PRK PENANTI : BN PATUT BERI KEMENANGAN PERCUMA KEPADA PR

Saya menggesa BN supaya memberikan kemenangan percuma kepada PR pada Pilihanraya Kecil itu nanti kerana jika BN meletakkan calon sekalipun BN akan tewas. Jadi menjimatkan wang rakyat yang akan digunakan oleh SPR dan BN sendiri maka eloklah BN memberikan kemenangan percuma kepada PR.
Tidak ada gunanya bertanding jika BN sendiri tidak yakin untuk menewaskan PR yang sememangnya kuat dan utuh di DUN tersebut sebagaimana dibuktikan pada PRU ke 12 8 Mac 2008 dan PRK Permatang Pauh lalu.
Lebih baik perbelanjaan jutaan ringgit yang bakal digunakan oleh SPR dan BN digunakan untuk kesejahteraan rakyat.
Jika BN benar-benar sudah berubah di bawah kepimpinan Najib maka sudah tentu BN akan memberikan kemenangan kepada PR.

Comments

shah mie said…
rakyat perlu sedar bahawa PKR adalah parti yg seringkali membazirkan wang rakyat.... kalau mamposss erkkk sorii mati ok laa.. ni sesaja jer, sesuka hati nak letak jawatan.... ikut rasa nak letak, letak, mudah macam biskut plak.... alasan pulak x kukuh langsung.... dulu kak wan, sekaranag fairuz... lepas ni khalifah LGE plak kot...