Sesuai dengan sifat kemudaan mereka, Dewan Pemuda PAS semalam menegaskan bahawa ia akan bertindak terhadap mana-mana kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang didapati mengambil mudah tentang peranan Islam dalam pentadbirannya.
Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub berkata pergerakan itu mahu pimpinan di negeri-negeri terbabit iaitu Kelantan, Perak, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang supaya memperjuangkan hak, nilai dan prinsip Islam yang termaktub dalam undang-undang tubuh negeri masing-masing.
"Kita (Dewan Pemuda) akan menjalankan tugas-tugas kepemudaan untuk melakukan check and balance terhadap kerajaan ke arah urus tadbir baik.
"Kita bersedia untuk menegur secara diplomatik dan kita juga sanggup untuk mengambil pendekatan konfran jika teguran-teguran itu tidak dilayan," katanya dalam ucapan dasar Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Ke-49 di Stadium Indera Mulia di Ipoh malam tadi.
Beliau memuji Dewan Pemuda PAS Selangor yang disifatkan berani menegur beberapa kepincangan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam beberapa perkara melibatkan soal hukum agama mahupun pentadbiran.
Bagi saya ketegasan Dewan Pemuda ini memang sesuai dengan sifat kepemudaan yang sepatutnya lantang dan berani menegus kepimpinan parti dan kerajaan negeri. Tidak seperi Pemuda Umno yang hanya bersifat 'Yes man' terhadap apa juga tindakan ketua mereka.
Saya juga berpendapat Pemuda sepatutnya diberikan ruang yang lebih luas dalam pentadbiran kerajaan negeri Perak, Kedah dan Selangor sebagai latihan untuk mereka mengambilalih kerajaan pada masa hadapan. Saya tidak tahu fakta yang tepat tentang keterlibatan pemuda dalam jawatan-jawatan lantikan kerajaan negeri namun jika ianya kurang memuaskan, saya cadangkan ia dipertingkatkan.
Comments
so, Pemuda Pas, there are still lot of works to do!!!
ps: the name of UMNO is worse of course.
Tapi janganlah agresit sangat, seperti yang dibuat oleh Pemuda PAS Selangor. Belum-belum sudah hendak buat demonstrasi. Nanti banyak orang yang tak suka Bukan tak suka pada PAS saja, tapi tak suka pada Islam!
Lagipun Pemuda PAS janganlah suka "tunjuk kuat" PAS mungkin kuat di Kelantan dan Kedah, tapi bukan di Pulau Pinang, Perak, dan Selangor. Sedarlah sedikit;jangan sombong dan bongkak.
Adalah lebib baik PAS bertindak secara lebih berkhemah, dan tidak menyinggung mana-mana pihak.