MANA SATU BETUL, PAKSA ATAU SUKA SAMA SUKA ~ Ref Malaysiakini

Semalam Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Anwar kononnya bersumpah di Masjid Wilayah. Mana satu betul ini? Mengikut tuduhan liwat di mahkamah, Anwar meliwat Saiful secara sukarela, tetapi di dalam 'sumpah'nya Saiful berkata dipaksa pula.

Dakwaan itu diumumkan di sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur selepas mengangkat sumpah mengikut syariat Islam untuk membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada jam 6.30 petang tadi.


Majlis itu disaksikan beberapa pegawai masjid berkenaan dan ahli keluarga Mohd Saiful serta pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Antara yang hadir ialah Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali. Mohd Saiful mengangkat sumpah di Dewan Solat Utama dengan menghadap kiblat dan mengucap dua kalimah syahadah.

"Saya Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan nama Allah saya bersumpah saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 dan pada hari tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya."Jika saya berdusta dengan perkara ini, saya berdusta dengan Allah SWT dan akan dilaknat oleh Allah SWT sehingga hari kiamat."

'Sumpah'nya dilakukan sehari sebelum hari penamaan calon Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh. Asyik kebetulannya.

Comments

makanfree said…
Saiful sumpah cara orang Melayu dulu kala, bukan cara Islam sebenar. Saya rasa dia tidak baca Al Quran. Dia ingat cara sebegini adalah langkah terbaik untuk membuktikan dia tidak bersalah. Jika cara ini digunakan oleh penjenayah, mereka akan bebas macam tu saja.
---
Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin berkata Bersumpah dengan menjunjung Al Quran bukanlah kaedah Islam. “Bukan itu yang dianjurkan oleh Islam. Nabi pun tidak pernah buat begitu. Bersumpah dengan menjunjung Quran adalah tradisi orang Melayu. Yang dianjurkan ialah bermubahalah atau bersumpah dengan berkata, “Jika benar saya yang melakukannya, laknatilah saya.” Dan pihak yang satu lagipun perlu berkata sedemikian. “Dan hendaklah bersumpah dengan Wallahi, Wabillahi, Watallahi - Saya tidak melakukannya,” kata Dr Asri. Menurut beliau, “Kedua-dua mereka, baik yang menuduh atau yang dituduh meliwat hendaklah bermubahalah. Inilah cara yang pernah Nabi buat dulu,” jelasnya Dr Asri lagi.
---
Mahkamah Syariah adalah tempat yang sesuai, bukan bersumpah cara ini. Saya berharap Saifool bertaubatlah, bulan puasa dah nak dekat. Kalau tak bertaubat, jadi bersedialah dengan ketibaan malaikat untuk mencabut nyawa anda dengan cara yang paling perit sekali.