AWANG ADIK 'HIDUP' LAGI RUPANYA - Ref Malaysiakini

Dah lama tak dengar cerita Timbalan Menteri Kewangan Pencen, Awang Adek Hussein selepas kempunan untuk menjadi Menteri Besar Kelantan selepas Pilihanraya Umum ke 12 lalu. Ada orang bergurau menyuruh Awang Adek cukur kepala pergi ke Mekah jadi tukang tuang air zam-zam kepada pengunjung Tanah Haram. Namun itu gurauan sahaja.
Beliau tewas di kedua-dua kerusi yang ditandinginya iaitu kerusi Parlimen Bachok kepada Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan DUN Perupok kepada Dato' Omar Mohamad.
Sebenarnya Awang Adek masih segar dan gah. Semalam beliau memenangi jawatan Ketua Bahagian Umno Bachok tanpa bertanding. Bekas ahli Parlimen Bachok itu mengekalkan jawatan berkenaan sejak tahun 2003. Maknanya tidak ada orang berani menentangnya.
Selamat Berjuang kepada Awang Adek. Namun saya nak peringatkan kepada Awang Adek bahawa parti mu itu telah rosak teruk. Lebih baik mu masuk PAS atau PKR sebelum terlambat.

Comments

the six said…
Fikir-fikir dulu NAW. Jangan gopoh. Kalau nak masuk masukler,tak mahu tak mengapa. Duk dalam UMNO pun boleh berjuang untuk bangsa Malaysia ,dalam Pas pun sama. Tapi cuba kita fikir-fikirkan dalam PRU 13 nanti sama kuat. Bagi saya...........? Jadi kita berjuang bukanlah semata-mata nak jadi PM,YB ke tapi apa akan jadi pada agama,bangsa dan tanah air pada Kemerdekaan Malaysia ke 100 pada Tahun 2057. Fikir-fikirkan lah. Salam
emy said…
salam....Betullah tu Sdra Sofi...saya setuju dgn the six ..btw,
Awat dah tak letak link blog saya dalam mmutaligat?huhu...
sorilah..takkan marah kot saya tak letak link mmutaligat dalam blog saya...apapun..jumpa di permatang pauh...bila g sana?
wsalam..
emy
ZACK said…
bal2 la dk pk nk pada kpntingan dri sdrinya...pk la pada mslh negara kito skrg ni, iat la agama kito mkn d hina serta rakyat kito makin di cela....sgup ke kito nk tgk anak2 ppuan kito dk bwh kangkang org kafir s,ta jd tmpt org kafir lpskan nafsu mereka.. pk & sedar la sbl tlambat.