POLITIK BARU PAS PERLUKAN PEMIMPIN BARU?

PAS memperkenalkan konsep politik baru semasa kempen PRK Bukit Gantang. Konsep ini berjaya menenggelam politik lapuk turun temurun Umno/BN yang jelas ditolak mentah-mentah oleh rakyat.
Persoalannya adakah konsep politik baru ciptaan PAS ini sesuai untuk pemimpin PAS yang ada sekarang. ?
Bagi saya politik baru ciptaan PAS sebenarnya berteraskan Islam yang sesuai sepanjang zaman, masa dan tempat. Ianya berbeza dengan politik lama Umno yang tidak berideologi, tidak berteras Islam, hanya berteraskan hawa nafsu dan pragmatik. Politik Umno/BN masjid pun boleh tarian seksi pun boleh. Tidak ada prinsip dan jati diri.
Politik Baru PAS nyata diterima oleh semua kaum tanpa mengira agama dan warna kulit.
Saya yakin sesiapa sahaja yang memimpin PAS adalah sesuai dengan politik baru yang dicanangkan PAS kerana semua pemimpin PAS berfikrah Islam yang universal.
Walaupun ramai beranggapan pemimpin akan bertukar selepas Muktamar kali ini dengan menampilkan beberapa muka baru memegang jawatan-jawatan penting namun ianya tidak menjadi masalah kerana mereka tetap tertakluk kepada perlembagaan PAS yang menjunjung Al-Qu'an dan Hadis.
Selain itu PAS juga dikawal dan diselia oleh Majlis Syura PAS yang sentiasa memastikan perjuangan PAS tetap relevan dan selari dengan Islam.

Sebab itulah sesiapa pun yang menjadi Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan jawatan-jawatan lain Insya Allah PAS akan tetap sama. Saya langsung tidak bimbang jika Timbalan Presiden atau Naib Presiden dipegang oleh sesiapa sahaja.
Kalau Ustaz Nasaruddin, Husam atau Mat Sabu maupun Nizar menjadi Timbalan Presiden PAS ianya tidak menjadi masalah kerana mereka semuanya mempunyai fikrah yang jelas dan mantop.
Kerana itulah saya tidak kisah sesiapa pun yang akan dipilih untuk memegang jawatan di dalam parti.
Saya menyokong penuh saranan Tuan Guru Nik Aziz bahawa hanya orang yang merasakan dirinya layak sahaja wajar menawarkan diri untuk bertanding untuk sebarang jawatan pada muktamar PAS Pusat kali ini.

Comments

Ibnu Mohyeddin said…
salam bro ..
kepimpinan pas melaka juga perlu diwarnai dengan kepimpinan yang baru dan lebih berkaliber.. kalau benar PAS nak perintah Melaka kena buang tabiat lama yang sedia ada jadi barah dan nanah dalam kepimpinan. Perasaan ego dan pentingkan harta,kedudukan dan sebagainya perlu diubah. alangkah indahnya kalau kepimpinan PAS Melaka macam Kepimpinan Rasulullah dan sahabat diawal zaman pemerintahan islam.

punca ketewasan PAS melaka disebabkan pimpinan yang hanya tau rancang tapi tak buat.

Firman Allah dalam Surah As-Soff yang selalu digunakan sebagai silibus dan kurikulum usrah mafhumnya" Wahai Orang- Orang yang beriman, Kenapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat, Besarlah kemurkaan Allah pada siapa yang hanya tau berkata tapi tidak melaksanakan".

Harap ayat ini akan beri kesan pada semua.
najmi of dublin said…
bukan politik baru untuk pimpinan.. tapi sebenarnya rakyat baru mengenal politik islam yang kita perjuangkan selama ini..
so,kita tak perlu tukar pimpinan dan approach..bagi rakyat sesuaikan diri dulu dengan politik 'baru' yang kita bawa ini..
jangan rasa rendah diri..
aljunuban said…
Pas buat mcm mane pun, tetap sesat lagi menyesatkan. memperalatkan agama utk kepentingan politik.
Agama tak harus di jadikan politik.
Tapi agama boleh jadi panduan untuk berpolitik.

Isu PAS bukan isu politik baru.
Tapi semangat dan jiwa berpolitik ikut panduan islam .

Pas tak sesat,dulu ada sesat sikit sebab tak fasih sampai kan hasrat dengan cara baik. Yang betul sesat dan bankrap ialah hadhari (umno ponya kerja lah )

PAS chuma perlu berpolitik dengan cara baik iaitu dengan penjelasan.
jangan ikut-ikut cara umno teriak-teriak diparlimen macham monyet terberak berai.
PAS SERKAM said…
eh idup lagi ko yer junuban .. berjejes junub ko bawak yer .. siapa yang sesat ?? aljunuban perosak masyarakat .. bembelit dan pengasas ajaran sesat aljunubiah .. hahaha
Usmad said…
Bukan nak mempolitikkan agama tetapi nak mengislamisasikan politik.