MIC : SEPATUTNYA BUKAN KELUAR KABINET TAPI KELUAR BN

Media hari ini melaporkan bahawa MIC sedang menimbang untuk menarik keluar wakil parti itu dalam kabinet baru ekoran banyak lagu isu-isu yang belum diselesaikan, terutama berhubung layanan pentadbiran baru terhadap masyarakat India, kata sumber dalaman.
Walaupun senario itu dilihat sukar berlaku, tetapi beliau berkata, MIC bersedia melakukannya bagi menumpukan kepada usaha menyatu padukan masyarakat India terlebih dahulu.
"Keputusan itu dijangka dibuat dalam masa terdekat ini, mungkin dalam mesyuarat jawatankuasa pusat MIC yang akan datang lewat bulan ini," katanya.
Bagi saya MIC sebenarnya bukan sahaja perlu keluar dari kabinet tetapi keluar terus dari BN kerana terbukti peranan MIC di dalam BN tidak berjaya membela kaum India. Ini kerana sistem di dalam BN itu sendiri sudah hancur di mana iany hanya melebihkan kroni dan suku sakat sahaja.
BN juga gagal memberikan nasihat dan bimbingan yang baik kepada MIC sehingga MIC dilihat bukan lagi parti kaum India sebaliknya MIC adalah Parti Samy Vellu apabila semua keputusan MIC adalah dengan persetujuan dan kemahuan Samy Vellu. Malah sesiapa sahaja yang menentang Samy Vellu sudah pasti akan menerima padah.
Walaupun MIC kalah teruk namun mereka akibat dari sikap dan perjuangan yang MIC yang sudah tersasar namun Samy Vellu masih terus dibiarkan menjadi diktator dalam MIC. Inilah kesilapan besar BN yang membiarkan MIC terus hanyut dan syok sendiri.
Jadi tidak ada gunanya lagi MIC terus 'hidup' dengan BN. MIC akan terus dibiarkan mati tanpa nesan jika masih bersama BN. Malah lebih malang kaum India akan terus tertinggal ke belakang jika MIC terus bersama BN.
Oleh itu sebelum terlambat saya mencadangkan agar MIC berhijrah untuk bersama-sama dengan menyokong Pakatan Rakyat untuk membentuk MALAYSIA BARU dengan POLITIK BARU.

Comments

Anonymous said…
MUTALIGAT.....

SOKONG 100% MIC SEWAJARNYA TINGGALKAN UMNO/BN...SEKARANG JUGA BUKAN TUNGGU 16 APRIL NI....


Partha. muar
Anonymous said…
Gertak keling!!!! bukan tak tau....
Wannnnn said…
Kalau UMNO ibarat doktor dan MIC ibarat pesakit yang tiada harapan untuk sembuh. Maka wajarlah di suntik dengan ubat yang blh tamatkan riwayat hidupnya dr di biar dia menderita... kalau mercy killing tak salah!!!!
mic pun turut nak tuntut hak macam HINDRAF?
Atau mic sengaja merajuk untuk dapat sokongan Hindraf.Dan putar-putar sampai orang hindraf akan sokong mic kembali.
Lebih baik sami jadi direktor filem bollywood dari jadi ahli politic murahan.

kalau saya , saya syor kan mic keluar bn , keluar dari Malaysia dan terjun dalam laut.
Anonymous said…
Ayo yo Samy !!!
Rumah kata porahh,
Kubur kata vanggei...
Dont waste your time la macha !
Ayo yo Samy !!!
Rumah kata porahh,
Kubur kata vanggei...
Dont waste your time la macha !