak dibandingkan dengan Anwar yang berpengalaman luas dalam pentandbiran kerajaan, NGO, gerakan pelajar malah terkenal di seluruh dunia. Anwar tidak perlu diperkenalkan kepada masyarakat Permatang Pauh dan seluruh negara, manakala Arif bukanlah nama besar dalam Umno Pulau Pinang sendiri.

Arif sendiri hampir kecundang pada Pilihanraya Umum lalu di kerusi DUN Seberang Jaya apabila hanya menang dengan majoriti 533 kepada calon kurang ternama PKR, Ramli Bulat.

Pemilihan Arif benar-benar mengecewakan Imam Pencen Pirdaus, Ahmad Saad dan Ezam Mohd Nor.

Nampak jelas berlaku perebutan dalam pemilihan calon pilihanraya kecil kali ini apabila sebaik sahaja namanya diumumkan sebagai calon oleh ALNajib semalam, Arif, yang duduk di barisan belakang di pentas utama, bangun dari kerusinya lalu menerpa ke arah Abdul Jalil yang duduk sebaris dengan Najib di hadapannya, lalu memeluk beliau sambil menitiskan air mata. Selepas itu, Pirdaus dilihat mara ke arahnya dan turut memeluk beliau sebelum Ariff mengangkat tangan Abdul Jalil dan Pirdaus sebagai tanda bekerjasama dan persefahaman antara mereka.

Sementara seorang lagi yang teringin untuk bertanding iaitu Bekas Timbalan Ketua Bahagian Umno Permatang Pauh, Ahmad Saad juga kempunan untuk bertanding. Beliau dilihat cuba melobi di saat akhir apabila membuat dakwaan bahawa pengundi di kampung-kampung mahukan beliau bertanding sebagai calon dalam pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.

Menurutnya orang kampung bercakap mereka mahukan saya. Ini bancian yang mereka buat. Beliau juga mendakwa tahu akan hal tersebut kerana orang kampung yang bercakap

Ahmad juga berkata bukan (hanya) satu kajian tetapi beberapa kajian yang mereka buat dan fakta itu bermakna mereka mahukan beliau bertanding.

Ahmad yang juga merupakan ketua Umno cawangan Kampung Bukit Indera Muda berkata, beliau tidak menyuruh orang kampung berbuat demikian tetapi sebaiknya mereka membuatnya sendiri.

Ramai pemerhati berpendapat Ahmad yang pernah menjadi penyokong kuat Anwar kemungkinan besar akan memberik sokongan kepada Anwar dalam keadaan senyap kerana memprotes tindakan pucuk pimpinan Umno tidak memilih beliau.

Penamaan calon bagi pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh akan diadakan pada 16 Ogos dan pengundian akan dilansungkan pada 26 Ogos.

Pemerhati politik menjangkakan Anwar akan menang tetapi dengan majoriti yang lebih kecil kerana kemungkinan jumlah pengundi yang akan membuang undi jauh berkurangan berbanding pilihanraya umum lalu.

13 August 2008

SELAMAT KEMBALI WAHAI HARAKAH DWIMINGGUAN - Ref Malaysiakini

Esok kita semua akan menatap semula akhbar dwimingguan Harakah yang pernah menggegarkan kerajaan BN pada penghujung tahun 90-an. Sudah hampir sepuluh tahun Harakah dihadkan penerbitannya kepada 2 kali sebulan sedangkan sebelum itu penerbitannya adalah 2 kali seminggu.

Semenjak penerbitannya 2 kali sebulan, banyak kali juga saya terlepas dari membeli Harakah kerana terleka dan terlupa dengan tarikh penerbitannya. Tidak seperti semasa ia diterbitkan 2 kali seminggu di mana setiap hari Ahad dan Khamis saya sudah pasti terpacul di kedai-kedai menjual akhbar tersebut.

Saya masih ingat sewaktu saya tinggal di Penang, tiap-tiap hari Ahad dan Khamis saya akan mengunjungi gerai Ane di Gelugor untuk membeli Harakah. Honda Raider kesayangan saya PBD 9338 (entah di mana sekarang) menjadi kuda tunggangan saya untuk membelinya. Terasa suatu tidak kena jika sekiranya saya tidak dapat membaca Harakah pada masa tersebut. Edisi Internet Harakah belum ujud lagi pada masa tersebut.

Pertama kali saya menatap Harakah ialah di Hentian Pudu Raya semasa menunggu bas untuk pulang ke Pulau Pinang dari kampung saya di Lepeh. Seingat saya dalam tahun 1987 (dah 21 tahun sekejap sahaja masa berlalu). Saya sudah mengetahui bahawa Harakah akan diterbitkan pada masa itu. Saya tercari-cari kalau-kalau Harakah ada dijual di gerai-gerai di dalam Hentian Pudu Raya.
Namun saya hampa. Sehinggalah saya disapa oleh seseorang yang sedang membawa 'sebeban' surat khabar dan beliau menghulurkan kepada saya, katanya ambillah edisi percuma, tak perlu bayar.
Alangkah terperanjat saya, rupa-rupa barang yang saya cari datang sendiri kepada saya. Tanpa berlengah saya mengucapkan terima kasih dan terus membacanya dengan tekun.
Semenjak dari hari itu saya jarang sekali gagal membelinya. Saya masih ingat ketika saya tinggal "Hilton" hostel 8 tingkat di kampus saya, Harakah yang saya beli saya simpan di loker diluar bilik saya ketika saya pulang bercuti. Namun bila saya kembali selepas semester baru bermula, koleksi Harakah saya hilang. Alangkah sedihnya saya. Tiada gantinya...........

Harakahdaily hari ini menukilkan sejarah ringkas penerbitan Harakah. Tanggal 28 Febuari 1987, adalah detik Harakah memperolehi permit daripada Kementerian Dalam Negeri ketika itu dengan kekerapan penerbitannya daripada dua kali seminggu sehinggalah ke hari ini kepada dua kali sebulan.

Sebagai media politik yang didukungi parti pembangkang, Harakah terus bertahan malah makin sehinggalah usianya mencecah 21 tahun walaupun menghadapi perjalanan yang penuh onak dan duri.

Saya mengucapkan syabas kepada Harakah di atas kejayaan meneruskan kesinambungan perjuangan.

Harakah sendiri tidak asing juga bagi saya. Beberapa orang ahli keluarga terdekat saya terlibat secara langsung bertugas di Harakah. Antaranya MNS dan BAW. Bapa mertua saya juga pengedar Harakah veteran di Pahang. Kini ianya diwarisi pula oleh abang ipar saya HAS.

Kawan-kawan saya ramai juga bertugas di Harakah antaranya MSS, ZMA dan lain-lain.

Saya yakin saya akan sentiasa merindui Harakah walaupun tiap-tiap hari saya menatap Harakahdaily tetapi kerinduan kepada Harakah cetak tetap membara.

Kepada semua pencinta Harakah saya ucapkan tahniah kerana doa anda untuk menatap Harakah 2 kali seminggu dimakbulkan Allah. Kita kita menanti Harakah harian pula. Diharapkan pihak Harakah mempunyai perancangan ke arah itu. Sesungguhnya kalian berupaya dan mempunyai kekuatan untuk merealisasikan Harakah sebagai akhbar harian.
Buat kakitangan Harakah teruskan perjuangan, penat lelah anda Insya Allah akan diberkati oleh Allah dan mendapat keredhaan dariNya.

Selamat Berjuang.

MENUNGGU KILAUAN EMAS - Ref Malaysiakini

Sudah hampir seminggu Sukan Olimpik Beijing bermula, namun wang insentif RM1 juta belum 'mengenali' siapa yang akan menjadi tuannya.

Harapan kepada pasukan pembidik panah, badang angkat berat, perenang dan perahu layar hampir berkecai. Tinggal beberapa acara bagi sukan-sukan ini yang berbaki.
Kini harapan kita sandarkan kepada pelumba basikal dan badminton. Walaupun satu demi satu jagoan badminton kita tumbang namun masih ada beberapa orang lagi yang masih meneruskan buruan untuk mendapatkan RM 1 juta itu. Antaranya Lee Chong Wei, Wong Mew Choo dan pasangan Koo Keng Kiat dan Tan Boong Hiong (gambar).

Manakala pelumba basikal harapan kita Azizulhasni Awang (gambar), Josiah Ng, Rizal Tisin akan turun membawa cabaran negara Sabtu ini.

Harapan tinggi rakyat Malaysia dan segunung wang bernilai RM1 juta diharapkan dapat memberikan semangat kepada para atlet kita.

Diatas kertas pemain-pemain badminton kemungkinan besar dapat menamatkan kemarau pingat dalam dua Sukan Olimpik sebelum ini. Mungkin kalaupun bukan kilauan emas, Perak atau Gangsa pun sudah cukup untuk mengubat rindu kepada pingat Olimpik.

Di saat Thailand sudah pun merangkul emas, Indonesia juga sudah mendapat pingat Malaysia masih terkial-kial mengintai peluang untuk naik di atas podium menerima pingat.

Adakah kehadiran Menteri Belia dan Sukan yang bertandang ke Beijing menggunakan duit rakyat tidak dapat memberikan motivasi dan semangat kepada mereka?

Semuanya akan terjawab sebaik hujung minggu ini apabila atlet badminton dan lumba basikal yang menjadi taruhan utama kita untuk menjamah pingat turun ke gelanggang.

Selamat Berjuang.

KESAL KERAJAAN MELAKA BIARKAN GEJALA KEHAMILAN LUAR NIKAH ~ Ref Malaysiakini

Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, Hajah Kintan Man kesal dengan jumlah kelahiran anak luar nikah di Melaka yang ramai sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini.

Menurut beliau, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mendedahkan sebanyak 199 kes hamil luar nikah dilaporkan negeri ini sepanjang tujuh bulan pertama tahun 2008 seperti yang disiarkan oleh sebuah akhbar harian Rabu lalu. Manakala tahun lalu sebanyak 399 kes dikesan oleh JAIM.

"Ini bilangan melibatkan kes yang berjaya dikesan dalam operasi sepanjang masa dan jumlah yang tidak dapat dikesan mungkin lebih banyak dari itu" "Fakta ini amat membimbangkan kita kerana bilangannya meningkat dari masa ke semasa" tambah Kintan.

Beliau juga melahirkan kebimbangan dengan trend gadis sekarang yang mudah mempercayai lelaki walaupun baru berkenalan dan tidak mengenali lelaki terbabit. Laporan itu menyebut bahawa kebanyakan kes disebabkan wanita mudah 'menyerah' walaupun baru berkenalan dalam tempah yang amat singkat. Malah ada di kalangan wanita terbabit yang tidak tahu nama sebenar pasangan mereka dan hanya mengenali mereka dengan nama ringkas atau panggilan sahaja.

Lebih menyedihkan ada antara mereka yang hanya kenal dalam tempoh seminggu dan berani menyerahkan tubuh mereka. Dalam kenyataannya, Kintan kesal kerana Kerajaan Negeri Melaka di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd Ali Rustam seolah-olah memejamkan mata dan memekakkan telinga apabila tidak ada tindakan drastik diambil bagi mengatasi masalah kehamilan luar nikah ini.

"Kita tidak pernah mendengar kenyataan Ketua Menteri tentang hal ini samada beliau bimbang atau khuatir dengan gejala ini, sebaliknya kerajaan terus leka dengan menganjurkan pesta-pesta yang menggalakkan maksiat dan pergaulan bebas lelaki dan perempuan" kata beliau.

Malah kerajaan negeri terus menggalakkan pusat-pusat hiburan yang menjadi pusat maksiat seperti Kelab Malam, Dangdut, Karaoke dan Disko beroperasi di negeri ini tanpa had. Hotel-hotel murah yang menjalankan kegiatan pelacuran juga dibiarkan terus beroperasi di kawasan sekitar Bandar Melaka.

PMTG PAUH : IMAM PENCEN/ZAINAL ABIDIN OSMAN/AHMAD SAAD/JALIL/ARIF SHAH VS ANWAR ~ Ref Malaysiakini

Kini hanya tinggal 3 hari lagi untuk penamaan calon Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, BN masih tidak yakin untuk mengumumkan calonnya. Semua ini gara-gara BN tidak mempunyai calon yang setanding atau sekurang-kurang 'boleh tahan' untuk menentang Anwar Ibrahim, calon PKR yang amat dikenali dan disenangi pengundi Permatang Pauh.
Mengapa BN begitu susah untuk mengumumkan calonnya sedangkan, BN dikatakan semakin yakin untuk menundukkan Anwar.?
Jelas sekali kesemua calon yang dinamakan di atas adalah calon 'recycle' yang kalah dalam pilihanraya umum 2008 atau sebelumnya.
Zainal Abidin Osman, calon 'favourite' yang bertanding buat kali pertama pada tahun 2004 tersungkur di Parlimen Nibong Tebal baru-baru ini. Beliau yang merupakan Timbalan Menteri dalam kabinet Islam Hadhari penggal lalu dikalahkan oleh Calon Pakatan Rakyat dengan malunya.
Ahmad Saad, bekas Ketua Bahagian Umno Permatang Pauh, orang kuat Anwar sewaktu ketika dulu, juga pernah tewas. Malah taringnya semakin tumpul apabila tidak lagi memegang jawatan Ketua Bahagian.
Imam Pirdaus, 'pemain' bolasepak yang tidak suka menendang bola tetapi suka menendang tong undi sudah 2 kali tersungkur di tangan Wan Azizah. Nampaknya sekali lagi ingin menempah maut apabila menawarkan diri untuk bertanding lagi.
Abdul Jalil Abdul Majid - Ketua Bahagian Umno Permatang Pauh, bekas calon BN yang ditundukkan oleh Timbalan Ketua Menteri 1, YB Mohd Fairus Khairuddin di DUN Penanti. Ramai pemerhati menjangkakan BN akan kalah teruk jika Jalil diturunkan kali ini.
Arif Shah Omar Shah - ADUN Seberang Jaya yang menang pada Pilihanraya Umum 2008. Beliau juga di dakwa tidak disenangi oleh segelintir ahli Umno terutama musuh dalaman politik beliau.
Dari analisis ringkas di atas jelas sekali BN ketandusan calon yang berkaliber di mana semua nama-nama yang dicadangkan pernah tewas pada pilihanraya umum kecuali YB Arif Shah. Namun sumber dalaman mengakui bahawa Zainal Abidin dan Arif Shah merupakan 2 orang calon 'favourite' untuk membawa bendera BN kali ini.
BN sebenarnya tidak mempunyai target yang tinggi kali ini. Matlamat utama mereka ialah mengurangkan majoriti Anwar sehingga ke tahap kurang dari 1000 undi. Antara usaha-usaha yang dibuat ialah memastikan bilangan pengundi yang membuang undi tidak ramai. Oleh kerana itu ada yang mendakwa keputusan SPR memilih hari pengundian pada hari kerja ada kena mengena dengan usaha ini.
Selain itu BN sekarang ini sedang berusaha sedaya mungkin untuk mendekati golongan muda yang berumur 40 tahun ke bawah kerana golongan ini terdiri dari 40 % dari jumlah pengundi keseluruhan Parlimen Permatang Pauh.
Oleh sebab itu antara usaha yang mesti dijalankan oleh jentera Pakatan Rakyat ialah memastikan pengundi-pengundi yang bekerja ini keluar mengundi pada 26 Ogos ini. Antara usaha yang mesti dibuat ialah meminta jasabaik majikan-majikan terutama kilang-kilang melepaskan pekerja masing-masing untuk keluar mengundi. Pengangkutan dari kilang ke tempat membuang undi mesti disediakan dari awal pagi sehinggalah masa di mana tempat membuang undi tamat.
Selain itu seperti biasa petugas Polling dan Counting Agent (PACA) serta petugas di Pondok Panas mesti sentiasa berwaspada dengan taktik-taktik kotor BN yang mungkin membawa pengundi hantu untuk mengundi.
Daftar-daftar pemilih yang akan dikeluarkan oleh SPR untuk digunakan pada pilihanraya kecil ini mesti dikaji (cula) semula untuk memastikan tiada pengundi yang nama mereka dikeluarkan dan juga tiada pengundi yang tidak dikenali termuat didalamnya. Mungkin tidak semua pengundi yang kita kenali tetapi bagi Peti Undi-peti Undi di kawasan kampung petugas-petugas biasanya mengenali pengundi di kampung masing-masing.
Apa yang diharapkan kita tidak terlalu 'over confident' kerana BN mempunyai seribu satu macam helah dan strategi untuk menipu dan memanipulasi keputusan pilihanraya. Duit, ugut, janji, projek segera di tambah pula dengan bantuan media, SPR, Jabatan Kerajaan dan sebagainya sudah tentu ianya memberikan kelebihan kepada BN walaupun ianya menyalahi undang-undang.
Namun dari sumber-sumber yang boleh dipercayai Anwar masih mampu menang tetapi dengan majoriti yang jauh lebih rendah disebabkan strategi dan taktir kotor BN.

12 August 2008

DARI IPOH KE PERMATANG PAUH ~ Ref Malaysiakini

Sekali lagi SPR mengisytiharkan tarikh Pilihanraya Kecil ber'laga' dengan tarikh muktamar PAS Pusat. Mungkin ini secara kebetulan sahaja. Bagi PAS ianya tidak menjadi masalah kerana Muktamar sebenarnya hanya dihadiri oleh para perwakilan yang jumlahnya hanya 5 orang dari setiap kawasan. Yang lain hanyalah pemerhati sahaja.

Bukan ini kali pertama kita menghadapi keadaan ini. Sebelum ini ketika pilihanraya kecil Kuala Berang (kalau tak silap saya), kita juga menghadapi situasi yang sama. Semuanya dapat kita lalui dengan baik.

Saya yakin ramai di kalangan sahabat-sahabat kita yang berkampung di Ipoh akan terus ke Permatang Pauh untuk memulakan kerja-kerja menumbangkan BN di Permatang Pauh. Setidak-tidaknya sudah pasti ramai pemerhati muktamar dari Ipoh akan ke Permatang Pauh pada hari Sabtu 16 ogos untuk bersama-sama penyokong Pakatan Rakyat berarak pada hari penamaan calon. Lepas mereka bergegas pula balik ke Ipoh untuk mengikuti program muktamar di mana pada hari itu slot perbahasan ucapan dasar akan dimulakan.
Ipoh dan Pulau Pinang bukannya jauh sangat lebih kurang 2 jam perjalanan kereta sahaja.

Bukan apa ramai yang tidak mahu ketinggalan menyertai kedua-dua program penting tersebut iaitu penamaan calon - untuk melihat lautan manusia menyokong Anwar dan perbahasan ucapan dasar - untuk menyaksikan kehangatan dan kepetahan para perwakilan membahaskan isu-isu panas dan penting.

Bagi kami di Melaka, Insya Allah malam ini kami akan mengatur gerak untuk membantu sahabat-sahabat di Permatang Pauh. Seperti biasa kami akan menyusun jadual bertugas untuk semua kawasan-kawasan dan dewan-dewan mengikut kesesuaian dan kemahiran masing-masing.

Saya sendiri sebenarnya rindu untuk 'kembali' ke Pulau Pinang, negeri di mana saya 'berkampung' selama lebih 11 tahun. Masih terbayang masjid 5 minit, masjid Kampung Pelet, Masjid Batu dan Papan serta Masjid Seberang Jaya yang menjadi tempat tumpuan saya setiap minggu bersama-sama rakan-rakan dari Sony Mechatronics dan Solectron bersembahyang Jumaat.

Masih terngiang-ngiang suara Hj Mokhtar Tajari, Khatib Masjid Batu membaca Khutbah Jumaat dengan lantang yang sekali-sekala mendapat rungutan dari Jemaah kononnya berunsur politik. (Orang Umno lah tu). Apa habaq Hj Mokhtar sihat lagikah beliau? Didoakan begitulah hendaknya.

Insya Allah saya akan menziarahi masjid ini untuk mengimbau kenangan lama. Dulu seringkali saya bersama Nik Nasrul (Pok Nik), Nuat (Anuar Yusof), Baha (Baharuddin Kassim), Mat (Ahmad Shukor) dan lain-lain 'pekena' nasi dan ABC di gerai tidak jauh dari Masjid Batu tu. Huuuh sedapnya .............


Selamat Berjuang meneggelamkan BN di Permatang Pauh.

JIHAD TUTUP AURAT DAHULU SEBELUM JIHAD LAWAN ANWAR - Ref Malaysiakini

Saya menyokong saranan Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman, yang meminta Wanita Umno berjihad untuk menutup aurat dahulu sebelum berjihad untuk menang pilihanraya kecil Permatang Pauh.
Ustaz Ya'akub dalam komennya kepada Harakahdaily menyifatkannya kenyataan Timbalan Ketua Pergerakan Umno (Menteri Pencen), Shahrizat Abdul Jalil yang mahu Wanita Umno berjihad di Permatang Pauh, sebagai satu kenyataan yang pelik yang dikeluarkan oleh golongan yang terdesak.

"Layakkah mereka bercakap tentang jihad? Wanita Umno perlu berusaha berjihad melawan hawa nafsu mereka dulu dengan menuruti perintah Allah. Tak payah bercakap bab jihad kalau masih ramai ahli wanita Umno yang belum menutup aurat. Ajak mereka tutup aurat dulu barulah cakap tentang jihad," kata Ustaz Ya'akub.

Shahrizat dipetik dari sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini dilaporkan mengisyhtiharkan jihad tersebut di Pulau Pinang dengan alasan untuk menghalang seorang individu bercita-cita tinggi mencapai impiannya dan kejayaan peribadi.
Bagi saya tak payahlah Shahrizat berjihad menentang Anwar di Permatan Pauh, alangkah baik kalau Shahrizat dan Rafidah berjihad untuk memakai tudung yang sempurna bagi menutup aurat dengan betul. Begitu juga mereka berdua perlu ber'jihad' mengajak Imam Hadhari, Pak Lah supaya memastikan anaknya, Nori; isterinya, Jeanne dan menantunya menutup aurat.
Oleh itu saya mengharapkan pengundi-pengundi Permatang Pauh terutama wanita supaya tidak terkeliru dengan taktik Wanita Umno yang sudah akan menggunakan apa juga cara untuk mendapatkan undi. Sudah tentu mereka juga akan menggunakan agama untuk memancing undi.
Saya mencadangkan kepada pengundi Permatan Pauh supaya memasang banner dengan kata-kata " Wahai Wanita Umno mari kita berjihad menutup aurat dahulu sebelum memulakan jihad-jihad yang lain. Menutup Aurat wajib disisi Islam".
Kepada tukang-tukang kempen Wanita Umno yang berceramah membaca ayat-ayat Al-Qur'an saya harap Datin-Datin, Puan-Puan dan Cik-cik bacalah ayat-ayat yang mewajibkan menutup aurat semoga Shahrizat, Rafidah, Azalina dan lain-lainnya sedar dan insaf terhadap kewajiban menutup aurat. Semoga keinsafan mereka ini juga turut diteladani oleh seluruh wanita Islam di Malaysia yang belum menutup aurat dengan sempurna.

BERAPA BN AKAN BELANJA DI PERMATANG PAUH? ~ Ref Malaysiakini

Berapa agaknya perbelanjaan yang akan digunakan oleh BN untuk menghadapi Pilihanraya Kecil Permatang Pauh 26 Ogos ini?
RM1 juta, RM20 juta, RM200 juta atau lebih dari itu. Semuanya tidak menjadi hal bagi BN kerana BN parti kaya. Dari mana BN dapat duit? Jangan ditanya kepada saya, tuan-tuan mungkin mempunyai jawapan tersendiri ....saya pun boleh teka apa yang bermain di dalam kepala tuan-puan sekalian. Jangan tipu saya!!!
Mengapa agaknya tuan-puan berprasangka buruk kepada BN. Bukankah BN parti yang dipimpin oleh 'Mr Clean'; bukankah BN diketuai oleh Imam Hadhari; bukankah BN dikuasai oleh cucu Ulama'; bukankah BN ditulang belakangkan oleh Orang yang mencari Al Ghazali.
Namun mengapa tuan-puan masih berprasangka buruk. Tak baik tau!!
Mungkin Tuan-puan ada sebab munasabah untuk beranggapan sedemikian. Malah petunjuk baru yang dihebahkan media sehari dua ini menguatkan lagi hujah dan dakwaan tuan-tuan. Apa petunjuk itu .........???
Media melaporkan semalam bahawa penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Umno membayar tuntutan lebih RM218 juta daripada Elegant Advisory Sdn Bhd berhubung penyediaan bahan kempen pilihanraya umum Mac 2004. Masya Allah mana mereka dapat duit sebanyak itu. Itu baru barang dari Elegant Advisory belum masuk barangan yang dibekalkan oleh syarikat lain; belum masuk duit belanja makan-minum petugas, belum masuk upah pasang poster; belum masuk duit yang BN 'sedekah'kan kepada pengundi dan lain-lain lagi.
Padahal mengikut kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng, undang-undang pilihanraya SPR menghadkan perbelanjaan yang dibenarkan ialah sebanyak RM94.3 juta sahaja, iaitu had maksimum RM200,000 bagi setiap kerusi parlimen dan RM100,000 setiap kerusi negeri.
Malangnya SPR berdiam diri, tiada tindakan dikenakan kepada BN, sebab BN 'tauke' mereka.
Menurutnya, mengikut Seksyen 19 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, calon bagi setiap kerusi Parlimen dan kerusi negeri, masing-masing tidak boleh berbelanja melebihi had yang ditetapkan itu.

Lim menegaskan demikian sebagai mengulas laporan Malaysiakini mengenai penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, yang mengarahkan Umno membayar tuntutan lebih RM218 juta daripada Elegant Advisory Sdn Bhd berhubung penyediaan bahan kempen pilihanraya umum Mac 2004.Dalam pilihanraya itu, Umno menerima bahan kempen termasuk poster, lencana, kain rentang, air mineral, bendera dan topi tetapi ia menolak untuk membayarnya.
Keputusan penghakiman itu telah disampaikan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Ahmad Faizadh Yahaya pada 17 Julai lalu.Umno, kata Lim, bagaimanapun mendakwa bahawa bahan-bahan pilihanraya itu adalah untuk Barisan Nasional (BN) dan tidak ada kena mengenai dengan parti itu.
Jadi kita tidak hairan kalau BN membelanjakan puluhan juta atau mungkin ratusan juta semata-mata untuk menang di Permatang Pauh. Ini kerana BN faham bahawa kemenangan BN di Permatang Pauh sudah tentu akan memadamkan angan-angan Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan Pusat yang baru. Malah lebih penting lagi BN mahu menamatkan karier politik Anwar.
Paling kurang pun BN amat ber'gumbira' jika majoriti kemenangan Anwar nanti lebih kecil dari yang diperolehi oleh Wan Azizah pada pilihanraya umum 8 Mac lalu.

AWANG ADIK 'HIDUP' LAGI RUPANYA - Ref Malaysiakini

Dah lama tak dengar cerita Timbalan Menteri Kewangan Pencen, Awang Adek Hussein selepas kempunan untuk menjadi Menteri Besar Kelantan selepas Pilihanraya Umum ke 12 lalu. Ada orang bergurau menyuruh Awang Adek cukur kepala pergi ke Mekah jadi tukang tuang air zam-zam kepada pengunjung Tanah Haram. Namun itu gurauan sahaja.
Beliau tewas di kedua-dua kerusi yang ditandinginya iaitu kerusi Parlimen Bachok kepada Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan DUN Perupok kepada Dato' Omar Mohamad.
Sebenarnya Awang Adek masih segar dan gah. Semalam beliau memenangi jawatan Ketua Bahagian Umno Bachok tanpa bertanding. Bekas ahli Parlimen Bachok itu mengekalkan jawatan berkenaan sejak tahun 2003. Maknanya tidak ada orang berani menentangnya.
Selamat Berjuang kepada Awang Adek. Namun saya nak peringatkan kepada Awang Adek bahawa parti mu itu telah rosak teruk. Lebih baik mu masuk PAS atau PKR sebelum terlambat.

ZAID IBRAHIM SILA LETAK JAWATAN - Ref Malaysiakini

Saya menggesa supaya Menteri DiJabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim meletakkan jawatan kerana kegagalannya memberikan nasihat kepada Majlis Peguam supaya menghentikan program-program yang mencetuskan kemarahan umat Islam seperti penganjuran Forum Memeluk Islam minggu lalu.
Forum tersebut yang dianjurkan oleh Majlis Peguam telah mendapat bantahan ribuan umat Islam minggu lalu.
Zaid Ibrahim seolah-olah setuju dengan pendirian Majlis Peguam yang beriya-iya benar ingin mempertikaikan undang-undang dan perlembagaan negara bersabit dengan isu memeluk Islam, hak penjagaan kanak-kanak dan mahkamah syariah. Jelas sekali sejak dari dahulu Majlis Peguam seolah-olah mempertikaikan kewujudan dan hak Mahkamah Syariah mengendalikan kes-kes berkaitan orang Islam dan kekeluargaan Islam.
Apa yang dikesalkan Zaid membisu seribu bahasa dalam hal ini sedangkan dalam hal-hal yang lain Zaid begitu lantang bersuara. Zaid sebagai menteri sepatutnya tidak besikap berat sebelah dan membuat kenyataan mengikut kehendak diri sendiri dengan membelakangkan kepentingan agama Islam.
Malang sekali di saat umat Islam Malaysia tanpa mengira ideologi politik bangkit mempertikaikan tindakan Majlis Peguam menganjurkan forum tersebut, menteri yang bertanggungjawab dalam hal undang-undang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan menyokong atau sebaliknya. Di mana kredibiliti Zaid sebagai individu yang dikatakan pakar dalam undang-undang.
Memang tidak dinafikan Zaid merupakan antara penyokong kuat Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang cuba ditubuhkan oleh pihak-pihak tertentu. Namun kita berharap sebagai menteri Zaid lebih rasional dan lebih terbuka dalam isu berkaitan kedaulatan Agama Islam. Jangan nanti menteri pun turut sama bersekongkol menentang undang-undang dan perlembagaan negara yang telah lama termaktub.
Kita kesal kerana Zaid bukan sahaja tidak berusaha untuk memperkasakan undang-undang Islam dan Mahkamah Syariah malah seakan-akan bersekongkol dengan puak-puak yang cuba mencabar Islam.

Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka.

11 August 2008

UMNO BELANJA RATUSAN JUTA UNTUK KEMPEN PRU KE 11, TETAPI ENGGAN BAYAR ~ Ref Malaysiakini

Sudah berhutang tidak mahu bayar pula.......Lepas ini siapa yang mahu beri hutang kepada Umno kena berhati-hati ?
Macam-macam cerita melibatkan Umno. Bergaduh semasa mesyuarat agung, baling kerusi meja masa perebutan jawatan, malah bunuh membunuh juga sudah berlaku (Kes Dato' Taha dan lain-lain) dan sebagainya. Kini isu hutang pula. Apa nak jadi dengan Umno ini. Jadi ahli Umno, kena menilai semula sokongan mereka kepada Umno.

Hari ini media internet melaporkan satu lagi pekung lama Umno yang masih belum selesai walaupun sudah berlalu 4 tahun lebih.

Pada Pilihanraya Mac 2004, Umno meng'order' jutaan ringgit barangan kempen pilihanraya berupa poster, 'badge', banner dan topi tetapi malangnya Umno tidak mahu membayarnya. Sejak itu sebuah syarikat yang membekalkan peralatan tersebut membawa kes tersebut ke mahkamah.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bulan lalu mengarahkan Umno membayar RM218 juta yang di'claim' oleh Kelana Jaya-based Elegant Advisory. Jumlah itu adalah tertinggi yang pernah dibelanjakan oleh parti tersebut.

Keputusan tersebut diarahkan oleh Pembantu Pendaftar Mahkamah, Faizadh Yahaya pada 17 Julai selepas Peguam Umno gagal menghadiri diri di mahkamah.

Mana Umno hendak cari duit sebanyak itu? Saya yakin tidak ada masalah untuk Umno membayarnya jika Umno mahu membayar. Bukan setakat RM218 juta, berbilion-bilion juta ringgit pun Umno boleh bayar. Umno kan parti banyak duit. Tidur baring atas duit. Apa ada hal.

Sebab itu semasa kempen pilihanraya ramai yang mendakwa Umno boleh memberikan 'hadiah' kepada pengundi bernilai ratusan ringgit, malah ada yang dapat ribuan ringgit seorang.

Namun seminggu selepas Mahkamah mengarahkan Umno membayar RM218 juta tersebut, Bendahari Umno, Abdul Azim Mohd Zabidi (yang kalah di Parlimen Bukit Gantang) di dalam afidavitnya menyatakan bahawa Umno bukanlah parti yang bertanding dalam pilihanraya umum ke 11, tetapi ia adalah BN sebuah lagi parti yang berdaftar.

Beliau juga berhelah bahawa, atas nasihat Peguamnya, oleh kerana tiada arahan pembelian (Purchase Order) yang detail (lengkap), jadi tiada kontrak membabitkan pembelian tersebut. Malah beliau juga berdalih bahawa poster dacing adalah logo BN, bukannya logo Umno iaitu keris.

Jadi sekarang siapa yang salah dan siapa yang order? Hantu ke yang order tu. Kasihan syarikat Elegant Advisory Sdn Bhd. kena tipu sebab itu PAS dah ingatkan berkali-kali jangan cari 'business' dengan Umno buruk padahnya.

Namun kerana kuasa di tangan mereka apa yang Umno atau BN buat semuanya HALAL, walaupun bertentangan dengan undang-undang yang dicipta oleh mereka. Tetapi persoalannya mampukah Umno dan pemimpin-pemimpin Umno melepaskan diri dari Mahkamah ALLAH kalaupun mereka terlepas dari mahkamah dunia.

Mana Umno dan BN dapat duit sebanyak itu? Jangan tanya....faham-faham sendiri lah!!!!!!

Oleh itu saya menyeru kawan-kawan yang masih taat kepada Umno ubahlah haluan anda sebelum anda terpalit sama dengan kebobrokan dan kejahatan Umno.

Jangan tunggu lama-lama.

AYUH KITA BERKAMPUNG DI PERMATAN PAUH - Ref Malaysiakini

Setiap kali pilihanraya kecil saya teringatkan kisah-kisah lalu tentang keterlibatan saya dalam kempen-kempen Pilihanraya Kecil. Saya masih ingat kempen Pilihanraya Kecil pertama yang saya sertai iaitu Pilihanraya Kecil DUN Pantai Merdeka, Parlimen Sungai Petani. Masa itu saya masih menuntut dalam Tahun Dua di sebuah IPTA di utara Semenanjung. YB Mahfuz ketika itu adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang.

Saya diamanah bertugas di sebuah markas kecil di Sungai Mas (kalau tak silap) iaitu berhampiran Pekan Kuala Muda. Saya berulang alik dari kampus ke DUN Pantai Merdeka, kadang-kadang saya tidur di markaz kalau tidak ada kuliah. Malah saya beberapa kali 'tuang' (jangan tiru macam saya) kelas kerana begitu bersemangat untuk menolong jentera PAS berkempen. Akhirnya biasalah PAS kalah.

Sejak dari itu saya tidak menoleh kebelakang. Setiap kali Pilihanraya Kecil saya tidak ketinggalan bersama-sama kontinjen dari PAS Pulau Pinang berkampung untuk membantu calon PAS. Masih segar dalam ingatan saya sahabat-sahabat lama saya dari Seberang Prai dan Tanjong sama-sama tidur beralaskan simen dan kayu di markas-markas atau rumah-rumah buruk yang di'hadiah'kan kepada kami untuk menjadi tempat penginapan sepanjang tempoh berkempen. Antara sahabat-sahabat yang saya masing ingat nama mereka ialah Pak Mid, Abang Jalil, Abang Dan (Sekarang YB Hamdan - ADUN Permatang Pasir), Anuar Rejab, Johari, Shamsul Kamal, Ahmad Kamal, To (Rashidi Salim), Abang Jamil Abd Rahman, Abang Jamil Hassan, Abang Omar Hassan, Jamil Khair, Anuar Hamid, Arwah Pak Anjang, Mae, Sham, Hj Mazlan, Sahak, Sabri Said, Nurhalim Md Zain, Abang Samad, Basri, Buji, Shekhul Kasyaf (Imran) dan ramai lagi. Apa khabar mereka sekarang? Mungkin ada yang telah meninggal dunia. Al Fatihah.

Sebut sahaja pilihanraya kecil dimana (yang dulu-dulu tahun hujung 80-an dan tahun 90-an), Parlimen Jerai, DUN Bayu, DUN Bukit Payung, DUN Batu Talam (Mazlan kerat 18) dan lain-lain pasti saya tidak ketinggalan berjuang bersama mereka. Cuma satu dua sahaja saya tak sempat hadir antaranya DUN Teluk Pasu (Ustaz Harun Taib menang). Sampailah kempen pilihanraya kecil terbaru antaranya Ijok, Machap dan lain-lain jarang sekali saya ter 'miss'.

Sayangnya saya tidak merakamkan semua detik manis tersebut di dalam kamera. Mungkin masa itu kamera digital belum ada susah nak ambil gambar. Sekarang baru menyesal kerana tidak merakamkannya. Jika tidak gambar-gambar itu sudah tentu menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan. Masa itu 'ramos' masih tebal, rambut ala David Arumugam dan macam-macam fesyen, maklumlah masih muda trang tang tang.

Sehinggalah sekarang jika ada Pilihanraya Kecil berlaku pasti saya tidak senang duduk di rumah, terasa badan ada dirumah tetapi hati dan perasan ada di kawasan Pilihanraya Kecil tersebut. Namun sekarang ini susah sikit untuk berkempen lama-lama, macam-macam kekangan, cuti tak ada lah, ekonomi merudum la, kekangan keluarga lah, tapi Insya Allah sekurang-kurangnya 3 atau 4 hari saya boleh turun ke medan.

Insya Allah kali ini saya akan kembali ke 'kampung saya' iaitu Pulau Pinang untuk bersama-sama berkerja membantu Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Pulau Pinang saya sifatkan antara kampung saya kerana saya tinggal selama 11 tahun di sana. Memulakan pengelibatan politik secara rasmi di Pulau Pinang, walaupun bersama-sama PAS sejak kecil di kampung. Saya pernah diamanahkan sebagai Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Pulau Pinang, AJK DPPN Pulau Pinang, AJK DPPK Jelutong, AJK PAS Kawasan Jelutong, Setiausaha MTD Sg Pinang dan lain-lain (Sekadar mengimbau kenangan lama).

Jadi rasanya tidak kekok untuk saya ke Permatang Pauh kerana masih ramai kenalan dan sahabat lama di sana. Kalau nak bercakap loghat utara pun tak ada masalah, 'tune' sikit je, dapat balik dia punya 'antonasi dan pitching'.

Kali ini Insya Allah saya bersama-sama kontinjen Melaka akan sekali lagi berkampung untuk membantu jentera kita di Permatang Pauh. Kami di Melaka sudah bersedia bila-bila masa, cuma menanti semboyan dari pimpinan. ALLAHU AKHBAR.

Selamat Berjuang. Jumpa di Permatang Pauh.

SELAMAT BERTEMU DI MUKTAMAR PAS PUSAT 13-17 OGOS - Ref Malaysiakini

Kepada sahabat-sahabat saya samada lama dan baru saya mengharapkan kita dapat bertemu semasa Muktamar PAS Pusat di Ipoh pada 13 - 17 Ogos nanti. Terasa begitu pantas masa berlalu sehingga saban tahun saya menghadiri Muktamar tanpa disedari ini adalah muktamar PAS Pusat kali ke 54 . Seingat saya sejak tahun 1986 saya tidak pernah ketinggalan menghadiri muktamar PAS Pusat.

Cuma sekali sahaja saya terlepas iaitu Muktamar PAS Pusat tahun 2003 saya tidak berkesempatan untuk hadir, kebetulan pula itulah Muktamar terakhir yang dihadiri oleh Almarhum Presiden PAS Ustaz Fadzil Mohd Nor. Beliau menerima rawatan selepas melakukan pembedahan pintasan jantung pada 10 Jun 2002. Sebelum itu beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Terengganu kerana mengadu sakit dada. Beliau meninggal dunia pada 23 Jun 2002 di Unit Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat sakit jantung pada jam 10.30 pagi.
Apa khabar sahabat ku di Jelutong, Balik Pulau, Bayan Baru, Bukit Gelugor, Nibong Tebal, Bagan Serai, Prai, Penanti, Permatang Pauh, Bukit Bendera, Temerloh, Jeli, Shah Alam, Kuala Terengganu dan lain-lain.

Saya mengharapkan kali ini saya dapat berjumpa dengan seramai mungkin sahabat-sahabat lama saya yang ada antara mereka sudah lebih 15 tahun tidak bertemu. Gemukkah mereka, kuruskan mereka atau masih hidupkah mereka, saya pun tidak tahu. Cuma saya doakan semoga mereka semua sudah berubah fikiran menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Bagi sahabat yang sama-sama berjuang di kampus dulu saya doakan mereka tetap istiqamah di dalam perjuangan walaupun saya dengar khabar ramai yang sudah menjadi 'Al Mutasyaqitun' 'ala toriquddakwah, nau'zubillah.

Namun saya tetap bersangka baik, mungkin mereka sibuk dengan kerja, harta, anak-anak dan sebagainya menyebabkan mereka tiada masa untuk berjuang. Tetapi sekurang-kurangnya hati dan jiwa mereka masih bersama-sama dengan perjuangan Islam. Kalau badan dan masa tidak boleh diperuntukkan untuk perjuangan saya harapkan harta, wang ringgit dan buah fikiran mereka boleh diwaqafkan untuk perjuangan. Jangan tidak ada langsung.

Satu lagi kepada sahabat-sahabat yang membaca celoteh saya ini, saya mendoakan kalian dapat meluangkan masa untuk hadir ke Muktamar PAS Pusat kali ke 54 di Stadium Indera Mulia Ipoh. Insya Allah saya akan ada di sana hingga ke akhir muktamar.

Selamat Bermuktamar dan bersua di Ipoh. TAKBIR ALLAHU AKHBAR.

MANUSIA KEJAM ASYIK BERGADUH DAN BERBUNUHAN ~ Ref Malaysiakini

Tidak ada sedikitkah perasaan kasihan belas, tolak ansur dan berlapang dada di dalam hati manusia sehingga asyik mahu bergaduh dan berbunuh-bunuhan.?

Di Palestin, Lubnan, Filiphina, Kashmir dan lain-lain manusia asyik berperang dan tidak henti-henti berbunuhan sesama mereka.

Terbaru Rusia diberitakan menghantar 6,000 askar tambahan ke Georgia melalui jalan darat dan 4,000 lagi dengan kapal sebagai persiapan untuk menggempur wilayah bekas Kesatuan Soviet itu.

Ketua Jabatan Penerangan Kementerian Dalam Negeri Georgia, Shota Utiashvili berkata, Rusia menghantar askar tambahan itu beberapa jam lalu setelah menawan South Ossetia semalam.

Katanya, pesawat pejuang Rusia turut mengebom sebuah lapangan terbang tentera di luar bandar ini awal hari ini menyebabkan berlaku letupan kuat yang menggegarkan ibu negara Georgia itu.

Utiashvili berkata, tiga butir bom digugurkan ke atas lapangan terbang tentera milik kilang Tbilaviastroi, yang mengeluarkan jet pejuang Sukhoi Su-25 sejak zaman Kesatuan Soviet.

Sejak perang antara Georgia-Rusia itu meletus pada Jumaat lalu, seramai 2,000 telah terbunuh dan 30,000 yang lain menjadi pelarian.

Utiashvili juga berkata, Rusia telah memulakan operasi ketenteraan untuk menyerang gaung Kodori dalam wilayah Abkhazia, tetapi dinafikan oleh pihak Rusia.

Sementara itu, pihak pemisah di Abkhazia berkata, mereka telah menghantar 1,000 tentera ke kawasan itu yang dikawal oleh tentera Georgia sebagai kawasan strategik menghadap Laut Hitam.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mempunyai pasukan pemantau antarabangsa di kawasan itu memberi amaran kemungkinan berlaku pertempuran kedua di barisan hadapan antara tentera Georgia dan Rusia.

“Operasi ketenteraan Rusia telah bermula. Pemindahan penduduk sedang dilakukan,” kata jurucakap kerajaan Raul Kiria.

Sementara itu, pihak pemisah Abkhazia mengisytiharkan wilayah itu diletakkan dalam keadaan berperang.

Abkhazia seperti South Ossetia telah keluar daripada pentadbiran Georgia pada awal tahun 1990-an.

Mengapa manusia begitu kejam dan rakus membunuh manusia lain tidak kira bayi, kanak-kanak, orang tua dan lain-lain. Sampai bilakan kekejaman ini akan berakhir. Namun saya yakin ianya tidak akan berakhir kerana fitrah manusia memang gila kuasa, tamakkan harta dan seribu satu macam sifat buruk dan keji yang dipunyai manusia.

Hanya hari kiamat sahajalah menjadi titik tolak berhentinya kekejaman manusia. Yang pasti manusia yang kejam ini akan menerima hukuman Allah di hari yang dinyatakan oleh Allah "HARI YANG TIDAK BERGUNA LAGI HARTA DAN ANAK PINAK DI SISI ALLAH, KECUALI HATI YANG SEJAHTERA".

ISU FORUM MAJLIS PEGUAM : ISA BUKAN JALAN PENYELESAIAN ~ Ref Malaysiakini

Walaupun saya membantah keras kedegilan Majlis Peguam menganjurkan Forum memeluk Islam hujung dua hari lepas, namun saya tidak bersetuju jika pimpinan Majlis Peguam ditahan di bawah akta zalim, ISA. Saya tetap bertegas bahawa ISA adalah hukuman zalim dan tidak berperi kemanusiaan.

Masih banyak akta lain boleh digunakan oleh kerajaan untuk membenteras kegiatan tidak sihat Majlis Peguam yang nampaknya membutakan hati dan memekakkan telinga mereka terhadap penentangan umat Islam kepada forum dan program seumpama itu. Mereka yang dikatakan arif dengan undang-undang sebaliknya cuba 'membodohkan' diri sendiri dengan terus menganjur program sebegini yang mengundang rasa tidak senang dikalangan majoriti rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan keamanan.
Malah kita boleh menyelesaikan isu ini dengan mengadakan dialog dan perbincangan khusus dengan Majlis Peguam. PAS sendiri mempunyai ramai pakar-pakar Agama, undang-undang dan sosial yang boleh diajak berunding dan berbincang. Saya mencadangkan Majlis Peguam mempelawa pemimpin dan pemikir-pemikir PAS untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian tentang isu-isu ini. PAS juga mempunyai ramai peguam-peguam berkaliber untuk diajak berunding.

Namun jika Majlis Peguam berdegil dan mengamalkan dasar tutup pintu dalam hal ini maka sukarlah ianya hendak diselesaikan.
Mungkin Majlis Peguam berpendapat mereka boleh 'berlawan' dengan kerajaan dan sesiapa sahaja jika mereka diseret ke mahkamah kerana mereka boleh membela diri kerana semuanya adalah peguam-peguam handalan di Malaysia.

Seperti yang saya tegaskan diawal bicara ini kerajaan tidak patut dan tidak wajar menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana ianya jelas bertentangan dengan Islam dan hak asasi manusia. Saya mencadangkan akta hasutan boleh digunakan terhadap Majlis Peguam. Jangan rumitkan perkara yang sudah rumit dengan mengheret mereka ke Kamunting. Ini sudah tentu mengundang masalah baru kepada negara, sedangkan sekarang pun tindakan kerajaan mengkritik Majlis Peguam pun telah di pandang serong oleh badan antarabangsa. Sudah tentu jika ISA digunakan Malaysia akan bertambah buruk rekodnya di mata dunia.

Saya samasekali tidak bersetuju jika kerajaan menggunakan tindakan tidak berhemah (menahan mereka di bawah ISA) untuk mengekang tindakan biadap Majlis Peguam ini.

Kerajaan tidak perlu menurut saranan Ketua Menteri Melaka merangkap Naib Presiden, Mohd. Ali Rustam yang mahu ISA digunakan sebelum keadaan menjadi terlalu lambat untuk diperbaiki.

"Kalau terjadi apa-apa hal (kekecohan), siapa yang hendak bertanggungjawab,'' katanya ketika dihubungi Utusan Meloya semalam.

Ali Rustam mengulas kenyataan Majlis Peguam yang melihat kehadiran lebih 100 orang pada Forum Memeluk Islam di ibu kota semalam sebagai satu kejayaan dan mahu mengadakan lagi forum yang sama pada masa hadapan.

Mohd. Ali menjelaskan, tindakan Majlis Peguam semalam telah mencampur aduk soal berkaitan Perlembagaan dengan ajaran Islam dengan niat untuk memperlihatkan agama itu sebagai agama yang tidak adil.

Tambahnya, sikap Majlis Peguam itu memperlihatkan ciri-ciri anti-Islam.

"Jika tidak dikawal, ia boleh mengundang rasa tidak puas hati dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini," katanya.

Saranan Ali Rustam ini ialah saranan seorang pemimpin yang angkuh dan bertindak tanpa memberikan peluang kepada Majlis Peguam membela diri. Di dalam Islam walau apa pun kesalahan seseorang itu mereka tetap dibicarakan dan diberi peluang mengemukakan hujah untuk mempertahankan diri. Seseorang itu tetap tidak bersalah sehinggalah ia dibuktikan bersalah di dalam Mahkamah.

PMTG PAUH : PENENTU MASA DEPAN NEGARA - Ref Malaysiakini

Saya setuju dengan pendapat Penasihat Parti KeADILan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim bahawa pengundi Permatang Pauh memikul tugas yang amat besar dalam menentukan masa depan negara. Mereka memikul hasrat dan aspirasi 27 juta rakyat Malaysia yang mahukan sebuah kerajaan baru memerintah Malaysia di peringkat Pusat.

Senarionya begini :-

i) Jika Anwar menang impaknya adalah :-
a) rakyat sebenarnya mahukan Pakatan Rakyat memerintah Malaysia.
b) rakyat tidak mempercayai tuduhan liwat kepada Anwar.
c) rakyat yakin hanya Pakatan Rakyat sahaja yang mampu menjaga kebajikan mereka
d) BN bakal masuk kubur
e) BN sudah tidak relevan

ii) Jika Anwar kalah :-

a) rakyat memberikan isyarat kepada Pakatan Rakyat supaya memantapkan lagi perpaduan
dalam gabungan tersebut.
b) rakyat memberikan amaran kepada Pakatan Rakyat yang memerintah 5 negeri supaya
menunaikan janji pilihanraya secepat mungkin
c) sudah pasti berlaku penipuan terancang kerana tidak ada orang siuman yang boleh percaya
Anwar akan kalah.
Namun semua ini terletak ditangan pengundi Permatang Pauh yang bakal menjadi Raja 10 hari bermula dari 16 Ogos hingga 26 Ogos. Mereka mesti berfikir secara waras dan memandang ke hadapan bukannya keuntungan selama 10 hari kerana keuntungan tersebut hanya sementara sedangkan mereka sudah dizalimi selama lebih 50 tahun.

Kepada pengundi Melayu Permatang Pauh saya ingin ingatkan :-

a) Cuba kamu lihat nasib Melayu Pulau Pinang dibawah pemerintahan lebih 50 tahun BN -
kita orang Melayu merempat di negeri sendiri. Ada yang tinggal di gigi laut pun dihalau keluar seperti yang terjadi kepada sahabat-sahabat kita di Jelutong. Melayu terpaksa pindah ke Kulim, Sg. Petani, Mahang dan lain-lain.

b) Cuba kamu hitung berapa banyak kedai orang Melayu di Bandar Georgetown, Seberang
Jaya, Butterworth dan lain-lain. Yang ada hanyalah kedai kawan-kawan kita, Mamak Penang

c) Cuba kita renungkan kehidupan kita sekarang, semakin terhimpit dengan kenaikan harga
minyak dan barangan keperluan harian. Apa lagi yang boleh kita harapkan kepada BN.

Kepada kawan-kawan kita pengundi bukan Melayu saya juga inginkan pesankan :-

a) Ekonomi Malaysia semakin merudum disebabkan ketidakyakinan pelabur kepada kerajaan.
Juga ekonomi semakin suram kerana kelemahan kerajaan BN memerintah negara sehingga
gagal mengekang kejatuhan ekonomi negara. Inflasi terus meningkat namun kerajaan BN
terus tidur. Perniagaan kita semua terjejas kerana kelemahan kerajaan sekarang.

b) Kenaikan harga minyak dan barangan terus menekan dan menzalimi kita semua kerana
kerajaan BN sememangnya tidak kasihan kepada rakyat. Cadangan supaya harga minyak
diturunkan tidak dihiraukan oleh kerajaan BN yang sombong dan bongkak ini.

Jadi saya mengharapkan pengundi Permatang Pauh membuat pilihan bijak dengan mengundi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Calon Pakatan Rakyat demi masa depan kita semua tanpa mengira bangsa, agama dan ideologi politik.

10 August 2008

PMTG PAUH : ALI RUSTAM INGIN MENGUBAT HARI YANG LARA ~ Ref Malaysiakini

Untuk mengubat hati yang lara, maka Ketua Menteri Melaka berkata bahawa BN akan menang di Permatang Pauh. Cakap-cakap beliau hanyalah untuk menyedapkan hati beliau dan hati-hati penyokong Umno yang sejak dari awal-awal lagi sudah 'mengaku kalah.' Beliau berkata demikian selepas merasmikan Perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri 2008 di Dataran Ayer Keroh, baru-baru ini.

Mana tidaknya 'Santa Klaus' Pilihanraya Kecil, ALNajib dan Koh Tsu Kon sendiri siang-siang hari lagi mengaku sukar untuk BN menumbangkan Anwar di Permatang Pauh. Jadi untuk mengubat hati yang lara terpaksalah Ali Rustam 'syok' sendiri angkat bakul mengatakan BN akan menang sedangkan hakikat sebenarnya untuk BN menang boleh diibaratkan 'Jauh Panggang dari Api'.

Tak perlulah Ali Rustam hendak bermain dengan kata-kata kerana ahli-ahli Umno sekarang bukannya bodoh dan buta seperti ahli-ahli Umno zaman dulu. Internet ada, surat khabar alternatif ada, sms ada, mms ada semuanya mereka boleg akses kepada maklumat. Ali Rustam tidak boleh menutup fakta dan kebenaran.

Cuma Ali Rustam boleh kerja kuat untuk berusaha mengurangkan majoriti PKR nanti. Bolehlah Ali Rustam bahawa semua jentera kerajaan negeri (kalau tak malu) untuk digunakan di Permatang Pauh. Kalau di Anak Bukit dulu staff dan prasarana Hospital Southern di bawa ke sana kali ini boleh lah bawa staff dan prasana Hospital Putra pula. Hamid (Bekas CEO Hospital Putra) pun dah tiada kat sana mungkin mudah sedikit untuk eksploitasikan harta rakyat ini untuk kegunaan BN.

Namun saya ingin sarankan kepada Ali Rustam dan pemimpin BN supaya jangan sekali-kali guna harta rakyat untuk kepentingan BN dan Umno, kerana kami rakyat Malaysia tidak REDHA dan TIDAK HALALKAN walaupun 1 sen pun harta rakyat untuk kegunaan BN dan Umno serta kepentingan peribadi pemimpin BN/Umno. Adakah pemimpin BN/Umno tidak takut kepada balasan Allah S.W.T kelak kerana memakan harta rakyat?

JOM JOIN BENGKEL UPSR NISA' MELAKA DAPAT SAMBUTAN HEBAT ~ Ref Malaysiakini

Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Nisa' Melaka kerana berjaya menganjurkan program Bengkel Menjawab Peperiksaan UPSR hari ini. Dilaporkan sambutannya pun amat menggalakkan. Hampir 100 orang hadir menyertainya. Ini merupakan suatu kejayaan membangga dalam usaha mereka membantu pelajar-pelajar dalam menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal menjelang.

Bengkel yang diadakan di INB Resort Ayer Keroh itu membariskan Guru-Guru Pakar subjek-subjek UPSR sebagai pembimbing pelajar. Mereka diajar pelbagai teknik untuk menjawab peperiksaan dengan cara betul supaya mendapat markah tertinggi.

Selamat berbengkel kepada pelajar-pelajar dan SYABAS kepada Nisa' Melaka. Tahniah kepada Kak Ani, Kak Gayah, Kak Ina, Kak Iti dan rakan-rakan sewaktu dengannya di atas kesungguhan mereka menjayakan program ini.

Semoga lepas ini banyak lagi program-program sebegini dijalankan.

KENAPA SAMBUTAN KEMERDEKAAN TAHUN INI MURAM - Ref Malaysiakini

Saya memulakan bicara tentang sambutan kemerdekaan tahun ini dengan memaparkan tulisan Prof Hamirdin Ithnin di dalam blognya http://hamirdin.blogspot.com/ di bawah tajuk :

JALUR GEMILANG DI TEMPAT DUDUK BELAKANG

Assalamualaikum,

Sekarang sudah pun masuk trimester pertama bulan Ogos. Kita sama sama tahu bulan Ogos adalah bulan Malaysia menyambut kemerdekaannya. Pada tahun tahun yang lepas, pihak pemerintah berhempas pulas mempromosi sambutan menyambut kemerdekaan dengan pelbagai pendekatan. Yang laing jelas ialah semua media kepunyaan negara akan dikerah untuk menjadikan sambutan tersebut sesuatu yang paling gamat diwarwarkan. Kita saksikan kenderaan mengibarkan jalur Gemilang seawal 1 Ogos dan berterusan sepanjang bulan Ogos.

Tetapi kegemparan sambutan merdeka pada tahun ini muram sekali. Saya hanya dapat melihat sebuah sahaja kenderaan yang mengibarkan Jalur Gemilang. Sambutan ulangtahun kali ini pun tidak digahkan segalak yang mungkin. Nafas sambutannya nampak kelelahan. Keghairahan menantinya nampak semacam kematian pucuk. Kegirangan nampak seperti murungan. Kenapa ni?

Adakah kerana liwat 2 dan Saipol? Adakah kerana digerhanakan oleh Permatang Pauh? Atau Genghis Khan yang bengis berkuda ganas mengamuk dari Mongolia?

Saya amat bersetuju dengan pandangan beliau di atas. Di Melaka ini juga saya merasakan apa yang dirasakan Prof. Hamirdin. Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam nampaknya lebih sibuk dengan sambutan Pengisytiharan Bandaraya Melaka sebagai Bandaraya Warisan Dunia. Sambutan Bulan Kemerdekaan hanmpir lenyap atau tidak ada langsung.

Saya berasa hairan bin ajaib, mengapa tahun lepas sambutannya lebih hebat. Adakah sambutan Bulan Kemerdekaan hanya diadakan semata-mata untuk meraih sokongan rakyat menjelang Pilihanraya Umum. Mungkin ada benarnya, kerana setiap kali pilihanraya umum bakal diadakan maka sambutan hari dan bulan kemerdekaan dibuat penuh gah dan gemilang. Namun tahun lepas kegemilangan dan 'keGAHan sambutan telah mendapat layanan dingin dari rakyat.

Tahun ini sudah pasti ianya lebih dingin kerana rakyat lebih mengenali siapa kerajaan BN. Rakyat sudah tahu bahawa kerajaan BN adalah kerajaan yang langsung tidak memikirkan kesusahan dan penderitaan rakyat. Sebab itu kerajaan BN menaikkan harga minyak dan membiarkan harga barangan dan keperluan melambung tinggi. Di saat rakyat terdesak dan terhimpit pemimpin kerajaan hanya melihat dengan senyuman tanpa berbuat apa-apa. Buktinya barangan terus naik harganya. Penurunan harga minyak dunia juga tidak menjanjikan apa-apa kepada rakyat. Ingatkan harga minyak Malaysia turun namun sehingga ke hari ini ianya masih belum turun-turun.

Saya amat perasan bahawa jarang benar atau boleh dikatakan tiada langsung kereta yang mengibarkan jalur gemilang di cermin atau atap-atap kereta mereka. Diharapkan untuk mengatasi masalah ini, kerajaan negeri atau agensi-agensi kerajaan memberikan bendera percuma untuk dilekatkan di kereta kakitangan mereka. Tetapi kalau mereka tidak pasang janganlah marahkan mereka. Sudah tentu ada sebabnya. Mungkin pemimpin kerajaan tahu sebabnya bukan!!!!!!!!!

Kerajaan juga seolah-olah bersama-sama dengan rakyat. Nampaknya kerajaann juga agak dingin untuk menyambut kedatangan hari dan bulan kemerdekaan. Mengapa???? Kerajaan sudah tidak ada duit ke? Duit sudah habis digunakan masa pilihanraya ke? Hanya Pak Lah dan kuncu-kuncunya yang dapat menjawabnya?

Atau mungkinkah kerajaan BN hayatnya sudah tidak lama. Maka kerajaan BN ingin memberi peluang kepada kerajaan baru Pakatan Rakyat untuk mengaturkan upacara sambutan kemerdekaan pada tahun. Kalau betul begitu silalah serahkan tampuk pemerintahan kepada Pakatan Rakyat sebelum 31 Ogos ini atau pada malam pengisytiharan kemenangan Anwar di Permatang Pauh pada 26 Ogos nanti.

Merdeka Merdeka Merdeka, ayuh kita sambut kemerdekaan dengan menukarkan kerajaan BN dengan Kerajaan Pakatan Rakyat.

FORUM MEMELUK ISLAM : MASALAH TIMBUL BUKAN SEBAB ISLAM ~ Ref Malaysiakini

Saya menyokong kenyataan seorang Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdullah yang berkata bahawa konflik penjagaan anak dan perebutan jenazah yang sering berlaku apabila seseorang memeluk agama Islam tiada kena mengena dengan agama itu tetapi berpunca daripada kelemahan pihak yang melaksanakan undang-undang.
Selain itu ia juga berpunca dari kegagalan kerajaan memperkukuhkan Mahkamah Syariah sehingga mahkamah ini menjadi mahkamah kelas kedua di Malaysial. Sepatutnya apa juga keputusan Mahkamah Syariah yang membabitkan orang Islam tidak boleh dicabar di Mahkamah Sivil. Ini kerana orang Islam atau kes yang membabitkan agama Islam sudah sewajibnya tidak boleh dibawa atau dicabar di Mahkamah Sivil.
Walaupun begitu orang Bukan Islam yang mempunyai kepentingan di dalam sesuatu kes di Mahkamah Syariah boleh dipanggil untuk membantu mahkamah memberikan keterangan atau mengemukakan bahan bukti walaupun mungkin tidak boleh menjadi saksi.
Dalam Forum 'Memeluk Islam' anjuran Majlis Peguam semalam, Hanif juga berkata perceraian sesama agama juga sering melibatkan masalah perebutan anak.

Menurut beliau, dalam perceraian di kalangan pasangan seagama pun masalah perebutan anak dan penderitaan tetap berlaku.

''Jadi ini bukan masalah agama, ia adalah masalah bagaimana manusia melaksanakan undang-undang,'' jelasnya.

Jelas sekali selagi kerajaan gagal menyelesaikan masalah pertikaian dua sistem iaitu sistem syariah dan sivil selagi itulah akan datang pertentangan antaranya. Sehingga ke hari ini kerajaan Islam Hadhari masih berdolak dalik dalam hal ini.
Kerajaan sepatutnya sudah lama menggubal undang-undang untuk mewajibkan semua orang kes melibatkan orang Islam mesti diadili dengan mahkamah syariah iaitu menggunakan Undang-undang Islam. Kes-kes ini semestinya mencakupi semua, bukan hanya nikah kahwin, cerai-berai, harta pusaka, hak penjagaan baik malah kes jenayah dan sebagainya mesti diadili mengikut hukum Islam.
Bagi saya orang Bukan Islam tidak patut takut dengan sistem Mahkamah Syariah kerana ianya hanyalah untuk mengadili orang Islam sahaja. Orang Bukan Islam bebas untuk diadili dibawah mahkamah sivil.
Malah sesiapa yang bukan penjenayah, perompak, penyamun, perasuah dan sebagainya tidak perlu takut untuk diadili di mahkamah mana sekalipun andainya mereka tidak melakukan kesalahan. Hanya orang yang bersalah sahaja yang takut untuk ke mahkamah.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter