Semua rakyat masih ingat kezaliman Umno BN menarik balik bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) beberapa tahun lalu. Akibatnya banyaj SAR yang terpaksa di tutup, kalau dibuka pun keadaanya sangat dhaif.
Kalau kerajaan BN menarik balik bantuan kepada SAR, kerajaan PR Pulau Pinang pimpinan DAP memberi bantuan berjumlah RM1.5 juta kepada SAR untuk membangunkan prasarana sekolah dan lain-lain.
Kerajaan pusat pimpinan Umno ternyata bertindak menzalimi sekolah agama rakyat dengan menarik balik bantuan kepada SAR. Tetapi yang 'peliknya', DAP yang dikatakan memusuhi Islam terbukti jauh lebih baik dari Umno BN.
Saya dari jauh dengan rasa rendah diri menyampaikan ucapan terima kasih kepada kerajaan Negeri Pulau Pinang atas keprihatinan itu. Sesungguh PR hanya memerintah 10 bulan tetapi system yang diamalkan memastikan KPI, process improvement dan lain-lain.
Sebanyak 17 buah SAR disenaraikan peruntukan untuk pembangunan, pembaikan SAR, bayaran elaun pada guru dan kakitangan, buku teks, perpustakaan, makmal dan multimedia.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng menambah, daripada sejumlah itu RM300.000 diperuntukan kepada SAR Al-Aminiah, Permatang Pauh untuk pembinaan makmal sains.
Comments
terima la balasan wahai umno kat prai belambak budak kilang sikit pun tak ingin memangkah umno
harap pimpinan PAS fight kerusi DUN Penanti.
PAS ada byk point utk dptkan kerusi tu.
PKR dah byk buat onar tmasuk tumbangnya Kerajaan PR di Perak.
Harap org PKR khususnya Anwar ambik iktibar.
Anwar kena byakkan tarbiah utk anak buah dia.
Beri peluang kepada PAS utk kekalkan kerusi DUN Penanti.
Ahli PAS lebih komitmen