ZAID IBRAHIM SILA LETAK JAWATAN - Ref Malaysiakini

Saya menggesa supaya Menteri DiJabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim meletakkan jawatan kerana kegagalannya memberikan nasihat kepada Majlis Peguam supaya menghentikan program-program yang mencetuskan kemarahan umat Islam seperti penganjuran Forum Memeluk Islam minggu lalu.
Forum tersebut yang dianjurkan oleh Majlis Peguam telah mendapat bantahan ribuan umat Islam minggu lalu.
Zaid Ibrahim seolah-olah setuju dengan pendirian Majlis Peguam yang beriya-iya benar ingin mempertikaikan undang-undang dan perlembagaan negara bersabit dengan isu memeluk Islam, hak penjagaan kanak-kanak dan mahkamah syariah. Jelas sekali sejak dari dahulu Majlis Peguam seolah-olah mempertikaikan kewujudan dan hak Mahkamah Syariah mengendalikan kes-kes berkaitan orang Islam dan kekeluargaan Islam.
Apa yang dikesalkan Zaid membisu seribu bahasa dalam hal ini sedangkan dalam hal-hal yang lain Zaid begitu lantang bersuara. Zaid sebagai menteri sepatutnya tidak besikap berat sebelah dan membuat kenyataan mengikut kehendak diri sendiri dengan membelakangkan kepentingan agama Islam.
Malang sekali di saat umat Islam Malaysia tanpa mengira ideologi politik bangkit mempertikaikan tindakan Majlis Peguam menganjurkan forum tersebut, menteri yang bertanggungjawab dalam hal undang-undang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan menyokong atau sebaliknya. Di mana kredibiliti Zaid sebagai individu yang dikatakan pakar dalam undang-undang.
Memang tidak dinafikan Zaid merupakan antara penyokong kuat Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang cuba ditubuhkan oleh pihak-pihak tertentu. Namun kita berharap sebagai menteri Zaid lebih rasional dan lebih terbuka dalam isu berkaitan kedaulatan Agama Islam. Jangan nanti menteri pun turut sama bersekongkol menentang undang-undang dan perlembagaan negara yang telah lama termaktub.
Kita kesal kerana Zaid bukan sahaja tidak berusaha untuk memperkasakan undang-undang Islam dan Mahkamah Syariah malah seakan-akan bersekongkol dengan puak-puak yang cuba mencabar Islam.

Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka.

Comments

Unknown said…
Bagi saya, apa yang berlaku pada forum itu, saya tak tahu. Saya hanya dapat mengagak kesemua orang Islam baik dari parti rakyat ataupun BN agak emosional berkenaan dengan forum tersebut.

Pada pendapat saya sebagai orang islam, kita telah gagal untuk memahami isu tersebut. Jika kita sebagai orang Islam yang sememangnye mempunyai satu agama yang agung di dunia malah di perakui oleh orang yang bukan Islam yang telah menganuti agama kita,
Kita harus melihat isu ini dari sudut yang rasional dimana forum itu boleh memberi satu penjelasan yang jelas mengenai Islam. Dan saya tidak terkejut selepas forum itu, mungkin ramai yang akan memeluk Islam kerana ketulusan agama itu sendiri. Sebagai bukti, kita lihat Dr Zakir Nair sendiri...Dia telah menyebarkan kan Islam dengan bentuk forum seperti ini. Jadi, saya terkilan kerana kita di Malaysia tidak dapat melihat dari sudut ini, malah, kita mengambil pendekatan secara emosi. Malah bagi saya kita gagal menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang patut mereka halusi secara rasional.
Unknown said…
"puak-puak yang cuba mencabar Islam."???

was it the case???

anyway, since umat islam is so emotional, sensitive and vulnerable, any further forums relating islam should be organised by islamic organisation perhaps.