.

.

18 April 2009

AMBIL SEMANGAT BUKIT GANTANG, UNTUK TAWAN MELAKA

Petaling Jaya : Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin menyeru seluruh ahli dan penyokong PAS yang berasal Melaka mengambil semangat Bukit Gantang untuk berjuang menyelamatkan Melaka dari cengkaman BN.
"Mari kita sama-sama berjuang untuk memenangkan Parti Islam dengan mengambil semangat Bukit Gantang bagi membebaskan Melaka dari cengkaman BN yang telah memerintah Melaka lebih dari 50 tahun".
"Kalau kita berjaya mempertahankan Bukit Gantang mengapa tidak kita melakukan perkara sedemikian di Melaka" tegas Nizar.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Hi-Tea Anak-anak Melaka Di Perantauan yang diadakan di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sini petang ini.
Menurut Nizar kemenangan di Bukit Gantang sebenarnya adalah kemenangan rakyat yang mahukan keadilan dan kebenaran.
"Sebab itulah kita lihat pengundi semua kaum terutama Cina dan India memberikan sokongan yang cukup menakjubkan".
"Kita akan terus berjuang untuk menuntut hak kita dan kembali memerintah Perak dan tidak mustahil juga merampas negeri Melaka" kata Nizar.

KABINET BAYANGAN PAKATAN RAKYAT : BILA NAK DIUMUMKAN

Ramai kawan-kawan bertanya bila agaknya PR akan mengumumkan nama-nama bakal menteri di dalam kabinet bayangan mereka. Masing-masing ingin tahu bentuk kerjasama sebenar PR yang akan diterjemahkan di dalam Kabinet Bayangan PR.
Namun saya tidak dapat memberikan jawapan yang jelas kerana ianya masih belum nampak banyangnya. Dah kabinet pun nama kabinet bayangan, bayang belum pun nampak. Jadi masih jauh lagi agaknya untuk kita mengetahui bentuk dan siapa yang akan menganggotai kabinet bayangan tersebut.
Bagi saya, keyakinan tetap tinggi bahawa pemimpim PR akan dapat membentuk sebuah kabinet yang jitu, hebat dan diyakini. Kita tunggu masanya Insya Allah akan sampai. Bukan setakat bayang tetapi kabinet sebenar kerana usia BN sebenarnya sudah sampai ke penghujung.

PILIHANRAYA KECIL MEMBAZIR, BERI KEMENANGAN PERCUMA KEPADA PR

Pemimpin BN diberitakan berkata Pilihanraya Kecil membazirkan duit rakyat. Saya sangat bersetuju dengan pendapat tersebut kerana sudah pasti SPR akan membelanjakan duit rakyat bernilai ratusan ribu. Selain itu kerajaan BN tanpa segan silu membelanjakan duit rakyat untuk membiayai puluhan ribu Polis berkampung di kawasan pilihanraya, menjalankan projek 'mee segera', membayar elaun menteri dan segala perbelanjaan menteri serta lain-lain perbelanjaan.
Jalan terbaik untuk mengelakkan Pilihanraya kecil ialah memberi kemenangan percuma kepada pihak yang hampir pasti menang. Di DUN Penanti semua orang tahu bahawa BN amat sukar untuk menang kerana BN sekarang sedang nazak dan dibenci rakyat.

Jadi tidak ada gunanya BN bertanding jika tahu mereka akan kalah teruk. Jangan malukan muka Najib dan Muhyiddin sekali lagi. Dari itu eloklah BN memberi kemenangan percuma kepada PR bagi menyelamatkan maruah Najib dan juga menyelamatkan jutaan duit rakyat.

TUBUH SURUHANJAYA DIRAJA DAN SAMAN AKHBAR UNTUK BERSIHKAN NAMA PM

Naib Presiden PAS, Haji Mohammad Sabu menggesa Perdana Menteri, Najib Tun Razak menyaman 7 akhbar luar negeri yang mendakwa Najib terlibat dengan pembunuhan Altantuya. Antara akhbar yang menurutnya membuat tuduhan iaitu ialah Herald Tribune, Liberation, New York Times dan lain-lain.
"Saya malu apabila ke luar negeri ada yang bertanya tentang Perdana Menteri yang mereka tanya benarkan terlibat dengan kes Altantuya".
"Perdana Menteri mesti membersihkan namanya dari tuduhan ini dan kami rakyat Malaysia amat berharap Najib menyaman akhbar yang menuduh beliau" katanya.
Mohamad juga berkata rakyat Malaysia sanggup mengutip derma untuk membiayai segala perbelanjaan menyaman akhbar-akhbar luar negeri tersebut.
"Apakah tuan-tuan sanggup derma untuk bantu Najib saman akhbar luar negeri" tanya Mohamad Sabu.
"Sanggup" jawap semua hadirin pada ceramah Mohamad Sabu di Kampung Gua, Kuala Lipis malam tadi.
Menurutnya, beliau sebagai rakyat Malaysia berasa malu dengan tuduhan itu dan berharap Najib membersih namanya secepat mungkin.
"Jika Najib tidak menyaman akhbar tersebut, maka Najib akan terus dianggap terlibat dengan kes Altantuya oleh seluruh dunia dan rakyat Malaysia sendiri".
"Najib jangan marah jika rakyat menyebut 'Najib Altantuya, Najib Altantuya' " sindir beliau dengan nada seperti Guru Yahya, Guru Yahya.
Selain itu Mohamad juga menggesa satu Suruhanjaya Diraja dibentuk untuk menyiasat isu ini secara telus bagi membersihkan nama beliau.
Turut sama berceramah malam tadi ialah Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang, Roslan Ahmad dan Yang Dipertua PAS Kawasan Lipis, Ustaz Mohd Ramli Abdullah.

17 April 2009

PENANTI MENANTI UNTUK KUBURKAN BN SEKALI LAGI

PRK Penanti sekali lagi akan menjadi medan untuk menguburkan BN setelah parti lapuk itu dikuburkan sebanyak 4 kali pada pilihanraya kecil sebelum ini (selepas PRU 12).
Kali ini saya yakin Penanti sedang menanti untuk menguburkan BN jika mereka berani meletakkan calon di kubu kuat Anawar ini.
Saya pasti sebenarnya BN tahu mereka bakal menggali kubur sendiri di Penanti namun oleh kerana ego, bongkak dan bodoh sombong BN pasti tetap akan bertanding kali ini. Oleh kerana mereka tidak sedar diri dan besar kepala BN wajar diajar sekali lagi di Penanti.
BN harus ingat bahawa gaya POLITIK LAMA yang mereka bawa sudah lapuk dan kolot di mana ianya sudah tidak laku untuk dijual kepada rakyat Malaysia.

Oleh itu tidak ada sebab mengapa BN masih mahu meletakkan calon sekali lagi pada Pilihanraya kecil ini. Jika benar mereka mahu menjimatkan duit rakyat ayuh jangan bertanding berikan kemenangan percuma kepada PR.

KERAJAAN BN TARIK BANTUAN KEPADA SAR, KERAJAAN PR/DAP BERI BANTUAN PADA SAR BERNILAI RM1.5 JUTA

Semua rakyat masih ingat kezaliman Umno BN menarik balik bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) beberapa tahun lalu. Akibatnya banyaj SAR yang terpaksa di tutup, kalau dibuka pun keadaanya sangat dhaif.
Kalau kerajaan BN menarik balik bantuan kepada SAR, kerajaan PR Pulau Pinang pimpinan DAP memberi bantuan berjumlah RM1.5 juta kepada SAR untuk membangunkan prasarana sekolah dan lain-lain.
Kerajaan pusat pimpinan Umno ternyata bertindak menzalimi sekolah agama rakyat dengan menarik balik bantuan kepada SAR. Tetapi yang 'peliknya', DAP yang dikatakan memusuhi Islam terbukti jauh lebih baik dari Umno BN.
Saya dari jauh dengan rasa rendah diri menyampaikan ucapan terima kasih kepada kerajaan Negeri Pulau Pinang atas keprihatinan itu. Sesungguh PR hanya memerintah 10 bulan tetapi system yang diamalkan memastikan KPI, process improvement dan lain-lain.
Sebanyak 17 buah SAR disenaraikan peruntukan untuk pembangunan, pembaikan SAR, bayaran elaun pada guru dan kakitangan, buku teks, perpustakaan, makmal dan multimedia.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng menambah, daripada sejumlah itu RM300.000 diperuntukan kepada SAR Al-Aminiah, Permatang Pauh untuk pembinaan makmal sains.

16 April 2009

PRK PENANTI : BN MENEMPAH MAUT JIKA LAWAN PR

BN akan menempah maut jika masih ingin menentang PR pada mana-mana PRK di Semenanjung Malaysia terutama di DUN Penanti. Tidak ada gunanya memerah otak, mengeluarkan jutaan ringgit dan pelbagai penipuan kerana semua itu tidak mampu mengubah fikiran rakyat yang tetap menyokong PR.
Andai kata BN masih berdegil maka tunggu saatnya BN akan dimalukan dengan 5-0 setelah PR menang di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
Dengarlah nasihat saya wahai Najib, Muhyiddin dan kuncu-kuncunya. Jika tidak maut padahnya. Maksud saya akan tewas teruk dan dimalukan dengan pukulan 'knock out'.

SPEAKER DUN AKAN TETAP HALANG ZAMBRY DAN EXCO KERANA HINA DUN?

Speaker DUN Perak, YB V Sivakumar menggunakan semula kuasanya menghalang Zambry dan Exco dari menghadiri sidang DUN jika ditakdirkan ianya diadakan sebelum 13 Mei ini.
Walaupun Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan penggantungan terhadap Menteri Besar BN Perak, Datuk Zambry Abd Kadir dan enam ahli exconya daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, namun Speaker masih mempunyai semasa Sidang DUN akan datang.
Sidang DUN yang kemungkinan di adakan pada 9 dan 10 Mei depan mungkin akan menimbulkan satu lagi sejarah dalam politik Malaysia kerana dijangkakan Speaker akan menggunakan kuasanya untuk menghalang Zambry dan Exconya memasuki Dewan. Masih banyak peruntukan lain dan prosedur lain yang boleh digunakan oleh Speaker untuk menghalang Zambry dari memasuki Dewan.
Sebab itulah saya menjangkakan Sidang pada 9 dan 10 Mei jika benar-benar berlaku akan menimbulkan konflik perundangan baru dalam negara.
Jadi saya tetap konsisten menyatakan bahawa jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak ini ialah dengan membubarkan DUN dengan secara terhormat.

BN sendiri yang sudah ditolak rakyat pada PRU 2008 dan PRK Bukit Gantang 7 April lalu sepatutnya insaf dan sedar bahawa tidak ada gunakan mempertahankan kuasa yang dirompak dari PR sedangkan rakyat meluat dan mual dengan BN. Jalan terbaik bagi mereka ialah memohon kepada Sultan untuk memperkenankan pembubaran DUN Perak dan pulangkan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan baru. Insya Allah semuanya selesai.

PRK PENANTI : BN PATUT BERI KEMENANGAN PERCUMA KEPADA PR

Saya menggesa BN supaya memberikan kemenangan percuma kepada PR pada Pilihanraya Kecil itu nanti kerana jika BN meletakkan calon sekalipun BN akan tewas. Jadi menjimatkan wang rakyat yang akan digunakan oleh SPR dan BN sendiri maka eloklah BN memberikan kemenangan percuma kepada PR.
Tidak ada gunanya bertanding jika BN sendiri tidak yakin untuk menewaskan PR yang sememangnya kuat dan utuh di DUN tersebut sebagaimana dibuktikan pada PRU ke 12 8 Mac 2008 dan PRK Permatang Pauh lalu.
Lebih baik perbelanjaan jutaan ringgit yang bakal digunakan oleh SPR dan BN digunakan untuk kesejahteraan rakyat.
Jika BN benar-benar sudah berubah di bawah kepimpinan Najib maka sudah tentu BN akan memberikan kemenangan kepada PR.

10 ADUN BN BOLEH BENTUK KERAJAAN BARU DENGAN PAS DI TERENGGANU

10 ADUN BN yang memboikot Sidang DUN Terengganu 2 hari lalu boleh membentuk kerajaan campuran dengan PAS demi masa depan rakyat Terengganu. Jika benar mereka berjuang untuk rakyat dan tidak mahu berketuakan Menteri Besar 'cap ayam' seperti Mat Said mereka boleh tubuh kerajaan baru dengan PAS.
Mereka ada 10 ADUN sudah tentu mereka boleh menjadi Menteri Besar dan memperolehi kouta Exco yang lebih ramai berbanding PAS yang ada 8 ADUN.
Jika benar mereka mahu tubuh kerajaan negeri yang baru 10 ADUN dan 8 ADUN PAS akan membentuk Pakatan dengan mempunyai 18 Kerusi berbanding BN yang diketuai Mat Said dengan 14 kerusi sahaja.
Jadi Pakatan mereka ada 4 kerusi majoriti. Menang suatu pakatan yang kuat jika mereka benar-benar mahu berpakat.
Saya cadangkan Ketua kepada 10 ADUN tersebut iaitu Idris Jusoh dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mustafa Ali bertemu dan berpakat bagi menubuhkan kerajaan baru.

LETIH BUKIT GANTANG BELUM HILANG, KENA BERJUANG PULA DI PENANTI

Belum hilang lagi letih di Bukit Gantang kini kita semua kena berjuang pula di DUN Penanti apabila Penyandangnya bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Fairus Khairuddin hari ini mengosongkan kerusi tersebut berkuatkuasa hari ini.
Kini semua pejuang PR dan BN akan menumpukan sepenuh perhatian kepada DUN Penanti yang sudah tentu menjadi kubu kuat Anwar dan PR.
BN sudah pasti menghadapi laluan perit untuk merampas kerusi ini yang sudah pasti menjadi medan sengit pertembungan dua buat gabungan parti terbesar di negara ini.

MB TERENGGANU MESTI LETAK JAWATAN ATAU BUBAR DUN

Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Ramli Dalip berkata Isu ADUN Terengganu memboikot Sidang DUN membuktikan bahawa BN Terengganu menghadapi masalah dalaman yang kronik sehingga ada ADUN yang berani bertindak demikian.

Malah tindakan pihak tertentu menghantar sms ugutan bunuh merupan suatu tindakan serius yang menunjukkan perpaduan BN khususnya Umno sedang goyah.

“MB Terengganu, Ahmad Said tidak boleh menolak fakta bahawa beliau sebenarnya tidak disukai oleh hampar separuh dari ADUN BN sendiri.”

“Desas-desus bahawa 10 ADUN yang bertindak memboikot Sidang DUN mahu membuat usul tidak percaya mungkin benar kerana itulah ada pihak mengugut mereka” kata Ramli.

Menurutnya, Menteri Besar Terengganu perlu akur dengan keadaan ini di mana jika usul undi tidak percaya ini dibawa kemungkinan besar kedudukan beliau pasti tergugat seandainya 10 ADUN BN dan ADUN PAS menyokognya.

“Bagi saya samada usul undi tidak percaya itu mendapat majority atau tidak Ahmad Said sepatutnya meletakkan jawatan dan membubarkan DUN bagi membolehkan rakyat memilih kerajaan dan Menteri Besar baru yang mendapat mandat dari rakyat.”

Ahmad mesti akur bahawa beliau tidak lagi mendapat sokongan majoriti dalam DUN Terengganu.

TRAGEDI 13 MAY DI DUN PERAK?

13 Mei adalah tarikh terakhir Sidang DUN Perak mesti dilakukan, jika tidak DUN akan dibubarkan. Hari ini mahkamah memutuskan Speaker DUN Perak, Sivakumar tiada kuasa untuk menahan MB dan 6 Exco dari menghadiri Sidang DUN.
Keputusan ini memberikan harapan untuk Zambry untuk meneruskan tugasnya sebagai MB. Namun pemerhati melihat bahawa Sivakumar masih mempunyai kuasa untuk menahan MB dari hadir sidang DUN.
Saya menjangkakan isu ini tidak akan selesai kerana banyak lagi kes mahkamah akan dibicarakan. Malah PR mungkin membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah dari ini.

UMNO TETAP BERGOLAK SELAGI MATERIAL DAN PANGKAT JADI ASAS PERJUANGAN

Selagi material dan pangkat menjadi asas dan objektif perjuangan pemimpin dan ahli Umno maka sampai bila-bila pun Umno akan bergolak.

Sudah menjadi lumrah apabila agama di ketepikan dari perjuangan maka nafsu akan menjadi tuhan dan matlamat. Sebab itulah Umno tidak akan reda dari pergolakan kerana Islam dikesampingkan.

15 April 2009

POLITIK BARU PAS PERLUKAN PEMIMPIN BARU?

PAS memperkenalkan konsep politik baru semasa kempen PRK Bukit Gantang. Konsep ini berjaya menenggelam politik lapuk turun temurun Umno/BN yang jelas ditolak mentah-mentah oleh rakyat.
Persoalannya adakah konsep politik baru ciptaan PAS ini sesuai untuk pemimpin PAS yang ada sekarang. ?
Bagi saya politik baru ciptaan PAS sebenarnya berteraskan Islam yang sesuai sepanjang zaman, masa dan tempat. Ianya berbeza dengan politik lama Umno yang tidak berideologi, tidak berteras Islam, hanya berteraskan hawa nafsu dan pragmatik. Politik Umno/BN masjid pun boleh tarian seksi pun boleh. Tidak ada prinsip dan jati diri.
Politik Baru PAS nyata diterima oleh semua kaum tanpa mengira agama dan warna kulit.
Saya yakin sesiapa sahaja yang memimpin PAS adalah sesuai dengan politik baru yang dicanangkan PAS kerana semua pemimpin PAS berfikrah Islam yang universal.
Walaupun ramai beranggapan pemimpin akan bertukar selepas Muktamar kali ini dengan menampilkan beberapa muka baru memegang jawatan-jawatan penting namun ianya tidak menjadi masalah kerana mereka tetap tertakluk kepada perlembagaan PAS yang menjunjung Al-Qu'an dan Hadis.
Selain itu PAS juga dikawal dan diselia oleh Majlis Syura PAS yang sentiasa memastikan perjuangan PAS tetap relevan dan selari dengan Islam.

Sebab itulah sesiapa pun yang menjadi Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan jawatan-jawatan lain Insya Allah PAS akan tetap sama. Saya langsung tidak bimbang jika Timbalan Presiden atau Naib Presiden dipegang oleh sesiapa sahaja.
Kalau Ustaz Nasaruddin, Husam atau Mat Sabu maupun Nizar menjadi Timbalan Presiden PAS ianya tidak menjadi masalah kerana mereka semuanya mempunyai fikrah yang jelas dan mantop.
Kerana itulah saya tidak kisah sesiapa pun yang akan dipilih untuk memegang jawatan di dalam parti.
Saya menyokong penuh saranan Tuan Guru Nik Aziz bahawa hanya orang yang merasakan dirinya layak sahaja wajar menawarkan diri untuk bertanding untuk sebarang jawatan pada muktamar PAS Pusat kali ini.

HARAPAN TINGGI PADA MUSLIMAT

Dewan Muslimat merupakan sayap penting dalam PAS selain dari Dewan Ulama dan Pemuda. Terpikul di bahu mereka tanggungjawab yang maha hebat mendidik anak-anak dan juga peneraju rumahtangga bersama sang suami.

Memang tidak dapat dinafikan tenaga muslimat amat diperlukan terutama dalam kerja-kerja mendekati rakyat. Tanpa muslimat pasti banyak kerja yang tidak dapat dilakukan dengan sempurna.

Hari ini saya diamanahkan untuk merasmikan Mesyuarat Agong Dewan Muslimat PAS Kawasan Bukit Katil kali 5 di Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil. Terasa kerdil diri ini untuk memberikan pandangan, nasihat dan cadangan kepada ibu-ibu, kakak-kakak dan adik-adik muslimat sekelian.

Saya bukanlah orang terbaik untuk bediri bercakap dan merasmikan acara yang maha penting dan besar ini.

Saya memulakan bicara dengan menyingkap Ayat Allah yang menegaskan bahawa di sana ada satu cara untuk menyelamatkan orang beriman dari azab yang maha pedih. Caranya ialah berniaga iaitu beriman kepada Allah dan RasulNya, berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri kita. Itulah resepi yang difirmankan oleh Allah kepada orang beriman. Mari kita sama-sama rebut tawaran Allah S.W.T ini.

Sejarah sahabat Rasulullah juga saya singkap di mana terdapat seorang muslimat yang bernama Hindu Ibn Amr Ibn Haram yang berjuang bersama Sahabat lain sehingga suami, anak dan saudaranya sendiri gugur syahid di Medan Uhud. Namun beliau tetap tabah dan bersyukur dengan kesyahidan anaknya Khallad, suaminya Amr dan suadaranya Abdullah. Begitulah kentalnya semangat muslimat di zaman Rasulullah S.A.W.

Saya juga mengharapkan Dewan Muslimat dapat memantapkan tarbiyyah, organisasi dan kerja-kerja politik guna untuk merealisasikan hasrat dan cita-cita Islam di negeri Melaka ini. Jangan kita berbangga dengan kejayaan PAS di negeri lain tetapi kita 'mandom' di Melaka ini.

PESTA MEMUJA DAN MEMUJI ROSMAH SUDAH BERMULA

Pesta memuja dan memuji Perdana Menteri dan isterinya sudah bermula sebelum Najib dilantik sebagai Perdana Menteri lagi.

Berlumba-lumba pemimpin Umno memuja dan memuji Najib dan Rosmah guna untuk memastikan kelangsungan karier politik masing-masing. Maka selepas ini akan ramailah yang memuncungkan mulut untuk mencium tangan 'suci' Najib bagaikan beliau seorang wali besar dan ulama' hebat.

Pesta memuja dan memuji Rosmah ini dimulakan oleh Kerajaan Negeri Sembilan yang didakwa membelanja sejumlah RM45,786.00 membeli iklan di sebuah akhbar arus perdana. Bayangkan dengan wang sebanyak itu berapa ramai orang miskin boleh dibantu. Inilah dia rupa kerajaan BN yang tidak tahu mana yang penting mana yang tidak penting.

Saya yakin tindakan kerajaan Negeri Sembilan ini adalah sebahagian yang cara untuk membodek Najib supaya mengekalkan Menteri Besar, Mohamad Hassan yang sememangnya orang kuat Tun Pak Lah (TPL). Mohamad mungkin merasakan nama beliau termasuk dalam 'list' yang akan dipencenkan oleh Najib lebih-lebih lagi 'performance' Mohamad memang teruk sehingga gagal mengekalkan majoriti 2/3 kerajaannya pada PRU ke 12 dahulu.

ADUN BN PENAKUT DAN TAK ADA TE&%@

Penentangan 10 ADUN BN kepada Ahmad Said hanyalah hangat-hangat tahi ayam apabila hari ini kembali menghadiri sidang DUN selepas digertak oleh Boss besar mereka, Najib Razak.

Jelas mereka tidak berpendirian dan tidak berani melakukan sesuatu yang luar biasa. Memang menjadi lumrah pemimpin Umno yang 'yes man' dan takut untuk melawan boss mereka walaupun boss mereka melakukan kesalahan. Dalam Umno dan BN mencegah kemungkaran memang tidak wujud. Yang wujud hanyalah melakukan kebaikan dan kejahatan sahaja. Kalau ada kemungkaran terutama yang dilakukan parti dan boss mereka,ahli-ahli hanya sekadar melihat dan senyap seribu bahasa.

Cubaan Menteri Besar Pencen, Idris Jusoh untuk melakukan undi tidak percaya hanyalah gimik politiknya sahaja kerana beliau sudah pasti tidak akan berani untuk bertindak sedemikian. Semua orang faham perjuangan Umno hanyalah untuk menjaga perut dan bawah perut sahaja tidak lebih dari itu.

HARAPAN AGAR NAJIB MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA BUKAN PERDANA MENTERI BN

Perdana Menteri, Najib Razak semalam menyatakan kepada media bahawa beliau adalah Perdana Menteri kepada semua komuniti di Malaysia.

Sekali lagi beliau menekankan slogan lama yang direcycle semula iaitu hasrat mengujudkan One Malaysia. Suatu slogan lapuk yang dicat dan di'repair' semula.

Saya tidak berhasrat untuk mengulas tentang 'one Malaysia' tetapi saya ingin menyentuh tentang hasrat Najib Perdana Menteri untuk semua komuniti.

Bagi saya Najib bukan sahaja perlu menjadi Perdana Menteri semua komuniti malah beliau mesti menjadi PM bagi semua rakyat tanpa mengira parti dan ideologi. Ini kerana kita lihat pada zaman lampau Perdana Menteri sering 'bias' atau tidak adil kepada rakyat dari parti-parti selain BN. Mereka tidak dibenarkan menggunakan kemudahan awam, media dan lain-lain hanya kerana mereka dari parti bukan BN.

Jadi saya harap Najib dapat membuktikan beliau PM bagi semua rakyat bukan untuk orang BN sahaja.

JAMUAN TEH ANAK MELAKA DI PERANTAUAN DI JANGKA DAPAT SAMBUTAN HEBAT

Program Hi-Tea anjuran Persatuan Anak Melaka di Perantauan (PERAWAN) 18 April ini dijangka mendapat sambutan yang hebat memandang kesemua kad jemputan program hampir habis dijual.
Pengerusi PERAWAN, Dr Mohd Shah Basir dalam kenyataannya malam tadi optimis program ini akan mendapat sambutan menggalakkan memandangkan 'response' yang baik diterima dari orang ramai khasnya anak-anak Melaka di perantauan.
Mohd Shah juga menyeru seluruh anak-anak Melaka yang tidak mendapat Kad Jemputan supaya dapat hadir memeriahkan program ini.
Antara tetamu istimewa yang akan hadir memeriahkan program ini ialah Naib Presiden PAS, Datuk Haji Husam Musa dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Gantang.

14 April 2009

'ONE MALAYSIA' NAJIB, IBARAT KERETA LAMA DI CAT SEMULA

Setiap kali Perdana Menteri baru mengambilalih pemerintahan maka sudah tentu akan ada slogan dan pendekatan baru yang akan diperkenalkan. Bagi Najib, Perdana Menteri paling tidak popular dan penuh dengan kontroversi cuba mempelopori slogan 'One Malaysia' suatu slogan lama yang cuba diperbaharui.

Ternyata Najib ketandusan idea baru sehingga terpaksa menggunakan slogan lama yang pernah digunakan oleh orang lain dahulu.

Nampak jelas bahawa Najib tidak seperti mentornya Dr Mahathir yang mempunyai banyak idea sehingga memperkenalkan konsep Islamisasi, Dasar Pandang ke Timur, Bersih Cekap Amanah dan lain-lain.

Selain dari 'One Malaysia' Najib juga cuba memperkenalkan konsep KPI - Key Performance Indicator yang sedang hebat digunakan oleh organisasi-organisasi korporat untuk mencapai objektif masing-masing.

Namun sehingga kini Najib masih belum dapat memperjelaskan secara terperinci apa itu One Malaysia dan apakah item-item di dalam KPI yang beliau akan setkan.

UMNO SEMAKIN BERCAKARAN, TUNGGU MASA UNTUK MASUK KUBUR

Nampaknya Umno dibawah payung Najib Tun Razak semakin caca marba dan bercakaran. Sekurang-kurangnya Umno di 4 buah negeri iaitu Perlis, Terengganu, Pahang dan Selangor berada dalam keadaan panas.

Di Perlis Ketua Penerangan Umno Negeri Perlis, Hashim menuduh Menteri Besarnya sendiri sebagai Produk Haram. Suatu tuduhan yang berat dan memalukan.

Di Terengganu 10 ADUN BN hari ini memboikot Sidang DUN kerana tidak berpuashati dengan Mat Said. Malah ada berita menyatakan bahawa mereka mahu membawa usul undi tidak percaya kepada Mat Said.

Manakala Umno Selangor juga tidak kurang hebat pergolakannya. Menteri Besar Pencen, Khir Toyo menyokong desakan supaya Najib Tun Razak mengambil alih jawatan pengerusi perhubungan Umno Selangor daripada Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Beliau yang juga ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, berkata langkah tersebut bertujuan untuk mengembalikan semula kekuatan Umno di negeri itu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Pahang Adnan Yaakub juga tidak senang duduk apabila bekas orang kuatnya Ketua Umno Bahagian Paya Besar, Ahmad Tajuddin Sulaiman membuat dakwaan bahawa beliau campur tangan dalam pemilihan Umno bahagian itu tahun lepas. Pertelingkahan mereka ini menyebabkan ujudnya cabar mencabar supaya mereka bersumpah menjunjung Al Qur'an.

Ternyata sikap tamakkan kuasa dan pangkat akhirnya memecahbelahkan Umno yang sebenarnya sudah sampai ke penghujung usia. Dasar dan sistem Umno yang jauh tersasar dari Islam menyebabkan parti itu semakin hari semakin dihina dan semakin tidak relevan di mata rakyat.

Kekalahan demi kekalahan dalam pilihanraya menyebabkan pemimpin atasan semakin kepanasan namun sikap degil dan keras kepala menyebabkan mereka masih tidak mahu kembali kepada Islam.

BUBAR DUN PERAK DAN TERENGGANU

Saya mencadangkan kerajaan BN negeri Perak dan Terengganu membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing bagi menyelesaikan kemelut politik di kedua-dua negeri tersebut. Ianya mesti dilakukan bagi mengelakkan kemelut tersebut berlarutan dan berpanjangan dengan tiada kesudahan.
Sesungguhnya kemelut tersebut jelas menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri di mana rakyat menjadi mangsa kemelut politik disebabkan kerakusan BN tamakkan kuasa.
Tiada gunanya BN meneruskan pemerintahan di kedua-dua negeri tersebut jika mereka tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada pentadbiran kerajaan negeri.
Situasi di Perak terus menjadi tidak menentu. Rakyat sudahpun menunjukkan isyarat jelas mereka tidak mahu BN memerintah negeri Perak seperti yang mereka nyatakan melalui peti undi di Bukit Gantang 7 April lalu.
Manakala di Terengganu sikap tamakkan kuasa di kalangan ADUN BN akhirnya menggoncangkan pentadbiran negeri ini. BN lawan BN akhirnya rakyat yang jadi mangsa. Jika Menteri Besar sekarang tidak dapat sokongan ADUN BN dan PAS maka wajar DUN Terengganu dibubarkan dan rakyat diberi pilihan untuk memilih kerajaan baru.
10 ADUN Terengganu jelas tidak percaya kepada MB Terengganu, Ahmad Said mereka ialah Rosol Wahid (Ajil), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri0, Zakaria Abdullah (Paka), Mohammad Ramli Noh (Tepoh), Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Alias Abdullah (Alor Limbat), Ramlan Ali (Jabi), Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih) dan Mohd Pehimi Yusof (Kota Putera).

Iniya Tamizh Puthaandu Nalvazhthukkal untuk kawan-kawan berbangsa India

Saya mengucapkan Iniya Tamizh Puthaandu Nalvazhthukkal kepada kawan-kawan berbangsa India yang menyambut tahun baru bagu kalendar mereka hari ini.
Diharapkan tahun ini akan memberikan kegembiraan dan kita semua dapat hidup aman damai di bumi Allah yang tercinta.
Kita semua berasal dari Adam dan Hawa dan mesti hidup saling bantu membantu. Mana yang salah kita betul dan beri nasihat. Yang baik kita teruskan dan pertingkatkan lagi kebaikannya.
Mari sama-sama kita bina sebuah negara yang sentiasa mementingkan kebajikan dan kesejahteraan.

NIZAR CALON POPULAR UNTUK JAWATAN NAIB PRESIDEN PAS?

Tahun ini adalah tahun pemilihan bagi PAS. Sekarang ini PAS Kawasan di seluruh negara sedang sibuk bermesyuarat.
Saya menjangkakan tahun ini akan ada pemimpin baru yang muncul untuk mendepani POLITIK BARU yang diasaskan oleh PAS. Antara nama-nama baru yang bakal diketengahkan ialah Menteri Besar Perak iaitu Datuk Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin yang begitu popular dan telah teruji kepimpinan dan ketahanannya.
Nizar berjaya membuktikan bahawa beliau mempunyai karisma, personaliti dan ciri-ciri seorang pemimpin yang baik. Beliau sudahpun memperolehi pencalonan sebagai Naib Presiden dari PAS kawasan Kelana Jaya dan juga Temerloh.
Selain Nizar saya menjangkakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Hj Azizan Abdul Razak juga akan melakukan 'comeback' setelah tidak dipilih menjadi Naib Presiden pada pemilihan lalu. Beliau juga membuktikan keupayaannya memimpin kerajaan Kedah sehingga kini. Ustaz Azizan sehingga kini telah mendapat pencalonan sebagai Timbalan Presiden dari PAS kawasan Temerloh.
Dalam masa terdekat ini lebih banyak PAS Kawasan akan mengadakan Mesyuarat Agong. Saya menjangkakan lebih ramai pemimpin-pemimpin baru akan dicalonkan kerana PAS sememangnya tidak ketandusan pemimpin.

Seperkara yang penting ialah demokrasi di dalam PAS tetap subur tidak sebagaimana Umno yang membunuh demokrasi.
Selain itu pencalonan dan pemilihan di dalam PAS dijalankan dalam suasana penuh beradab dan berhemah tidak seperti Umno yang dipenuhi oleh rasuah, fitnah dan sebagainya.
Syabas PAS, Allahu Akhbar.

BN TERENGGANU BERGOLAK, DERHAKA KEPADA SULTAN & KETEPIKAN MANDAT RAKYAT

10 ADUN BN Terengganu nampaknya lebih mengutamakan politik diri sendiri sehingga memulaukan Sidang DUN Terengganu yang sedang berlangsung. Selain itu mereka juga derhaka kepada Sultan Terengganu tidak bersetuju dengan Menteri Besar Terengganu yang dilantik oleh Baginda.

Nampaknya mereka ini lebih mementing kepentingan diri kerana tidak berpuashati dengan kepimpinan kerajaan negeri Terengganu. Kepentingan negeri dan rakyat dibelakangkan demi untuk mencapai niat dan hajat sendiri.
Saya menyeru kepada BN Terengganu jika mereka tidak menghormati kepada Sultan dan membelakangkan mandat rakyat lebih baik mereka bubarkan DUN untuk memulangkan kuasa kepada rakyat bagi memilih kerajaan baru.
Media hari ini melaporkan bahawa 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) memulaukan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pagi ini - yang bersidang buat hari kedua - bagi memaksa Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said meletakkan jawatan.

Kesemua 10 wakil rakyat berkenaan kini berhimpun di sebuah hotel utama di sini dan dijangka mengadakan sidang media kemudian.

Tindakan mengejutkan mereka itu berlaku ketika ada kenyataan sebelum ini bahawa tidak akan ada undi tidak percaya meminta Ahmad, yang dilantik sebagai Menteri Besar Mac 2008, agar meletakkan jawatan.

Tengah malam tadi pula tiga ADUN BN Terengganu membuat laporan polis setelah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbentuk ugutan, dipercayai berhubung kemelut politik di negeri ini.

Antara ADUN yang tidak hadir sidang DUN hari ini ialah ADUN Ajil, Rosol Wahid, ADUN Paka Zakaria Abdullah, ADUN Permaisuri Abdul Halim Jusoh. Mereka adalah di kalangan penyokong bekas Menteri Besar, Idris Jusoh.

BN SUKA RAKYAT YANG RENDAH TARAF PENDIDIKANNYA

Memang tidak dapat dinafikan BN akan menang mudah dalam Pilihanraya di tempat-tempat yang pengundinya rendah taraf pendidikan. Ini kerana BN senang hendak menipu dan menggula-gula mereka dengan habuan dan janji. Namun BN akan berhadapan dengan laluan sukar jika sesuatu daerah mengundi itu dihuni oleh pengundi yang cerdik dan pandai.
Sebab itulah di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, BN hanya menang satu Parlimen sahaja iaitu Setia Wangsa, yang BN tersungkur dan tersembam di tangan PR.
Pada PRK Bukit Selambau sekali lagi teori ini dibuktikan ketepatannya apabila calon PKR, YB S Manikumar memenangi kesemua peti undi di taman-taman perumahan iaitu tempat yang didiami oleh pengundi yang taraf pendidikannya tinggi. Antaranya Taman Ria Utara, Taman Ria Jaya, Taman Ria Selatan, Taman Peruda, Taman Bandar Baru, Taman Tasek Apong, Jalan Badlishah, Sungai Lalang, Taman Desa Aman, Bandar Laguna Merbok dan Ambangan Height.
Di tempat-tempat yang pengundinya mempunyai taraf pendidikan rendah iaitu di Kuala Sin, Batu Belacan, Kampung Sungkap dan Bukit Selambau, semuanya dimenangi BN.

Jadi dengan lain perkataan BN akan menang jika rakyat bodoh dan kalah jika rakyat cerdik. Tidak syak lagi kemenangan BN di sesuatu tempat adalah disebabkan mereka berjaya memperbodohkan rakyat (maaf kalau terkasar bahasa).

NAJIB TIPU RAKYAT LAGI?

Dari seorang pengunjung blog The Scribe A.Kadir Jasin: Dato:

Saya rasa Dato harus menghentikan usaha mem-propaganda-kan orang Melayu dan rakyat Malaysia secara amnya.

Tolonglah bercakap secara jujur dan terus-terang. Janganlah menjujung buta-buta axis Najib-Mahathir.

Soalan utama yang ingin saya kemukakan di sini: Siapa kata jemaah/kabinet Menteri Najib itu secara menyeluruhnya 'kecil' seperti kata Dato?

Biar saya huraikan.

Kabinet Abdullah Badawi saiznya 67 (32 menteri dan 35 timbalan menteri).
Kabinet Mahathir tahun 1999 saiznya 54 (27 menteri dan 27 timbalan menteri).
Kabinet Najib Razak bagaimana pula? Saiznya 68! (28 menteri dan 40 timbalan menteri).
Ertinya, walaupun dikurangkan sedikit bilangan menteri penuh sebanyak 4 saja, bilangan timbalan menteri naik sebanyak 5!

Dan dengan itu, saiz kabinet yang diwar-warkan akan dikecilkan, kononnya, adalah satu penipuan besar terhadap rakyat Malaysia. Malah, kabinet Najib adalah kabinet yang memegang rekod sebagai kabinet yang TERBESAR sekali dalam sejarah Malaysia.

Negara-negara dengan bilangan penduduk yang dua atau tiga kali ganda penduduk daripada Malaysia pun ada yang saiz kabinetnya lagi kecil daripada kabinet menteri negara kita. Bayangkanlah.

Mengikut satu kajian sains mengenai saiz kabinet yang paling efisyen, apa-apa kabinet yang lebih besar dari 20 menteri sudah kira semakin kurang efisyen (the "20-person rule" -- hukum 20 orang).

Najib sudah jauh melangkau nombor 20 itu (sudah kurang efisyen), dan lebih daripada itu menambahkan lagi bilangan timbalan menteri dengan mengisi jawatan-jawatan ini dengan orang-orang politik yang tidak semestinya layak atas merit atau kebolehan semata-matta:
-- golongan ahli politik dari Sabah ditambah ramai (kerana bimbang mereka akan menarik balik sokongan mereka kepada Barisan);

-- memberi 4 jawatan menteri kepada MCA yang kalah teruk dalam pilihanraya 2008, sama seperti bilangan jawatan menteri tahun 2004 di mana MCA menang besar;

-- Najib melantik orang politik yang telah kalah teruk dalam pilihanraya umum (iaitu orang-orang yang tidak diiktiraf oleh rakyat): Koh Tsu Koon dari Gerakan (parti yang hancur kalah ranap di pilihanraya 2008), Shahrizat Jalil,Chew Mei Fun dan Awang Adek Hussin. Semuanya ditolak rakyat masa pilihanraya.

Ramai daripada menteri kabinet adalah sisa-sisa dari rejim Mahathir dan Abdullah Badawi juga.
Jadi Dato, macam mana Dato boleh tergamak nak sebut kabinet Najib ini "menarik"?

Tolong jujur sikitlah Dato kalau nak dilihat sebagai penganalisa politik yang boleh dipercaya.

Kalau Dato tidak boleh mengimbangkan komen yang positif dengan komen dan kritikan yang negatif, dan cuma menghelah rakyat dengan memberi komen-komen yang lembut dan manis sahaja, saya rasa baik Dato tolak jemputan masuk televisyen untuk rancangan-rancangan berbentuk 'analisis'.

Para pembaca sekalian harus juga was-was apabila membaca tulisan Dato Kadir Jasin dan para penganalisa politik yang sewaktu dengan beliau agar tidak menelan bulat-bulat semua yang dikatakan mereka sebagai benar dan betul. Gunakanlah akal fikiran untuk menilai tulisan-tulisan mereka ini dengan berhati-hati. Luaskan bacaan dengan mengambil kira pandangan-pandangan yang berbeza untuk mengimbangkan pandangan yang sempit.

Wassalam.

PETA KE DEWAN SIVIK MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA UNTUK PROGRAM JAMUAN TEH 18 APRIL


BUKAN MELAYU DILAYAN BN SEPERTI PEMINTA SEDEKAH?

Luahan perasaan seorang pemimpin MCA semalam benar-benar menjelaskan pekung BN yang didakwa melayan rakyat bukan Melayu seperti peminta sedekah. Samada ianya benar atau tidak perkara tersebut boleh difikirkan oleh tetamu blog ini.
Semalam Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Lee Wei Kiat berkata pengundi bukan Melayu "tidak mahu dilayan seumpama pengemis" - apabila menjelang pilihanraya, mereka ditaburkan pelbagai projek pembangunan dengan harapan mereka memilih calon BN.
"Bukan Melayu tidak suka dilayan seperti peminta sedekah, hanya ketika pilihanraya kecil, lebih banyak penaikan taraf jalan dilakukan, peruntukan kepada sekolah, NGO dan badan amal meningkat,".
"Walaupun bantuan dalam apa jua bentuk kepada sesuatu masyarakat sentiasa dialu-alukan, pengundi ingin melihat ketekalan dalam peruntukan dan pengagihan kerajaan dan bukannya memuncak sewaktu pilihanraya kecil." tambahnya lagi.
Bagi saya bukan sahaja bukan Melayu yang dilayan sebagai peminta sedekah malah semua rakyat dijadikan peminta sedekah oleh BN pada setiap kali pilihanraya tidak samada pilihanraya umum atau kecil.
BN sudah lama, sejak turun-temurun menjadikan projek-projek, janji manis dan habuan berupa duit, barangan dan sebagainya sebagai umpan serta denak untuk memancing undi. Seolah-olah rakyat berbilang kaum di Malaysia ini adalah fakir miskin dan peminta sedekah yang boleh dicucuk hidung.
Sebagai contoh untuk orang Islam BN akan membaiki masjid, buat masjid baru, tarkan halaman dan jalan ke masjid. Untuk orang Cina BN buat tokong, repair tokong, untuk orang India mereka rasmikan kuil, 'renovate' kuil dan lain-lain.
Perbuatan BN mempermainkan rakyat berbilang kaum memang mesti diajar oleh sekelian rakyat dengan menolak mereka pada mana-mana pilihanraya. Bagi saya rakyat bukan Melayu sudah melakukannya sejak pilihanraya umum ke 12, 8 Mac 2008 lalu. Masalahnya pengundi Melayu yang masih belum sedar dan terus dibelenggu dengan khurafat bahawa BN sahaja yang boleh memberi kesenangan dan rezeki kepada rakyat.
Perangai BN yang jelas menghina rakyat tanpa mengira kaum dan agama mesti ditamatkan segera. Caranya mudah sahaja tukar kerajaan pada Pilihanraya umum akan datang.

KPI KABINET NAJIB INDAH KHABAR DARI RUPA?

Key Performance Indicator (KPI) yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri, Najib Razak belum dijelaskan secara terperinci kepada rakyat. Samada ianya akan dilaporkan secara detail kepada rakyat atau tidak masih belum dapat dipastikan. Setakat ini ianya belum disiarkan secara jelas di mana-mana media.
Seperti yang kita sedia maklum KPI mestilah boleh diukur (berangka), 'realistic', 'ahievable', 'sesuai' dan sebagainya. Jika syarat-syarat ini tidak dipenuhi saya yakin KPI ini hanya akan menjadi gajah putih untuk mengabui mata rakyat.
Rakyat juga ingin melihat dan mengkaji apakah bentuk KPI yang hendak di'set'kan kepada setiap menteri dan kementerian. Ianya agak subjektif dan 'complicated' dan kadang-kadang sukar untuk di'monitor'. Saya hanya boleh memberikan komen secara 'details' selepas saya melihat apa bentuk KPI yang akan digariskan oleh Najib nanti.

13 April 2009

BERSIH SUDAH PUAS HATI?

Blogger yang sedang meningkat naik Nada Rakyat melontar suatu keluhan tentang sikap Gabungan Pilihanraya Bersih Dan Adil (BERSIH) yang menurutnya senyap sunyi selepas PR berjaya mencapai kemenangan yang agak gilang gemilang pada PRU 12 lalu.

Kalau sebelum itu BERSIH sanggup berdemonstrasi dan berarak ke Istana Negara namun selepas diberikan sedikit kemenangan nampaknya BERSIH seolah-olah berpuashati sehingga tidak lagi kedengaran gesaan dan cadangan BERSIH untuk merealisasikan suatu Pilihanraya yang benar-benar bersih dan telus. Sedangkan semua orang tahu Pilihanraya di Malaysia masih berjalan dalam suasana pincang, berat sebelah, tidak telus dan mempunyai seribu satu macam perkara yang boleh disangsikan.

Soalnya mengapa BERSIH sudah 'mandom' (Bahasa Utara) atau lesu tidak bermaya.? Apakah oleh kerana ramai aktivis BERSIH sudah bergelar YB maka mereka sudah berpuashati.? Bila kalah sahaja baru mereka sedar tetapi bila menang masing-masing leka dan tidak berusaha untuk memBERSIHkan sistem pilihanraya kita.

Cuma yang saya lihat sekarang hanya baju-baju BERSIH sahaja yang dipakai oleh rakyat Malaysia di serata pelusuk negara. Malah baju-baju tersebut mula lusuh seiring dengan lusuhnya semangat pejuang-pejuang BERSIH.

Ayuh pejuang-pejuang BERSIH mari kita semarakkan semula tuntutan dan gesaan BERSIH selagi Pilihanraya di Malaysia tidak BERSIH selagi itulah BERSIH mesti berjuang dan menuntut hak rakyat.

BERHATI-HATI DIJALANRAYA, TAKZIAH BUAT KELUARGA MANGSA KEMALANGAN BAS EKSPRES

Malang tidak berbau. Kita sebagai hamba hanya mampu berikhtiar dan berdoa, hanyalah yang menentukan segalanya.

Saya mengucapkan takziah buat semua keluarga mangsa bas ekspres dua tingkat yang terbabas, lalu melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik di Km 443 di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Rawang awal pagi ini. Akibat kemalangan itu 6 orang terbunuh.

Kejadian berlaku pada 5.30 pagi setelah bas ekspres dua tingkat milik AB Ekspres itu membawa 34 penumpang dari Changlun, Kedah, gagal dikawal, lapor Bernama.

Mereka yang terbunuh dikenali sebagai:

1. Muhamad Ismail, 27, dari Kampung Lubuk Batu, Jitra;
2. Mohamad Fauzi Awang, 57, Kampung Siam, Alor Setar;
3. Md Jaheer Mohamad, 33, Kodiang;
4. Mohd Yusril Zakaria, 27, Kuala Muda, Kedah;
5. C.Magentharan, 26, dari Klang, dan

6. Pemandu bas, Zulkhibri Md Saad, 35, dari Kubang Ulu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Di harapkan semua pengguna jalanraya dapat mematuhi semua peraturan jalan raya, menyelenggarakan kenderaan mengikut jadual, bersabar dan sentiasa berdoa memohon selamat dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan.

Saya mengharapkan keluarga mangsa dapat bersabar dengan musibah yang menimpa dan menerimanya dengan tabah.

17 APRIL BERCERAMAH DI KG GUA KUALA LIPIS

17 April ini saya akan berceramah di Kampung Gua, Kuala Lipis bersama-sama dengan Naib Presiden PAS, Haji Mohammad Sabu.
Kampung Gua memang tidak asing bagi diri saya sejak kecil dahulu saya mendengar nama Kampung Gua. Mengikut sejarahnya semasa kecil dahulu, nama Kampung Gua termasyhur kerana pasukan bolasepak kampung tersebut agak hebat di mata penduduk setempat. Pendekata mana-mana kampung di sekitar Padang Tengku dan Kuala Lipis memang menghormati Kampung Gua.
Saya pun tidak pasti dari mana asal datangnya nama kampung Gua nak kata banyak gua di sana tak ada rasanya. Mungkin orang tua-tua dapat memberikan jawapannya.
Berceramah di Kampung Gua ibarat berceramah di Kampung sendiri kerana jaraknya tidaklah jauh sekitar 10-15 minit dari kampung sendiri.
Insya Allah malam tu kena ceramah pakai dialek Lepeh la nampoknya. Pakai bahasa 'standard' pun tak pe...............

ISLAM HADHARI YANG SESAT MESTI DIMANSUHKAN

Saya memang dari mula-mula Islam Hadhari diperkenalkan memang tidak bersetuju dengan konsep dan pendekatannya. Mana ada Islam Hadhari atau Islam baru yang ada ialah ISLAM sebenar yang diturunkan oleh Allah S.W.T melalui Rasulullah S.A.W.

Namun pentadbiran Perdana Menteri terdahulu terus berdegil mempertahankan Islam Hadhari walaupun dibantah keras oleh alim Ulama' yang tidak ada mengampu kerajaan. Manakala Ulama' yang mengampu kerajaan terus memuja dan memuji Islam Hadhari walaupun mereka tahu ianya bertentangan dengan Islam sebenar.

Saya sangat bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh Tuan Guru Presiden PAS dalam memberikan penerangan mengapa Islam Hadhari adalah bertentangan dengan Islam.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memberikan beberapa sebab mengapa ianya jelas mengelirukan.

"Namanya yang bermaksud Islam Bertamadun menggambarkan seolah-olah ia adalah Islam yang baharu yang lebih bertamadun daripada Islam al-Quran yang asal. Ia tambah mengelirukan kerana mempunyai rukun yang tidak sama dengan rukun Islam asal"

"Islam Hadhari mempunyai rukun-rukunnya tersendiri yang baharu berjumlah 10 kesemuanya. Islam asal yang diturunkan Allah SWT melalui Rasul-Nya, Nabi Muhammad s.a.w.pula mempunyai lima rukun."

"Islam Hadhari sejak diperkenalkan oleh Tun Abdullah dahulu lebih banyak membawa kekeliruan dan masalah kepada pemahaman Islam di kalangan rakyat. Bukan sahaja mereka yang bukan Islam bertambah menjadi sangat keliru, mereka yang beragama Islam, khususnya golongan muda dan mereka yang tidak berpendidikan tinggi menjadi kelam-kabut," jelas Tuan Guru.

Antara kekeliruan yang jelas, kata Tuan Guru adalah seperti berikut :-

1. Penerusan Malaysia sebagai pusat pengeluaran arak, perjudian,dan lumba kuda terbesar di Asia Tenggara. Kegiatan-kegiatan ibu kemaksiatan ini terus berkembang dan dilesenkan oleh pentadbiran Islam Hadhari.

2. Konsert dan program hiburan yang melampau secara 'live' dan melalui media massa meningkat lebih 100 peratus sejak Islam Hadhari dilancarkan.

3. Isu murtad. Bilangan orang Islam yang mengisytiharkan keluar daripada Islam (murtad) secara rasmi meningkat dari setahun ke setahun. Setakat ini belum ada sebarang inisiatif daripada pentadbiran Islam Hadhari untuk mengekang masalah dan menjaga kemurnian akidah rakyat secara jelas. Bahkan cadangan PAS di Parlimen ditolak mentah-mentah.

4. Gejala maksiat di kalangan pimpinan. Kebejatan moral yang begitu parah di kalangan pimpinan kerajaan Umno-BN sendiri, khasnya daripada mereka beragama Islam yang diketahui umum tidak menggambarkan kesungguhan di peringkat tertinggi dalam menghayati Islam Hadhari.

Beliau berkata, cara Islam Hadhari diperkenalkan, kandungannya yang kosong, pelaksanaan yang terlalu bercelaru, sokongan kepimpinan sendiri yang tidak lebih daripada menanam tebu di bibir mulut, pertentangan secara jelas dengan syariat dan akidah Islam serta ajaran al-Quran, benar-benar telah mengelirukan rakyat. Bahkan ia juga mudah membawa kepada kegelinciran akidah Islam sebenar, katanya.

"Dengan demikian, saya dan rakyat Islam yang prihatin serta menyintai kemurnian akidah dan syariat Islam dengan tegasnya menggesa kerajaan pimpinan Najib memansuhkan ajaran Islam Hadhari yang membawa kepada kekeliruan dan kerosakan akidah dan kembali kepada Islam yang sebenarnya," katanya.

Pandangan Tuan Guru ini amat jelas dan mampu difahami oleh semua lapisan masyarakat. Jadi tidak ada sebab untuk kerajaan pimpinan Najib dan rakyat untuk terus menjadikan Islam Hadhari sebagai panduan dan pendekatan mereka dalam meneruskan amalan Islam hakiki di Malaysia ini.

JAMUAN KESYUKURAN KEMENANGAN PAS 24 APRIL

Walaupun PRK Kuala Terengganu sudah berlalu beberapa bulan lalu namun kejayaan tersebut terus diraikan sehingga kini. Walaupun agak terlambat namun hajat penyokong dan ahli PAS untuk meraikan Ahli Parlimen Kuala Terengganu YB Mohd Abdul Wahid Endut tidak pernah padam.
Sambutan ini lebih manis lagi kerana PAS dan PR baru sahaja dikurniakan satu lagi kemenangan iaitu di Bukit Selambau dan Bukit Gantang.
PAS Kawasan Bukit Katil dan Cawangan Kampung Bukit Katil/Bukit Bayan terpaksa menangguhkan program tersebut sehingga 25 April ini lantaran kesibukan semua pihak menghadapi PRK Bukit Gantang dan lain-lain halangan.
Namun Alhamdulillah segala perancangan tersebut akan dimakbulkan Allah pada 24 April ini dimana akan diadakan majlis kenduri besar-besaran dengan menyembelih seekor lembu untuk makanan para tetamu yang hadir.
Di sebelah malamnya pula akan diadakan ceramah umum di mana penceramahnya ialah YB Wahid Endut dan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman.
Seluruh rakyat negeri Melaka dijemput hadir.

STESYEN BAS KANGAR DHAIF DAN MEMALUKAN

BN sering mewar-warkan bahawa negeri-negeri di bawah pemerintahan mereka jauh lebih maju dari negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR) terutama Kelantan. Malah media-media arus perdana yang jelas berpihak kepada BN seringkali menayang dan menyiarkan berita-berita bergambar tentang kedhaifan rakyat dan suramnya pembangunan di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Namun semua itu hanyalah omongan kosong sahaja kerana ternyata salah sebuah negeri di bawah pemerintahan BN selama lebih tahun 50 tahun jauh lebih mundur dan dhaif dari negeri-negeri Pakatan Rakyat. Baru-baru ini sahabat seorang saya sempat meninjau beberapa tempat di Perlis Indera Kayangan yang diwar-warkan sebagai maju dan hebat.

Hakikatnya jauh panggang dari api. Lihat sahaja rupa stesen bas di Bandar Kangar,ibu negeri Perlis al-UMNO. Setelah 50 tahun di bawah penguasaan kerajaan BN/UMNO stesyen bas tersebut boleh dikatakan setaraf dengan 'bus stand' di pekan-pekan kecil di negeri-negeri maju seperti Selangor, Pulau Pinang dan Perak.

Kemudahan di stesyen bas seperti surau amat menjolok mata. Surau tersebut diubahsuai dari lot kedai dan jelas ianya diselenggarakan dengan baik. Pandangan dari luar surau juga amat menyakitkan dengan tempat mengambil wudhu' yang dhaif dan kotor. Tiada satu paip pun yang boleh digunakan. Malah bau di sekelilingnya cukup memualkan.

Terdapat sebuau surau alternatif yang dibuat dari kabin yang hanya layak dibuat Stor. Begitu rendah nilainya surau di mata pihak berwajib di negeri BN ini.

Surau ini juga tidak terurus dengan kelambu yang dipasang mungkin tidak pernah dibasuh dan tersingkap di sana sini. Kawasan di sekeliling stesyen ini juga tidak terurus dengan sampah dan bahan-bahan terbuang bersepah-sepah tidak diselenggarakan dengan baik. Pejabat Badan Perhubungan Umno Perlis terletak tidak jauh dari stesyen Bas tersebut.

Dari luar jelas pejabat ini agak dhaif seperti juga stesyen bas tersebut. Setakat inilah sajalah stesyen yang mampu dinikmati oleh penduduk di negeri Perlis yang telah diperintah oleh BN selama lebih 50 tahun. Nikmat pembangunan dunia yang ditagih setiap kali musim pilihanraya langsung tidak nampak.

Janji-janji manis BN untuk melaksanakan pembangunan di negeri Perlis hanyalah omongan kosong. Namun rakyat masih memberikan mandat kepada BN untuk terus menipu dan memperdayakan mereka.

Apakah Perlis di bawah era pemerintahan Datuk Seri Isa Sabu dapat memberi kesejahteraan kepada rakyatnya tidak sebagaimana di bawah pemerintahan Datuk Seri Shahidan Kassim. Sama-sama kita nantikan

ARTIS PUN SERTAI PAS ANDA BILA LAGI?

Penyanyi Mat Zin Ramli atau Renggo (disebelah kanan Tok Guru) telah menyertai PAS dan menyerahkan borang keahlian PAS kepada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat minggu lalu pada majlis Perhimpunan Belia Sempena Jubli Emas Pemuda PAS Kelantan.
Kalau Artis pun sudah menyertai PAS, ANDA BILA LAGI, JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA!!!!

APA MOTIF NAJIB MANSUHKAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI

Perdana Menteri Najib Razak sehingga kini masih belum menjelaskan mengapa beliau memansuhkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) dalam rombakan kabinet minggu lalu.
Ramai pemerhati merasakan tindakan Najib tersebut adalah silap lebih-lebih di bawah MeCD terdapatkan suatu badan yang sangat penting iaitu Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Ketika ramai pakar-pakar politik meramalkan Najib akan memansuhkan Kementeri Pendidikan Tinggi dan lain-lain kementerian yang dilihat 'overlap' tiba-tiba beliau tidak berbuat demikian. Sebaliknya MeCD pula jadi mangsa sedangkan MeCD dilihat sangat penting dan mempunyai peranan yang besar dalam memajukan ekonomi rakyat.
Timbalan Najib, Muhyiddin Yassin dalam jawapannya kepada media semalam menyatakan bahawa keputusan Kabinet kolektif, dasar yang dipersetujui bersama seperti pembangunan bumiputera dan usaha menterjemahkan beberapa prinsip Dasar Ekonomi Baru (DEB) ke dalam konteks sekarang, masih menjadi agenda Kabinet.
Muhyiddin bagaimanapun enggan menyatakan sebab sebenarnya MeCD dimansuhkan oleh Najib.
Semalam sebuah NGO iaitu Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) yang diketuai oleh Osman Abu Bakar telah menyerahkan memorandum yang antara kandungannya meminta kerajaan mewujudkan kembali MeCD bagi meneruskan agenda membela bumiputera dengan berkesan.

KATA-KATA HIKMAH POLITIK MALAYSIA

Nukilan dari MAWE

Kata-kata hikmah politik malaysia :-

1) Sesiapa mengatakan UMNO pendokong Agama Islam, ia adalah pembohong besar.

2) Sesiapa mengatakan UMNO pembela bangsa Melayu, ia adalah pendusta besar.

3) Sesiapa mengatakan UMNO pembela Raja-Raja Melayu, ia adalah penipu besar.

4) Sesiapa mengatakan UMNO penegak Bahasa Melayu, ia adalah pembohong besar.

5) Sesiapa mengatakan UMNO suci Rasuah, ia adalah pendusta besar.

6) Sesiapa mengatakan UMNO bencikan Perkauman, ia adalah penipu besar.

7) Sesiapa mengatakan Najib dan Kabinetnya kuat, ia adalah pembohong besar.

8) Sesiapa mengatakan Najib suci dari skandal, ia adalah pendusta besar.

9) Sesiapa mengatakan AHMAD SAID akan bubarkan dun, ia adalah..............eerrrrr ini belum terbukti secara saintifik lagi........maaf !

PASCA PRK BKT GANTANG : UNDI MELAYU MENURUN, UNDI BUKAN MELAYU MELAMBUNG

Jika dilihat dpd jumlah undi keseluruhanya meningkat.Persoalanya dari mana dtg peningkatan undi sebegitu ?

SPR tetap dipersoalkan atas penyelewengan yang berlaku,rekod pengundi tidak bersih.Kemungkinan besar pengundi hantu bertambah di pihak BN.Isu undi melayu di DUN majoriti itu sebenarnya adalah kerana sikap dan ilmu orang melayu itu sendiri masih lagi gagal untuk berubah.

Mereka menganggap isu yang dimainkan oleh media arus perdana yang berkaitan istana dan rampasan k'jaan haram oleh BN itu sebagai 'benar' manakala yang salah itu MB DS Nizar serta k'jaan PR.Ini tidak lain tidak bukan kerana penggantungan maklumat mereka masih lagi dari sumber yang dikuasai k'jaan.

Di samping tidak caknanya mereka dgn perkembangan arus perdana serta lebih mementingkan hiburan semata.Berbanding dengan kaum cina dan india,golongan ini tetap melihat isu rampasan itu sebagai sesuatu yang tidak kena.

Semua ini tidak lain tidak bukan kerana mereka merujuk kepada maklumat dari sumber yang telus.Akhbar cina yang terdiri dari pelbagai sumber berita yang begitu banyak ternyata menyerlahkan hasil tindakan bijak mereka.

Begitu juga dgn kaum india,walaupun mereka tidak punya sumber maklumat tidak sehebat kaum cina,namun keperihantinan kaum ini terhadap isu seperti kes kematian mendiang kugan amat terkesan sekali.

Secara umumnya masyarakat melayu yang telah hilang 'deria rasa ini 'adalah kerana kejayaan UMNO merosakkan 'iman' mereka untuk mengatakan tidak atas apa jua kederhakaan yang UMNO dilakukan.

Pegangan mereka terhadap sumber berita yang memaparkan kejayaan dan kebaikan k'jaan BN cukup kental.

Di sini apa yang perlu dilakukan oleh pimpinan PAS samada di peringkat pusat atau negeri adalah menterjemahkan bahasa dari sumber berita yang dikeluarkan oleh akhbar-akhbar cina tersebut.

Saya pun tak pasti samada ia boleh dilakukan sedemikian.Sekadar melontarkan idea saja...

KEPUTUSAN PENUH PRK BUKIT GANTANG, SILA BUAT ANALISIS SENDIRI!!!

Keputusan DUN Kuala Sepetang ; DUN Changkat Jering dan DUN Trong






















Sila buat analisis sendiri dan buat post mortem sendiri mengapa :-

1) Orang Melayu termakan dengan tipu daya BN sehingga undi Orang Melayu berkurangan sedikit

2) Mengapa PAS menang besar di Peti Undi kaum Cina dan peti undi campuran

Sumber : blog misabah

12 April 2009

AHMAD SAID PANAS, TAKUT UNDI TAK PERCAYA

Ingatkan isu undi tidak percaya ini hanya diperkatakan di Perak rupa-rupanya dinegeri lain juga ada kemungkinan ianya akan dilakukan.
Sehari dua riuh rendah pula pasal Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said yang didesas desuskan bahawa akan menghadapi undi tidak percaya di DUN Terengganu yang akan bersidang esok. Undi tidak percaya ini kabornya (Khabarnya) akan dibawa oleh ADUN BN sendiri bukan ADUN PAS.
Bagi saya undi tidak percaya ini sukar untuk menjadi kenyataan kerana saya tahu ADUN BN bukanlah jenis orang yang berani (semua tak ada tel%#). Apatah lagi Ahmad Said sendiri telah pun memberikan amaran awal bahawa sesiapa sahaja ADUN BN yang membuat usul tersebut akan diambil tindakan.
Orang kampung semua sudah tahu bahawa Ahmad Said bukanlah Menteri Besar yang mendapat sokongan 100 % dari ADUN Terengganu. Ini kerana sebahagian besar ADUN tersebut adalah penyokong Derih Jusoh Menteri Besar penggal lalu yang tidak diperkenankan Sultan Terengganu. Antara penyokong Derih adalah Rosol Wahid ADUN Ajil yang dilucutkan jawatan Exco Kerajaan Negeri dan Setiausaha Perhubungan oleh Mat Said.
Sehingga kini jelas terbukti bahawa Umno Terengganu berpecah kepada sekurang-kurangnya 2 kumpulan iaitu Kumpulan Derih dan Mat Said.
Kita tahu apa kesudahan perkelahian kedua-duanya selepas Tok Jib menjadi Presiden Umno. Adakah Tok Jib akan meneruskan Khidmat Mat Said yang juga penuh kontroversi.

PASCA 3 PRK : PR JANGAN PANDANG BELAKANG LAGI

Sebaik sahaja PR memenangi 2 PRK di Semenanjung 7 April lepas, saya berkata di dalam hati bahawa rakyat masih menaruh kepercayaan kepada PR walaupun terpaksa berdepan dengan kepimpinan baru BN yang dikatakan hebat (angkat bakul sendiri).

Rakyat masih yakin bahawa PR lebih baik dari BN dari segenap segi.

Kepercayaan rakyat kepada PR mesti dipertahan malah dipertingkatkan lagi. Kepercayaan rakyat mesti dibalas dengan program-program kebajikan untuk kesejahteraan rakyat sebagaimana yang dijanjikan.

Bagi saya apa yang penting sekarang selepas setahun lebih kerajaan PR di 4 buah negeri (setelah BN merompak kerajaan kita di Perak) mesti menunaikan janji-janji mereka semaksima yang mungkin. Kini tinggal lebih kurang 3 tahun lagi untuk kerajaan PR berbuat demikian.

Segala perancangan dan program yang dicadangkan mesti dikaji dari masa ke semasa supaya ianya berjalan secara baik dan 'on track' agar objektif dan janji-janji kita kepada rakyat dicapai pada masa yang ditetapkan.

Dari maklumat yang kita perolehi memang kerajaan kita di 4 buah negeri kita telah menunaikan sebahagian besar dari janji dalam manifesto lepasa. Syabas saya ucapkan, cuma yang penting sekarang segala program dan projek ini mesti diwar-warkan di dalam media atau buletin penerangan bukan sahaja di dalam negeri masing-masing dalam diluar negeri iaitu negeri-negeri yang diperitah BN agar rakyat mereka tahu betapa prihatinnya kerajaan PR kepada rakyat. Dengan iti Insya Allah PRU akan datang mereka pula akan mengundi PR.

JAMUAN TEH ANAK MELAKA DI PERANTAUAN, TETAMU NIZAR DAN HUSAM.

Semabok : Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka, Harun Mohamed menyeru seluruh anak-anak Melaka yang tinggal diluar Melaka untuk menghadiri Program jamuan teh anjuran Persatuan Anak Melaka di Perantauan (PERAWAN) pada 18 April ini. Program tersebut yang akan bermula pada jam 2.30 petang hingga 6.00 petang bertempat di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Harun mengalu-alukan kehadiran semua anak-anak Melaka di perantauan ke majlis tersebut bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara mereka dengan pimpinan PAS Negeri Melaka.

"Kita juga bertukar-tukar fikiran tentang apakah bentuk sumbangan yang boleh diberikan oleh anak-anak Melaka bagi memacu kejayaan PAS di Melaka"

"Adalah tidak mustahil untuk kita menguasai Negeri Melaka kerana pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu kita hanya memerlukan 11 peratus sahaja lagi bagi mentadbir negeri Melaka," kata beliau.

Menurut Harun ramai anak-anak Melaka yang terdiri dari golongan intelektual, korporat dan aktivis masyarakat yang menyumbangkan idea, buah fikiran dan sebagainya bagi membantu PAS Melaka.

Selain itu katanya. anak-anak Melaka itu juga mampu mempengaruhi ibu-bapa serta sanak saudara di kampung untuk melakukan perubahan politik dalam pilihan raya.

"Kalau mereka dapat balik mengundi dan mempengaruhi ibu-bapa maka tidak mustahil kita dapat perintah negeri Melaka," ujarnya.
Antara tetamu kehormat yang akan hadir ialah Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa dan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Segala pertanyaan boleh diajukan kepada Harun Mohamed di talian 019-6675521.

GUGURKAN SAMAN TERHADAP PASTI

Ayer Keroh : Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Puhat Bedol menggesa pihak yang mengemukakan saman kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di negeri Melaka supaya menggugurkan semua saman tersebut jika mereka benar-benar cintakan ilmu Islam.

Puhat berkata amat malang bagi pihak yang mengaku Islam dan kononnya memperjuangkan Islam tetapi pada masa yang sama cuba mengganggu institusi pendidikan Islam yang amat berjaya di seluruh negara iaitu PASTI.

"Kita hairan mengapa pihak-pihak terbabit cuba menganggu PASTI sedangkan PASTI terbukti menjadi sebuah institusi pra-sekolah terunggul di negara kita malah terbukti ianya bukan sahaja diterima oleh orang Islam malah orang bukan Islam juga turut sama menghantar anak-anak mereka belajar di PASTI".

"Jika pihak terbabit tidak berpuashati dalam segala hal berkenaan PASTI sila tampil ke berjumpa kami Dewan Pemuda PAS dan Jabatan PASTI tetapi bukannya menyaman dan membawa kes ini ke mahkamah seperti yang dilakukan sejak bertahun-tahun dahulu sehingga menganggu pihak pengurusan PASTI untuk menguruskan PASTI." kata Puhat dengan kesal.

Menurutnya, pihak Kerajaan Pusat dan Negeri serta agensi-agensnya patut mengucapkan terima kasih kepada PASTI kerana berjaya melahirkan anak-anak kecil yang berakhlaq dan faham asas-asas agama. Ini berlainan dengan Tadika Kemas dan Tadika Perpaduan yang kurikulum lebih menjurus kepada nyanyian dan permainan semata-mata.

Beliau mengharapkan kerajaan Negeri Melaka mencontohi kerajaan negeri Selangor yang memberikan bantuan RM50.00 sebulan kepada seorang pelajar Tadika di Selangor bagi memastikan mereka mendapat pendidikan yang baik di peringkat Pra-Sekolah.

Puhat berkata demikian ketika mengulas tindakan mahkamah yang dikemukakan kepada PASTI yang sudah berlanjutan sehingga bertahun-tahun lamanya.

ALI RUSTAM SETARAF TOK SIDANG (KETUA KAMPUNG) : TAK HADIR MAHKAMAH SEBAB TAK TAHU


Ketua Menteri Melaka yang disaman oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Putra, Abdul Hamid Mustapah tidak hadir pada perbicaraan kes tersebut Selasa lalu. Alasannya beliau tidak tahu.....satu jawapan yang setaraf dengan jawapan Tok Sidang atau Ketua kampung.

Ramai pemerhati mendakwa Ali Rustam bukannya tidak tahu tetapi sebenarnya malu dan takut untuk hadir ke mahkamah.


Alasan yang diberikan bahawa beliau tidak tahu menahu dengan tarikh perbicaraan itu adalah tidak masuk akal dan membuktikan beliau seorang yang tidak berintegriti dan tidak layak untuk menjadi Ketua Menteri.

Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan PAS Negeri Melaka, Ramli Dalip dalam kenyataannya kepada Siasah menyifatkan jawapan Ali Rustam tersebut jelas menghina Mahkamah.

"Sebagai seorang Ketua Menteri mustahil beliau tidak tahu sedangkan beliau mempunyai pegawai-pegawai pengampu yang begitu ramai" ujar Ramli.

"Memang eloklah kalau beliau berundur segera dari jawatan Ketua Menteri dan ADUN Bukit Baru kerana perkara penting tentang perbicaraan di mahkamah pun beliau tidak tahu" tambah Ramli lagi.


MIC : SEPATUTNYA BUKAN KELUAR KABINET TAPI KELUAR BN

Media hari ini melaporkan bahawa MIC sedang menimbang untuk menarik keluar wakil parti itu dalam kabinet baru ekoran banyak lagu isu-isu yang belum diselesaikan, terutama berhubung layanan pentadbiran baru terhadap masyarakat India, kata sumber dalaman.
Walaupun senario itu dilihat sukar berlaku, tetapi beliau berkata, MIC bersedia melakukannya bagi menumpukan kepada usaha menyatu padukan masyarakat India terlebih dahulu.
"Keputusan itu dijangka dibuat dalam masa terdekat ini, mungkin dalam mesyuarat jawatankuasa pusat MIC yang akan datang lewat bulan ini," katanya.
Bagi saya MIC sebenarnya bukan sahaja perlu keluar dari kabinet tetapi keluar terus dari BN kerana terbukti peranan MIC di dalam BN tidak berjaya membela kaum India. Ini kerana sistem di dalam BN itu sendiri sudah hancur di mana iany hanya melebihkan kroni dan suku sakat sahaja.
BN juga gagal memberikan nasihat dan bimbingan yang baik kepada MIC sehingga MIC dilihat bukan lagi parti kaum India sebaliknya MIC adalah Parti Samy Vellu apabila semua keputusan MIC adalah dengan persetujuan dan kemahuan Samy Vellu. Malah sesiapa sahaja yang menentang Samy Vellu sudah pasti akan menerima padah.
Walaupun MIC kalah teruk namun mereka akibat dari sikap dan perjuangan yang MIC yang sudah tersasar namun Samy Vellu masih terus dibiarkan menjadi diktator dalam MIC. Inilah kesilapan besar BN yang membiarkan MIC terus hanyut dan syok sendiri.
Jadi tidak ada gunanya lagi MIC terus 'hidup' dengan BN. MIC akan terus dibiarkan mati tanpa nesan jika masih bersama BN. Malah lebih malang kaum India akan terus tertinggal ke belakang jika MIC terus bersama BN.
Oleh itu sebelum terlambat saya mencadangkan agar MIC berhijrah untuk bersama-sama dengan menyokong Pakatan Rakyat untuk membentuk MALAYSIA BARU dengan POLITIK BARU.

NAJIB BINGUNG DENGAN KEKALAHAN DI DUA BUKIT

Kekalahan di dua Bukit benar-benar memberi kesan mendalam kepada BN khususnya Najib Razak.

Masakan tidak beliau menerima tamparan hebat dengan kekalahan tersebut sedangkan Perdana Menteri sebelum pasti mendapat kemenangan gilang gemilang pada pilihanraya terdekat selepas menjadi Perdana Menteri.

Pak Lah yang dikatakan lembap itupun mendapat kemenangan dahsyat pada PRU 2004 iaitu Pilihanraya pertama selepas beliau mengambilalih tampuk pemenrintahan dari Mahathir.

Tidak syak lagi bahawa kepimpinan Najib sebenarnya ditolak rakyat akibat dari rekodnya yang jelas tercemar dengan sejarah lama dan sejarah barunya yang masih belum dibersihkan.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter