PILIHANRAYA KECIL MEMBAZIR, BERI KEMENANGAN PERCUMA KEPADA PR

Pemimpin BN diberitakan berkata Pilihanraya Kecil membazirkan duit rakyat. Saya sangat bersetuju dengan pendapat tersebut kerana sudah pasti SPR akan membelanjakan duit rakyat bernilai ratusan ribu. Selain itu kerajaan BN tanpa segan silu membelanjakan duit rakyat untuk membiayai puluhan ribu Polis berkampung di kawasan pilihanraya, menjalankan projek 'mee segera', membayar elaun menteri dan segala perbelanjaan menteri serta lain-lain perbelanjaan.
Jalan terbaik untuk mengelakkan Pilihanraya kecil ialah memberi kemenangan percuma kepada pihak yang hampir pasti menang. Di DUN Penanti semua orang tahu bahawa BN amat sukar untuk menang kerana BN sekarang sedang nazak dan dibenci rakyat.

Jadi tidak ada gunanya BN bertanding jika tahu mereka akan kalah teruk. Jangan malukan muka Najib dan Muhyiddin sekali lagi. Dari itu eloklah BN memberi kemenangan percuma kepada PR bagi menyelamatkan maruah Najib dan juga menyelamatkan jutaan duit rakyat.

Comments

iam_khufu said…
Saya pun tak berapa suka sangat pilihanraya kecil ni diadakan kalau tak der perkara yang perlu sangat. Mengapa TKM 1 pulau pinang meletak jawatan adakah semata alasan hendak sambung belajar, jika itu alasannya dia sepatutnya tak bertanding pada PRU yang lalu. Buat apa banyak sangat PRK. Pada pemerhatian saya PRK DUN Penanti ini tak perlu sebenarnya sebab alasan hendak sambung belajar adalah isu yang sangat remeh
tok iskandar said…
Rakyat dok perhati tingkah laku SPR semenjak dua menjak ni asyik sebelahkan UMNO-BN.Dulu masa PRK Parlimen Permatang Pauh,SPR adakan pengundian hari keja.Payahlah rakyat nak ngundi sampai kerajaan negeri Pulau Pinang isytiharkan cuti hari ngundi.

PRK Parlimen Kuala Terengganu pulak,penamaan calon hari keja tapi kehadiran penyokong PR tetap ramai bahkan semakin bertambah.

PRK di Parlimen Bukit Gantang,DUN Bukit Selambau dan Batang Ai pulak,SPR isytihar hari ngundi pada hari keja.

Rakyat dah buat andaian apa yang SPR buat untuk memenangkan UMNO.Tapi semuanya gagal sekarang keluar idea bodoh daripada SPR nak kurangkan jumlah penyokong.Tok rasalah kalau umno menang sure SPR tak kisah.

Sudah tiba masanya PR membawa ketidakadilan SPR ke pengetahuan dunia.SPR patut jadi badan yang diberikan amanah untuk uruskan pilihanraya bukan jadi lembaga penasihat atau boleh pilih pulak nak adakan pilihanraya atau tak macam yang berlaku kat changkat jering,behrang dan jelapang.SPR bukan mahkamah.

inilah yang menimbulkan kemarahan rakyat.puncanya umno takut kalah sampai gunakan spr sebagai talian hayat.itulah persepsi rakyat.kalau dah takut nak betanding,bagilah menang free.kata nak minta restu rakyat.pooodahhh!inilah cakap tak serupa bikin.

Kehadiran polis yang patut dikurangkan bukannya penyokong PR keraan mereka perabih duit rakyat dah cecah RM46 juta.penyokong PR pakai duit sendiri.

Eloklah MP PR bawak usul kat parlimen desak Pengerusi SPR ini letak jawatan pasal dah nampak pro UMNO.dulu dia ni KSU KDN.Polis dah sah bawah pengerusi SPR ni.

Tok serupalah dengan rakyat lain semakin meluat dengan tindak-tanduk SPR kebelakangan ni.Tok yakin semakin cepat jatuh UMNO-BN pasal SPR sendiri dah gagal berfungsi dengan baik.elok kita hantar sekor lembu kat pengerusi SPR ni macam AMK buat kat pengerusi SPRM dulu.
Anonymous said…
Saya kalau boleh, PRK diadakan 2 minggu sekali. Untuk bagi peluang 'pembangunan segera' pada kawasan2 yang mundur di Malaysia ini.

Saya juga berdoa agar sesuatu terjadi pada wakil rakyat kawasan saya adun/ parlimen untuk saya balik mengundi dan kampung saya maju (tak kisahlah pembangunan mee segera pun)

Setakat 1 billion mungkin kampung saya akan maju seperti bandar nanti