KESAL KERAJAAN MELAKA BIARKAN GEJALA KEHAMILAN LUAR NIKAH ~ Ref Malaysiakini

Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, Hajah Kintan Man kesal dengan jumlah kelahiran anak luar nikah di Melaka yang ramai sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini.

Menurut beliau, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mendedahkan sebanyak 199 kes hamil luar nikah dilaporkan negeri ini sepanjang tujuh bulan pertama tahun 2008 seperti yang disiarkan oleh sebuah akhbar harian Rabu lalu. Manakala tahun lalu sebanyak 399 kes dikesan oleh JAIM.

"Ini bilangan melibatkan kes yang berjaya dikesan dalam operasi sepanjang masa dan jumlah yang tidak dapat dikesan mungkin lebih banyak dari itu" "Fakta ini amat membimbangkan kita kerana bilangannya meningkat dari masa ke semasa" tambah Kintan.

Beliau juga melahirkan kebimbangan dengan trend gadis sekarang yang mudah mempercayai lelaki walaupun baru berkenalan dan tidak mengenali lelaki terbabit. Laporan itu menyebut bahawa kebanyakan kes disebabkan wanita mudah 'menyerah' walaupun baru berkenalan dalam tempah yang amat singkat. Malah ada di kalangan wanita terbabit yang tidak tahu nama sebenar pasangan mereka dan hanya mengenali mereka dengan nama ringkas atau panggilan sahaja.

Lebih menyedihkan ada antara mereka yang hanya kenal dalam tempoh seminggu dan berani menyerahkan tubuh mereka. Dalam kenyataannya, Kintan kesal kerana Kerajaan Negeri Melaka di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd Ali Rustam seolah-olah memejamkan mata dan memekakkan telinga apabila tidak ada tindakan drastik diambil bagi mengatasi masalah kehamilan luar nikah ini.

"Kita tidak pernah mendengar kenyataan Ketua Menteri tentang hal ini samada beliau bimbang atau khuatir dengan gejala ini, sebaliknya kerajaan terus leka dengan menganjurkan pesta-pesta yang menggalakkan maksiat dan pergaulan bebas lelaki dan perempuan" kata beliau.

Malah kerajaan negeri terus menggalakkan pusat-pusat hiburan yang menjadi pusat maksiat seperti Kelab Malam, Dangdut, Karaoke dan Disko beroperasi di negeri ini tanpa had. Hotel-hotel murah yang menjalankan kegiatan pelacuran juga dibiarkan terus beroperasi di kawasan sekitar Bandar Melaka.

Comments

Nostradamus said…
Q7. Religious superiority is needed to rule Malaysians. (Fact or Fiction)
Ketuanan ugama diperlukan untuk memerintah Negara. (Fakta atau Rekaan)

Q15. Liberty is a right of all Malaysians. (True or False)
Kebebasan diri adalah hak semua rakyat Malaysia. (Betul atau Salah)

Q44. Little Napoleons are the ones ruling Malaysians. (True or False)
“Little Napoleons” sebenarnya yang memerintah rakyat Malaysia. (Betul atau Salah)

Q50. Malaysian politicians are typical Jeyklls and Hydes. (True or False)
Ahli politik Malaysia melambangkan personality Jeyklls dan Hydes. (Betul atau Salah)

Answers at http://patek1472.wordpress.com
Jawapan di http://patek1472.wordpress.com