Luahan perasaan seorang pemimpin MCA semalam benar-benar menjelaskan pekung BN yang didakwa melayan rakyat bukan Melayu seperti peminta sedekah. Samada ianya benar atau tidak perkara tersebut boleh difikirkan oleh tetamu blog ini.
Semalam Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Lee Wei Kiat berkata pengundi bukan Melayu "tidak mahu dilayan seumpama pengemis" - apabila menjelang pilihanraya, mereka ditaburkan pelbagai projek pembangunan dengan harapan mereka memilih calon BN.
"Bukan Melayu tidak suka dilayan seperti peminta sedekah, hanya ketika pilihanraya kecil, lebih banyak penaikan taraf jalan dilakukan, peruntukan kepada sekolah, NGO dan badan amal meningkat,".
"Walaupun bantuan dalam apa jua bentuk kepada sesuatu masyarakat sentiasa dialu-alukan, pengundi ingin melihat ketekalan dalam peruntukan dan pengagihan kerajaan dan bukannya memuncak sewaktu pilihanraya kecil." tambahnya lagi.
Bagi saya bukan sahaja bukan Melayu yang dilayan sebagai peminta sedekah malah semua rakyat dijadikan peminta sedekah oleh BN pada setiap kali pilihanraya tidak samada pilihanraya umum atau kecil.
BN sudah lama, sejak turun-temurun menjadikan projek-projek, janji manis dan habuan berupa duit, barangan dan sebagainya sebagai umpan serta denak untuk memancing undi. Seolah-olah rakyat berbilang kaum di Malaysia ini adalah fakir miskin dan peminta sedekah yang boleh dicucuk hidung.
Sebagai contoh untuk orang Islam BN akan membaiki masjid, buat masjid baru, tarkan halaman dan jalan ke masjid. Untuk orang Cina BN buat tokong, repair tokong, untuk orang India mereka rasmikan kuil, 'renovate' kuil dan lain-lain.
Perbuatan BN mempermainkan rakyat berbilang kaum memang mesti diajar oleh sekelian rakyat dengan menolak mereka pada mana-mana pilihanraya. Bagi saya rakyat bukan Melayu sudah melakukannya sejak pilihanraya umum ke 12, 8 Mac 2008 lalu. Masalahnya pengundi Melayu yang masih belum sedar dan terus dibelenggu dengan khurafat bahawa BN sahaja yang boleh memberi kesenangan dan rezeki kepada rakyat.
Perangai BN yang jelas menghina rakyat tanpa mengira kaum dan agama mesti ditamatkan segera. Caranya mudah sahaja tukar kerajaan pada Pilihanraya umum akan datang.
Comments