'PAS MELAKA' HANYA PANDAI POLIGAMI - Ref Malaysiakini

Pengerusi Tetap PAS Pusat, Ustaz Abu Kassim Lebai Abdullah secara berseloroh berkata PAS Melaka hanya pandai poligami tetapi tidak ada sebarang kerusi (yang dimenangi samada DUN atau Parlimen).

Sebelum itu semasa memulakan muktamar beliau berkata Melaka sahajalah satu-satunya negeri di Semenanjung Malaysia yang tidak memenangi sebarang kerusi.

Jiran Melaka, Johor berjaya memenangi 2 kerusi iaitu Sg Abong dan Maharani. Begitu juga dengan Negeri Sembilan berjaya mencipta rekod apabila menang di DUN Paroi.

Sindiran beliau secara berpantun ini membuatkan saya dan sahabat dari Melaka berdesing telinga. Terasa malu betul saya dan sahabat semua berada di dewan muktamar, Stadium Indera Mulia pagi tadi. Sehingga kadang-kadang terasa malu untuk mengaku bahawa kami adalah perwakilan dari Melaka.

Dalam hatiku berbisik, itulah semasa kempen pilihanraya dahulu tak mahu kerja-kerja kuat-kuat. Buat kerja pilihanraya pun 'last minute'. Orang lain dah memulakan kerja-kerja berfokus selama bertahun-tahun lamanya.

Saya yakin rakan-rakan dari kawasan lain juga turut sama 'berdesing' telinga mendengar sindiran Ustaz Abu Kassim yang terkenal pandai berseloka dan bermadah. Celotehnya memang terkenal membuatkan peserta muktamar dan pimpinan PAS tidak kering gusi.

Kepada perwakilan Melaka ambil iktibar dari sindiran tajam Pengerusi Tetap ini.

Comments

PAS Melaka berani ke buat perubahan? Kalau nak merasa menang, kena buat perubahan. Kalau penakut, katakan penakut, biar kalah sepanjang masa.

Berani ke tukar pesuruhjaya?