BN SUKA RAKYAT YANG RENDAH TARAF PENDIDIKANNYA

Memang tidak dapat dinafikan BN akan menang mudah dalam Pilihanraya di tempat-tempat yang pengundinya rendah taraf pendidikan. Ini kerana BN senang hendak menipu dan menggula-gula mereka dengan habuan dan janji. Namun BN akan berhadapan dengan laluan sukar jika sesuatu daerah mengundi itu dihuni oleh pengundi yang cerdik dan pandai.
Sebab itulah di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, BN hanya menang satu Parlimen sahaja iaitu Setia Wangsa, yang BN tersungkur dan tersembam di tangan PR.
Pada PRK Bukit Selambau sekali lagi teori ini dibuktikan ketepatannya apabila calon PKR, YB S Manikumar memenangi kesemua peti undi di taman-taman perumahan iaitu tempat yang didiami oleh pengundi yang taraf pendidikannya tinggi. Antaranya Taman Ria Utara, Taman Ria Jaya, Taman Ria Selatan, Taman Peruda, Taman Bandar Baru, Taman Tasek Apong, Jalan Badlishah, Sungai Lalang, Taman Desa Aman, Bandar Laguna Merbok dan Ambangan Height.
Di tempat-tempat yang pengundinya mempunyai taraf pendidikan rendah iaitu di Kuala Sin, Batu Belacan, Kampung Sungkap dan Bukit Selambau, semuanya dimenangi BN.

Jadi dengan lain perkataan BN akan menang jika rakyat bodoh dan kalah jika rakyat cerdik. Tidak syak lagi kemenangan BN di sesuatu tempat adalah disebabkan mereka berjaya memperbodohkan rakyat (maaf kalau terkasar bahasa).

Comments